Taipingmali (tm) |
- Siap lah kooo Patrick Teoh
- Kalimah Allah masih diputar belit oleh ulamak Pas di Taiping
- Demonstrasi Kayakan Parti Pembangkang
- Pihak Berkuasa Undang-undang Perlu Ambil Tindakan Di Atas Perbuatan Edar...
- Kerjasama Masyarakat Islam Di Asia Tenggara Perlu Pendekatan, Mekanisma ...
- Anwar dan PKR akan bungkus dalam PRU 13
- PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat?
- Isu Air: Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng
Posted: 19 Jan 2013 09:41 PM PST Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini ( 19 Januari) telah merekodkan kenyataan pelakon tanah air Patrick Teoh ekoran kenyataannya dalam laman Facebook yang mempertikaikan garis panduan kerajaan negeri Kedah sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, menurut sumber. Harap tindakan tegas dikenakan kepada beliau, jika tidak akan ada lebih ramai lagi yang akan meniru gelagatnya, Mula-mula buat statement bodoh dan bila orang bising, mereka memohon maaf tetapi maaf dibuat secara tidak ikhlas. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Kalimah Allah masih diputar belit oleh ulamak Pas di Taiping Posted: 19 Jan 2013 09:35 PM PST Malam tadi di sebuah masjid pro Pas penceramahnya menempelak titah Sultan Selangor yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam bible di Selangor. Kata ularmak Pas, dengan arahan berikut maka lagu-lagu kebangsaan negeri yang menggunakan kalimah Allah juga tak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Maknanya kalau lagu Perak yang mempunyai empat kali kalimah Allah orang bukan Islam tak boleh sebut dan perlu digantikan dengan Dewa, God dan sebagainya. Begitulah perangai putar belit ularmak Pas yang memutar belit isu kalimah Allah dalam bible. Ularmak sesat Pas sanggup menipu rakyat dengan mainan bahasa. Lain orang cakap, lain pulak kelentong mereka yang bergelar ustaz Pas. Dan ustaz Pas ini menyamakan agama Kristian sama seperti ahli kitab yang halal dikahwini dan halal dimakan sembelihan mereka. Alangkah bodohnya ustaz Pas ini, sekali lagi beliau mengelirukan jemaah masjid dengan menyamakan ahli kitab Injil dengan kristian hari ini. Jelas menunjukkan ustaz ini tidak belajar habis tentang perbezaan kristian hari ( new testament) dengan ahli kitab zaman Nabi Isa. Nampaknya ramai ustaz Pas yang masih senada dengan Mat Sabu, Khalid Samad dan Hadi Awang bersetuju dengan kalimah Allah digunakan dalam Bible. Bagaimanapun kita berbangga dengan pendirian Dr Harun Din yang mempertahan kalimah Allah daripada digunakan oleh Kristian dalam bible. Beliau mahukan sebuah undang-undang berkaitan penggunaan Kalimah Allah.
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din berkata, penubuhan Undang-Undang ini dapat mengawal Kalimah Suci umat Islam itu daripada disalahgunakan beberapa pihak sehingga melanggar batasan Agama. "Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang. Beliau juga menjelaskan, mana-mana individu yang menyokong penggunaan kalimah Allah mengikut tafsiran Agama masing-masing adalah satu perbuatan syirik. "Orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik. Dr. Haron menambah, umat Islam mestilah bersatu dalam mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulama' PAS Pusat berhubung isu ini bagi memelihara kekuatan iman dari menegakkan perbuatan menyekutukan Allah. Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura PAS yang dilihat secara kesimpulannya tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan menerusi Kitab Bible versi Bahasa Melayu. Azmin menegaskan, Pakatan Rakyat akan berpegang teguh terhdap prinsip yang disampaikan menerusi pengumuman Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. |
Demonstrasi Kayakan Parti Pembangkang Posted: 19 Jan 2013 09:00 PM PST |
Pihak Berkuasa Undang-undang Perlu Ambil Tindakan Di Atas Perbuatan Edar... Posted: 19 Jan 2013 03:37 PM PST |
Kerjasama Masyarakat Islam Di Asia Tenggara Perlu Pendekatan, Mekanisma ... Posted: 19 Jan 2013 03:10 PM PST |
Anwar dan PKR akan bungkus dalam PRU 13 Posted: 19 Jan 2013 06:20 AM PST Pagi tadi selepas selesai membuat liputan pelancaran Bilik Gerakan Belia 4B di Kamunting, TM ke bandar Taiping untuk membeli spare part kerusi pejabat. TM tertarik dengan caretaker kedai tersebut yang penuh dengan surat khabar Barita Harian, The Star, Harakah dan berita Keadilan. (Akhbar Roket kini tak ada dalam senarai dia). Kata lelaki tersebut, "ini kali Anwar habis lah, semua orang sudah tidak percaya dia lagi." Tanya TM " macam mana MCA? Haiya MCA lancau lah" terkejut beruk juga lah, sampai macam tu sekali tak sukanya dia kepada MCA. TM tanya lagi," apa pasai suka baca harakah?" "Harakah tulis betul tak tipu, tak macam surat khabar lain, manyak tipu". "Yakah? Lu tau kah , pagi-pagi itu harakah punya office, baca utusan, baca berita harian, belakang dia cali itu hot news dia kasi komen negative point punya lor". "Lu tengok sendiri lah mana ada berita dalam Harakah tunjuk Pas tolong orang miskin, kasi duit orang miskin. Mana ada tunjuk gambar projek Pas? Mana ada? Talak loor. Yang ada semua kerajaan bikin talak betul, orang Pas sendiri, harakah banyak cerita tipu, fitnah dan bohong " "Itu macam kah? Mana lu tau" " Gua tau lah sebab gua pun baca harakah hari-hari, itu CEO Harakah, Dato Tarmizi pun tipu punya orang, hari-hari baca news paper cari point mahu hentam kerajaan juga". " Lu umno kah? " Tanya cina tuuu. "Tarak lah, gua bukan Umno, gua suka baca juga macam lu juga lah" kata Tm. " Lu tau ka, Jepun sana, gua duduk 12 tahun, PM sana selalu tukar, sini Mahathir berapa lama dia jadi PM? Dia manyak kaya ooo, 30 tahun jadi PM berapa billion dia sapu! Lu tau ka? Semua olang politik mana ada betui punya" " Kalau itu macam Anwar Ibrahim 16 tahun pun billion-billion lah dia sapu duit, Nik Aziz 22 tahun jadi MB pun sapu banyak duitlah, itu pasai Penang punya budget sudah deficit 3 tahun oooo, betui lah lu cakap, Guan Eng pun sama makan duit" kata Tm. Terkedu sekejap cina tu, lalu dia bertanya bila PRU 13? Jawab TM, sekarang pun boleh, tapi itu 4 negari tak mau bubar Dun sebab kalau bubar Dun dia olang tatak boleh guna state government punya wang dan state punya jentera, lu tengok dulu PRK di Galas, Hulu Selangor, 4 state semua turun guna kereta, lori, van state government punya pergi tolong. So gua ingat ini kali undi jatuh bulan Mei atau June looor. Kasi tamat road tax la." " Gua mau undi Pas loooor! " " Apa pasai lu mau undi Pas, lu cina mesti undi Dap laa!" Tambah TM " Gua punya tempat, Pas punya kawasan loo, Dap tatak bertanding punya, itu melayu punya tempat" " Kawasan mana? " Tanya TM lagi. " Larut laaaa sana Raja Ahmad punya kawasan" tambahnya. Sekian, |
PAS Akan Umum Keluar Pakatan Rakyat? Posted: 19 Jan 2013 04:25 AM PST Suka atau tidak, PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang, PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini. Dalam banyak keadaan, PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan. Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan. Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari. Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR. Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR. Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti, PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya. Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013. "Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010. "Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas. Maksudnya, apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS, ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible. Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah, namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama. Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini, muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti. Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah s.w.t sudah membuahkan sedikit hasil. Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas, berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR. Namun demikian, selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas. |
Isu Air: Azizan Tak Berani Mengadap Guan Eng Posted: 19 Jan 2013 04:23 AM PST Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini, menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta. Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta. Bagaimanapun, anggaran ini dibuat secara 'mimpi' iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti. Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta. Seperti yang dikatakan, semua ini hanyalah 'mimpi' Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah semata-mata. Kita menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan, Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya. Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri, tetapi untuk kesejahteraan rakyat. Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran, maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik. Justeru, di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan, tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan? Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat, kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut. Sebaliknya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, atau gelaran terhormatnya, Tokong, hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut. Tentu sekali, Tokong Lim amat terkejut dan marah. Dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya. Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar. Jika kedua-dua pihak bersetuju, barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat. Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. Selagi tidak selesai, ia masih dirujuk sebagai anggaran. Namun, satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini, melainkan dalam mimpi Azizan. Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab, tidak beretika dan tidak professional. Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka. Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan. Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini. Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu? Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah 'inferiority complex'. Buktinya, setelah empat tahun memerintah, Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut. Jika di bawah BN, Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka, tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja, atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation, syarikat pemaju projek tersebut. Nampaknya, Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB, jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri. Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim, di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana. Sebenarnya, masalah 'inferiority complex' wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP. PAS tidak mampu berhujah dengan baik, dan dengan yakin, kerana tidak punya pergaulan, pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu. Kerana itu, PAS hanya berani dengan UMNO, iaitu yang satu bangsa dengannya. PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing. Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama, itupun separuh masak saja. |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |