Politik Harian |
- Tindakan Tegas Perlu Dikenakan Terhadap Patrick Teoh - Khairy
- Nurul Izzah Dimalukan Depan Khalayak Ramai...
- Gerak Kerja Pemuda BN Masuk Pusingan Akhir
- Penjelasan Fathul Bari Isu Fitnah Kahwin Lari Di Thailand
- #Listen Bawani Kekasih Gelap Adam Adli...
- Azmin Ali Silap Langkah... Dedahkan Azrul Ahli PKR
- Parti Komponen BN Diarah Siap Sedia Hadapi PRU-13: Najib
- Kalimah Allah : Polisi Pakatan Kekal, Tolak Keputusan Majlis Syura PAS
Tindakan Tegas Perlu Dikenakan Terhadap Patrick Teoh - Khairy Posted: 18 Jan 2013 02:00 AM PST Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata tindakan tegas patut dikenakan terhadap pelakon Patrick Teoh yang menghina Islam dalam laman Facebooknya baru-baru ini. Beliau berkata walaupun Teoh memohon maaf setelah menyedari kenyataannya mendapat kecaman banyak pihak, ia tidak boleh diterima begitu sahaja, tanpa ada tindakan susulan yang lebih tegas. Seterusnya klik pada tajuk entri.... "Dah sampai tahap terlalu kesat, kita tak mahu lepas ini sesiapa sahaja menghina Islam kemudian minta maaf begitu sahaja. Dia patut dipanggil pihak berkaitan dan disoal siasat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno Kedah, di sini hari ini. Beliau berkata tindakan pelakon yang sinonim dengan watak komedi itu telah mengguris perasaan umat Islam dan Teoh wajar dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang-undang. Khairy mengulas kenyataan kesat Teoh yang menghina Islam termasuk memperlekeh amalan solat dan menutup aurat wanita Islam sebagai reaksi terhadap tindakan kerajaan PAS Kedah meletakkan syarat kepada peserta yang terlibat dengan persembahan pentas majlis sambutan 1Malaysia Tahun Baharu Cina 2013 di negeri ini.-Bernama |
Nurul Izzah Dimalukan Depan Khalayak Ramai... Posted: 18 Jan 2013 12:00 AM PST Berita Lembah Pantai: Pada 16 Januari 2013 iaitu Rabu lepas, ada kematian di Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Lembah Pantai. Seorang wanita berumur 93 tahun meninggal dunia, dan jenazahnya diuruskan di Surau An-Nur Blok 18 iaitu bawah je dari rumah Arwah. Seterusnya klik pada tajuk entri.... Maka penduduk tempatan terutama saudara-mara si mati pun ramailah yang datang, yang mengurus jenazah ada, yang menziarah pun ada. Maka oleh sebab kita pun tahu pilihanraya dah dekat, tiba-tiba datanglah juga Nurul Izzah. Dipercayai dia dimaklumkan tentang kematian ini dan dibawa ke Surau An-Nur oleh Yati, ibu tunggal Blok 19 yang memang kuat PKR. Kedatangannya tidak disambut, jadi orang pun tak perasan dia datang. Yang nak jadi ceritanya, dan ini disaksikan sendiri oleh isteri salah seorang wartawan Berita Lembah Pantai, ialah begini:- Ketika bersalam-salam, ada seorang saudara simati ni (dipercayai perempuan ni kerja tukang masak di UM) pun bertanya pada Nurul Izzah, "Awak ni siapa?" Berubah muka Nurul Izzah. Sebelum sempat dia menjawab, akak ni bertanya lagi, "awak ni sedare arwah ke, x pernah nampak pun?!" Maka tersengih-sengihlah Nurul Izzah. Orang-orang perempuan yang lain pun berpandang-pandang sesama sendiri, tersenyum sinis masing-masing. Malu besar Nurul Izzah. Berubah mukanya. Apa taknya, disebabkan memang dia ini tak pernah turun padang, tak pernah nampak muka sejak menang di kawasan ini, sampai ada orang Lembah Pantai tak kenal pun Nurul Izzah! Alahai Nurul. Nampak gayanya betul lah anda ni Wakil Rakyat Pilihanraya. Tak turun padang! Hanya nampak muka di Lembah Pantai bila dah dekat Pilihanraya. Malu betul! |
Gerak Kerja Pemuda BN Masuk Pusingan Akhir Posted: 17 Jan 2013 11:00 PM PST YB KJ beramah mesra dengan peniaga peniaga pasar tani diTaman Wira Mergong Kedah Semua jentera Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diarahkan untuk bergerak secara aktif di pusingan akhir bermula 1 Februari ini bagi bersiap-sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Seterusnya klik pada tajuk entri....Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata biarpun jentera Pemuda sudah bersiap siaga sejak tahun lalu namun mulai awal bulan depan gerak kerja perlu lebih aktif. Katanya, arahan untuk jentera bergerak aktif itu selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Pusat Daerah Mengundi (PDM) diaktifkan pada tarikh sama. "Saya minta semua jentera Pemuda di peringkat PDM bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen perlu dibuka dan diaktifkan. "Apabila dibuka, jentera Pemuda perlu buat kerja cari pengundi dan pastikan pada hari mengundi mereka keluar membuang undi dan kita dapat tahu siapa yang mengundi kita. "Ini adalah persiapan kita di pusingan akhir sebelum pilihan raya dijalankan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dan taklimat Pemuda UMNO Kedah di sini hari ini. Menurut Khairy, gerak kerja Pemuda ketika ini perlu lebih fokus dan bersifat mikro kepada kawasan PDM dan pengundi tanpa memikirkan soal calon yang diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan. -Utusan |
Penjelasan Fathul Bari Isu Fitnah Kahwin Lari Di Thailand Posted: 17 Jan 2013 08:00 PM PST Apa nak jadi dengan Pakatan Pembangang yang menggunakan blogger blogger mereka membawa fitnah kononnya Ustaz Fathul Bari telah berkahwin lari di Thailand.... Serangan peribadi untuk menjatuhkan Ustaz Fathul Bari membuktikan puak pembangkang semakin takut lagi gusar dengan Ustaz Fathul yang sering mematahkan dan menepis serangan fitnah dari puak pembangkang. Seterusnya klik pada tajuk entri.... Surat nikah Ustaz Fathul Bari yang dikeluarkan oleh blogger puak pembangkang... jahat sungguh mereka ni.... Cerita sebenarnya Fathul Bari bernikah untuk mengislamkan seorang gadis beragama kristian Maria Jor Erlano. Sebaliknya kita harus akui bahawa Fathul Bari tidak melakukan sebarang proses memurtadkan mana mana umat islam....., malah beliau menambahkan bilangan umat islam. Pernikahan kedua Fathul Bari juga mendapat sokongan isteri pertamanya. Ustaz Fathul Bari bukan jenis balun bini orang macam Mat Sabu atau ditangkap khalwat jam 3 pagi. .... Ikuti penjelasan Ustaz Fathul Bari... Video URL: http://youtu.be/ktQ-8dK-qVI Berikut adalh dokumen lengkap berkaitan pernikahan Ustaz Fathul Bari di Thailand di mana terdapat dokumen yang secara sengaja disorok oleh puak Neo Khawarij. Kenapa sebar dokumen suku-suku. Dah la terima agama pun suku-suku. Dokumen nak sebar suku-suku. |
#Listen Bawani Kekasih Gelap Adam Adli... Posted: 17 Jan 2013 06:00 PM PST Bawani diangkat sebagai seorang hero hanya kerana 'keberaniannya' dalam membuat kekecohan dalam sebuah forum di University Utara Malaysia, beberapa hari lalu. Semua telah melihat bagaimana Bawani membuat kecoh di forum tersebut di saat-saat akhir forum, dan berkeras untuk mempersoalkan tentang hak berdemonstrasi, kebebasan bersuara dan pendidikan percuma, dan mahu Puan Sharifah Zohra, moderator, bukan ahli panel forum tersebut, untuk menjawab segala persoalan yang diberi. Seterusnya klik pada tajuk entri.... Jelas, Bawani telah membuat persediaan dalam memberikan hujah-hujah. Mengharapkan penjelasan daripada Puan Sharifah terhadap persoalan yang diajukan adalah seperti meminta penjelasan daripada seorang pakar Matematik tentang Undang-Undang. Apa yang menghairankan adalah publisiti yang diterima Bawani. Dari ucapan yang diberi hinggalah segala komen di Youtube dan juga artikel yang dikeluarkan tentang perkara ini, segalanya boleh Bawani dari seorang hero kepada pelajar yang gagal. Facebook Bawani menjelaskan pandangan politiknya, itu hak Bawani. Rangkaian komuniti sosial UUM pula menjelaskan minat Bawani terhadap dunia politik, juga hak Bawani. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa Bawani adalah penyokong tegar Parti Sosialis Malaysia (PSM). Tidak mengapa, itu hak Bawani. Adam Adli Dan Mahasewel Pelopor Idealime Komunis Namun, rakyat sering memandang sinis terhadap PSM kerana PSM adalah dari Parti Komunis Malaya (PKM). Apabila pihak komunis mula berundur, PKM mula beroperasi melalui parti-parti politik, terutamanya, DAP, dimana rakyat dapat lihat pendirian mereka terhadap Hak Melayu, Institusi Diraja, Islam sebagai agama rasmi, dan sebagainya. Pada 13 Mei 1969, puak komunis ini telah membuat serangan terhadap musuh mereka - kaum Melayu, kerajaan dan islam. Namun, tindakan mereka gagal. Kegagalan mereka telah membawa kepada pecahan parti tersebut kepada beberapa tempat seperti Parti Buruh, Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan kesatuan pekerja. Kemudian, pecahan-pecahan ini disatukan semula dan dikenali sebagai Parti Sosialis Malaysia. Bagaimanapun, pendaftaran parti ini tidak dibenarkan pada tahun 1998 oleh kerana kaitan mereka dengan komunisme. Jadi, mereka bertanding di bawah DAP bagi pilihanraya 1999, dan di bawah PKR pada pilihanraya 2004. Berjaya mengambil kesempatan akibat daripada kepimpinan yang lemah pada masa itu, PSM akhirnya berjaya bertanding secara rasmi di bawah nama parti itu sendiri pada tahun 2008. Jadi, itulah Bawani. Segala apa yang dipersoalkan tentang Cuba, Argentina, Denmark, Finland, Sri Lanka dan Turki tentang pendidikan percuma hanyalah salah satu cara untuk memburuk-burukkan Malaysia. Kerana jika Bawani benar-benar tahu akan keadaan sebenar di negara-negara tersebut di mana rakyat terpaksa dikenakan cukai yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan percuma, dia tidak akan menimbulkan isu tersebut. Motif Bawani? Prejudis, Publisiti, Kebencian dan Kuasa. Mudah. Dengan sikap prejudis dan kebencian yang membuak-buak, mungkin Bawani terlepas pandang akan hak eksklusif yang dapat dinikmati oleh kaumnya di negara ini, atau hak untuk berkongsi kuasa di kabinet, atau peluang untuk menguasai ekonomi lebih daripada kaum Melayu sendiri, dan juga cuti awam khas bagi perayaan agamanya, segalanya di Malaysia. |
Azmin Ali Silap Langkah... Dedahkan Azrul Ahli PKR Posted: 17 Jan 2013 05:00 PM PST Patutlah pembangkang bising... rupa-rupanya sah Azrul ahli PKR Agendadaily: Patutlah pembangkang beria-ia membela Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung tugas susulan pembentangannya berhubung PRU 13 dengan menjangkakan 'BN kalah'. Rupa-rupanya beliau adalah ahli PKR. Seterusnya klik pada tajuk entri.... Ini diakui sendiri Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali. Cuma yang hairannya ahli parlimen Gombak itu mendakwa tak tahu bila Azrul Azwar jadi ahli PKR dan cabang mana. Betul ke Azmin? Mustahil tidak tahu kerana Azrul tu bukan orang biasa malah kelayakkannya boleh tahan. Apapun, dipercayai beliau ahli PKR di Putrajaya dan dikatakan rapat dengan pemimpin atasan parti itu. Sumber memberitahu Agendadaily, Azrul Azwar pernah berada dalam team Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ismail ketika bertugas sebagai Ketua Eksekutif kepada Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tugasnya antara lain memberikan idea dan imput berhubung ekonomi negeri kerajaan PKR itu. Malah menurut sumber, Azrul Anwar pernah berada di pentas ketika Konvensyen PKR di Johor pada 2011 membentangkan kertas dasar ekonomi parti pembangkang. Sebab itulah kisah penggantungan tugas beliau mendapat tumpuan portal pro pembangkang sejak beberapa hari lalu. Beliau dilaporkan tidak mengetahui maksud dakwaan majikannya dalam surat penggantungan petang kelmarin atas dakwaan "melakukan salah laku yang serius '. Bank Islam dikuasai 51 peratus oleh BIMB Holdings Bhd. dan 18.5 peratus lagi milik Lembaga Tabung Haji. Ekoran itu, Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat yang mengulas pembentangan Azrul menyifatkan kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Ketua Ekonomis itu dan bukan pendirian bank berkenaan. Beliau percaya tindakan Azrul Azwar itu telah menyalahi peraturan dan kedudukannya sebagai seorang kakitangan bank. Azrul Azwar mengesahkantindakan itu berkaitan dengan pembentangannya di Singapura itu pada 10 Januari lalu. "Tindakan ini adalah jelas berniat politik. Saya tak tahu nak kata macam mana (lagi). Saya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya seperti dilaporkan Malaysiakini. Azrul berkata, tindakan penggantungan berkuat serta-merta dan surat tersebut tidak menyebut tempoh penggantungan tersebut. Dalam kertas pembentangannya yang bertajuk "Malaysia: Economic and Political Outlook 2013", Azrul menulis tiga kemungkinan senario yang berlaku dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan analisis faktor yang terpilih. Beliau menyatakan senario "besar kemungkinan" BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi. Parlimen Malaysia sekarang mempunyai 222 kerusi. Selain itu, katanya senario terbaik di mana BN mempertahankan 112 hingga 122 kerusi parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperolehi 100 hingga 110 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, katanya, senario ketiga "kurang kemungkinan", apabila BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi parlimen. Azrul bagaimanapun menyalahkan media tertentu yang menurutnya hanya memetik satu senario berhubung kemenangan Pakatan tanpa menyebut dua lagi senario yang dikemukakannya. Beliau kesal dengan laporan media berkenaan yang didakwanya cuba menggambarkan seolah-oleh beliau bersikap "berat sebelah". "Kalau lapor ketiga-tiga kemungkinan senario ini, perkara ini (penggantungan tugas) tidak akan jadi," katanya yang kesal dengan laporan media berkenaan. Ditanya lanjut, Azrul berkata beliau kini sedang menenangkan diri tetapi tidak menolak kemungkinan memikirkan untuk melepaskan jawatan "kerana tidak mahu orang lain menderita" susulan perbentangnnya itu. "Saya tidak mahu orang lain menderita. (Saya fikir untuk buat ini) demi kepentingan bos saya," katanya sambil mendakwa ketuanya kini menerima tekanan daripada "pemimpin atasan BN". Jika benar dakwaan sumber Agendadaily, Azrul Azwar tidak perlu menyalahkan pihak lain kerana beliau sendiri menjolok sarang tebuan. Bagi portal pro pembangkang yang mempertahankannya serta mempertikai tindakan Bank Islam, tidak perlu ada persoalan islamikkah bank itu dengan menggantung Azwar Azrul kerana beliau patut sedar kedudukan bank berkenaan dan tindakannya itu jelas bermotif politik. Lagipun, beliau sendiri mencurah pasir ke dalam periuknya. |
Parti Komponen BN Diarah Siap Sedia Hadapi PRU-13: Najib Posted: 17 Jan 2013 08:01 AM PST Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) diarahkan siapsiaga bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) yang akan diumumkan tidak lama lagi. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata isu perbincangan pembahagian kerusi antara parti komponen dan calon yang akan disenaraikan hampir selesai. Seterusnya klik pada tajuk entri.... Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ketika ini BN mahu memastikan pilihan calon yang akan bertanding pada PRU-13 berdasarkan kebolehan dan penerimaannya di kawasan berkenaan. "Pengumuman calon akan dibuat lebih awal tetapi saya masih belum membuat keputusan bila ia akan diumumkan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat BN di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi. |
Kalimah Allah : Polisi Pakatan Kekal, Tolak Keputusan Majlis Syura PAS Posted: 17 Jan 2013 06:00 AM PST Inilah masa yang sesuai untuk PAS meninggalkan perjuangan Pakatan Rakyat yang dah semakin mengarut. Pas sebuah parti milik melayu islam yang selama ini berjuang untuk masyarakat islam dilihat kian suram apabila bersama DAP dan PKR selepas PRU 12.. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri.... Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan. "Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini. Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari lalu dalam banyak perkara dengan mengambil kira kepentingan bersama. "Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu," katanya. Azmin kemudiannya berkata Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada struktur organisasi PAS dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu. "Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya. Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak. "Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tak boleh halang orang daripada bercakap," katanya. Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Pas memutuskan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi nahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak. Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata. |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |