Belantan |
- Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Membenci BN trend terkini orang muda?
- Lepas satu demi satu HAK Melayu dan Islam dipertikaikan oleh Cina Bangsat DAPig - Chung Sen gesa Kementerian Pendidikan keluarkan subjek Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada penuntut IPTS?
- Sudah melampau...!!! Alvin, Vivian persenda umat Islam dalam bulan Ramadan?
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Membenci BN trend terkini orang muda? Posted: 13 Jul 2013 03:55 PM PDT Akhbar China Press bertarikh 6 Julai 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Lim En Theng mengenai trend orang muda yang membenci Barisan Nasional (BN). BN merasakan peritnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terhadap pengundi muda kerana sejak beberapa PRU lepas golongan muda yang berusia antara 21 hingga 40 tahun condong kepada pakatan pembangkang. Dalam usia muda ini, mereka mendapat pendidikan tinggi, kerjaya yang baik dan tiada masalah dalam makan minum seharian. Mereka tidak pernah mengalami zaman masyarakat bergelora, tiada konsep kefahaman sejarah dan meletakkan demokrasi dan keadilan di hadapan. Jika mahu mengekalkan kuasa pada PRU-14, BN perlu ubah pemikiran dan pendirian, kaji semula dan rombak slogan politik mereka. Rampas semula slogan "UBAH Malaysia" daripada pembangkang supaya BN menjadi peneraju perubahan negara. Semasa perhimpunan besar-besaran musim PRU lalu, ramai dalam kalangan peserta adalah pelajar sekolah menengah yang belum layak mengundi. Pelajar ini juga berkesan menarik keluarga dan ibu bapa turut serta dalam perhimpunan. Mereka menggunakan dunia siber menghebahkannya, belajar muat naik gambar-gambar warna hitam melambangkan demokrasi sudah mati, menyebarkan maklumat dan pengetahuan mereka ke dunia luar. Kempen beramai-ramai seperti ini menunjukkan ia bukan satu kempen politik biasa tetapi merentasi pemikiran dan aktiviti pelajar sekolah menengah. Mereka menggunakan kempen politik untuk jadikannya satu 'musim', bermakna apabila dihebahkan ia menjadi suruhan dalam masyarakat dan menjadi satu gelombang kekuatan. Kebetulan ia berlaku di zaman ini, menunjukkan mereka menentang kerajaan dan BN, inilah baru dikatakan "berada di puncak trend zaman". Apabila trend itu berubah menjadi tiket undi, tiada keputusan yang salah ataupun betul. Ini dapat memberi kesan sama kepada yang seangkatan dengan mereka iaitu sama umur ataupun sama pemikiran, termasuk mendapat jenis pendidikan yang sama serta kesan daripada media. Sebab tindakan dan kefahaman yang sama itu, kesan daripada seangkatan pelajar sekolah menengah boleh memberi kesan padu yang tidak terhad kepada idola ataupun fesyen semasa sahaja. Suara Politik Belantan |
Posted: 13 Jul 2013 07:14 AM PDT Chung Sen biadab, tidak hormati Agong - Ibrahim Ali! Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan Ahli Parlimen DAP Kampar, Dr. Ko Chung Sen sebagai biadab kerana menggesa Kementerian Pendidikan mengeluarkan subjek Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan Chung Sen itu melampau kerana tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai simbol negara yang menjaga kepentingan Islam. Beliau berkata, gesaan itu juga menunjukkan pemimpin DAP berkenaan tidak menghormati kepentingan ilmu. "Kenyataannya jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan biadab dari segi konsep di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "DAP makin melampau dan malangnya Pas dan UMNO diam sahaja. Saya menggesa Kementerian Pendidikan bertegas mempertahankan subjek itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Chung Sen dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini membuat gesaan itu dan mempersoal bagaimana subjek Tamadun Islam boleh membantu pelajar jurusan perubatan, kejuruteraan atau undang-undang. Beliau juga mendakwa tiada universiti terkemuka di dunia yang memasukkan subjek berkaitan agama sebagai subjek wajib di institusi masing-masing. Suara Politik Belantan |
Sudah melampau...!!! Alvin, Vivian persenda umat Islam dalam bulan Ramadan? Posted: 13 Jul 2013 02:26 AM PDT Poster ucapan selamat berbuka puasa Alvin dan Vivian yang mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia kerana didakwa menghina umat Islam apabila menunjukkan gambar mereka menikmati bak kut teh yang disertakan logo halal. Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi. Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'. Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri! Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu. Antara pembaca seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri). Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa). Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'. Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar. Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan. Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'. Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |