PEJUANG BANGSA |
- Hot ! Giliran Dr Asri persenda perkahwinan sah Fathul Bari ??
- hot! Najib & Rosmah hadir perkahwinan adik pemimpin PKR! !
- Hot! Nik Aziz kecewa Pakatan tolak keputusan Majlis Syura
- Hot! Apa masalahnya Fathul Bari kahwin isteri No 2 ?
- Hot! Lagi demontrasi kalimah Allah di P.Pinang!!
- Terkini! Penyebaran bible kepada pelajar Melayu berlaku di Jelutong! !
- Hot ! Kerajaan DAP amal polisi pentadbiran jangka pendek !
- Adi puji Rita profesional , beri kerjasama babak cium !!
Hot ! Giliran Dr Asri persenda perkahwinan sah Fathul Bari ?? Posted: 18 Jan 2013 10:09 AM PST | ||
hot! Najib & Rosmah hadir perkahwinan adik pemimpin PKR! ! Posted: 18 Jan 2013 07:35 AM PST Majlis perkahwinan Ummi Hafilda Ali, 45 dengan Dr Zaman Khan, 33, berlangsung meriah dengan dihadiri kira-kira 800 orang jemputan termasuk perdana menteri dan isteri. Mengangkat tema 'Syurga Khayalan', pelamin indahmenjadipenyeri Dewan Merdeka Pusat DaganganDuniaPutra(PWTC) pada hari bersejarah pasangan mempelai ini. Dewan bertambah berseri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri RosmahMansor turut hadir meraikan hari bahagia pasangan ini. Najib yang berpakaian warna sedondon dengan isterinya tiba di dewan tepat pukul 8.40 malam dan diberi penghormatan oleh hadirin. Suasana dewan bertukar kepada 'mood' romantis tatkala pasangan mempelai melangkah masuk ke dalam dewan sambil diiringi alunan lagu 'Hero' dendangan Mariah Carey. Terdahulu ketibaan mereka di luar dewan diiringipaluan kompang dan bacaan Selawat ke atas Nabi SAW. Pengantin lelaki yang mengenakansut hitam kelihatan segak manakala pengantin perempuan tampil jelita dengan gaun putih labuh. Kemuncak majlis tentunya acara merenjis oleh perdana menteri dan isteri bersama tetamu kehormat yang lainserta ibu pengantin perempuan Che Tom Yahya, 78. Pasangan ini mula terpaut antara satu samalainketikaUmmiHafilda berkunjung ke klinik Dr Zamanuntuk mendapatsuntikanVitaminC. Tetamu 'tercuit' apabila DidieAliasdanFarouk Hussinyangbertindak sebagai pengacara majlismengusik pengantin lelaki yang disifatkan telah 'menyuntik' hati pesakitnya dalam diam sehingga membawa mereka ke jinjang pelamin. Artis dan selebriti lain yang hadir termasuk Betty Benafe, Nash, Datuk D.J Dave, Zed Zaidi dan Aznah Hamid. Ummi Hafilda terpikat dengan suaminya yangmerupakanwarga Pakistan kerana pandai mengambilhatiorang tuaterutama ibunya. Mereka bernikah di Pakistan,minggu lalu. Mereka sebelum ini dilaporkan akan berbulan madu di Eropah, namun berhasrat menangguhkan niat tersebut kerana Ummi Hafilda mahu memberi tumpuan terhadap kempen pilihan rayaumumnanti. Ummi Hafilda adalah adik kepada Timbalan Presiden PartiKeadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan kakak kepada artis Azwan Ali. Published with Blogger-droid v2.0.10 | ||
Hot! Nik Aziz kecewa Pakatan tolak keputusan Majlis Syura Posted: 18 Jan 2013 04:59 AM PST Ini satu lagi bukti jelas Pas kini terperangkap dengan perjanjian dalam Pakatan berhubung isu kalimah Allah . Kenyataan Azmin umpama suara Anwar dan Dap yang mana tetap berpegang kepada persetujuan bahawa Pakatan membenarkan kalimah Allah digunakan bukan Islam. Nampaknya suara Majlis Syura ulama Pas dah tidak laku dalam Pakatan begitu juga dengan Nik Aziz. Apa reaksi pencacai -pencacai Pas ? Nak ikut Pakatan ke Putrajya dengan benarkan kalimah Allah dijual atau ikut Majlis Syura ? KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. Menurutnya, biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura itu terpulang kepadanya untuk membuat dakwaan. "Itu ikut dia, tetapi saya tidak mahu cakap benda yang terang dan jelas ini, benda ini sudah jelas dah dan kenyataan bertulis telah dikeluarkan. "Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya," katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali semalam, yang menegaskan Pakatan Rakyat mempunyai keputusan sebaliknya daripada ketetapan Majlis Syura dan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu. | ||
Hot! Apa masalahnya Fathul Bari kahwin isteri No 2 ? Posted: 18 Jan 2013 02:00 AM PST Bila timbul isu perkahwinan ulama muda Umno Ustaz Fathul Bari kahwin bini No 2 di Selatan Thai , apa masalahnya ? Kalau beliau berkahwin secara sah di sisi agama , ok la. Ostat2 Pas pun kahwin 2-3 juga di sana secara senyap , jadi apa yang nak diherankan ? UFB bukannya amik duit Rasuah atau ditangkap khalwat seperti Ostat Kaunseling 3pagi tu. Cuma yang GPB tabik kat UFB, isteri keduanya adalah warga Filipina bernama Maria Joy Erlado yang beragama Kristian. Bukan senang nak mengislamkan seorang yang Kristian dan itu yang beliau berkahwin di Selatan Thailand. Tentang rupa isteri UFB, GPB gerenti mesti lawa punya ...kalau yang kaki tengok drama sana tentu dah boleh bayangkan punya..haha... Apapun Tahniah Ustaz Fathul Bari ...kalau ada petua tu Ustaz.,kongsi2 la dengan kami ni..hehe p/s : gambar itu adalah Gadis Muslim Filipina... Mungkin muka macam ini kot? | ||
Hot! Lagi demontrasi kalimah Allah di P.Pinang!! Posted: 17 Jan 2013 11:49 PM PST ![]() ![]() ![]() Selepas tiada langsung penarikan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung desakan kalimah Allah digunakan penganut Kristian , sebentar tadi NGO Jaringan Muslimin P.Pinang ( JMPP) melakukan demontrasi aman di depan kediaman TYT P.Pinang. Mereka turut menyerahkan memorandum kepada TYT P.Pinang agar kalimah suci umat Islam ini dipertahankan.Selain itu, mereka juga mendesak agar pihak polis dan Menteri KDN mengambil tindakan tegas terhadap Guan Eng yang menimbulkan isu ini walaupun telah dijelaskan sebelum ini kalimah ALLAH hanya digunakan oleh umatIslam Ternyata ramai umat Islam di negeri sudah hilang sabar mengenai tuntutan Guan Eng dalam isu kalimah Allah ini. Published with Blogger-droid v2.0.10 Ii | ||
Terkini! Penyebaran bible kepada pelajar Melayu berlaku di Jelutong! ! Posted: 17 Jan 2013 08:34 PM PST
Menyebarkan agama lain kepada umat Islam adalah salah mengikut perlembagaan persekutuan. Persoalannya, mengapa gerakan kristianisasi berani dilakukan secara terbuka di P.Pinang? Mana pergi MAINPP memantau isu walaupun telaj berulang kali berlaku? GPB mohon pihak polis menyiasat isu ini dan menangkap dalangnya.l GEORGETOWN - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, hari ini membuat laporan polis mendakwa dua lelaki mengedar kitab Bible kepada pelajar beragama Islam, di hadapan sebuah sekolah di Jelutong di sini. Pengerusi persatuan itu, Salleh Ismail, berkata pihaknya mempunyai bukti bergambar dan video dua lelaki itu memberi Bible kecil berbahasa Inggeris kepada pelajar Melayu di sekolah menengah berkenaan. "Kami harap pihak bertanggungjawab menyiasat kegiatan ini kerana ia melibatkan akidah umat Islam terutama generasi muda," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Jelutong. Beliau berkata pihaknya membuat laporan polis kerana aktiviti pengedaran Bible kepada pelajar Islam adalah kegiatan berdakwah agama lain kepada umat Islam dan ia menyalahi Perkara 11 (4) dalam Perlembagaan Persekutuan yang melarang agama lain disebarkan kepada orang Islam. -Bernama Published with Blogger-droid v2.0.10 | ||
Hot ! Kerajaan DAP amal polisi pentadbiran jangka pendek ! Posted: 17 Jan 2013 04:30 PM PST Parti GERAKAN Pulau Pinang menyimpulkan kerajaan Pakatan Rakyat hanya memiliki polisi pentadbiran jangka pendek selain barisan kepimpinan yang sering tidak sependapat dalam pelbagai perkara. Naib Ketua Pemudanya, H'ng Khoon Leng berkata isu penarikan balik larangan garis panduan persembahan sempena Tahun Baru Cina oleh kerajaan negeri Kedah baru-baru ini sebagai contoh kecelaruan kerajaan pembangkang dalam membuat keputusan yang melibatkan keharmonian masyarakat berbilang kaum. "Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ini sebenarnya tidak serasi. Lain-lain haluan. Tapi satu haluan satukan mereka hanya satu, iaitu Putrajaya. Tiap-tiap ceramah, (mahu ambil) Putrajaya... Terlalu gilakan kuasa. "Kalau anda parti yang gilakan kuasa, akhirnya ia akan lakukan apa pun yang perlu dibuat untuk mencapai cita-cita politiknya. Itu sebab sekarang kita menghadapi masalah..Di negeri-negeri (naungan PR), terutama Pulau Pinang, bagi saya lah, bukan polisi jangka panjang. Polisi mereka polisi jangka pendek," kata beliau semasa menghadiri Wacana Meja Bulat anjuran Antarapos. Dalam perkembangan lain, Khoon Leng meminta rakyat Pulau Pinang mengembalikan mandat kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu melihat negeri tersebut 'bertukar wajah'. Katanya, kerajaan BN Pulau Pinang sedang dalam usaha melakukan beberapa perubahan, khususnya membabitkan polisi dalam usaha membela rakyat, seterusnya mendapatkan kembali kepercayaan mereka dalam menerajui negeri tersebut. "Polisi ini kita perlu betulkan...bila kita betulkan dan kita uar-uarkan kepada rakyat, kita sampaikan (pada) PRU13, mungkin rakyat akan memberi peluang kepada BN. "Polisi yang sekarang penting di Pulau Pinang ialah polisi perumahan, warisan, ekonomi...tapi saya rasa perlu satu polisi yang boleh mentransformasikan Pulau Pinang. Kita tidak boleh menggunakan polisi yang umum, hanya sekadar polisi di peringkat BN pusat, (tapi) perlu ada polisi, manifesto BN negeri yang boleh mentransformasikan Pulau Pinang dalam tempoh bagi saya, 10 tahun. "Bererti dalam 10 tahun di bawah BN Pulau Pinang, Pulau Pinang akan berubah wajah, tapi bukan cara yang dikehendaki Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang..KM Pulau Pinang caranya 'jadikan Pulau Pinang satu bandaraya antarabangsa'...Saya rasa itu bukan yang dikehendaki rakyat Pulau Pinang," katanya. Wacana Meja Bulat yang membahaskan topik PRU 13 dan Politik Kebencian itu turut disertai bekas Presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Dr Kassim Ahmad dan juga aktivis Warisan Pulau Pinang, Mohamad Salleh Yahya. Tambahnya, kerajaan BN Pulau Pinang sedaya upaya cuba menangani isu yang membelit rakyat, dan hasilnya, sokongan yang diperoleh semakin meningkat. Ini katanya, merupakan satu petunjuk bahawa rakyat negeri tersebut sedikit sebanyak telah 'menyedari' permainan kerajaan Pakatan Rakyat dan mula menyebelahi BN. "Sokongan orang-orang Melayu kepada BN sudah pastinya meningkat...Tapi terdapat isu-isu tertentu, isu khusus yang dihadapi orang Melayu yang BN mesti tangani dan rancang untuk memenangi rakyat Melayu di Pulau Pinang. "Untuk kaum lain, misalnya kaum India pun, selepas isu Kampung Buah Pala, kembali memberi sokongan kepada BN. Untuk kaum Cina, kami nampak ada perubahan. Perubahan itu lebih lambat kerana isu-isu dan gimik-gimik yang dimainkan oleh PR di Pulau Pinang. "Saya rasa mereka (PR) bijak memainkan isu sentimen perkauman, keagamaan, dan mereka juga pandai membuat 'packaging' (iaitu) pemasaran dari segi pencapaian yang bukan mereka (buat). Misalnya peningkatan dari segi pelancongan, industri..yang sebahagian besarnya (dilakukan) oleh kerajaan BN, tapi mereka ambil kredit," ujar beliau. | ||
Adi puji Rita profesional , beri kerjasama babak cium !! Posted: 17 Jan 2013 11:30 AM PST BERTEMU dengan pelakon Rita Rudaini pada majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya berjudul Sehangat Asmara di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, dia tetap kelihatan jelita biarpun usianya sudah mencecah 37 tahun. Jadi, tidak hairanlah ada gosip nakal yang mengatakan ada seorang isteri kepada aktor terkenal cemburu dengan Rita dan tidak membenarkan pelakon wanita itu berlakon dengan suaminya. Beralih pada pelakon bertubuh sasa Adi Putra pula, hubungannya bersama isteri, Zuhaida Yusof dikhabarkan semakin intim selepas kehadiran anak perempuan Zara Adelia, 3 bulan. Kedua-dua figura hebat itu digandingkan dalam drama tersebut yang diadaptasi daripada sebuah novel karya Sofea Aisya yang juga penulis novel Adam & Hawa - sebelum juga turut dijadikan drama bersiri dan sudah disiarkan di TV3. Rita profesional - Adi Adi atau nama sebenarnya, Mohamed Hadi Putera, 32, dalam pada itu mengakui selesa dengan sikap Rita kerana aktres itu bersikap terbuka dan memberi kerjasama bagi menjayakan babak-babak romantis. "Rita profesional, jadi tidak ada masalah apabila ada babak memerlukan saya mencium dahi dan mendukungnya. Ia memudahkan kerja saya menjayakan watak suami isteri bersamanya," akui Adi Putra mengenai gandingannya dengan Rita dalam drama bersiri Sehangat Asmara. Ditebak soalan sama ada drama gandingannya bersama Rita itu dapat memecahkan tembok fenomena naskhah Adam & Hawa lakonan aktor terkenal Aaron Aziz dan Nadiya Nisa, ujar Adi, dia yakin dengan kejayaan Sehangat Asmara. Ini kerana novel dengan judul yang sama itu sememangnya popular dan mempunyai pengikut tersendiri. "Saya yakin Sehangat Asmara akan menjadi fenomena kerana ia diadaptasi daripada novel terkenal," jelas Adi yang membawakan watak pelajar dan kemudiannya suami kepada Rita itu. Mengulas mengenai peranannya sebagai pelajar bersama Rita dalam drama tersebut, ungkap Adi, ia tidak menjadi masalah buat mereka. "Usia tidak tertakluk kepada watak yang kita bawa. Asalkan ia boleh meyakinkan penonton. Jika beri watak itu kepada orang muda, kalau dia tidak dapat warnakan watak itu pun tiada guna. Disebabkan itu Rita dipilih sebab dia berpengalaman. "Cara dia menggalas beg dengan postur tubuh yang pandai dimainkannya sudah berjaya menampakkan keremajaan dia," ulasnya yang turut memberitahu, tidak akan mengubah bentuk tubuhnya untuk membawa watak sebagai pelajar.
Di luar lapangan seninya, Adi kini mengakui kehadiran Zara Adelia yang dipelihara kira-kira tiga bulan lalu menjadi pengikat kepada rumah tangganya yang hampir-hampir musnah pada tahun lepas. Ditanya adakah kehadiran anak itu merapatkan semula perkahwinannya dengan Zuhaida yang dikatakan berantakan sebelum ini, ungkap Adi, dia menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. "Tidak boleh kata sejauh mana (kehadiran anak) akan mengekalkan rumah tangga saya. Kami biarkan ia berjalan secara semula jadi. Apa yang penting, doa daripada kami berdua kepada Tuhan agar dipermudahkan segala urusan," tuturnya mengenai perkahwinan yang dibina sejak 14 April 2006 itu. Gembira dengan kehadiran Zara, kongsi Adi, setiap kali keluar berlakon dia tidak sabar untuk pulang semula ke rumah malah akuinya, rutin sebagai bapa seperti membuat susu sudah dipraktikkan setiap hari walaupun Zara berjaga pada pukul 4 pagi. "Ketika ambil dia umur empat hari, saya takut lagi mahu dukung tetapi sekarang bila umur dia sudah tiga bulan saya sudah berani dukung. Kehadiran Zara memang menggembirakan kami (Adi dan isteri). Ia adalah pengalaman baharu buat kami," jelasnya lagi. Rita dan Lisdawati Masih lagi tidak selesai dengan kes rumah tangganya, Rita Rudaini mengakui tertekan membaca novel Sehangat Asmara yang mengisahkan kesengsaraan seorang isteri menunggu suaminya selama sembilan tahun. "Sebenarnya saya memang suka baca novel dan Sehangat Asmara merupakan salah satu koleksi novel yang saya ada. Cuma, saya tertekan baca novel itu kerana ceritanya sedih," ujarnya yang mengakui dengan membaca novel tersebut membantunya menjayakan drama Sehangat Asmara itu. Tidak hanya tertekan membaca novel, Rita juga mengakui mengalami tekanan kerana menjayakan babak yang banyak menangis sehingga menyebabkan air matanya kering. Mujur, pihak produksi faham dan tidak memaksa Rita untuk menjayakan babak menangis sehingga dia memperoleh mood semula. Ditebak soalan tidakkah tawaran berlakon dalam Sehangat Asmara itu mengguris perasaannya kerana ia kelihatan serupa dengan kehidupan sebenarnya, ungkap Rita, dia tidak berasa sedemikian. "Saya tidak terguris. Apa yang boleh saya cakap, ia memudahkan lagi untuk saya menjiwai watak tersebut kerana pernah melaluinya," jelasnya yang membawakan watak sebagai Kamilia Najwa itu. Mengulas mengenai gandingannya bersama Adi, tutur Rita, Sehangat Asmara bukan merupakan gandingan pertamanya bersama Adi kerana sebelum ini dia pernah berlakon dengan Adi dalam filem Balistik. Begitupun, pelakon drama Kutub Utara Kutub Selatan itu mengakui agak sukar untuk mendekati Adi pada mulanya. "Ini kali ketiga berlakon bersama Adi. Cuma, sebelum ini adegan bersama Adi tidak banyak tetapi dalam Sehangat Asmara kami berlakon sebagai suami isteri. "Mula-mula susah juga nak dapatkan keserasian dengan Adi kerana saya tidak mengenalinya dengan rapat. Lainlah dengan Rosyam dan Aqasha sebab kami memang berkawan jadi untuk membina keserasian di set penggambaran adalah mudah," jelasnya. Melihat karakter Adi yang pendiam, Rita pada mulanya gentar untuk menyapa Adi kerana takut dituduh 'gatal.' "Mula-mula memang rasa canggung tetapi selepas seminggu penggambaran baru boleh 'masuk' dengan dia (Adi)," ujarnya mengenai gandingannya bersama Adi dalam drama yang sebahagiannya menjalani penggambaran di Sydney, Australia itu. Usai lakonannya dalam drama Sehangat Asmara diceritakan, Rita berkongsi cerita pula mengenai hubungannya bersama aktres Lisdawati yang dikatakan sudah berdamai itu selepas hampir tujuh tahun bermusuhan. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |