Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

KEPAL NASI KEPAL BERAS

$
0
0

KEPAL NASI KEPAL BERAS


WAR ROOM PAKATAN BOCOR..!! BN MENANG 2/3 RUPANYA!!

Posted: 17 Jan 2013 06:37 AM PST

Sasaran parlimen boleh tawan;

Kedah
1. Sik
2. Jerai
3. Padang Terap
4. Kulim Bandar Baru
5. Padang Serai
6. Sg Petani
7. Merbok
8. Pendang

Penang
1. Bukit Mertajam
2. Balik Pulau

Perak
1. Bukit Gantang
2. Bagan Serai
3. Teluk Intan
4. Sungai Siput
5. Parit Buntar

Selangor
1. Kuala Selangor
2. Kuala Langat
3. Hulu Langat
4. Gombak
5. Ampang
6. Kelana Jaya
7. Kapar
8. Kota Raja
9. Subang

Negeri Sembilan
1. Telok Kemang

Pahang
1. Kuantan
2. Indera Mahkota

Terengganu
1. Kuala Terengganu

Kelantan
1. Tanah Merah
2. Pasir Puteh
3. Kuala Kerai
4. Ketereh
5. Machang
6. Bachok

Jumlah sasaran boleh tawan 34
Jumlah kawasan boleh kalah di Sabah dan Sarawak 12
Jumlah kawasan boleh kalah di Semenanjung 5
Jumlah tambahan bersih 17.
Jumlah keseluruhan kawasan parlimen dimenangi BN 157 (140+17)
Jumlah majoriti 2/3 - 148
Reserve kalah 9 kawasan.

Semua kawasan sasaran boleh menang ini boleh dimenangi BN secara bersyarat. Antara syaratnya;

1. Calon yang berlatar belakang "senonoh" dan tak memalukan parti.
2. Calon tempatan berpengaruh(pertalian saudara yang ramai).
3. Tiada sabotaj dalaman.
4. Elakkan "mencalon semula calon kalah" dalam PRU12, terutama di Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan.
5. Calon "tiada harapan menang" walaupun mereka Ketua Bahagian mesti sanggup berkorban dan memberi laluan.
6. Pucuk pimpinan wajib elakkan memilih calon kerana kawan.
7. Pucuk pimpinan harus berani tidak mencalonkan pemimpin liabiliti.
8. Seluruh pemimpin atasan UMNO termasuk ketua perhubungan yang diberi muka oleh PM untuk menamakan calon pilihan mereka jangan mengambil kesempatan mencadangkan "nama kawan" untuk kepentingan pemilihan parti selepas PRU13. Ini yang buat rosak.

WOW!! TERBAEK DARI HISHAMMUDDIN KDN SETAKAT INI!!!

Posted: 16 Jan 2013 06:15 PM PST

Listen! Listen! Listen!... Himpunan pakatan pembangkang di Stadium Merdeka adalah "testimony" kepada Akta Perimpunan Awam 2012 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 2012 seperti yang disebut oleh PM Najib.

Himpunan pembangkang ini bukan himpunan penutup tirai sempena PRU 13 yang bakal berlangsung. Himpunan ini adalah penutup tirai tanda berakhirnya demonstrasi jalanan yang djadikan oleh pembangkang sebagai jalan singkat di luar batas demokrasi untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah.

Sebijak-bijak pembangkang mencari akal untuk menggunakan dan mengambil kesempatan terhadap setiap "loopholes" yang terdapat dalam perundangan negara, akhirnya "tertunduk dan tertaat" juga mereka terhadap undang-undang negara. "Tidak dapat akal" lagi pihak pembangkang untuk mencari jalan menghalalkan tindakan mereka untuk berdemonstrasi jalanan seperti yang selalu dilakukannya. 

"Tertunduk dan tertaatnya" pembangkang dalam hal ini adalah bukti kejayaan atau testimony kepada "kebijaksanaan dan sifat terbuka" kerajaan dalam menjamin kebebasan bersuara di negara ini melalui APA 2012. Kerajaan berjaya mendidik pihak yang gemar berdemonstrasi jalanan yang menyusahkan orang awam, dengan cara melorongkan mereka ke arah cara yang paling betul untuk berhimpun dan menyatakan pendapat secara beretika dan menurut undang-undang.

Kejayaan transformasi perhimpunan awam yang dilakukan oleh pentadbiran PM Najib ini adalah ibarat kejayaan Jabatan Haiwan atau Pejabat Daerah mengkandangkan lembu mengikut spesifikasi dan habitat yang lazim bagi haiwan ternakan, setelah berpuluh tahun hidup terbiar. Makan, tidur, berak, kencing di tengah jalan. Mencemar jalanraya dan menyusahkan pengguna.

Kredit harus diberikan kepada DS Hishamuddin Tun Hussein dalam mencari jalan keluar dan sekali gus menyelesaikan masalah yang begitu lama tertunggak tanpa penyelesaian yang holistik. Bukan senang nak letakkan "kelikir" di hidung "raja segala lembu" yang tak reti bahasa.

Allahyarham Tun Razak dulu terpaksa guna trak black maria untuk pindahkan Raja Lembu ini ke Kandang Kemunting.  

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>