BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Aksi ghairah dan ramas dalam komuter yang menjelikkan!
- (Video) Bakal beri keterangan di SKMM, pasangan Alvin Vivian hasilkan video terbaru!
- MCA dan DAP bersatu menentang perkara tiada kepentingan untuk mereka
- Laman FB ditutup, Pasangan Alvin Vivian simpan dendam pada umat Islam
- Pelakon siri muzikal 'Glee' ditemui maut
- Persenda Ramadhan: SKMM akan panggil pasangan Alvin dan Vivian
- Panties and skimpy dress talk in Parlliament
- Dr M: We will be colonised again under TPPA
- How the TPPA will affect Malaysia
- Aktor lagenda Bollywood meninggal dunia
- Hina Islam: Blogger lancar perang, apa tindakan pihak berkuasa?
- Kalimah Allah: Tutup Kedutaan Vatican City!
(Gambar) Aksi ghairah dan ramas dalam komuter yang menjelikkan! Posted: 14 Jul 2013 02:30 PM PDT Seorang pengunjung web Stomp di Singapura memuat naik beberapa keping foto adegan intimasi sepasang kekasih yang bergeselan dalam komuter walaupun dijeling-jeling oleh penumpang yang lain. Pengunjung yang dikenali sebagai Kon itu melaporkan: "Pasangan ini beraksi ghairah di dalam MRT Cirle Line menuju Harbour Front pada malam 13 Julai, Sabtu lalu. "Mereka menaiki komuter di dari stesen MRT Serangoon. "Walaupun di'jeling' oleh beberapa penumpang lain, mereka tetap terus beraksi seolah-olah berada di dalam bilik di rumah mereka. Mereka terus mengusap-usap pasangan masing-masing. Ads: Wouldn't it be a grand surprise if you won a grand in cash? Check out this contest by #KingsGrand! Click HERE to know more... "Pasangan lelaki itu terus meramas punggung dan beberapa kali cuba membuka coli teman wanitanya. "Mereka kemudian berciuman, memeluk dan bercakap dengan suara yang kuat juga. "Saya berharap anak-anak muda yang lain tidak mencontohi perbuatan pasangan ini dan ianya amat jelik apabila lakukannya di khalayak umum." Stopm.sg |
(Video) Bakal beri keterangan di SKMM, pasangan Alvin Vivian hasilkan video terbaru! Posted: 14 Jul 2013 07:49 AM PDT Pengerusi SKMM, Dato' Mohamed Sharil Tarmizi mengesahkan bahawa kedua-dua individu, Alvin Tan dan Vivian Lee, telah dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka dan membantu siasatan. "Kami telah memanggil pasangan tersebut. Mereka dijangka hadir di pejabat penguatkuasaan SKMM esok," kata Dato 'Sharil. Pasangan itu memaparkan gambar di laman Facebook kononnya mereka sedang menikmati makanan yang tidak halal dengan kapsyen "Selamat berbuka puasa dengan Bak Kut Teh... Wangi, enak dan menyelerakan!" Berikutan dengan arahan tersebut, pasangan ini telah memuat naik video terbaru mereka untuk memohon maaf atas ketelanjuran mereka |
MCA dan DAP bersatu menentang perkara tiada kepentingan untuk mereka Posted: 14 Jul 2013 06:10 AM PDT PETALING JAYA: MCA dan DAP menentang langkah untuk menjadikan kursus Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Titas) sebagai mata pelajaran wajib di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Mereka berkata subjek tersebut seharusnya diperkenalkan sebagai subjek elektif dan mewajibkan ia kepada bukan Islam adalah tidak adil. Menjadikan kursus tersebut sebagai mata pelajaran wajib di kalangan orang bukan Islam adalah langkah yang membelakangkan keharmonian negara," kata Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu dipetik Mstar Online. Gan menegaskan rakyat Malaysia diberi jaminan kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook (DAP - Seremban) berkata, kursus Titas adalah digalakkan tetapi tidak diwajibkan. "Langkah untuk menjadikan kursus itu mata pelajaran wajib akan memberi gambaran negatif di kalangan pelajar dan mereka akan dipaksa untuk mengambil kursus tersebut," katanya. Beliau juga menegaskan DAP tidak menentang Islam walaupun mereka membantah langkah menjadikan Titas sebagai kursus wajib. "Pemahaman tentang budaya dan tamadun lain perlu dipupuk dari bangku sekolah dan tidak boleh dilakukan secara paksa," katanya. Beberapa pengendali universiti swasta mempertikaikan langkah tersebut dengan berkata subjek wajib yang baharu itu akan memberikan lebih tekanan kepada pelajar dan ia memerlukan kajian kerana akan diajar dalam Bahasa Malaysia. Sementara itu, ada di antara mereka berpendapat langkah tersebut akan membawa kepada pengharmonian pendidikan tinggi di sini dan Titas bukan bermaksud belajar agama tetapi mempelajari perbandingan dan persamaan tamadun Asia serta nilai-nilai yang baik. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan di Parlimen pada Khamis bahawa Titas akan diwajibkan untuk pengambilan baru pelajar di IPTS tempatan mulai 1 September. Muhyiddin berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyeragamkan keperluan antara universiti swasta dan awam, dengan mengambil kira kajian keperluan pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa. Titas adalah salah satu daripada tiga mata pelajaran yang perlu diambil oleh setiap pelajar universiti swasta tempatan. Subjek lain ialah Hubungan Etnik dan Pengajian Malaysia. |
Laman FB ditutup, Pasangan Alvin Vivian simpan dendam pada umat Islam Posted: 14 Jul 2013 01:01 AM PDT Pasangan seks bebas, Alvin dan Vivian semalam mengamuk di laman sosial Twitter apabila akaun mereka di Facebook telah ditutup secara kekal oleh pengendali laman sosial itu. Penutupan secara kekal itu terjadi apabila 'page' Facebook mereka telah menerima banyak laporan negatif dari kalangan pelayar Facebook. "Our Facebook Page is permanently gone due to rampant reporting against us. Thanks, assholes" – antara komen pasangan porno murahan berkenaan di Twitter. Selain itu, mereka juga menyuruh umat Islam untuk berehat dan bergembira ketika Ramadhan kerana mereka seolah-olah akan kembali dengan sesuatu yang mengejutkan. Pada masa yang sama, pasangan tersebut turut menghina penganut Islam, hero-hero berbangsa Cina, para wartawan dan juga pengendali Facebook. Mungkin ini adalah amaran daripada umat Islam kepada pasangan tersebut yang cuba memainkan isu sensitif. Syabas kepada mereka yang telah bekerjasama melaporkan kepada pengendali Facebook dan juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia atas perlakuan sumbang mereka itu. Justeru, jika masih ada pihak di luar sana yang berani mengeji, menghina serta menjatuhkan maruah Islam, fikir secara mendalam sebelum membuat sebarang tindakan bodoh. mynewshub |
Pelakon siri muzikal 'Glee' ditemui maut Posted: 14 Jul 2013 12:05 AM PDT VANCOUVER: Polis berkata, pelakon Cory Monteith yang membintangi rancangan popular tv, "Glee," ditemui mati di sebuah hotel di Vancouver. Aktor berusia 31 tahun itu yang memenang watak sebagai Finn Hudson dalam rancangan bersiri tv mengenai kelab glee di sekolah tinggi, ditemui di dalam biliknya di tingkat 21, Hotel Fairmont Pacific Rim, pada tengah hari. Timbalan Ketua Polis Vancouver, Doug Lepard, berkata setakat ini belum ada petunjuk ia disebabkan pelakuan jenayah. Mayat Monteith ditemui kakitangan hotel berkenaan apabila beliau tidak muncul selepas tamat waktu untuk keluar dari hotel berkenaan. Lepard berkata, Monteith dipercayai keluar dengan beberapa orang sebelum kejadian dan mereka kini sudah ditemubual. Monteith dilaporkan secara sukarela menyertai satu pusat pemulihan kerana berdepan dengan penyalahgunaan dadah, April lalu. - AP |
Persenda Ramadhan: SKMM akan panggil pasangan Alvin dan Vivian Posted: 13 Jul 2013 11:45 PM PDT KUALA LUMPUR 14 Julai - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak. "SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh...wangi enak dan menyelerakan berserta logo halal. Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal. Mengulas mengenainya, Jailani berkata, perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara. "SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan," katanya. Dalam pada itu, Jailani menasihatkan pengguna facebook terutama umat Islam supaya membuat laporan terus kepada pentadbiran laman sosial itu atau SKMM jika mendapati ada perbuatan menghina kesucian Islam dalam laman sosial itu. Pengguna facebook juga dinasihat supaya tidak berkongsi atau menyebarkan status berkenaan bagi mengelak berlakunya suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. - BERNAMA |
Panties and skimpy dress talk in Parlliament Posted: 13 Jul 2013 10:00 PM PDT PETALING JAYA: After three weeks of the new parliament session the debates on bills was not the talking point but, rather it was on panties and scantily dressed women. Even though it was the start of the fasting month, the sexist remarks did not let up. It started on the very first day of the fasting month when Umno secretary-general Tengku Adnan , Rantau Panjang MP Siti Zailah Mohd Yusof and Kuantan MP Fuziah Salleh telling us how life would be better without "shit-stirrers", "short pants" and "men who ask women to flash panties". Ku Nan got the ball rolling in the morning by calling the opposition "shit-stirrers", as he slammed them for allegedly inciting chaos in his bid to justify the need for Sedition Act 1948. He said: "We have shit-stirrers now, the shit-stirrers are the opposition. They try to stir things up until there is a chaotic situation in our country." Although shit-stirrer can be used to describe someone who makes trouble for another person, the Federal Territories Minister could have chosen better vocabulary to describe the opposition. Then came Siti Zailah who, when taking part in the women minister's winding up speech in the afternoon, asked for a dress guideline to be imposed on women to deter rapists. The two-term PAS parliamentarian, who was seen sporting a long head scarf covering her shoulder, singled out short pants and skimpy dresses as the cause of women falling victim to sex crimes. "Maybe this trend is because BN leaders are bringing in artistes from South Korea," she said. A moment later, Siti Zailah's colleague Fuziah caused another stir when she claimed that a parliamentary official has asked a women MP to flash her panties in exchange for a state executive councillor post. "He said the reason the woman MP did not get to be an exco was because she did not flash her panties. If she did so, she would have been an exco," Fuziah claimed. Fuziah was trying to point out that sexual harassment is still prevalent in the society and the Women and Girls Protection Act 1973 cannot sufficiently curb this because the burden of proof lies with the women. The sexist and vulgar remarks simply underlines the fact that women are still subject to discrimination. Tengku Adnan simply accused the opposition for inciting riot without giving the proof of any opposition's remarks or behaviour which had contributed to chaos. In fact, the government is widely blamed, even by Suhakam, for their high-handed approach against Bersih 3.0 rally which led to people being assaulted and injured. They were also remembered for condoning Perkasa's Ibrahim Ali remarks threatening to burn the Malay version of Holy Bible. Siti Zailah blamed skimpily-clad women as the cause for rising sex crimes, but where are the research studies for this. For example, Malaysia recorded 4,959 rape cases in 2008, according to the Home Ministry. However in the Philippines, where adult magazines like "Playboy" are widely available, only 2,585 cases were reported in the year. So, how does she justify her reasoning that short skirts are the cause of rape. There, is one more week of Parliament left and dare we hope that our elected lawmakers will get into some serious debates on issues concerning the rakyat. FMT |
Dr M: We will be colonised again under TPPA Posted: 13 Jul 2013 09:30 PM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia will lose its sovereignty should the BN-led government insist on "secretly" bulldozing through with the controversial Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA), Tun Dr Mahathir Mohamad warned today. The former prime minister predicted that signing the new trade deal with the 11 other Pacific Rim countries would lead to the loss of billions in taxpayers' money, and leave Malaysia bound "hand and foot" to the whims of America. "…[America] invented TPP, a partnership of unequal, of the strong to take advantage of the weak. This is going to be legally binding. If we breach the agreement, their corporations can sue the Government for billions," he wrote on his blog chedet.cc last night. He doubted Malaysia would win the legal tussle, pointing to the decades-long sovereignty dispute Malaysia had with Singapore over the Pulau Batu Puteh which, in 2008, saw the neighbouring country claim victory in the World Court. "After we sign the TPP we will be bound hand and foot. No more capital control. We will be colonised again," warned Mahathir. But the premier, who still wields considerable influence in BN lynchpin Umno, noted that the Ministry of International Trade and Industry (MITI) was set on agreeing to the TPPA despite criticism from all quarters. "I know the MITI is already set to agree to the TPP. It will not entertain any counter arguments. It wants to do this secretly. We don't punish people who make agreements detrimental to the interest of this country. So what is there to lose," he said. The deal, which is expected to be signed before October, has received flak from opposition leaders as well as civil society, who charge that such an agreement would reduce the public's access to affordable drugs. Most Malaysian businesses, including local producers and farmers, would also suffer from increased competition, according to the Malay Economic Action Council (MTEM). The ongoing TPPA negotions, once sealed, would allow the establishment of an international tribunal to deliberate suits brought by companies from member countries; and gives extension to patented medicine to certain companies. The international tribunal can overrule the decisions made by a country's court. MITI has insisted that there is no reason to oppose the pact, claiming it would reduce corruption, and that the ministry would continue to safeguard Malaysia's economic and trade secrets. But Mahathir compared the TPPA to other "unfavourable" international pacts Malaysia had signed, such as its water agreement with Singapore, the purchase of fighter aircrafts, and the Asean Free Trade Area pact. "They do not seem to favour Malaysia much. In fact they seem to result in Malaysia accepting unfavourable terms," he said. "Now we want to swallow the American conceived TPP, Trans Pacific Partnership. This is another attempt by America to let their huge corporations penetrate the domestic markets of the small countries, in particular Government procurements." He urged for the government to remain transparent in the TPPA negotiations, and to ignore the October 2013 deadline for the trade talks. It is learnt that the government and the Malaysian Economic Action Council were pushing for the agreement to be signed before October, just in time for the US president's first visit to Malaysia. fmt |
How the TPPA will affect Malaysia Posted: 13 Jul 2013 09:00 PM PDT PETALING JAYA: The Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA) will have an impact on several critical aspects of Malaysian life as a whole, claim the Malay Economic Action Council (MTEM). The association, which consists of 51 Malay economic NGOs, in its booklet has detailed the effects of the TPPA if it is signed, highlighting its impact on the legal system, environment, education and medicines. Malaysia is currently negotiating with 12 other countries to conclude the TPPA, a multilateral trade agreement involving Australia, Brunei, Canada, Chile, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, the United States (US), Vietnam and Japan. Legal and Judicial system MTEM claimed that corporations are pushing to have investor-state dispute settlement (ISDS) provisions included in the TPPA. "This would allow foreign investors to challenge an action by a TPPA government, even if such action were a law, on the premise that such an action would affect their investment. "Such a legal challenge would be made at an international arbitration tribunal outside of Malaysia," the association said. MTEM added that the ISDS empowers foreign corporations to override Malaysia's domestic judicial, legal and parliamentary systems. It is to be noted that decisions made at international arbitration tribunals have often seen foreign investors being granted greater rights than those provided to domestic investors. Medicines The US is demanding that TPPA countries agree to a number of intellectual property (IP) measures that will ensure the greatest returns for its corporations, at the expense of the public, according to MTEM. "Such measures include lowering the requirements for the patenting of medicines, so that even minor alterations of already existing medicines can be given additional patent protection status. "The US is also demanding for patents registered by pharmaceutical firms to be lengthened so that generic manufacturers can be kept out of the market and drug prices can be propped up for longer periods of time," said MTEM. It added that the TPPA will also give customs officials greater powers to confiscate legitimate generic medicines based on mere suspicion. Environment MTEM further claimed that the TPPA could also encourage increased export of raw materials which would inspire even more logging, forest clearing and mining, by removing export taxes. "Not only would this mean more environmental degradation, there would be less incentive for domestic industries," said MTEM, referring to the country's furniture industry, which the association said, may not survive if Malaysia's export tax on raw logs is removed. Research and education The TPPA's IP protection measures will also impact access to knowledge in the fields of culture, education, research and publication. "There is a proposal to extend copyright duration beyond the present 50 years to possibly 120 years after an author's death, which would impact on library digitisation programmes as well as students' and the general public's access to their works," stressed MTEM. The TPPA is an agreement that the US, the leading negotiator in the talks, hopes to serve the US' role in developing a broader platform for trade liberalisation, particularly throughout the Asia-Pacific region. "The US hopes that the TPPA would be the most comprehensive regional free trade agreement to eliminate trade barriers and increase opportunities for US trade and investment. "The TPPA will also provide the US with an opportunity to establish new rules, such as regulatory coherence, supply chain management, state-owned enterprises and increasing trade opportunities for its own small and medium-sized businesses," claimed MTEM. FMT |
Aktor lagenda Bollywood meninggal dunia Posted: 13 Jul 2013 08:01 PM PDT NEW DELHI - Aktor legenda Bollywood, Pran yang pernah melakonkan watak hero dan penjahat dalam beberapa filem klasik selama lebih enam dekad meninggal dunia selepas menghidap pneumonia. Menurut doktornya, Sanjeev Mehta, Pran mati di Hospital Lilavati, Mumbai kelmarin pada usia 93 tahun setelah berada lebih dua minggu di hospital itu. Pran atau nama sebenarnya Pran Krishan Sikand membintangi lebih 350 filem Bollywood sejak tahun 1940-an. Kerajaan India pernah memberi anugerah tertinggi industri perfileman Dadasaheb Phalke pada 10 Mei lalu kepada Pran di atas sumbangannya dalam industri tersebut. Dia terkenal melalui watak jahat dalam filem-filem dari tahun 1942 hingga 1991 seperti Bari Behen, Azaad, Jis Desh Men Ganga Behti Hai, Half Ticket, Johnny Mera Naam dan Zanjeer. Pran meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. Agensi berita Press Trust of India melaporkan, upacara membakar mayatnya berlangsung semalam di Mumbai. - AP |
Hina Islam: Blogger lancar perang, apa tindakan pihak berkuasa? Posted: 13 Jul 2013 07:01 PM PDT KUALA LUMPUR 13 Julai - Beberapa pengendali laman blog mula melancarkan 'perang' terhadap pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang terus mencipta kontroversi mempersenda kedatangan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh yang tertera logo halal. Blog MyKMU.net (http://www.mykmu.net) yang memaparkan tajuk 'Hina, cemar sensitiviti umat Islam dianggap kelakar?' oleh dukeofmontecristo menegaskan pasangan yang popular dengan panggilan Alvin dan Vivian itu boleh dianggap layak dilucutkan kewarganegaraan kerana mencetuskan kemarahan umat Islam. "Terus terang saya katakan, sekiranya undang-undang membolehkan saya memijak kepala Alvin dan Vivian, tentu sudah pecah kepala saya kerjakan. Pada saya, mereka boleh bertelanjang dan mengadakan pertunjukan seks di depan pintu masuk Universal Studio atau di patung kepala Singa di Singapura. "Tapi kalau sampai mempersenda kesucian bulan Ramadan, mencemar hukum-hakam di dalam Islam dan tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang sedang berpuasa, pada saya perbuatan itu sudah cukup melampau dan tidak wajar dimaafkan lagi,'' tegas blog berkenaan. Dalam laman Facebook rasmi milik kedua-dua pasangan itu, mereka dilihat mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan'. Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Menurut blog itu, kerajaan dengan apa jua akta, perkara atau petikan Perlembagaan yang ada perlu melucutkan kewarganegaraan kedua-dua bekas pelajar National University Singapore berkenaan serta-merta. "Tiada kompromi dalam soal ini. Tiada amaran yang patut diberikan pada mereka lagi dalam keadaan ini. Selain itu, Alvin dan Vivian dalam apa jua keadaan sekalipun, wajar disekat dari cuba kembali atau masuk ke Malaysia melalui apa cara sekalipun," tegasnya. Sementara itu, blogger Gerakan Anti PKR (http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com) yang turut mengulas isu sama melahirkan rasa sedih dengan pemimpin-pemimpin Islam yang masih tidak mengambil tindakan terhadap pasangan berkenaan. "Sakit hati melihatkan kelakuan pimpinan Islam, lebih memikirkan nasib politik daripada nasib Islam itu sendiri. Gambar terbabit adalah kesinambungan daripada Namewee yang pernah mempersendakan azan Subuh. "Di situlah bermula segala penghinaan kerana mereka tahu pimpinan Melayu semuanya tak berani (ambil tindakan),'' katanya. Turut melancarkan 'perang' terhadap pasangan itu adalah blog MIK (http://medan-info-kita.blogspot.com) yang mengecam tindakan biadab pasangan berkenaan. Begitu juga blog Cucu Tok Selampit (khairulryezal.blogspot.com) yang melabel tindakan pasangan itu sebagai kurang ajar. "Malah saya tidak akan terkejut sekiranya di dalam komen-komen akan ada yang menulis, tidak mengapa, mereka adalah bukan Islam, mereka tidak tahu adab budaya dan hukum hakam orang-orang Islam," tambahnya. |
Kalimah Allah: Tutup Kedutaan Vatican City! Posted: 13 Jul 2013 06:01 PM PDT Tindakan tegas itu wajar kerana Marino melanggar had sebagai seorang duta sebagaimana peruntukan Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 kerana mencampuri urusan dalaman Malaysia dengan menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini. Jurucakap gabungan NGO Islam-Melayu, Nasharudin Mat Isa berkata, Marino dengan sengaja serta berniat jahat membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan Islam-Kristian di Malaysia sekali gus perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia. "Kenyataannya yang bercanggah dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia merupakan perbuatan yang disengajakan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan. "Kita menuntut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memanggil Marino dan diberikan kata dua," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Semalam, NGO Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini. Gabungan tersebut mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam antaranya Yayasan Nassar, Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma). Turut berada dalam gabungan itu adalah Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia. Marino dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini kelmarin menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini. Dalam perkembangan berkaitan, Nasharudin yang juga Pengerusi Yayasan Nassar percaya Marino seorang yang arif tentang Malaysia sesuai dengan pelantikannya sebagai Duta Vatican City ke negara ini. "Saya juga percaya Marino amat mengetahui apa yang patut dan apa yang tidak boleh diperkatakan mengenai Malaysia dan sebagai tetamu negara berstatus duta, salah satu elemen terpenting, beliau sama sekali tidak dibenarkan mencampuri hal dalaman negara. "Marino juga perlu menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari bermula semalam," katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindak-tanduk duta berkenaan boleh memberi ancaman serius kepada negara jika tidak dibendung kerajaan. Beliau berkata, perkara itu berikutan kalimah Allah merupakan hak eksklusif dan isu paling sensitif bagi umat Islam di negara ini. "Penekanan juga perlu dibuat bahawa isu ini bukan isu NGO semata-mata tetapi merupakan isu yang perlu dihadapi bersama setiap umat Islam di negara ini," katanya. Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad pula berkata, Marino bukan seorang yang bijak selepas bertindak menyentuh urusan dalaman negara apatah lagi isu berkenaan masih di peringkat mahkamah. "Kita faham kehadirannya ke sini akan memantapkan lagi persefahaman antara Islam dan Kristian, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. "Saya teringat firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud 'Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama mereka'," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |