Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Apa Yang Tersirat

$
0
0

Apa Yang Tersirat


Kota Jakarta Lumpuh

Posted: 17 Jan 2013 06:00 AM PST

Kota Jakarta lumpuh
JAKARTA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menyiapkan pelan kontinjensi bagi membantu memindahkan rakyat Malaysia yang tinggal di Jakarta jika keadaan banjir di ibu negara Indonesia ini bertambah buruk.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan berkata para pegawai kedutaan besar sentiasa menghubungi rakyat Malaysia di beberapa kawasan di Jakarta untuk memastikan keadaan mereka selamat.

"Alhamdulillah pada masa ini belum ada rakyat Malaysia yang terperangkap dalam banjir," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Syed Munshe Afdzaruddin berkata Kedutaan Besar Malaysia akan menyediakan tempat tinggal sementara jika ada rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia terpaksa berpindah disebabkan kediaman mereka dinaiki air di paras bahaya.

Katanya Kedutaan Besar telahpun membuka bilik gerakan banjir yang beroperasi 24 jam bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat terkini tentang keadaan banjir di Jakarta dan bilik gerakan itu boleh dihubungi di nombor telefon +62215224947.

Banjir yang melanda kebanyakan kawasan di ibuk ota ini sejak pagi ini telah melumpuhkan aktiviti harian warga kota kerana beberapa kawasan di pusat bandar dinaiki air sehingga satu meter sementara kebanyakan jalan menuju ke pusat bandar turut digenangi air.

Kerajaan Pentadbiran Ibukota Jakarta telah mengistiharkan Darurat Banjir untuk kawasan Jakarta mulai hari ini hingga 27 Januari.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono turut menaiki bot meninjau keadaan banjir di Jakarta dan mengarahkan pihak polis memantau keselamatan rumah penduduk yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Sejak dua hari lalu, hampir 10,000 penduduk, khususnya yang tinggal berhampiran Sungai Ciliwung serta beberapa batang sungai lain, telah dipindahkan apabila kawasan penempatan mereka dinaiki air sehingga tiga meter akibat air sungai melimpah berikutan hujan lebat dan sederhana lebat berterusan di ibu negara ini. - BERNAMA

PRU-13: Orang Melayu Hanya Boleh Salahkan Diri Sendiri Kalau Hilang Kuasa

Posted: 17 Jan 2013 05:30 AM PST

Di sebalik demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin dirasai, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan orang Melayu bahawa mereka bukan sekadar bakal berhadapan dengan pilihan raya umum biasa, sebaliknya bakal menentukan percaturan survival masa depan.

Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.

PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.

Malah katanya, "orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.

"Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita?

"Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.

"Bagi yang sedar, mereka akan mempertahankan kedudukan mereka dan bagi yang tidak sedar, mereka akan berkata keadaan adalah biasa... kami orang Malaysia dan kita tidak perlu kaitkan diri kita dengan Melayu lagi, kita juga akan berjaya," 

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam hari ini.

Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri dan telah memimpin Barisan Nasional pada PRU 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999 dan tidak pernah Bn kehilangan kuasa 2/3 Dewan Rakyat.

Menyentuh pelbagai aspek berkaitan dengan masa depan politik orang Melayu, Dr Mahathir berkata, masa depan orang Melayu adalah berdasarkan apa yang difikirkan dan kebolehan bangsa itu membuat pertimbangan, terutamanya sejauh mana kecekapan mereka untuk meneka apa dan akan berlaku berasas pada apa yang sudah berlaku.

Katanya, tidak ramai yang membuat kajian sendiri mengenai perkara seperti ini dan rata-rata apabila orang Melayu berasa marah, mereka sekadar melepaskan rasa marah.

"Kita tidak bertindak untuk mengatasi masalah, sebaliknya kita hanya marah.

"Mengapa kita kata begitu... tak baik, itu sahaja, sebaliknya kita perlu bertindak bukan untuk mengganas seperti di negara-negara yang lain dengan mengikat bom pada badan dan letupkan diri kita.

"Hanya yang dikehendaki, kita harus berfikir secara mendalam tentang masa depan kita dan bagaimana menyelamatkan dan memajukan masa depan kita," jelas beliau.

Dr Mahathir yang juga bekas Presiden Umno menambah, sebagai sebuah negara demokrasi, keputusan banyak bergantung kepada pemilihan orang Melayu termasuk pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.

Ujarnya lagi, jika orang Melayu bertindak berasaskan emosi dan terutamanya kebencian, beliau yakin masa depan orang Melayu tidak akan terjamin.

"Sebaliknya, jika berfikir secara mendalam, berasaskan kepada pengalaman kita berasaskan keadaan, sejarah dan keadaan yang kita lihat sekarang, saya yakin kita akan membuat pilihan bijak.

"Pilihan yang bijak akan menentukan masa depan kita akan terselamat," katanya.

Dr Mahathir, seorang doktor perubatan sebelum menceburi politik dan pernah menghasilkan buku Dilema Melayu yang popular berkata:

"Kita juga harus ingat orang Melayu ini juga yang beragama Islam."

"Kalau orang Melayu gagal, disingkir dan diketepikan dan menjadi kaum yang termiskin dalam negara kita ini, percayalah agama Islam juga akan menghadapi masalah," kata beliau.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710