Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- 16:16. Kempen Gagal Kerana PAS Tak Berminat Nak Jadi MB Seperti Di Selangor. #PRKKualaBesut
- MEMBONTOTI DAP AKAN MEMBAWA DERITA KEPADA UMAT ISLAM
- AZMIN ALI PERTIKAI, HARAKAH MALU
16:16. Kempen Gagal Kerana PAS Tak Berminat Nak Jadi MB Seperti Di Selangor. #PRKKualaBesut Posted: 14 Jul 2013 11:00 PM PDT 1. Dalam PRK Kuala Besut, pasukan kempen yang diterajui oleh Husam Musa turun dengan kempen "16-16". 2. Kononnya puak PAS mahu rakyat Kuala Besut menjayakan kempen bagi merampas kerusi DUN yang ke-16 untuk mereka. 3. Persoalannya, apakah peri pentingnya kerusi Kuala Besut untuk PAS? Adakah PAS mahu mewujudkan Kerajaan dan menjadi Menteri Besar? 4. Jika benar PAS mahukan jawatan Menteri Besar Terengganu, mengapa PAS menolak untuk menjadi Menteri Besar di Selangor walaupun parti tersebut merupakan Parti yang mempunyai bilangan kerusi tertinggi dengan 15 kerusi DUN?
5. Hakikatnya, PAS kini semakin lesu apabila kepimpinan ULAMA ditumbangkan oleh golongan ERDOGAN dalam muktamar yang lepas. Tuan Guru Presiden PAS tidak mempunyai timbalan yang cukup kuat untuk menyokongnya bersuara dalam Pakatan Pembangkang. PAS kini bukan parti utama, tetapi hanya tahap PENCACAI dalam PAKATAN. 6. Kerana itulah sebelum PRK Kuala Terengganu, PKR dan DAP minta PAS untuk boikot Pilihan Raya Kecil ini. Jika PAS yang dah menang di Selangor pun tak mahu jadi Menteri Besar, kenapa perlu bersusah payah untuk bertanding PRK untuk menjadi Menteri Besar? *Fikir-fikirkan. | ||
MEMBONTOTI DAP AKAN MEMBAWA DERITA KEPADA UMAT ISLAM Posted: 14 Jul 2013 08:00 PM PDT IKUT ISLAM SEMUA SELAMAT Kebelakangan ini saya saya begitu teruja dengan pandangan beberapa orang pemimpin bukan Islam Pakatan Rakyat Selangor (exco dan bekas exco). Pertama, exco yang baru dilantik jawatan kerajaan tempatan, melahirkan kebimbangan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu. Beliau mahu mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki dan sebaliknya, boleh membendung kejadian pelacuran. Tiada wanita dibenarkan, walaupun tukang cuci. Kedua, cadangan seorang bekas exco, agar kerajaan Selangor memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam. Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan. Katanya, undang-undang seperti itu dikuatkuasa di beberapa negara seperti Australia, Kanada dan Amerika Syarikat yang menghalang perbuatan membawa dan meminum bahan tersebut di kawasan awam. Selain itu, beliau juga menuntut agar kerajaan mengharamkan penjualan arak murah bagi membendung gejala sosial yang semakin serius. Syabas! atas 'kesedaran' ini. Saya harap negeri-negeri lain turut melihat perkara ini dengan serius. Ikutlah Islam, nescaya kamu akan selamat. Selamat dunia, selamat akhirat. Islam begitu jelas dalam memberikan justifikasi kenapa perkara tersebut diharamkan. Sebab itulah, Islam awal-awal lagi mengatakan jangan kamu hampiri zina dan arak, serta apa jua perkara yang boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehinaan. Mencegah lebih baik dari merawat. Selain dari dua isu ini, ada beberapa lagi isu seperti judi, pusat hiburan, pergaulan bebas melampau dan sebagainya. Semua perkara ini bertali-temali. Jangan kita sangka selesaikan satu masalah, semua masalah akan selesai. Selesaikan kesemuanya. InsyaAllah, banyak kesannya. Saya harap ADUN bukan Islam itu faham. Dalam Islam, apa yang diharamkan, jangan lihat dari sudut negatif semata-mata, seperti menyekat hak asasi manusia. Larangan atau pengharaman tersebut, perlu dilihat daripada sudut yang positif. Ada sebab musabab kenapa arak, judi, zina dan bunga-bunga ke arah itu diharamkan. Jangan kerana kita suka (syok) dengan perkara tersebut, kitapun benarkan. Atau janganlah kerana kaum sendiri yang banyak terlibat, maka kenyataan sebeginipun dikeluarkan. Isu ini bukan isu kaum, tetapi merentasi sempadan dan batasan agama. Kegiatan pelacuran, judi dan arak bukan suatu perkara yang baharu. Bisnes ini mendatangkan keuntungan yang besar. Maka tidak hairanlah, pusat-pusat hiburan menjadi sarang pelacuran, termasuk rumah urut, sama ada urut kaki atau urut badan. Justeru saya amat mengharapkan Pihak Berkuasa Tempat (PBT) berhati-hati apabila meluluskan bisnes seperti ini. Bukan apa, takut yang menjadi mangsa adalah orang kita. Kita perlu belajar daripada ketegasan Ed Husic, anggota Parlimen Chifley (Australia) yang beragama Islam. Ed Husic mempertahankan tindakannya mengangkat sumpah jawatan Kabinet Australia dengan menjunjung al-Quran, sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Parlimen Kementerian Jalur Lebar di hadapan Ketua Gabenor, Quentin Bryce pada Isnin lalu. Ed daripada Parti Buruh merupakan wakil rakyat pertama beragama Islam dikritik hebat oleh rakyat Australia dalam media-media sosial kerana tindakannya itu. Beliau yang merupakan anak kepada migran Bosnia yang menetap di Australia berkata, beliau faham kebimbangan yang dilahirkan oleh beberapa pihak, namun keputusannya jelas dan mudah iaitu berdasarkan agama yang dianutinya. Ketegasan beliau amat mengkagumkan. Kata beliau: ''Saya tidak mahu mengangkat sumpah jawatan tanpa berasaskan agama dan dengan menjunjung al-Quran, mengukuhkan komitmen saya kepada negara dan rakyat. Tidak mungkin saya akan mengangkat sumpah jawatan menggunakan kitab Injil dan saya tidak mahu mengucapkan ikrar''. Selepas majlis tersebut, akaun Ed di laman web Facebook dipenuhi pos-pos yang marah dengan tindakannya menjunjung al-Quran ketika majlis angkat sumpah jawatan tersebut. Pemimpin parti pembangkang, Tony Abbott berkata, rakyat perlu menghormati pilihan Ed. ''Saya menghormati keputusannya. Rakyat Australia juga perlu berbuat demikian. Tindakan ini amat profesional. Saya amat mengharapkan pemimpin negara kita akan mencontohi sikap beliau. Tidak ada kompromi dalam perkara berkaitan dengan prinsip. Amat malang sama sekali jika kita tunduk kepada tekanan ultra kiasu. Misalnya, isu menghapuskan Akta Hasutan 1948. Pandangan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad amat tepat. Undang-undang termasuk Akta Hasutan tidak boleh dimansuhkan semata-mata kerana desakan ultra kiasun. Jika kerajaan mahu memansuhkan dan menggubal undang-undang baru menggantikannya, kajian dan pandangan umum mesti diambil kira, selain membandingkan dengan keadaan negara lain. Banyak kesilapan yang telah kita lakukan termasuk memansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tanpa mengambila keadaan dalam negera. Hari ini, kenapa begitu ramai yang begitu kurang ajar dan begitu berani mencabar isu-isu sensitif. Jawapannya mudah, ISA sudah tidak ada. Bayangkan selepas ini jika Akta Hasutan dihapuskan. Apa yang boleh kita lakukan apabila Islam dihina, jika bukan sekadar mengeluh… Boleh baca komen menarik di tempat asal di sini http://ridhuantee.blogspot.com/2013/07/ikut-islam-semua-selamat.html | ||
AZMIN ALI PERTIKAI, HARAKAH MALU Posted: 14 Jul 2013 05:46 PM PDT
Kelulusan akademik calon Pas, Azlan@ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long mula jadi isu apabila dibangkitkan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Azmin dilaporkan berkata walaupun Che Long anak tempatan dan dianggap calon pilihan, namun Pas juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal kelulusan akademik calon. Berita di BH bertajuk, "PKR tak puas hati kelulusan calon PAS" itu memetik kenyataan Azmin yang menegaskan PKR tidak mahu campur tangan dalam pemilihan calon, tetapi sebagai rakan Pakatan, kepimpinan Pas sepatutnya meminta pandangan serta cadangan terutamnya apabila membabitkan soal pemilihan calon. "Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang untuk membantu berkempen," kata beliau selepas mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon Kompeks Rakan Muda Besut. Azmin merupakan wakil PKR yang hadir dalam acara itu apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak hadir tanpa diketahui puncanya. Di kalangan pemerhati politik berpendapat Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan sepatutnya hadir mengiringi calon Pas, sedangkan sebelum ini beliau dilaporkan blog prkkualabesut merupakan individu pertama yang bergembira selepas mengetahui berita kematian penyandang DUN itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar. Harakah terbitan terbaru, bil 1860 / 12 – 14 Julai 2013 turut mengiklankan biodata Che Long, namun organ Pas itu tidak memasukkan kelulusan akademik calon Pas itu. Namun, terengganutoday.com mendedahkan Che Long berkelulusan SPM gred 3. "Pas memilih Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM gred 3, walau bagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan. "Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut telah di adakan di kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut," lapornya. Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti. Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan. "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, " katanya. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |