BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Remaja perempuan tanpa segan silu tayang payudara di restoran
- Kalimah Allah: Menteri selar duta Vatican City
- Apa buktinya dasar BN bercanggah dengan Islam?
- PRK Kuala Besut: PAS nafi Azmin pertikai kelulusan akademik calonnya...tapi
- PRK Kuala Besut: PKR pertikai kelulusan akademik calon PAS
- Nik Nazmi bela penjenayah, pertikai rayuan kerajaan Persekutuan
- Pekerja hotel didenda intai wanita
- Suami gesel-gesel tubuh amah
- Bekas suami bocor rahsia artis wanita pakai susuk
- Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki
- PRK Kuala Besut: Calon PAS mahu jadi calon untuk luaskan perniagaan
- PRK Kuala Besut: Calon PAS pernah dipecat UMNO
- MCA: Penulis blog seks perlu dikena tindakan tegas
(Gambar) Remaja perempuan tanpa segan silu tayang payudara di restoran Posted: 13 Jul 2013 03:31 PM PDT ![]() "Saya tidak harus malu sebagai model untuk menunjukkan tubuh saya," kata Lutek, yang juga bekas pelajar 'drop-out' dari sebuah kolej untuk mengejar impiannya sebagai model. "Saya merasa setiap perempuan tidak harus malu dengan tubuh mereka atau malu untuk menunjukkannya," demikian kata remaja perempuan dengan tingginya 176 sentimeter ini. Namun, tidak semua restoran menerimanya. Gadis yang berasal dari New Jersey ini dihambar keluar dari Verso di Avenue C karena menimbulkan kekecohan akibat membuka bajunya di depan umum. Sementara sebuah restoran sushi di East Village dengan senang hati menerima Lutek yang menunjukkan dadanya yang tak ditutupi sehelai benang pun. | ||
Kalimah Allah: Menteri selar duta Vatican City Posted: 13 Jul 2013 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan Duta Vatican City Ke Malaysia Biskop Joseph Marino mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan kegelisahan awam serta boleh menggugat perpaduan rakyat Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kenyataan itu amat tidak wajar dikeluarkan mana-mana pihak sebagai menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini. "Sikap bertoleransi antara agama di negara ini sewajarnya diambil kira oleh semua pihak dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh ditafsir sebagai mengganggu keharmonian antara agama di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Beliau menarik perhatian bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini memutuskan kalimah Allah hanya khusus diguna pakai oleh umat Islam di Malaysia dan tidak wajar disalah guna oleh mana-mana pihak. "Saya menasihatkan semua pihak untuk tidak mempolemikkan isu kalimah Allah ini sehingga ia diputuskan di mahkamah kelak," katanya. Sebuah gabungan pertubuhan bukan kerajaan Islam-Melayu semalam mendesak kerajaan mengusir Biskop Joseph Marino berhubung tindakan beliau mengeluarkan kenyataan yang didakwa, antara lain, memuji hujah Persekutuan Kristian Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kalangan penganut agama itu di negara ini. Astro Awani | ||
Apa buktinya dasar BN bercanggah dengan Islam? Posted: 13 Jul 2013 06:01 AM PDT ![]() Timbalan Perdana Menteri berkata, banyak usaha yang dipelopori kerajaan BN termasuk dalam soal perumahan di negara ini adalah selaras dengan tuntutan agama dan semestinya dituntut oleh Islam. "Orang cabar kita, ada parti politik kata apa yang dibuat UMNO tidak selaras dengan Islam, UMNO berjuang tak berlandaskan Islam. "Soal akidah ini perkara berat, tuduh orang Islam buat sesuatu yang bertentangan dengan agama. Saya tak boleh nak sebut apa hukumnya," katanya ketika berucap pada majlis perasmian dan peletakan batu asas pangsapuri mampu milik empat tingkat di Kampung Lay Out Tok Sabah, Kampung Besut, di sini, sebentar tadi. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pendidikan Kedua yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. Projek perumahan itu membabitkan pembinaan 72 unit rumah mampu milik membabitkan kos RM10.3 juta untuk mangsa ombak besar di Kampung Atap, di sini. Muhyiddin berkata, pengundi diminta supaya tidak terpedaya dengan tuduhan yang dilemparkan parti pembangkang terhadap BN. "Yang betul cakap, yang baik cakap baik. Ini tak betul dikatakan betul hanya kerana parti lain. Kalau tiba pilihan raya kecil ini, sokong sajalah BN, tak salah," katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata, dasar perjuangan BN tidak membezakan golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. "BN tak bezakan, hanya kerana miskin kita abaikan, golongan tak mampu kita tinggalkan, mereka yang susah dan tidak terbela, itu bukan dasar BN," katanya. Bharian | ||
PRK Kuala Besut: PAS nafi Azmin pertikai kelulusan akademik calonnya...tapi Posted: 13 Jul 2013 05:01 AM PDT SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menafikan dakwaan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berpuas hati dengan kelayakan akademik calon partinya Endot@Azlan Yusof yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pada 24 Julai ini. Sebaliknya, Mustafa berkata laporan yang disiarkan Berita Harian bertajuk 'PKR tak puas hati kelulusan calon PAS' adalah tidak benar. Malah, Mustafa menegaskan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tidak mungkin mengeluarkan kenyataan sedemikian. Azmin Ali ada bersama dengan calon PAS semalam, saya tidak rasa laporan berita itu betul, saya tidak rasa Azmin Ali cakap macam tu," katanya kepada Antarapos. Berita Harian hari ini melaporkan PKR tidak berpuas hati dengan kelayakan akademik calon PAS, Endot@Azlan Yusof. Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali dipetik sebagai berkata walaupun Azlan anak tempatan dan dianggap sebagai calon pilihan, PAS juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal akademik calon. "Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya berkelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang membantu berkempen," kata Azmin selepas mengiringi calon PAS di pusat penamaan calon di Kompleks Rakan Muda di Besut semalam. Mengulas lanjut, Mustafa berkata meskipun mengakui calon parti itu tidak pendidikan tinggi namun beliau yakin Azlan mampu melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan rakyat sebaik sahaja memenangi kerusi DUN Kuala Besut. "Kita akui kelulusan dia (calon PAS Kuala Besut) tidak tinggi tetapi dia ada kelebihan lain yang cukup banyak. "Itu kita tidak dapat sembunyikan bahawa pendidikan dia tidak tinggi, itu memang kita akui. "Tapi itu bukan beerti negatif dalam konteks persaingan di Kuala Besut ini, sebab dia ada kelebihan lain yang banyak," jelasnya. Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang akan berlangsung pada 24 Julai ini bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dan PAS. PAS meletakkan calon Azlan @ Endut Yusof manakala Tengku Zaihan Che Ku Rahman merupakan calon Barisan Nasional (BN). Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu. Tengku Zaihan berusia 37, merupakan seorang jurutera awam manakala Azlan, 48, ialah seorang kontraktor kayu di Kota Baru, Kelantan. Kedua-dua mereka merupakan anak tempatan di Kuala Besut. | ||
PRK Kuala Besut: PKR pertikai kelulusan akademik calon PAS Posted: 13 Jul 2013 03:13 AM PDT Kelulusan akademik calon Pas, Azlan@ Endot Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long mula jadi isu apabila dibangkitkan oleh Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Azmin dilaporkan Berita Harian (BH) hari ini berkata walaupun Che Long anak tempatan dan dianggap calon pilihan, namun Pas juga perlu mengambil kira dan mengutamakan soal kelulusan akademik calon Berita di BH bertajuk, "PKR tak puas hati kelulusan calon PAS" itu memetik kenyataan Azmin yang menegaskan PKR tidak mahu campur tangan dalam pemilihan calon, tetapi sebagai rakan Pakatan, kepimpinan Pas sepatutnya meminta pandangan serta cadangan terutamnya apabila membabitkan soal pemilihan calon. "Walaupun kurang berpuas hati dengan akademik calon yang hanya mendapat kelulusan setakat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kita sebagai rakan seperjuangan akan turun padang untuk membantu berkempen," kata beliau selepas mengiringi calon Pas di pusat penamaan calon Kompeks Rakan Muda Besut, semalam. Azmin merupakan wakil PKR yang hadir dalam acara itu apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tidak hadir diketahui puncanya. Di kalangan pemerhati politik berpendapat Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan Ketua Pakatan sepatutnya hadir mengiringi calon Pas, sedangkan sebelum ini beliau dilaporkan blog prkkualabesut merupakan individu pertama yang bergembira selepas mengetahui berita kematian penyandang DUN itu, Allahyarham Dr Abdul Rahman Mokhtar Harakah terbitan terbaru, bil 1860 / 12 – 14 Julai 2013 turut mengiklankan biodata Che Long, namun organ Pas itu tidak memasukkan kelulusan akademik calon Pas itu. Namun, terengganutoday.com mendedahkan Che Long berkelulusan SPM gred 3. "Pas memilih Azlan Yusof muka baru menjadi calonnya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut iaitu seorang ahli perniagaan di Kuala Besut, cakap-cakap di kalangan penyokong PAS yang hadir semasa pengumuman calon dan mempertikaikan mengapa mengetengahkan calon PAS berkelulusan SPM gred 3, walau bagaimanapun diharapkan calon ini bukan seperti yang disangkakan. "Kehadiran yang hambar lebih kurang 1000 lebih dan kebanyakan yang hadir adalah daripada penyokong PAS yang bukan dari penduduk Kuala Besut telah di adakan di kawasan Lapang Kampung Nail, Kuala Besut,"lapornya. Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh berkata Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO namun dipecat oleh parti. Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan. "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa, " katanya. AIDC | ||
Nik Nazmi bela penjenayah, pertikai rayuan kerajaan Persekutuan Posted: 13 Jul 2013 01:45 AM PDT SHAH ALAM – PKR hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Persekutuan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes kematian A Kugan. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan, tindakan itu menunjukkan sikap tidak prihatin kerajaan sekali gus memanjangkan penderitaan keluarga Kugan khususnya ibu mangsa, N. Indra yang sejak berapa lama berjuang untuk membela kematian anak lelakinya. "Tidak patut seorang ibu melalui pengalaman getir sebegini dan kita sewajarnya mengutuk sikap tidak berperikemanusiaan kerajaan Persekutuan. "Rayuan itu memperlihatkan kegagalan kerajaan Persekutuan menerima kritikan terhadap dasar-dasar mereka dan ketakutan, malah fobia terhadap apa jua bentuk kebertanggungjawaban," katanya yang dipetik dari kenyataan medianya, hari ini. N. Indra menang dalam kes saman itu di Mahkamah Tinggi pada 26 Jun lepas apabila mahkamah mendapati plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan-defendan. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T Singham memberi award RM851,700 kepada Indra bagi ganti rugi serangan dan memukul, penjara palsu, misfeasans, kesakitan dan penderitaan. Singham juga memerintahkan Khalid (yang ketika itu Ketua Polis Selangor), bekas konstabel polis V. Navindran, bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar (yang telah meninggal dunia), ketua polis negara dan kerajaan untuk membayar RM50,000 sebagai kos. Dalam pada itu, Nik Nazmi menyifatkan tindakan kerajaan itu bukan sahaja memanjangkan penderitaan keluarga mangsa bahkan membazir masa dan wang yang sepatutnya digunakan untuk melaksanakan reformasi terhadap Polis Di Raja Malaysia (PDRM) selaras dengan desakan masyarakat sivil termasuk penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). "Pendokong IPCMC telah berkali-kali menekankan bahawa badan ini bukanlah satu konspirasi untuk menghina atau melemahkan PDRM tetapi sebaliknya melahirkan institusi polis yang benar-benar bebas dan berkesan demi Malaysia yang lebih selamat. "Harus diingat, cadangan IPCMC ini mula-mula dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja yang diketuai Tun Dzaiddin Abdullah," katanya sambil berharap penubuhan suruhanjaya itu dapat mengelakkan berulang kes kematian dalam tahanan polis seperti yang berlaku sebelum ini. | ||
Pekerja hotel didenda intai wanita Posted: 13 Jul 2013 01:01 AM PDT "Kamu itu orang Islam. Kenapa buat macam itu? Buat malu saja," kata Majistret Ida Rahayu Sharif. Beliau berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman denda RM1,000 ke atas seorang pekerja hotel yang mengaku bersalah atas tuduhan melakukan pencerobohan jenayah di sebuah rumah di sekitar negeri ini Selasa lalu. Dalam prosiding di Mahkamah Majistret di sini semalam, tertuduh, Amir Sabirin Md Ali, 21, merayu hukuman diringankan dengan alasan melakukan perbuatan itu untuk mengintai perempuan. Terdahulu, tertuduh dari Taman Bachan Baru, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah sebelum membuat pengakuan bersalah dan memperakui fakta serta barang kes dikemukakan pendakwaan. Harian Metro | ||
Posted: 13 Jul 2013 12:03 AM PDT
Selain membawa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, Rabu lalu, wanita tersebut turut membantu mangsa menghubungi keluarganya di kampong selain melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak keduataan Filipina. Menurut sumber, mangsa yang berusia 25 tahun memdakwa dicabul suspek berusia 54 tahun beberap kali di rumah mereka di Wangsa Melawati di sini sejak bekerja tujuh bulan lalu. Harian Metro | ||
Bekas suami bocor rahsia artis wanita pakai susuk Posted: 12 Jul 2013 10:43 PM PDT
Itulah cerita yang disampaikan rakan sumber SS mengenai dua artis wanita yang dikatakan menggunakan khidmat bomoh dan susuk supaya sentiasa dipandang cantik dan anggun di mata orang ramai terutama peminat. Apa yang mengejutkan, dua artis popular itu dikatakan menggunakan khidmat bomoh yang sama tapi masing-masing tetap buat selamba. Kata sumber yang boleh dipercayai pada rakan SS, artis A yang berdepan dengan kehancuran rumah tangga didakwa menggunakan bomoh supaya dapat menawan semula hati bekas suami yang sudah tawar hati padanya, manakala artis B pula mendapatkan khidmat susuk supaya sentiasa cantik dan menawan di mata kekasihnya yang masih muda belia. Kata rakan SS, cerita artis A pakai bomoh itu dibocorkan bekas suaminya sendiri yang khabarnya mendapat tahu mengenainya selepas anggota keluarga membawanya berubat dengan pakar perubatan Islam. Bagaimanapun, kata rakan SS, menggunakan khidmat bomoh dan pemakaian susuk ini pula banyak pantang larangnya yang perlu dipatuhi pemakainya. Bukannya apa, kalau silap hari bulan, wajah yang cantik menawan itu akan bertukar kusam pula kalau pemakainya terlanggar pantang. Bagi SS pula, kecantikan itu adalah anugerah Allah SWT dan ia tidak kekal lama kerana bila sampai masanya pastilah ia pudar jua ditelan masa. Itulah hakikat yang perlu kita terima kerana kecantikan paras rupa itu juga semuanya milik Allah. SS@Metro | ||
Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki Posted: 12 Jul 2013 10:01 PM PDT Heroin filem 'Pecah', Izreen Azminda selamat melahirkan seorang bayi lelaki, seberat 3.3 kilogram pada jam 1.30 pagi tadi. Berita mengenai kelahiran anak sulung Izreen ini disampaikan oleh suami Izreen, Muhamad Riza Baharudin melalui akaun Instagram Izreen lebih kurang jam 3.27 pagi. Untuk pengetahuan semua, Izreen melangsungkan pernikahan bersama Muhamad Riza pada 30 Ogos tahun lalu. Tahniah GUA ucapkan kepada Izreen dan juga suami! | ||
PRK Kuala Besut: Calon PAS mahu jadi calon untuk luaskan perniagaan Posted: 12 Jul 2013 09:32 PM PDT Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut menyaksikan pertandingan satu lawan satu melibatkan calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan calon PAS Endot@Azlan Yusof. Selesai sahaja penamaan calon pagi tadi, keluar pula video kontroversi yang melibatkan calon Pas, Azlan Endut. Dalam video kontroversi tersebut, Azlan mengakui bahawa duit gaji yang diterima dia akan digunakan untuk menguruskan perniagaannya. "…Tapi saya nak keluar sikit-sikit untuk berniaga," jelas Azlan dalam video tersebut. Bagaimana seseorang yang bergelar YB menggunakan gaji yang diterima untuk kepentingan diri sendiri? Sebaliknya dia perlu mendengar masalah serta mengutamakan kebajikan rakyat dikawasannya. Malah, Azlan juga dilihat lebih mementingkan perniagaannya berbanding rakyat dikawasan tersebut jika dia memenangi PRK. "Kerja-kerja yang perlu diuruskan oleh seseorang wakil itu akan diuruskan oleh orang lain. "Saya akan gaji dia…," ujar Azlan. Menggaji seseorang untuk menguruskan masalah rakyat tanpa menghiraukan nasib rakyat makalah dia sibuk menguruskan perniagaannya. Adakah ini manifesto terbaik untuk dibawa kepada rakyat? Inilah calon Pas yang ingin makan gaji buta tanpa mahu berkhidmat untuk rakyat tetapi hanya memikirkan perniagaannya dan membaham projek. Memetik laporan TerengganuToday.com, Azlan merupakan bekas ahli UMNO yang pernah memegang jawatan saebagai Ketua Pemuda UMNO Dun Besut. Kepada pengundi di kawasan Dun Kuala Besut, buka mata, buka telinga dan fikirkan calon terbaik anda. | ||
PRK Kuala Besut: Calon PAS pernah dipecat UMNO Posted: 12 Jul 2013 09:01 PM PDT KUALA BESUT: Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti. Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan. "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa. "Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini. Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof. Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut. Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS. Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN. Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi. "Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa. "Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau. | ||
MCA: Penulis blog seks perlu dikena tindakan tegas Posted: 12 Jul 2013 08:11 PM PDT SEREMBAN: MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan 'Selamat Berbuka Puasa' dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook. Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar. "Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka. "Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini. Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain. "Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima. "Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |