Taipingmali (tm) |
- Zuraida: KBS diminta serius pantau pergaulan atlet
- PRK KUALA BESUT : WAJAH MEREKA YANG KECUNDANG
- TAMADUN ISLAM PUN MEREKA TOLAK , APA LAGI AGAMA ISLAM
- PRK KUALA BESUT: PAS TIDAK ISLAMIK
- Melayu Tidak Wujud di Dunia – Professor Singapura
- POKOK TUMBANG DI BUKIT DRUMMOND JALAN KLIAN PAUH TAIPING
Zuraida: KBS diminta serius pantau pergaulan atlet Posted: 13 Jul 2013 04:25 PM PDT Terima kasih kerana Zuraida berjaya memberi pandangan yang bernas kepada kementerian belia dan sukan. Cuma nak ditokok tambah sedikit lah, TM pun menyarankan supaya Zuraida juga memantau aktiviti songsang orang-orang Pkr yang banyak didedahkan oleh media. Karpal Singh dan Mat Sabu juga pernah mendedahkan kegiatan yang tidak bermoral di kalangan pemimpin parti yang Zuraida sertai. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diminta membuat pendekatan serius memantau atlet wanita yang terbabit dalam penganjuran sukan berikutan insiden rogol yang berlaku baru-baru ini. Cuba siasat siapakah yang terlibat dalam insiden memalukan itu, mereka membawa masuk arak dalam bilik penginapan untuk mabuk dan sehingga berlaku insiden yang memalukan. Siapa yang menggalakkan LGBT dan siapa yang menggalakkan arak hingga memberi 100 ekar tanah kepada Carlsberg di Meru Kelang? Jangan jadi seperti peribahasa melayu ' ketuk dulang paku serpih, mengata orang diri sendiri yang lebih', sekian. | ||
PRK KUALA BESUT : WAJAH MEREKA YANG KECUNDANG Posted: 13 Jul 2013 02:46 PM PDT
Barulah tahu kisah tersembunyi yang berlaku di sebalik penamaan Che Long sebagai calon PAS bagi PRK Kuala Besut. Malam tadi Papa Gomo sampai di Kuala Besut dan tempat pertama yang Gomo singgah adalah kedai kopi di dalam Dun Kuala Besut berjumpa dengan beberapa orang penduduk di situ yang merupakan ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan Che Long sebagai calon serta Hussam Musa sebagai pengarah Jentera Pilihan raya Dun Kuala Besut. Kisahnya - Che Long pada Pilihan raya ke 13 lalu cukup hebat melobi untuk bertanding di Dun Kuala Besut namun nama beliau tidak tersenarai kerana faktor beliau yang tidak mempunyai jawatan didalam PAS sama ada di Kuala Besut, Besut mahupun negeri Terengganu. Apabila pengumuman calon dilakukan PAS Terengganu dengan tidak menyenaraikan namanya sebagai calon PAS waktu itu beliau telah lari dari Kuala Besut dan tinggal di Putrajaya bagi membantu kempen Hussam Musa. Sepanjang PRU 13 itu lah juga kelibat Che Long tidak kelihatan di Kuala Besut apatah lagi membantu jentera PAS Besut sebaliknya rutin hariannya menjaga aset Hussam Musa di Putrajaya. Kenapa Che Long membantu Hussan Musa di Putrajaya? Che Long tidak mempunyai jawatan didalam parti melainkan ahli biasa tetapi cukup rapat dengan Hussam Musa. Kenapa? Maklumat yang diperolehi menjelaskan segalanya akan keakraban Hussam Musa dan Che Long calon PAS PRK Kuala Besut ini. Rupa rupanya Che Long seorang Kontraktor kelas A mempunyai banyak urusan perniagaan di dalam negeri Kelantan hasil daripada bantuan Hussam Musa yang kita tahu sebelum ini merupakan EXCO kerajaan negeri Kelantan. Atas sebab itu lah juga apabila PRK Kuala Besut diadakan yang menjadi Pengarah Kempen PRK Kuala Besut bagi PAS adalah Hussam Musa dan bukannya Hadi Awang selaku Pesiden PAS yang juga anak watan negeri Terengganu. Gomo yakin dan amat pasti jika kita tanya kepada Hussam Musa sendiri apakah beliau ada memberikan Projek Projek dalam negeri Kelantan kepada Che Long sewaktu Hussam menjawat jawatan Exco sudah pasti Hussam tidak akan menjawab soalan tersebut. Namun rekod daripada kenalan di Kota Bharu mengesahkan bahawa Che Long kerap berjumpa dengan Hussam Musa di pejabat Hussam sewaktu Hussam merupakan EXCO Kanan kerajaan negeri Kelantan. Che Long merupakan FUNDER kepada Hussam Musa dan dengan Che Long selaku calon PAS bagi PRK ini serta Hussam Musa sebagai Pengarah Pilihan raya membuktikan bahawa KERONISME yang diamalkan oleh pimpinan PAS membuatkan PAS sudah sama seperti UMNO yang mereka sering fitnah didalam ceramah mereka. Gomo akan berada di sini sehingga tamat PRK dan pastinya akan Gomo salurkan maklumat kepada pembaca akan info yang seharusnya kita tahu agar kita tidak diperbodohkan oleh parti PAS yang penuh dengan penipuan dan pendustaan menipu serta memanipulasi umat Islam khususnya. - Papa Gomo 3.05am Kuala Besut Terengganu | ||
TAMADUN ISLAM PUN MEREKA TOLAK , APA LAGI AGAMA ISLAM Posted: 13 Jul 2013 07:42 AM PDT | ||
PRK KUALA BESUT: PAS TIDAK ISLAMIK Posted: 13 Jul 2013 06:38 AM PDT Amat ganjil apabila Pas mempertikai akan pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut di adakan di bulan Ramadhan. Pas yang kononnya sebuah parti yang berteraskan Islam dilihat obses dengan PRK cara ganas dan penuh unsur-unsur negatif di beberapa PRK sebelum ini. Dengan kehadiran bulan Ramadhan telah menyebabkan mereka termangu seketika dan terus menyalahkan SPR. Keganjilan Pas telah diterjemahkan di dalam satu artikel dalam HARAKAH berjudul 'PRK bulan puasa, SPR sengaja sulitkan PAS'. Ramadan adalah bulan bagi umat Islam menunaikan ibadat puasa. Umat Islam akan menyemarakkan kehadirannya dengan pelbagai ibadat lain. Jadual umat Islam sepanjang Ramadan selalunya sangat padat dengan ibadat-ibadat khusus, seperti bertadarus al-Quran, berzikir, beristighfar, bertarawih, qiyamullail dan seumpamanya.Sejarah telah membuktikan, bahawa Ramadhan adalah bulan kesabaran sekaligus bulan perjuangan. Ini terbukti dengan beberapa peristiwa besar yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan zaman pemimpin Islam yang lain. Di zaman Rasulullah S.a.w, Perang Badar, Perang Khandaq, Fathu Makkah, dan Perang Tabuk terjadi di bulan Ramadhan. Puasa tak menyurutkan semangat juang para sahabat. Di zaman Salafussoleh, ada peristiwa Penaklukan Andalusia, Kekalahan Tentera Salib, Kekalahan Tentera Mongol, dan lainnya, itu pun berlangsung di bulan Ramadhan. Lapar dan haus tak mengerdilkan mimpi mereka dalam menegakkan kalimatullah di bumi ini. | ||
Melayu Tidak Wujud di Dunia – Professor Singapura Posted: 13 Jul 2013 03:59 AM PDT Kaum Cina di rantau ini nampaknya mempunyai masalah psikologi yang kronik apabila tidak mampu menerima hakikat bahawa mereka bukanlah penduduk asal di sini. Berbagai-bagai percubaan dilakukan mereka untuk menafikan sejarah, hatta kewujudan bangsa Melayu di muka bumi. Semuanya berpunca dari dendam kesumat dan sifat rasis tegar yang enggan menjadi 'nombor 2' dalam meletakkan hak ke atas bumi sebelah sini. Tidak cukup dengan Cina Malaysia yang tidak jemu-jemu mencuba untuk mengubah sejarah, kini Cina Singapura pula menulis buku konon Melayu tidak pernah wujud. Buku tersebut yang bertajuk 'Contesting Malayness' dengan sendirinya membuktikan masalah psikologi penulisnya yang ingin mencabar kewujudan Melayu. Apa yang didapati ialah, buku tersebut dihasilkan berdasarkan penyelidikan rambang dari buku-buku tertentu dan selebihnya kita pasti hanyalah pendapat dari pemikiran dan emosi penulisnya sendiri. Hakikatnya, etnologi (suku bangsa), linguistik (bahasa) dan arkeologi (material) mengenai teori migrasi dan asal usul ras (bangsa) Melayu telah pun dibuktikan melalui kaedah DNA oleh penyelidik tempatan, Wan Hashim Wan Teh. Kaedah ini mampu membuktikan umur rumpun bangsa, asal usul dan jejak penghijrahan. Apa yang didapati ialah Melayu adalah penghijrah asal. Dalam mengekspresi kebenciannya kepada bangsa Melayu, Profesor Singapura tersebut nampaknya telah terlepas pandang bahawa sekiranya beliau ingin menafikan kewujudan Melayu, beliau perlu terlebih dahulu menafikan sejarah Siam, Filipina dan Indonesia kalaupun tidak mengiktiraf sejarah yang tertulis di Malaysia. Malah, beliau juga mungkin perlu menafikan sejarah Melayu Cape Town di Afrika dan juga Guam. Dalam rujukan sejarah mengenai Guam, tertulis bahawa penduduk asalnya adalah orang-orang Austronesian dari Asia Tenggara yang tiba di sana seawal 4,000 tahun sebelum Masihi. Mereka mempunyai bahasa dan budaya yang mirip dengan masyarakat Malaysia, Indonesia dan Filipina. Mereka juga dikatakan sebagai tamadun terawal di Pasifik. Dan di dalam buku Declaracan de Mala e India Meridional oleh seorang Portugis Godinho de Eredia menyebut: "It is to be noted that the eastern coast of Ujontana was peopled and frequented before the other or western coast; thus the histories relate that Malayos inhabited Pattane and Pam before the foundation of Malacca. At that time the ruler of Pam governed Sycapura and the Monarch who resided in Pattane, the metropolis of the Malayos." Ini bermakna sejarah Siam mengenai Melayu itu adalah benar, dan sejarah Kedah purba mengenai Melayu juga benar. Sekali gus sejarah kaum Melayu yang membuka Melaka juga benar. Salah satu cara untuk menjejak sejarah sesuatu bangsa ialah melalui bahasa, termasuk nama-nama mereka. Daripada sejarah serantau, jelas didapati bahawa nama-nama Raja-raja dahulu kala turut berbunyi Melayu, bukan Cina atau Eropah. Nama-nama mereka mungkin berbeza sedikit mengikut pengaruh agama tetapi ia tetap membawa identiti Melayu. Contohnya, Raja Ijau (1584-1616), Raja Biru (1616-1624), Raja Ungu (1624-1635) iaitu adik Sultan Bahdur (1573-1584) serta anak Raja Ungu, iaitu Raja Kuning (1635-1649) membuktikan bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan secara meluas di rantau ini. Terdapat juga sejarah yang menyatakan nama Pattani juga didapati dari perkataan Melayu 'Pantai ini' dan ini juga membuktikan yang Melayu merupakan kaum yang mula bertapak di situ. Oleh kerana Pattani juga termasuk dalam Kedah purba, maka jelaslah bahawa keseluruhan sejarah yang tertulis mengenai kaum ini adalah benar. Nampaknya, Hujah Profesor Singapura jelas tidak punya kredibiliti kerana tidak konsisten dengan kajian DNA mahupun catatan fakta oleh kesemua negara-negara rumpun Melayu di Asia serta pengembara-pengembara Eropah. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||
POKOK TUMBANG DI BUKIT DRUMMOND JALAN KLIAN PAUH TAIPING Posted: 13 Jul 2013 03:06 AM PDT
|
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |