Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DIMENSI

$
0
0

DIMENSI


Omegay: Antara kebongokan Bhavani dan Tipah Mulut Koyak >XD

Posted: 17 Jan 2013 12:30 AM PST


Bawani: Pendidikan Percuma Atau Publisiti Murahan?
Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, semestinya tidak menjangkakan bahawa jemputan yang diterima beliau untuk menjadi moderator bagi satu forum di UUM beberapa hari lalu akan mengubah hidup beliau. Sharifah Zohra bukanlah salah seorang daripada panel bagi forum tersebut (Forum Wanita dan Politik), jadi, bukanlah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan para peserta. Namun, seorang pelajar, Bawani, bertindak mengajukan soalan kepada  Sharifah pada saat-saat akhir forum dan enggan 'berhenti bercakap'.

Tidak salah bagi sesiapa untuk mengesyaki bahawa walaupun Syarifah tidak menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku, Bawani mungkin telah membuat rancangan awal terhadap insiden tersebut.

Masa yang dipilih oleh Bawani untuk mengajukan soalan adalah satu perkara. Namun, satu lagi perkara yang tidak boleh diterima adalah nada dan kelakuan Bawani terhadap Syarifah. Budaya timur tidak boleh menerima kelakuan buruk seperti itu, terutamanya kelakuan Bawani kepada seorang yang lebih berusia darinya. 

Namun, Bawani hanyalah seorang pelajar, seorang wanita yang masih lagi muda yang masih lagi mentah, penuh dengan perkara yang mahu dilepaskan. dan sama seperti mana-mana golongan muda terpelajar, Bawani percaya bahawa dia adalah lebih arif berbanding orang lain, termasuklah, terutamanya, kerajaan dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, dan dalam kes ini, Sharifah.

Syarifah bagaimanapun, gagal untuk mengawal provokasi yang dibuat oleh Bawani. Penulis percaya bahawa Syarifah mungkin mampu mengawal pelajar tersebut jika beliau lebih bersedia. Sebagai moderator, Syarifah tidak bertanggungjawab untuk menjawab soalan, beliau bertanggungjawab terhadap masa, dan ketika itu, masa bagi forum tersebut telah tamat.

Kami faham bahawa bagi Sharifah, tindakan pelajar tersebut dalam melakukan provokasi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Atas sebab itulah beliau memberikan respon-respon yang tidak relevan. Namun, segalanya berubah dalam sekelip mata.

Kita dapat lihat bagaimana Youtube mampu mengubah kehidupan seseorang; dalam masa sekelip mata, Syarifah dianggap sebagai seorang agen kerajaan yang tidak sensitif dan bodoh sementara Bawani dianggap sebagai seorang hero.

Tiba-tiba, insiden tersebut bertukar menjadi isu politik, lengkap dengan elemen-elemen perkauman, pegawai kerajaan yang tidak bertauliah dan juga mangsa yang berani.

Soalan yang diajukan oleh Bawani bukanlah berbentuk 'killer question'. Penulis pasti Sharifah pasti mampu menjawab persoalan tersebut jika beliau berada dalam situasi yang berlainan. Dengan segala fakta yang diberkan oleh bawani terhadap pendidikan percuma di beberapa negara, mungkin Bawani rasa bahawa dia adalah lebih besar daripada mana-mana kabinet kerajaan. Namun, seperti apa yang penulis katakan, Bawani adalah seorang anak muda yang belum matang dan naif. Memerintah sebuah negara dan memberikan pendidikan percuma bukanlah semudah ibu bapanya memberikan wang belanja kepada dia dan adik-adiknya.q

Nampaknya, Bawani sebenarnya tidak begitu arif tentang isu ini. Bawani membandingkan Malaysia dengan negara-negara seperti Cuba, Argentina, dan Brazil berkenaan dengan pendidikan percuma. Mungkin dia tidak tahu bahawa untuk mendapatkan sistem pendidikan percuma, kos untuk perkara-perkara lain akan meningkat. Untuk memberikan pendidikan percuma, Argentina dan Cuba kekal sebagai negara miskin. Mereka tidak mampu menggunakan sebarang dana untuk memajukan sektor-sektor lain. Selain itu, pendidikan percuma juga tidak memberikan sebarang jaminan bahawa negara tidak akan dibelenggu masalah lain. Argentina sebagai contoh, akibat daripada kemiskinan, masalah rasuah adalah terlalu tinggi dan kemudiannya membawa kepada ketidakseimbangan dalam peluang pendidikan yang mana nisbah pelajar dari keluarga kaya dan golongan pelajar miskin untuk mendapat peluang untuk mendapatkan pendidikan tertiari adalan 9:1.

Dan hanya 10% pelajar-pelajar di Sri Lanka berpeluang untuk mendapatkan pendidikan tinggi, selebihnya hanya mampu mendapatkan pendidikan menengah. Brazil juga memberikan pendidikan percuma, namun, kadar cukai di negara tersebut adalah tinggi. 

Hampir kesemua negara-negara maju tidak memberikan pendidikan percuma. Denmark sebagai contoh, walaupun memberikan pendidikan percuma, mereka terpaksa mengenakan kadar cukai yang amat tinggi kepada rakyat. Turki dan Malaysia pula adalah sama, pendidikan hanyalah percuma hingga ke sekolah menengah.

Cukai pendapatan di Finland mencecah kadar 50% berbanding dengan Malaysia pada kadar 26% dan rakyat Malaysia masih mampu menikmati subsidi bagi pendidikan tinggi dimana pelajar hanya perlu membayar 5% daripada kos keseluruhan pembelajaran. 

Jadi, Bawani, penulis mahu mencadangkan Bawani supaya membuat satu thesis tentang perkara ini dan berikan idea-idea bernas dalam memberikan pendidikan percuma tanpa perlu menaikkan kadar cukai dan memastikan kadar inflasi stabil. Jika Bawani berjaya, kami akan pastikan Bawani mendapat tempat di Kabinet. Dan hanya jika Bawani berjaya berbuat demikian, barulah Bawani layak digelar sebagai seorang hero. - Beruang Biru


klik di RBF 

Omegay: Air oh air...

Posted: 16 Jan 2013 10:00 PM PST

Selangor politikkan isu air ambil alih SYABAS
Shah Alam: Kerajaan Selangor menidakkan hak rakyat mendapatkan bekalan air tanpa gangguan apabila mempolitikkan isu itu untuk menguasai Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sepenuhnya.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana umum mengetahui kerajaan negeri memiliki 30 peratus pegangan saham dalam syarikat pembekal air berkenaan. Krisis air 2016 
Maksud pegangan 30 peratus iaitu mempunyai kuasa membuat keputusan dalam syarikat. Mereka mampu menyelesaikan perkara ini dengan sistematik jika bertindak rasional dan berganding bahu dengan semua pihak," Datuk Seri Mohd Zin Mohamed, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor
"Budak sekolah pun faham apa maksud pegangan 30 peratus saham iaitu mempunyai kuasa membuat keputusan dalam syarikat. 

"Mereka mampu menyelesaikan perkara ini dengan sistematik jika bertindak rasional dan berganding bahu dengan semua pihak.

"Ramai pakar air memberi amaran Selangor dan Lembah Klang menghadapi krisis air menjelang 2016 dan jika keadaan itu berlaku, seluruh rakyat menjadi mangsa politik mereka," katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Mohd Zin berkata, BN Selangor sudah membangkitkan isu air ini sejak sekian lama, malah memberi pelbagai peringatan, amaran dan teguran supaya segera menangani krisis air sebelum ia berubah menjadi isu yang menyakitkan hati rakyat. 
Jejas ekonomi

"Kerajaan Persekutuan sudah berkali-kali memohon kerajaan negeri memberi kebenaran membina Loji Air Langat 2, namun sehingga hari ini, kerajaan negeri langsung tidak mengendahkannya walaupun tahu kesan bakal dihadapi penduduk Lembah Klang.

"Isu kekurangan bekalan air, bukan hanya menyusahkan penduduk, malah memberi kesan kepada ekonomi Selangor kerana banyak kilang dan industri mungkin terpaksa menghentikan operasi," katanya.

Mengulas tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membekukan penyaluran dana pembiayaan modal (CAPEX) kepada SYABAS kerana mendakwa syarikat itu gagal menunaikan janji mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW), Mohd Zin berkata:

"Bagaimana SYABAS boleh menggantikan paip baru yang bocor jika mereka tidak diberikan modal. Soalnya adalah isu menggantikan paip usang yang menyebabkan banyak air terawat hilang, kalau tiada modal, bagaimana paip itu boleh diganti," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, SYABAS tidak dianggap sebagai anak syarikat kerajaan negeri (GLC) kerana tidak termasuk dalam syarikat Menteri Besar Diperbadankan (MBI). - BH





Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>