Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


Darahsatriadotcom: PAS dan UMNO Akan Bergabung Kerana Kejatuhan Mursi Di Mesir Pada #PRKKualaBesut ?

Posted: 14 Jul 2013 10:58 AM PDT


Adakah satu kebetulan atau memang satu suratan? Pertembungan kuasa politik orang Melayu-Islam akan sekali lagi berlaku dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu dalam tempoh tidak sampai tiga minggu lagi. 
Adakah kegetiran perpecahan politik Pilihanraya Umum ke-13 kira-kira 80 hari lalu akan berulang dan semakin menjarakkan lagi hubungan ukhuwah Islamiah di antara penyokong Umno dan PAS? Atau, adakah pilihan raya kecil itu akan merintis jalan damai di antara ummah? Persoalan yang amat menguja adakah rahmat Ramadan al-Mubarak akan menyelimuti segala unsur permusuhan dan persaingan politik di kalangan umat Islam di negara ini?
Adakah sempena Ramadan ini, Allah akan mengukuhkan lagi syiar dan perpaduan umat Islam di negara bagi mengimbangi tragedi jatuhnya kerajaan yang cenderung kepada Islam yang diterajui oleh gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir? 
Dengan perkataan lain adakah musibah di Mesir ini akan menyuntik keinsafan bahawa hanya perpaduan akan menjamin kerukunan dan kesejahteraan hidup di negara ini dan sekali gus melonjakkannya sebagai ikon pembangunan ummah Islam sejagat? 
Malangnya sejak awal lagi PAS sudah mencebikkan wajah pada kemungkinan penyatuan berlaku. Ia memberi alasan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kurang peka pada keluhuran dan rahmat Ramadan. 
Malah di sisi politiknya PAS menganggap tarikh membuang undi yang jatuh pada hari bekerja (24 Julai ialah hari Rabu) sebagai usaha melemahkan azam anak perantauan Kuala Besut untuk pulang mengundi. Sekali lagi pakatan pembangkang nampaknya cuba mempertikaikan wibawa SPR. 
Justeru mungkin tidak mustahil bagi menyemarakkan gendang perang politik ada pemimpin pembangkang yang akan mentafsirkan bahawa Ramadan adalah bulan perang. Pertempuran Badar berlaku ketika Ramadan! Memang dasar politik semuanya boleh dijadikan hujah. Namun umumnya interpretasi perang dalam bulan Ramadan adalah ketentuan Allah. Dan, apabila Allah menetapkan sesuatu ialah adalah manifestasi sifat Maha Tahu dan Maha Bijaksana-Nya.
Namun apa yang penting Ramadan kali ini harus dipenuhi dengan ibadah yang ikhlas. Keutamaan Islam ialah menjadi rahmat bagi sekalian alam. Maka usaha yang luhur dan keinsafan yang tinggi mengusahakan perdamaian haruslah dikerahkan dalam bulan seribu rahmat ini. 
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Inisiatif memburu perdamaian dan kerjasama mestilah membabitkan dua pihak yang bertikai. Justeru bagi menjayakan program penyatuan bangsa Malaysia, baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat haruslah bersedia untuk menyelusur jalan damai. 
Bagaimanapun iktikad dan iradat untuk mencari jalan damai mestilah berdasarkan kepada keikhlasan. Pakatan pembangkang sudah berusaha keras sejak lebih lima tahun lalu untuk menguburkan Barisan Nasional. Namun hasilnya ialah pada Pilihanraya Umum ke-13 pada 5 Mei lalu kerusi Parlimen yang ditakluki hanya bertambah tujuh berbanding PRU ke-12.
Jika diunjurkan dalam tempoh lima tahun lagi pembangkang akan dapat melebarkan undi popular dan juga memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri, maka perkara utama yang harus diperhitungkan betapa parah lagi perpecahan di kalangan rakyat, terutama Melayu-Muslim akan berlaku. 
Kisah ketidakupayaan Ikhwanul Muslimin Mesir untuk mengisi janji dan memenuhi idealisme rakyat untuk mengharmonikan, memakmurkan dan mensejahterakan kehidupan rakyat dalam tempoh 12 bulan lalu membawa padah hingga kerajaan demokrasi Mesir digulingkan. Sayugia diingat bahawa hakikat Ikhwanul Muslimin telah wujud di Mesir sejak pertengahan kurun lalu seharusnya menginsafkan kita bahawa perubahan ke arah lebih baik tidak semestinya boleh berlaku dengan menggulingkan kerajaan sedia ada. Ia mesti berlaku secara bertahap dan berhikmah. 
Penyertaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan pada 1981 telah membawa banyak perubahan baik dalam kerajaan mahupun gerakan parti-parti pembangkang. Pelbagai dasar baru yang membawa kebaikan kepada rakyat dapat dilaksanakan. Ketika itu andaiannya tentulah Anwar Ibrahim ikhlas mahu perbaikan berlaku di Malaysia. 
Maka beliau mempertaruhkan kewibawaanya untuk menyertai Umno. Tujuh belas tahun kemudian beliau bersara sementara daripada politik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Apa sebab sebenar beliau dibersarakan perlu penghujahan di lain kesempatan. 
Namun kaedahnya, jika ada keikhlasan dan iltizam yang kuat, Kuala Besut dengan limpahan rahmat Ramadan hampir pasti boleh menjadi titik tolak kepada Malaysia yang lebih rukun. Sebagai permulaan mengapa tidak protoganis pilihan raya kecil Kuala Besut – PAS dan Umno bekerjasama dan berlapang dada memikirkan cara paling berkesan membawa pulang anak perantauan untuk mengundi. Hormati pilihan rakyat dan melangkah dari situ untuk mencetuskan perpaduan ummah yang lebih kekal dan kental. 
Jika umat Melayu-Islam bersatu, mereka akan lebih dihormati oleh kawan dan lawan. DAP dan PKR walaupun akan iri hati, pasti akan mengakui bahawa perpaduan adalah formula terbaik untuk mencapai penyatuan nasional yang berkesan.

Sumber :
http://darahsatriadotcom.blogspot.com/2013/07/pas-dan-bn-umno-akan-bergabung.html?m=1


Sent from my iPhone

Gambar Ulama Terkenal Islam Menggunakan Teknologi Dalam Dakwah

Posted: 14 Jul 2013 06:27 AM PDT



Habib Umar Ben Al Hafiz




Habib Ali Al Jufri



Ulama keturunan Nabi ini sahaja yang akan amanah dan jujur menyatukan umat. Umat akan selamat jika ulama berkat seperti ini menjadi rujukan dalam bab keagamaan. Mari kita menimba ilmu dari ulama hakiki seperti ini.


Beranikah Calon PAS #PRKKUALABESUT Nafi Beliau Tidak Berceramah Atas Masjid Dalam Video Ini ???

Posted: 14 Jul 2013 05:55 AM PDT



Sama-sama kita tunggu. Rakyat tidak dapat terima kempen politik dijalankan atas masjid.

TPM Menziarahi keluarga Balu Dr A Rahman Mokhtar Semalam

Posted: 14 Jul 2013 05:31 AM PDT


Balu bekas Adun Kuala Besut harap Tengku Zaihan raih majoriti lebih tinggiKUALA BESUT: Balu kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar mengharapkan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dapat meneruskan amanah Allahyarham terhadap hal-ehwal DUN Kuala Besut sekiranya terpilih menjadi Adun pada pilihan raya nanti.

Azizah N.Omar, 53, menyatakan bahawa beliau sendiri akan sentiasa membantu Tengku Zaihan dalam memastikan DUN Kuala Besut dimenangi sekali lagi oleh BN.

"Calon (Tengku Zaihan) dan isterinya ada menemui Kak Zah dan memaklumkan akan tetap meneruskan amanah arwah yang telah arwah sediakan sebelum ini. Insyallah, Kak Zah akan bantu calon dengan apa yang termampu dan apa yang penting Parti BN dapat memenangi pilihan raya ini dengan majoriti yang lebih tinggi dari apa yang arwah dapat pada PRU lalu," kata Azizah kepada pemberita menerima lawatan dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di sini petang Sabtu.

Menurutnya, bakti Allahyarham Dr A.Rahman tidak pernah luntur dalam membantu rakyat Kuala Besut sehingga keadaan kesihatannya sendiri tidak dihiraukan.


"Allahyarham adalah seorang perahsia. Malah, keadaan kesihatannya sendiri pun tidak pernah diceritakan kepada kami termasuklah Kak Zah dan ibunya sendiri. Malah, kerana komitmennya kepada rakyat itu juga sampai pengubahsuaian rumah yang Allahyarham tengah usahakan itu pun tidak sempat disiapkan," katanya lagi.

Anak jati Pulau Perhentian, Dr A.Rahman sememangnya dikenali oleh masyarakat setempat kerana beliau telah membuka sebuah klinik dan telah beroperasi selama 18 tahun di deretan rumah kedai di Jalan Semarak di Pekan Kuala Besut itu.

Dengan rumah itu juga, ibu Allahyarham, Mek Embong Awang Kecil, 81 dibawa tinggal bersama-sama beliau.

"Meskipun sibuk dengan tugasan kerajaan negeri termasuk membantu rakyat, Allahyarham adalah seorang yang penyayang kepada keluarga

Namun apa yang menyebakkan hati Azizah adalah ketika Allahyarham berucap di satu majlis rasmi bersama rakyat di Pulau Perhentian selepas terpilih menjadi Adun selepas PRU dan dalam ucapannya itu beliau menjangkakan bahawa pertemuan beliau dengan masyarakat Pulau Perhentian itu mungkin yang terakhir.

"Namun, tiada sesiapa dapat menduga maksud Allahyarham itu dan penduduk di sana tetap mahukan beliau selalu melawat mereka di pulau itu. Allahyarham memang tidak mahu orang lain berasa susah kerananya dan beliau juga tidak suka menyusahkan sesiapa ," kata Azizah.

Disebabkan sikapnya yang begitu perahsia, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said juga tidak dimaklumkan oleh Allahyarham mengenai keadaan kesihatan malah Allahyarham tidak pula menunjukkan tanda-tanda masalah kesihatan ketika menghadiri mesyuarat negeri.

"Kak Zah berasa terharu dengan kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said terutama dalam keadaan kami sebegini ditambah pula pada bulan puasa ini," katanya lagi.

Allahyarham Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu akibat mengalami komplikasi paru-paru.

Beliau meninggalkan isterinya, Azizah N.Omar dan empat orang anak iaitu, Mohd Zaihan, 30, Mohd Razhan, 28, Mohd Zafuan, 27 dan Nurul Najihah, 21.


gambar rumah arwah Dr A Rahman Mokhtar yang dikunjungi TPM dan rombongannya petang semalam

Video : Buktikan Dasar BN Bercanggah dengan Islam - Muhyiddin Yassin #PRKKUALABESUT

Posted: 14 Jul 2013 03:50 AM PDT


Gambar Rumah Calon PAS Kuala Besut Yang Begitu Mewah

Posted: 14 Jul 2013 03:01 AM PDT






Bukan lagi rahsia apabila calon PAS untuk DUN Kuala Besut, Azlan Jusuh merupakan bekas ahli UMNO dan merupakan salah seorang daripada AJK Pemuda Cawangan yang bergerak aktif suatu ketika dahulu sehinggalah dia gagal memperolehi kontrak besar daripada Kerajaan Persekutuan.

Sebagai kontraktor Kelas A, dengan nilai kontrak melebih RM2 juta, secara sahnya projek tersebut adalah projek Kerajaan Persekutuan.

Kali terakhir, Azlan Jusuh memperolehi projek besar, meskipun dia hanyalah pemegang SPM berpangkat Gred 3, adalah pada tahun 2003. Selepas itu, kegagalan untuk mendapatkan projek, membuatkan dia berpaling kepada PAS dengan harapan PAS terutama sekali di Kelantan akan memberikannya lebih banyak projek dan menjadikannya lebih kaya berbanding orang lain.

Disebabkan itulah, perniagaannya bertumpu di Kota Bharu. Dan dia juga tidak segan silu untuk memberitahu bahawa dia lebih pentingkan perniagaannya berbanding menjadi pemimpin masyarakat walaupun pada masa yang sama, dia menagih undi daripada masyarakat di DUN Kuala Besut.

Sesuatu yang barangkali tidak disedari oleh kebanyakan orang terutama sekali para penyokong Pakatan Rakyat ialah tentang statusnya selaku Melayu-Bumiputera telah digunakan untuk mendapatkan kontrak dan tender kerajaan. Kalaulah dia seorang bukan Melayu, bukan pula Bumiputera apatah lagi beragama Islam, besar kemungkinan dia hanyalah pecacai yang menjual pelbagai kertas yang mengandungi senarai projek kepada kontraktor-kontraktor bermata sepet seperti yang dilakukan oleh kebanyakan broker angin di Kuala Lumpur.

Dia telah menggunakan status dirinya dengan baik. Calon PAS itu juga telah membuktikan bahawa keistimewaan Melayu-Bumiputera sekiranya digunakan dengan sebaik-baiknya akan membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan dan tanggapan skeptik bahawa bangsa Melayu-Bumiputera tidak akan dapat mengubah nasib mereka.

Namun sebagai calon, haram tak sekutik keluar dari mulutnya memperkatakan tentang kebaikan dasar-dasar kerajaan yang ditentangnya hanya semata-mata dia tidak dapat projek besar lagi. Sebaliknya dia bersam-sama satu jemaah yang sentiasa mengkufuri nikmat yang mereka perolehi dan mencari alasan mudah bahawa 'REZEKI DATANGNYA DARI ALLAH'.

Cakap separuh benar dan separuh masak!

Memang benar, rezeki itu datangnya dari Allah Taala. Bahkan Allah Taala telah menentukan bahagian masing-masing dan rahsia tersebut tidak diketahui oleh sesiapa pun, termasuklah oleh para malaikat, sepertimana tidak tahunya tentang jodoh dan ajal. Dan sunnah Allah Taala bergerak seiring dengan asbab dan musabab.

Dek kerana itulah, Islam tidak diturunkan kepada manusia, melainkan menerusi Rasul-Rasul dan para Nabi. Kerana itulah jugalah, Al Quran tidak diturunkan sekaligus kepada manusia sebaliknya beransur-ansur menerusi Rasulullah s.a.w.

Begitu jugalah dengan rezeki. Tidak berlaku hukum tajrid kepada umat Muhammad, sebaliknya setiap ketika dan masa, mereka terkepung dan berada di atas hukum asbab. Dengan kata lain, apabila berada di atas hukum asbab, seseorang itu perlu bertindak sesuai dengan sebab dan akibat. Dia harus bekerja untuk mendapatkan rezekinya. Dia juga perlu mengadakan sebab bagi mensejahterakan hidupnya.

Rezeki tidak akan turun dari langit dan jatuh berdepuk depan biji mata sepertimana Bani Israel mendapat manna dan salwa ketika tersesat di kebun teh selama lebih 40 tahun dalam sirah Nabi Musa a.s.

Justeru apabila berkata kononnya, apa yang diperolehinya sekarang adalah hasil usahanya sendiri, merupakan cakap-cakap kufur. Allah Taala menjadi asbab dan musabab kepada anugerah rezeki tersebut. Ada saluran dan ada 'orang tengah' yang membolehkan rezeki tersebut menjadi rezekinya. Tidak sahaja perlu bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Taala, tetapi juga kepada makhluk kerana telah memudahkan urusan berkenaan, apatah lagi setiap tindakan makhluk adalah atas AF'AL ALLAH TAALA. Semua benda yang majazi, hakikatnya adalah Allah Taala semata-mata. Tidak terjadi sesuatu tanpa Kudrat dan Iradat-Nya.

Kalau Allah Taala tidak mengadakan STATUS BUMIPUTERA dan sekiranya Allah Taala tidak memberikan ilham kepada pembuat dasar dalam kerajaan Malaysia agar Melayu-Bumiputera dimajukan dan dipermudahkan, adakah Azlan Jusuh berada dalam kedudukan sekarang?

Hina sungguh kalau wakil rakyat berkelakuan dan berperangai sebegitu rupa!

Pakai kepiah, kononnya ahli parti Islam, kononnya memperjuangkan Islam, kononnya itu, kononnya ini tetapi hakikatnya dia adalah seorang yang kufur nikmat dan gagal mendakwahkan kepada orang ramai tentang kebesaran Allah Taala menerusi Kudrat dan Iradat-Nya.

Perkara paling asas dalam ilmu Tauhid tu!

Calon Pas #PRKkualaBesut Azlan Dipilih Untuk Jatuhkan Maruah Husam Oleh Penyokong Hj Hadi Awang ???

Posted: 14 Jul 2013 02:20 AM PDT

Menate Ni Mari Jugok

Sekiranya sebelum ini, pakatan pembangkang begitu berbangga dengan kerjasama yang terjalin antara DAP-Pas-PKR yang dikatakan telah berjaya membentuk satu pakatan yang kuat dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka juga sebelum ini begitu mendabik dada kononnya pakatan yang dibentuk ini berjaya mengembalikan keyakinan rakyat yang dikatakan telah mula menyisihkan BN/Umno.

Namun ternyata semua yang dikatakan itu adalah dusta semata-mata, ini kerana pada hakikatnya rakyat masih lagi menolak pakatan pembangkang khususnya DAP yang begitu tebal dengan semangat kecinaan atau lebih dikenali sebagai parti 'ultra kiasu'.

Sebagai contoh, ketika perarakan penamaan calon di pilihan raya kecil Kuala Besut ramai di kalangan pengikut dan penyokong Pas nyata tidak begitu senang dengan kehadiran Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Malah ada di kalangan mereka yang turut memberikan komen negatif sebaik sahaja kelibat Kit Siang terlihat di tempat proses penyerahan borang pencalonan.

Antaranya 'Menate Ni Mari Jugok' (Binatang Ni Datang Juga) yang diluahkan oleh salah seorang pengikut Pas tegar. Apabila ditanya beliau dengan jelas mengatakan tidak pernah percaya dengan keikhlasan, mana-mana pemimpin DAP yang jelas begitu anti-Islam. Malah menurutnya lagi, walaupun mereka berulang kali mengatakan berjuang atas nama rakyat, tetapi nawaitu jelas diragui.



Selain dari itu, beliau turut menjelaskan ramai di kalangan pemimpin ulama di dalam Pas tidak begitu senang dengan calon yang diputuskan oleh Pas pusat ini. Ini kerana ramai di kalangan mereka mengharapkan agar Nik Zawawi Nik Salleh diberikan peluang berdasarkan sumbangan dan penglibatan beliau dalam Pas selama ini.

Tambahan pula Zawawi adalah merupakan bekas wakil rakyat yang pernah memenangi kerusi tersebut. Untuk makluman pada PRU 1999, Nik Zawawi Nik Salleh (PAS) mendapat 4,426 manakala Wan Zakaria Bin Abd Rahman (BN) 3,9,39. Ustaz Nik Zawawi mengalahkan calon BN dengan majoriti 487 undi.

Menurut sumber yang meminta agar identiti beliau dirahsiakan itu, turut menjelaskan calon Pas PRK Kuala Besut, Azlan Jusuh adalah merupakan calon 'cari makan' dan tidak mesra dengan pengundi khususnya kepimpinan dan ahli Pas di kawasan.

Tambah menarik, Azlan dikatakan langsung tidak membantu jentera parti dalam pilihanraya umum yang lalu. Dia dikatakan lebih banyak meluangkan masa dan tenaga bagi membantu Naib Presiden Pas, Husam Musa.

Walaupun menyandang jawatan sebagai Bendahari Pas Kawasan Besut, Azlan yang dikenali sebagai Che Long langsung tidak memberi kerjasama kepada calon Pas pada PRU 13, Napisah Ismail, sehingga calon wanita itu kalah teruk kepada BN.

Kesimpulannya, calon Pas yang membawa tagline 'cari makan' ini sedang berdepan dengan tentangan hebat dari kumpulan pro-ulama dan muslimah Pas.Tambahan :

Muktamar pemilihan Pas akan berjalan juga tahun ini.Justeru tidak mustahil strategi yang dilakukan adalah untuk memastikan pengarah PRK Pas Haji Husam Musa akan malu besar apabila kalah.

Dengan majoriti hampir 2500 PRU13 yang lalu dan juga faktor kubu kuat Umno maka hampir mustahil untuk Pas mendapat kemenangan bergaya pada PRK kali ini.

Pemilihan calon yang hanya kaya tanpa ada sesuatu yang boleh dibanggakan juga merupakan langkah yang pelik diambil oleh Pas kali ini.

Mungkin mereka telah tahu akan kalah maka kerana itulah ia dijadikan medan untuk mengorbankan seseorang yang sudah pun dilihat pro kepada Anwar bukan kepada Hj Hadi sebagai Presiden.

Jika kalah maka Husam yang sudah kalah di Parlimen,gagal meneruskan tugas kerana tidak dilantik sebagai Exco dan MB kerana tidak direstui Istana Kelantan serta dilihat menggerakkan orangnya 'menyerang' rumah MB pada awal perlantikan maka pukulan maut untuk kerjaya politik beliau akan dapat dilakukan kali ini.

Maka sebagai ayam tambatan PKR DAP sudah tentu Husam tidak akan dibiarkan keseorangan.

Meskipun kecemburuan Azmin Ali sudah nampak apabila cuba menyentuh latar belakang pendidikan calon Pas kesayangan Husam ini, namun ia tidak akan mematahkan bantuan untuk datang kepada Husam demi kelangsungan karier politik beliau dalam Pas.

Masanya untuk kita tunggu dan lihat apakah masih Husam adakah akan dirundung malang atau berjaya mencipta kegemilangan.

Walau apa pun yang berlaku hakikatnya Pas masih akan gagal memerintah kerana kelebihan berpihak kepada BN dengan satu kerusi. Seperti penerangan oleh Datuk Ahmad Maslan semalam.

Sama-samalah kita nantikan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710