Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Pengalaman) Suami gemar onani hingga klimaks, hubungan kelamin hambar

Posted: 15 Jan 2013 11:15 AM PST

Gambar hiasan
SAYA wanita berumur 27 tahun, sudah empat tahun berkahwin dan ada anak perempuan berumur tiga tahun. Saya dan suami berkahwin selepas tujuh tahun menyulam cinta. Dia suami yang baik dan penyayang.

Bagaimanapun, ketika hamil hidup saya mula tertekan selepas dapat tahu suami gemar beronani. Apabila dia menonton filem Hindustan wanita menari dan pakai pakaian seksi, dia beronani sehingga klimaks. Dia ingat saya tidak tahu. Sebenarnya saya tahu tapi mendiamkan diri kerana tidak mahu dia malu. Namun, saya akhirnya hilang sabar apabila dia masih teruskan tabiat itu di belakang saya.

Lama kelamaan perangai gila seks suami saya makin parah. Satu hari Allah sengaja nak tunjukkan pada saya. Suami sangka saya tidur ketika dia asyik menonton cerita Hindustan di televisyen. Saya lihat dia menyentuh kaca televisyen yang ketika itu menayang dada perempuan menari. Malah, dia juga menjilat dada perempuan dalam kaca televisyen itu.

Hancur luluh hati melihat suami bersikap gila seks begitu. Ketika itu umur anak kami setahun. Saya menasihatinya cara baik, tapi dia hanya diam dan senyum. Di belakang saya, dia masih melakukan perbuatan memalukan itu. Ketika anak berumur dua tahun, saya ulangi nasihat kepadanya dan memberitahu perbuatannya berdosa, namun dia masih melakukannya.

Kadangkala dia tidak melakukan hubungan kelamin bersama saya sehingga lebih sebulan, tetapi dia puaskan dirinya dengan onani dan berimaginasi mengenai wanita seksi yang ditontonnya dalam televisyen.Saya tidak sangka mendapat suami gila seks seperti ini.

Pernah satu hari dia tinggalkan saya di rumah kawan pada waktu malam dan pulang ke rumah. Ketika itu adik perempuan saya tinggal dengan saya. Selepas itu adik saya beritahu, suami saya bersikap lain macam dengannya. Tidak mahu perkara buruk berlaku, saya terus hantar adik saya pulang ke kampung. Ini kerana saya pernah lihat cara suami memandang adik saya dari bawah ke atas penuh bernafsu.

Ketika menulis surat ini, tangan saya menggigil dan hati saya hancur. Saya kini berubah menjadi pendiam, tapi suami tak pernah kisah.

Saya bangun malam untuk menunaikan solat tahajud dan berdoa semoga dia berubah. Saya pernah bertanya adakah dia tidak puas bersama saya dan sebab itulah dia suka beronani, tapi dia buat tidak tahu.

Kebelakangan ini dia suka merakam aksi perempuan tidak berbaju untuk disimpan dalam telefon bimbitnya. Mungkin mudah untuk dia beronani di luar rumah tanpa pengetahuan saya. Saya sudah letih dengan hal ini dan sangat tertekan.

Saya masih menghormatinya sebagai suami. Saya sanggup bekerja biarpun sebagai kuli demi meringankan beban suami yang gaji tidak seberapa. Saya juga beritahu suami, jika ada perempuan lain yang dia suka, kahwinlah. Saya reda jika Allah takdirkan saya hidup bermadu. Namun, saya tidak mahu bercerai kerana tidak rela anak saya hilang kasih sayang ayahnya.

Demi Allah, saya reda biar hati saya menderita asalkan anak bahagia. Saya tidak tahu apakah suami saya mampu berubah, cuma saya harap dia bertaubat sebelum sakaratul maut. Saya ubah rambut, jaga kesihatan dan berat badan. Saya sentiasa mencantikkan diri dengan alat solek dan melakukan diet senaman, tapi saya rasa seperti sia-sia.

JAWAPAN:

*Apabila sampai ke tahap menjilat kaca televisyen yang memaparkan perempuan seksi dan lebih sebulan tidak meniduri isteri, sebaliknya nafsu dipuaskan dengan beronani, saya berpendapat suami puan termasuk dalam kategori berpenyakit atau orang sakit.

Puan, orang sakit perlu dibawa berjumpa doktor pakar yang mampu mengubatnya.

Mungkin, pakar sakit tuan seperti Dr Ismail Thambi paling sesuai untuk puan dan suami jumpa atau hubungi bagi mendapatkan nasihat. Atau mungkin juga suami puan boleh dirujuk kepada pakar psikologi kerana masalah dicetuskannya ada kaitan dengan masalah jiwa dan mental.

Bagaimanapun, saya percaya besar kemungkinan suami puan keberatan berbuat demikian.

Biasalah, orang yang sakit mental biasanya tidak mengaku mereka menghidap penyakit itu. Jika betul telahan saya, puan jangan kecewa, sebaliknya tidak salah jika puan pergi berjumpa pakar itu bersendirian kerana sekurang-kurangnya ada nasihat yang boleh puan gunakan untuk berdepan suami.

Saya bukan pakar dalam bidang ini, justeru saya minta maaf kerana tidak dapat banyak membantu puan. Lagipun saya bimbang, memberi nasihat salah pasti memburukkan lagi keadaan.

Bagaimanapun, tidak salah rasanya untuk saya sekadar menasihatkan puan supaya tabah, banyak bersabar dan jangan berterusan menyimpan persepsi buruk terhadap suami. Saya akui, masalah dicetuskannya memang mengecewakan puan sebagai isteri.

Sudah lumrah, isteri manapun pasti berperasaan seperti puan jika suami mereka bersikap seperti suami puan. Cuma, puan perlu rasional dan tidak boleh terburu-buru. Sebab itu saya mahu puan melihat masalah suami sebagai satu penyakit.

Dengan berpandangan begitu, sekurang-kurangnya puan faham dia perlukan bantuan dan rawatan. Saya puji sikap puan yang masih melayan dan menghormatinya sebagai suami. Ya, begitulah seharusnya dan teruslah dengan tindakan terpuji itu sambil berusaha memastikan suami puan mendapat rawatan pakar.

Saya juga tidak mahu puan menganggap usaha puan mengubah gaya rambut, jaga berat badan dan mencantikkan sebagai sia-sia. Percayalah, jika itu tidak puan lakukan, masalah mungkin menjadi lebih rumit. Jangan lupa, isteri mencantikkan diri untuk kegembiraan suami adalah perkara yang digalakkan Islam.

Melakukannya dengan ikhlas, insya-Allah puan mendapat pahala. Jadi, ia bukan perbuatan sia-sia. Akhir sekali, pada pandangan saya yang kurang arif dalam hal hubungan seksual dan masalah mental ini, masalah kurang komunikasi mungkin menjadi antara punca suami puan berperangai seperti gila seks dan bersikap dingin terhadap puan. Maksud saya, memang resam orang Melayu menganggap seks sebagai perkara sensitif dan tidak boleh dibual atau dibincangkan, biarpun antara suami isteri.

Sedangkan antara keperluan untuk pasangan suami isteri mencapai kepuasan maksimum dalam melakukan hubungan seks ialah belaian dan perbualan romantik, selain berterus-terang mengenai 'apa yang lebih dan apa yang kurang'. Nyata situasi itu tidak berlaku pada puan kerana bila puan bertanya suami adakah dia tidak puas melakukan hubungan seks dengan puan, dia hanya buat tidak tahu.

Oleh itu, memandangkan suami puan agak pasif dan bersikap tertutup dalam membicarakan soal seks, puan perlu memainkan peranan lebih dominan untuk mengubah sikapnya dengan cara sering mengajaknya berbual mengenai hubungan seks anda berdua.

Tubuh gadis 'diratah' sebelum disamun

Posted: 15 Jan 2013 08:30 AM PST

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Seorang wanita bukan saja disamun malah nyaris menjadi mangsa rogol seorang lelaki ketika melalui Jalan Sang Peng, di sini, Jumaat lalu menyebabkan kerugian RM400.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 33 tahun yang sedang berjalan bersendirian untuk ke unit kondominiumnya di lokasi kejadian sebelum diekori seorang lelaki tidak dikenali.

Mangsa dan lelaki itu menaiki lif sama hingga ke tingkat enam dan sebaik pintu lif terbuka, lelaki itu tiba-tiba bertindak ganas dan menarik tangan mangsa ke arah tangga berhampiran sebelum meraba seluruh tubuhnya.

Mangsa menolak lelaki itu sebelum menjerit sekuat hati dan terus berlari ke arah unit kediamannya.

(Gambar) Karpet merah bintang K-Pop untuk 27th Golden Disk Award yang mengiurkan! Yeah!

Posted: 15 Jan 2013 08:01 AM PST

Tidak sabar menanti kehadiran penyanyi k-Pop pujaan ramai di Sepang International Circuit, seramai lebih dari 15,000 peminat setia telah bersedia untuk menghangatkan Sepang bermula pada hari ini hingga esok!

Bukan seorang yang hadir tetapi lebih dari 5 kumpulan muzik pop Korea telah pun tiba di Malaysia untuk menghadiri anugerah yang setaraf Grammy Award Hollywood.

Buat julung kalinya dijalankan di Malaysia, Anugerah yang sama usianya dengan Anugerah Juara Lagu Malaysia telah dijayakan oleh JTBC dan juga Ilgan Sports, diuruskan oleh Joongang Culture Media dan juga syarikat media dari Singapura, Mediartncomm Co.,Ltd.

Acara ini juga disokong kuat oleh Malaysian Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) bersama-sama dengan Menteri pelancongan dan dibawa khas oleh Samsung Malaysia Electronics sebagai penaja utama.

Anugerah Golden Disk (GDA) dibahagi kepada dua iaitu untuk album dan juga lagu ditambah pula dengan anugerah undian paling tinggi dari peminat untuk MSN Popularity Vote, Malaysia's Most Favourite dan juga GALAXY Star Award.

Antara artis yang telah disahkan kehadirannya adalah Shinee, Super Junior, Kara, B2ST, B1A4 dan juga FT Island — berikut merupakan gambar gambar sekitar karpet merah 27th Golden Disk Awards untuk hari pertama. Enjoice!

Rotikaya

Kalimah Allah: Usah bangkit lagi isu ini kata Mustafa Ali

Posted: 15 Jan 2013 06:01 AM PST

SHAH ALAM – Pas berpendirian isu kalimah ALLAH sudah tidak perlu dibangkit lagi selepas Majlis Syura mengumumkan ketetapannya, kelmarin.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, sama ada DAP atau PKR perlu buat pengumuman rasmi mengenainya, semuanya terserah kepada pucuk pimpinan tertinggi kedua-dua parti itu.

"Kalau nak tahu mereka nak buat pengumuman mengenai perkara itu, kenalah Tanya mereka (PKR dan DAP) sendiri.

"Tetapi, rasanya mereka boleh nilai sendiri berdasarkan pengumuman itu," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Ekoran keputusan Majlis Syura Pas, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali mencabar Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP tampil membuat kenyataan rasmi menerima keputusan yang dicapai badan tertinggi Pas itu.

Mengulas desakan Hasan itu, Mustafa berkata, "kalau pasal Hasan, maaflah... memang kami malas layan."

Selebihnya saya tidak mahu komen," ujarnya lagi.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok ketika diminta mengulas perkara sama berkata, kenyataan Hasan itu memang sudah dijangka terutamanya berkaitan apa sahaja isu yang membabitkan PR.

"Beliau memang dijangka akan buat kenyataan seperti itu dan ini bukan perkara baru. Semua orang pun tahu," katanya.

Sinar

Kalimah Allah: DAP tak mahu layan desakan Hasan Ali

Posted: 15 Jan 2013 05:31 AM PST

SHAH ALAM – DAP enggan melayan desakan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali supaya parti itu dan PKR membuat kenyataan rasmi menerima keputusan dicapai Pas berhubung isu kalimah ALLAH, kelmarin.

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok berkata, kenyataan Hasan memang sudah dijangka terutamanya berkaitan apa sahaja isu yang membabitkan Pakatan Rakyat (PR).

"Beliau memang dijangka akan buat kenyataan seperti itu dan ini bukan perkara baru. Semua orang pun tahu.

"Isu kalimah ALLAH ini sangat sensitif bagi orang Islam dan bukan Islam. Lebih banyak cakap nanti lebih banyak kekeliruan timbul," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan dalam satu kenyataan mengemukakan cabaran itu kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP membuat kenyataan rasmi atas dasar semangat setiakawan Pakatan mengenai keputusan Majlis Syura itu.

Katanya, kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap Pas untuk meneruskan perjuangan PR seterusnya.

Kok yang juga Exco Selangor menambah, DAP juga masih belum memutuskan akan bermesyuarat mengenai perkara itu.

Beliau menambah, bagi DAP, mereka enggan mengulangi isu ini terlalu banyak kerana Umno/Barisan Nasiaonal (BN) memang mahu terus mengeruhkan keadaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty ketika diminta komen perkara sama enggan berbuat demikian.

"Maaflah, saya enggan komen. Perkara ini masih dalam perbincangan. Saya tidak mahu ada yang keliru nanti..

"Cukuplah.. kami sedang bincang," katanya.

Ahmad Bashah: Pemimpin PAS Tidak Layak Memimpin

Posted: 15 Jan 2013 05:01 AM PST

ALOR SETAR: Pemimpin seperti Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak layak memimpin rakyat kerana beliau sering mengubah kenyataan sekiranya mendapat tentangan hebat daripada sesuatu pihak, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

"Kita nak pilih pemimpin tak boleh main-main. Saya harap ahli dan penyokong PAS boleh buat penilaian sendiri, Umno dan Barisan Nasional (BN) tak pernah buat sesuatu keputusan yang meragukan rakyat," katanya mengulas tindakan PAS mengubah pendirian dan akur menyatakan bahawa kalimah Allah adalah khusus untuk Islam.

Ahmad Bashah yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata berkata kepimpinan PAS memang bersikap suka bertukar-tukar kenyataan hanya untuk mencari kepentingan politik tanpa mengendahkan setiap keputusan yang dibuat.

"Kalau mereka (PAS) rasa kenyataan itu rugi, mereka tarik balik. Mereka selalu buat macam itu sebab nak dapatkan sokongan dan simpati daripada rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Kampung dekat sini hari ini.

Di Kedah seramai 408,011 pelajar dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, agama rakyat dan negeri serta swasta layak menerima bantuan berjumlah RM 40.8juta yang mula diagihkan hari ini hingga hujung Februari.
- Bernama

Ustaz Badrol Amin ceraikan isteri no.2 utk menikah dengan Zati Iwani?

Posted: 15 Jan 2013 04:01 AM PST

SMS yang sampai kepada kami, mengatakan pemimpin PKR yang memberi kaunseling kepada isteri orang dalam sebuah bilik hotel di Kuantan pada jam 3:00 pagi, Badrol Amin Baharom, AKAN melafazkan cerai terhadap isteri keduanya yang dikenali sebagai INA pada 13 Februari 2013 jam 9:00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.

Isteri kedua Badrol Amin Baharom itu lebih dikenali sebagai Inafiona dan dikatakan enggan menemani Badrol Amin ketika pemimpin PKR yang gemar berlagak sebagai ustaz dan orang alim-alim itu disiasat JAIP kerana berkhalwat dengan isteri orang.

Pada Februari 2012, Badrol Amin telah menggemparkan negara apabila mendakwa dia telah diperangkap oleh UMNO sehingga tertangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel mewah di Kuantan. Menurutnya lagi, tangkapan tersebut turut membabitkan suami kepada wanita yang berada di dalam bilik hotel bersama-samanya pada jam 3:00 pagi.
Dalam insiden terbabit, Badrol Amin mendakwa dia telah ditampar dan diterajang, meskipun tiada sebarang kesan lebam atau kecederaan padanya.

Menurut SMS itu lagi, adalah difahamkan, Badrol Amin terpaksa menceraikan Inafiona bagi membolehkan dia menikah dengan Zati Iwani, isteri orang yang ditangkap khalwat dengannya di Kuantan Februari 2012.

Sumber: The Flying Kick

Kerajaan pantau jualan rokok elektronik (e-cigarette)

Posted: 15 Jan 2013 12:30 AM PST

BANGI - Kementerian Kesihatan memantau rapi penjualan rokok elektronik atau e-cigarette di pasaran bagi memastikan ia tidak menjejas kesihatan penggunanya, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementerian telah mengesan terdapat rokok elektronik yang mempunyai cecair nikotin dalam pelbagai kepekatan di pasaran.

"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen '1,000 Hari Pertama Kehidupan Ke arah Generasi Sihat' di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Zulkifli Jantan bahawa menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 serta Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Akhir-Akhir ini, rokok elektronik yang menggunakan cecair bagi menghasilkan wap dalam rokok itu dijual secara berleluasa dan mendapat sambutan hangat di kalangan perokok.

Menteri Kesihatan berkata, pada ketika ini tiada kawalan berhubung penjualannya di negara ini kerana rokok elektronik tanpa cecair nikotin diguna untuk mengurangkan ketagihan perokok.

"Justeru, kita perlu meneliti kegunaan e-cigarette," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian mengawal penjualan cecair nikotin mengikut Akta Racun 1952 dan ia hanya boleh dibeli melalui ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar.

"Kementerian Kesihatan mengawal penjualan cecair nikotin agar ia tidak boleh dijual sebarangan kerana penggunaan yang berlebihan dalam rokok eletronik akan meningkatkan ketagihan terhadap rokok dan memudaratkan kesihatan," katanya.

Selain itu, Liow berkata kajian terperinci akan dibuat untuk melihat bagaimana rokok elektronik boleh membantu perokok mengurangkan ketagihan. - Bernama

Rakam gambar bogel lepas diperkosa bergilir-gilir

Posted: 14 Jan 2013 11:31 PM PST

Gambar hiasan
Klang: Seorang wanita bukan saja dirogol bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan berbogel turut dirakam kumpulan itu.

Mangsa juga mendakwa dijadikan tebusan selama sehari dalam kejadian Selasa lalu itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang ketika mangsa sedang menunggu bas di Seksyen 15, Shah Alam, dekat sini bersama seorang rakannya sebelum dia diculik serta dibawa ke satu tempat oleh kumpulan lelaki itu.

Bagaimanapun, rakan mangsa tidak diculik.

Mangsa hanya dibebaskan kira-kira jam 3 petang keesokannya. Sebaik dibebaskan, mangsa terus pulang ke rumah sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop (gambar) ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan itu dan memberitahu siasatan mengenainya sedang dijalankan.

"Memang kita menerima satu laporan mengenai kejadian tapi kes berkenaan berlaku di Shah Alam, jadi siasatan dijalankan mereka.

"Tidak banyak yang dapat saya katakan tetapi memang laporan mengenai kejadian diterima di sini, cuma kita belum tahu lokasi sebenar kejadian berlaku," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro difahamkan, mangsa turut mendakwa dipukul dengan penyapu oleh kumpulan lelaki terbabit dan barangan berharga termasuk telefon bimbit serta barangan kemas turut dirampas.

Mangsa mendakwa dilarikan empat lelaki tidak dikenali menaiki sebuah kereta sebelum dikurung dalam sebuah bilik di kawasan perumahan di Shah Alam.

Dia dikatakan dibebaskan lelaki itu sejurus dihantar ke sebuah stesen bas menyebabkan dia terus pulang ke rumah dan menceritakan kejadian kepada keluarga sebelum membuat laporan polis.

Kalimah Allah: PKR pandang sinis keputusan Majlis Syura PAS

Posted: 14 Jan 2013 10:31 PM PST

Kenyataan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei yang masih berpegang kepada Pakatan Rakyat pada 2010 berkaitan tentang kalimah Allah membayangkan keputusan Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 tidak mampu mengubah apa-apa keputusan yang disepakati bersama sebelum ini.

Ini kerana Keputusan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 hanya melibatkan pendirian di kalangan PAS sahaja sedangkan keputusan pada 2010 melibatkan konsesus bersama di antara Pas, Dap dan Pkr.

Tambahan pula, 5 hari sebelum Majlis Syura PAS membuat keputusan rasmi pendirian partinya, pada 8 Januari 2013, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membacakan kenyataan bersama yang disepakati Dap dan Pkr untuk berpegang teguh kepada konsesus 2010.

Justeru itu, ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Hadi menarik balik persetujuan bersama antara beliau dengan pemimpin tertinggi Pakatan yang pernah dibuat sebelum ini.

"Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS yang memutuskan kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam. (Ia) bercanggah dengan kehendak Lim Guan Eng, Anwar dan Datuk Seri Hadi!.

"Datuk Seri Hadi dan kepimpinan eksekutif PAS wajib menarik balik dan membatalkan persetujuan dengan DAP dan PKR untuk membenarkan Kristian menggunakan kalimah ALLAH!,"katanya menerusi akaun twitter beliau, zulkiflinoordin semalam.

AIDC

Kalimah Allah: Jangan 'kambing hitam'kan PAS...UMNO yang khurafat!

Posted: 14 Jan 2013 10:01 PM PST

AMANAH terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana Umno telah diberi kepercayaan sejak lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini bagi memimpin kerajaan bagi pihak Melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan ALLAH, Umno telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan Umno dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh Umno.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan agama Islam, ia perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di negeri-negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah Umno yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini diperkuatkkan dengan seorang menteri di peringkat pusat atau Exco agama di peringkat negeri.

Mengapa Umno menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah ALLAH? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah Umno yang memerintah?

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihan raya sehingga menjadi berkecamuk di kalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

Pas tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah ALLAH yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan ALLAH kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah "ALLAH" ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan ALLAH kerana tidak mencapai maksudnya. Firman ALLAH menjelaskan makna ALLAH:

Yang maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah ALLAH Yang Maha Esa; "ALLAH Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan-Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, 'male' dan 'female' (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan ALLAH adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama ALLAH (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal ALLAH.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah ALLAH (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan mentafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap ALLAH. Firman Allah:

Yang maksudnya: Dan mereka yang kafir berkata: "(ALLAH) ar-Rahman, mempunyai anak.". Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh-ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (ALLAH) Ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (ALLAH) Ar-Rahman bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (ALLAH) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! ALLAH telah mengira mereka (dengan pengetahuan-Nya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Begitulah seriusnya kesan apabila kalimah ALLAH disalahgunakan di hadapan penganut Islam dan umat Islam wajib mempertahankan akidah penganutnya, maka penyalahgunaan kalimah ALLAH dalam masyarakat Islam adalah dilarang. Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang memerintah, bukannya Pas.

Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki Tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina ALLAH.

Firman Allah:
Yang maksudnya: Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari ALLAH kerana mereka kelak, akan mencerca ALLAH secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ada pun penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut bukan Islam dalam urusan agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam kenyataan media 8 Januari 2013).

Firman Allah:
Yang maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan ALLAH dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari ALLAH". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Rasulullah S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.

Betapa sucinya kalimah ALLAH walaupun digunakan oleh penganut agama kitab dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan sembelihan mereka dengan nas al-Quran:

Yang maksudnya: Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

Kalimah ALLAH diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah ALLAh dan bersetuju untuk berdamai.

Para ulama dan pemimipin Pas, bahkan di luar Pas dan para mufti yang majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al-Quran dan Sunnah. Jangan laga-lagakan para pemimpin Pas dan ulama melalui media dengan cara memutarbelitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana jahil murakkab.

Malangnya semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan Umno yang tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan untuk mengawasi kuliah agama, khutbah Jumaat dan kegiatan agama yang boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya Umno menjadi parti maha suci daripada segala dosa.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi Umno hanyalah kemenangan pilihan raya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.

Umno melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah ALLAH ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada Umno untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh ALLAH:

Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tuan-tuan, janganlah jadikan Pas terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh Umno, dan dalam masa yang sama, Pas pula dipersalahkan atau menjadi kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat Umno.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas

Paderi kena 'kencing' dek Mat Sabu...

Posted: 14 Jan 2013 09:36 PM PST

KOTA BHARU - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam, menukar pendirian bersetuju dengan keputusan Majlis Syura iaitu ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pendiriannya mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, adalah sama dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas.

"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini, malam tadi.

Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas Ahad lepas, yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menegaskan tindakan menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna.
Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu. - Bernama

Ibu keji, paksa abang perkosa adik sebelum serah pada lelaki lain

Posted: 14 Jan 2013 09:15 PM PST

KUALA TERENGGANU : "Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lili, 26.

Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.

"Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya," katanya.

Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.

"Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.

"Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.

"Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu," katanya.

Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.

Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.

Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.

"Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.

"Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis," katanya.

Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.

"Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang," katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.

Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.

"Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan," katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.

Aaron Aziz 'runtuhkan' rumahtangga peminatnya?

Posted: 14 Jan 2013 08:01 PM PST

Pelik dengan peminat dunia hiburan kita hari ini, sedih pun ada — seorang suami lafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati Aaron Aziz.

Mangga Online hari ini menulis yang seorang lelaki berusia 50′an telah melafazkan talak satu terhadap isterinya yang disyaki menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz.

"Saya lafaz cerai semasa bangun tidur pukul 10.05 malam. Saya ke ruang tamu dan melihat isteri asyik menonton drama bersiri Adam & Hawa"

"Saya syak isteri saya menyimpan perasaan terhadap Aaron Aziz daripada tingkah lakunya. Saya jadi cemburu dan tak dapat mengawal kemarahan lantas melafazkan talak satu terhadap isteri"

"Saya rasa diri saya tak dihargai lagi," ujar lelaki itu di'mahkamah menurut sumber kepada laman hiburan tersebut.

Tidak 100% pasti yang perkara ini benar benar terjadi tetapi jika ianya benar, ianya pasti satu tindakan bodoh buat lelaki tersebut untuk melafazkan cerai kerana cemburukan si isteri yang meminati seorang selebriti.

ManggaOnline

Peristiwa pahit wanita Syria

Posted: 14 Jan 2013 07:01 PM PST

Mereka terpaksa merawat luka fizikal
dan mental sendirian kerana kekurangan bantuan daripada
kumpulan antarabangsa.
GOLONGAN wanita dan gadis Syria bukan sahaja perlu melindungi diri dari serangan berpeluru serta mortar, tetapi mereka juga terpaksa melarikan diri daripada menjadi mangsa serangan seksual.

Sejak kebangkitan rakyat lebih 21 bulan lalu, golongan yang dilabelkan sebagai tidak berdaya ini, terpaksa melarikan diri ke negara jiran kerana tidak sanggup menjadi mangsa perang yang memusnahkan maruah diri.

Pengarah Lokasi Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC), Sanj Srikanthan melaporkan, sebahagian wanita dan gadis Syria mengaku telah diserang sekumpulan lelaki bersenjata di rumah termasuk diperkosa di hadapan khalayak ramai.

"Kebanyakan mangsa mengaku diperkosa lebih daripada seorang penyerang dan ia sering berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa.

"Semua pengakuan yang kami peroleh daripada wanita Syria betul-betul menakutkan. Ramai antara mereka melalui pengalaman diperkosa dan diseksa oleh lelaki bersenjata.

"Oleh kerana berstatus pelarian, mereka tidak mampu mendapatkan bantuan fizikal dan emosi," katanya.
Langkah mereka sentiasa diperhati
kumpulan penyerang yang tidak bertanggungjawab.
Sewaktu menemu bual 240 wanita dan gadis Syria di Lubnan dan Jordan, petugas-petugas IRC diberitahu bahawa kesemua mangsa terlibat dengan jenayah penculikan, penderaan dan pembunuhan dalam sekatan jalan raya tertentu.

"Amat mustahil untuk kita mendapatkan jumlah sahih mangsa serangan seksual ini, tetapi ia jelas menunjukkan serangan yang memusnahkan maruah golongan wanita mahupun kanak-kanak Syria, salah satu strategi peperangan," kata Srikanthan.

Keganasan seksual dilaporkan menjadi isi utama dalam setiap krisis kemanusiaan seperti yang pernah berlaku sewaktu peperangan Balkan dan konflik di Afrika termasuk Syria.

Pada Jun lalu, kumpulan pemerhati hak asasi kemanusiaan melaporkan tentera kerajaan Syria dengan sewenang-wenangnya mengguna tindakan keganasan seksual terhadap golongan lelaki, wanita dan remaja yang ditahan sepanjang konflik kebangkitan rakyat sejak Mei 2011.

Tahun lalu, Program Inisiatif Mengelak Serangan Seksual diketengahkan Setiausaha Luar Britain, William Hague bagi menangani masalah yang berlaku di Syria.
Seramai 70 doktor, peguam, pakar forensik dan psikologi dihantar ke kawasan konflik.

Wanita Syria bukan sahaja berhadapan serangan berpeluru
tetapi keganasan oleh lelaki bersenjata.
"Beberapa pakar dari Britain dihantar dan akan menyalurkan latihan untuk mangsa bertindak terhadap serangan seksual, meningkatkan siasatan dan pendakwaan," kata Hague.

Tambah Hague, Britain akan menggunakan kuasa G8 mereka pada tahun ini bagi menolak beberapa protokol antarabangsa baru yang menyekat siasatan terhadap isu serangan seksual dalam negara bergolak.

Setakat ini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan jumlah kematian sejak konflik Syria tercetus melebihi 60,000 orang. Lebih 2.5 juta orang daripada 22.5 juta rakyatnya melarikan diri dengan 612,000 orang didaftarkan sebagai pelarian di negara-negara jiran.

Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) melaporkan, musim sejuk melampau sejak pada Jumaat lalu, termasuk hujan telah menyukarkan keadaan pelarian Syria yang berlindung kem Zaatari, Jordan.

Sementara itu, Program Makanan Sedunia PBB turut mengingatkan bahawa keadaan musim sejuk melampau termasuk kekurangan bahan bakar mengekang usaha penghantaran bekalan makanan kepada lebih 1 juta pelarian Syria yang kelaparan.

PBB pula mendedahkan, mengalami masalah kekurangan dana dan mengaku telah membuat rayuan meminta sebanyak AS$1.4 bilion (RM4.52 bilion) bagi enam bulan pertama tahun ini.

Bandar Syria kini bagaikan kawasan larangan
yang mengundang ketakutan kepada wanita serta kanak-kanak.
"Sebahagian penduduk Syria yang tidak melarikan diri berlindung di rumah-rumah keluarga dalam keadaan yang cukup sempit dan tiada kemudahan asas. Selainnya menghuni bangsal, kandang dan bilik bawah tanah yang terbiar," kata jurucakap IRC.

Lapor IRC, kemudahan pendidikan, perubatan dan sumber air di bandar musnah dibom sekali gus menambah tekanan terhadap pelarian.

"Keganasan antara tentera kerajaan dan kumpulan pemberontak turut menyekat kemudahan perubatan awam kepada penduduk di mana hospital kerajaan terpaksa ditutup kerana ancaman bom," katanya.

IRC yang memperjuangkan hak kemanusiaan mangsa konflik Syria menegaskan, negara-negara penderma dana sepatutnya mengiktiraf keganasan seksual sebagai salah satu ciri konflik perang saudara negara.

- TheGuardian

Adun DAP Pulau Tikus Koay Teng Hai nafi keluar parti

Posted: 14 Jan 2013 06:45 PM PST

GEORGETOWN - Adun Pulau Tikus, Koay Teng Hai yang digantung keahliannya dalam DAP mengumumkan menjadi 'Adun bebas' buat sementara waktu sehingga tempoh hukuman tamat.

Beliau yang dikenakan tindakan penggantungan itu selepas tidak menghadiri persidangan Dun pada 1 November lalu bagaimanapun menafikan keluar daripada DAP.

Teng Hai berkata, beliau akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya selama enam bulan namun beliau akan mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa disiplin parti itu.

"Berdasarkan peraturan parti, mana-mana ahli parti yang digantung keahlian tidak boleh mewakili DAP sehingga tempoh penggantungan tamat.

"Sebagai Adun saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat sehingga Dun dibubarkan," katanya pada sidang media yang diadakan di sini semalam.

Minggu lalu, Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP membuat keputusan menggantung keahlian parti ke atas Teng Hai selama enam bulan kerana tidak akur kepada arahan parti supaya menghadiri sidang Dun.

Ini kerana, tindakan Teng Hai itu menyebabkan kerajaan negeri hampir kehilangan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bertujuan menyekat Adun melompat parti.

Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Kok Wai dipetik berkata, Teng Hai dikenakan tindakan itu kerana gagal mematuhi arahan menghadiri sidang Dun untuk menyokong pindaan Perlembagaan Negeri meluluskan rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang memerlukan sekurang-kurangnya 27 undi.

Mengulas mengenai perkara itu, Teng Hai berkata, beliau tidak menyangka ketidakhadirannya dalam sidang Dun lalu mendatangkan kesan kepada usaha kerajaan negeri meminda Perlembagaan Negeri.

"Saya tidak tahu pun kehadiran saya amat diperlukan ketika proses pengundian bagi meminda perlembagaan dan saya akui ia adalah satu kesilapan. Saya sudah pun meminta maaf kepada jawatankuasa disiplin parti," katanya.

Sementara itu, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Hussain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan daripada DAP mengenai penggantungan keahlian Adun Pulau Tikus itu.

Menurutnya, sebarang keputusan mengenai status Teng Hai hanya akan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada DAP.

"Saya hanya mengetahui perkara ini melalui media sahaja namun sehingga hari ini belum menerima laporan dari DAP.

"Difahamkan dia (Teng Hai) juga diberikan tempoh untuk membuat rayuan mengenai keputusan jawatankuasa disiplin partinya itu, jadi kita tunggu laporan dari DAP," katanya.

Hasan Ali cabar DAP dan PKR terima keputusan Majlis Syura Pas

Posted: 14 Jan 2013 06:20 PM PST

SYABAS dan tahniah kepada Majlis Syura yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai kalimah ALLAH.

Majlis Syura memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam apa bentuk pun kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk agama Islam.

Ia tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa pun. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah.

Keputusan Majlis Syura tersebut menggambarkan bahawa Majlis Syura Pas masih berkuasa dalam menentukan dasar parti tidak dicemari.

Majlis ini bertindak sebagai badan pengawal untuk menentukan bahawa hala tuju parti itu sentiasa menepati asas-asas perjuangan asalnya.

Umum mengetahui masih terdapat banyak lagi isu yang tidak ditangani khususnya yang berkaitan dengan kedudukan Melayu-Islam seperti yang sering dibangkit dan dipersoalkan oleh DAP dan PKR.

Ketegasan Majlis Syura sekali gus menyanggah dan membidas (Setiausaha Agung) Lim Guan Eng, (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam Pas.

Sekali lagi dalam isu kalimah ALLAH golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP.

Golongan parasit juga menjadikan Pas lunak dan tunduk kepada DAP dan PKR termasuk dalam isu-isu besar dan sensitif yang kedudukannya masih di awang-awang.

Sebenarnya banyak lagi perkara pokok yang masih tergantung dan belum dapat diselesaikan hingga menjadi beban yang tidak mampu lagi ditanggung oleh Pas.

Antaranya termasuklah isu negara Islam dan hudud, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah, keengganan DAP menerima peraturan-peraturan untuk menjamin keluhuran akhlak khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu pluralisme, liberalisme, LGBT dan sebagainya.

Saya ingin mencabar Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar semangat setiakawan Pakatan yang mereka agung-agungkan supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura itu.

Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap Pas untuk meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya.

Apa pun, sekali lagi sekalung penghargaan patut diberi kepada Majlis Syura yang telah berupaya melenyapkan berbagai tanggapan mengenai kemampuan Pas menangani isu-isu sensitif seperti Kalimah ALLAH. Nun di hadapan masih banyak yang perlu dirungkaikan akibat daripada DAP dan PKR yang tidak henti-henti membolak balik isu-isu besar yang gariskan di atas.

Datuk Hasan Mohd Ali, Presiden Jati

Allah issue: Church criticised Syura Council's decision

Posted: 14 Jan 2013 06:01 PM PST

PETALING JAYA: The PAS Syura Council's decision to ban non-Muslims from using Allah in their holy books have drawn fire from the Council of Churches Malaysia (CCM).

Its secretary-general Rev Hermen Sastri said the controversies surrounding the issue were "a show of power of the majority".

"If you say [the usage of Allah] would create confusion, then you teach your people how not to be confused.

"The controversies are just a show of power, the power of the majority over the minority," he told FMT when contacted today.

Sastri was commenting on the Syura Council's decision last night that non-Muslims are not allowed to use the word "Allah" in their holy books because it does not reflect the real meaning of the word.

In a seven-paragraph statement issued after a meeting last night, PAS said the word "Allah" is a word named specifically after the God who named himself as "Allah".

"Therefore, translating the word 'God' or 'Lord' into 'Allah' from any non-Muslim holy book is not allowed because it is wrong and creates confusion.

"Therefore, it should be prevented," the statement read.

However, they said non-Muslims could utter the word "Allah" because it is a universal term and even the pre-Islamic Arabians had used it to refer to the Almighty.

Sastri said he was extremely disappointed with the "double talks" from PAS as its latest statement contradicts with the Pakatan Rakyat's collective decision announced last week.

While pointing out that PAS must resolve its internal conflicts over the matter, he said the CCM would not stop using the word.

"They can say anything they want, but they can't impose [their belief] on the non-Muslims. I don't believe in your religion, so how can you ask me to follow what you said?" Sastri said.

He said that prohibiting non-Muslims from using the word "Allah" would also be difficult for the Christians from Sabah and Sarawak who have been using it to conduct their prayers.

Sastri, however, sidestepped the question when asked about the apparent concern that people in Peninsular Malaysia are now using the word "Allah" to preach to the Muslims, saying that only East Malaysians who reside in the Peninsula use the word.

"[The detractors] cannot say East Malaysians can't use it once they come over to the Peninsula. We are in one country, there should only be one law for all," he said.

He pointed out that Islam has also been preaching to non-Muslims through various channels and the Christians could also claim that it creates confusion.

"Once you start, it just not going to end," he said.

FMT

Najib: Malaysia tidak akan laksana sistem satu parti

Posted: 14 Jan 2013 05:45 PM PST

KUALA LUMPUR -Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tidak pernah ada dan tidak mungkin akan ada sistem satu parti dilaksanakan di Malaysia.

Beliau berkata, ini adalah kerana rakyat di negara ini mempunyai sudut pandangan berbeza yang sihat.

"Sejarah menunjukkan amalan demokrasi di negara ini tidak pernah terputus sejak rakyat buat kali pertama mengundi sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1959 kecuali untuk tempoh kurang dua tahun apabila negara diletakkan di bawah pemerintahan MAGERAN pasca tragedi 13 Mei 1969.

"Sejarah juga menjadi saksi bahawa tidak pernah ada kudeta tentera di Malaysia kerana prinsip 'civilian supremacy' (supremasi/ketuanan awam) sentiasa difahami dan dihormati semua pihak," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan Transformasi Perundangan Berhubung Keselamatan dan Hak asasi di sini, semalam.

Najib berkata, Malaysia adalah satu daripada beberapa negara dalam dunia yang berkeupayaan membina sebuah negara majmuk tanpa mengorbankan prinsip teras demokrasi.

Katanya, atas kesedaran bahawa kesepaduan sosial boleh hancur pada bila-bila masa, pemimpin terdahulu sentiasa berusaha bagi mencapai keseimbangan yang betul untuk melindungi hak individu di samping memastikan kepentingan kolektif terpelihara demi kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

"Bagi generasi hari ini, (ia boleh di)guna untuk menyongsong obor ini kepada generasi berikutnya, amat penting untuk kita memahami mengapa, bagaimana dan dalam situasi apakah peraturan dan dasar tertentu diwujudkan," katanya. - Bernama

Atur perlawanan, Perlis mahu SPRM siasat

Posted: 14 Jan 2013 05:30 PM PST

KANGAR - Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) telah menyerahkan video perlawanan kedua Liga Perdana membabitkan pasukannya menentang Kuala Lumpur SPA Putrajaya FC pada 11 Januari lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis untuk siasatan selepas mendapati ada keraguan.

Pengurus Pasukan Perlis, Shahruddin Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, keputusan perlawanan yang berkesudahan Perlis tewas 4-2 di Stadium Hang Jebat telah mendatangkan keraguan kepada Ketua Jurulatih, Yunus Aliff berikutan jaringan lawan berlaku dengan agak mudah.

"Ketua Jurulatih telah memberitahu perkara tersebut kepada pihak pengurusan PFA kerana keempat-empat gol berkenaan dijaringkan dalam masa yang agak singkat dan mudah selepas Perlis berjaya mendahului terlebih dahulu lawan dengan dua jaringan.

"Maka kami mengambil keputusan untuk menyerahkan sedutan video perlawanan berkenaan kepada SPRM untuk pihak berkenaan membuat siasatan lanjut," katanya kepada Sinar Harian.

Enggan membuat andaian awal sama ada perlawanan berkenaan telah diatur, Shahruddin menyerahkan semua perkara berkenaan kepada pihak berkuasa.

Perlawanan berkenaan merupakan salah satu daripada tiga perlawanan awal yang menyaksikan Perlis tewas kesemuanya setakat ini.

Pada perlawanan pertama, Perlis tewas 2-1 kepada Sarawak dan semalam, pasukan berkenaan tewas kepada Kuala Lumpur Sime Darby FC 2-0.

"Kami tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berhubung perkara ini dan enggan menuduh sesiapa setakat ini," jelas Shahruddin.

Musim lalu, Singa Utara turut mengesyaki beberapa pemainnya yang beraksi di Liga Perdana mengatur keputusan perlawanan selepas pasukan itu tewas mengejut 2-7 kepada MP Muar pada 9 Januari 2012.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>