BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Pengalaman) Ketagih seks dengan adik ipar!
- (Video) Panas! Unit 'Anal' PAS perbodohkan Ronnie Liu...
- Pelakon wanita dakwa 'bapa cuba perkosanya'
- Himpunan Shamsidar 112 tebus dosa himpunan LGBT Bersih 3.0
- (Gambar) Terkini! Tebusan penjenayah lolos cerita saat cemas ditahan
- Hadi mengarut demi politik - Khir Toyo
- 'Melayu? No komen....' - Guan Eng
- Nik Aziz dan Hadi hanya Ulama Politik
- Kalimah Allah: Murtad jika benar Bible gunakannya
- Terkini! Penjenayah lolos kini tahan tebusan...
(Pengalaman) Ketagih seks dengan adik ipar! Posted: 13 Jan 2013 11:30 AM PST
Masalah bermula sebaik saya gagal mengawal nafsu melihat adik ipar yang jelita dan bertubuh seksi serta berbaju tidur nipis masuk ke bilik saya. Buat pengetahuan Dang Setia, sememangnya rutin setiap pagi adik ipar masuk ke bilik untuk mengambil anak selepas isteri saya yang bertugas sebagai guru pergi ke tempat kerja. Saya yang bekerja sendiri, akan ke tempat kerja jam 10 pagi. Jadi, saya tinggal bersama anak dan adik ipar pada setiap hari. Biasanya adik ipar berbaju biasa bila masuk ke bilik saya. Bagaimanapun, pada hari itu adik ipar berani masuk ke bilik saya dengan berbaju tidur nipis yang pendek dan seksi, membuatkan saya gagal mengawal nafsu. Pada mulanya saya bergurau dengan mengajak adik ipar berbaring di sebelah. Reaksinya sungguh memeranjatkan apabila akur tanpa banyak bicara. Kami melakukan seks oral dan sejak kejadian itu, kami sering melakukan perkara terkutuk itu ketika isteri tiada. Kini saya bimbang perlakuan kami diketahui isteri kerana adik ipar seakan-akan mula ketagih seks. Malah, dia mengajak saya melakukan seks oral walau isteri ada di rumah. Adik ipar menghantar SMS untuk menggoda saya bila isteri mandi. Jika saya tidak melayan, dia menghantar MMS bogel dan ini membuatkan saya tewas. Saya tidur lewat dengan alasan ingin menonton bola untuk memuaskan nafsu adik ipar. Namun, saya menyesal dan bersalah terhadap isteri yang menyayangi saya sepenuh jiwa. Bantulah saya untuk menyelesaikan masalah ini kerana pelbagai cara saya lakukan untuk hentikan semua ini daripada berlarutan, termasuk cuba menghantar adik ipar ke kampung. Namun, isteri sentiasa membangkang dengan alasan lebih selamat jika anak kami dijaga adik ipar. Saya buntu dan tertekan selagi tidak dapat mengatasi masalah ini. SUAMI TERTEKAN Johor Bahru Memang tidak dapat dinafikan saudara bukan Nabi Yusuf a.s yang mampu menepis godaan nafsu wanita secantik Zulaikha tetapi tidak pula bermaksud saudara perlu hanyut dan tenggelam dalam arus nafsu. Malah, terang dan jelas Allah SWT berfirman dalam al-Quran betapa padah jika terlalu akur mengikut kemahuan bernafsu yang berbunyi: "Sesungguhnya nafsu itu selalu mengajak manusia pada kejahatan." [Yusuf: 53] Tambahan pula tindakan mengajak adik ipar seolah-olah menyalakan sumbu api bakal membakar saudara perlahan-lahan dalam bara nafsu. Lebih mengecewakan, Dang Setia tidak sangka saudara berani memilih teman berasmara daripada kalangan darah daging isteri saudara. Tidak tergambar betapa hancurnya hati isteri seandainya dia mengetahui hal sebenar. Cuba bayangkan saudara di tempat isteri, mampukah saudara memaafkan tindakan curang seperti saudara lakukan apabila si pelakunya ialah isteri dan saudara lelaki. Segeralah bertaubat dengan memohon keampunan kepada Allah. Diharap saudara masih ada kesempatan memelihara rumah tangga. Saudara sendiri mengakui isteri sangat menyayangi saudara. Hargailah isteri dan cukuplah setakat ini saudara berkelakuan curang. Ambil tindakan segera dengan mengabaikan segala panggilan dan SMS daripada adik ipar. Jangan tempatkan diri dalam situasi berdua-duaan dengan adik ipar. Jika usaha mengelak tidak difahami adik ipar, saudara perlu bertanggungjawab dengan memperbetulkan kembali kesalahan. Saudara perlu berterus terang dengan adik ipar bahawa saudara tidak mahu lagi menjalin hubungan sulit kerana rasa bersalah. Malah, jika masih bimbang dengan gangguan adik ipar, saudara perlu berbincang dengan isteri kemungkinan berlaku perkara tidak baik jika terus membiarkan adik ipar kekal tinggal di rumah saudara. Insya-Allah, saudara mampu tangani masalah ini sebelum terlewat. | ||
(Video) Panas! Unit 'Anal' PAS perbodohkan Ronnie Liu... Posted: 13 Jan 2013 07:01 AM PST Disebalik keghairahan Pakatan Rakyat ketika di Perhimpunan semalam, ada segelintir pihak media tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium untuk membuat liputan. Kejadian berlaku apabila pegawai-pegawai unit 'Anal' PAS yang bertindak tegas tidak membenarkan kemasukan beberapa wakil media kerana dakwa mereka tempat telah penuh. Ronnie Liu yang turut berada pada ketika itu pening kepala dengan ketegasan unit 'Anal' PAS yang berlagak itu. Akibatnya mereka diarahkan mengikut pintu yang lain. Setelah tiba di sana, sekali lagi wakil-wakil media ini dan Ronnie Liu diperbodohkan oleh unit 'Anal' PAS ini dengan tidak dibenarkan mereka masuk... Kelakar la pulak bila kena pada batang hidung sendiri...hahaha...YB pun sangkut! | ||
Pelakon wanita dakwa 'bapa cuba perkosanya' Posted: 13 Jan 2013 06:04 AM PST Pelakon wanita Nastassja Kinski telah mendakwa bapanya, mendiang Klaus, seorang ikon filem Jerman pernah cuba memperkosanya ketika beliau kanak-kanak. Tuduhan tersebut dibuat setelah pendedahan mengejut dilakukan oleh kakak saudaranya yang mendakwa diperkosa Klaus sepanjang zaman kanak-kanaknya. Natassja Kinski, 51, telah mencapai popularitinya di Hollywood melalui filem "Cat People" dan "Tess" memberitahu Bild am Sonntag beliau tidak dirogol secara nyata, namun ada percubaan untuk lakukan perbuatan itu oleh mendiang ayahnya. "Beliau selalu menyentuh saya secara keterlaluan, memeluk saya dengan kuat sehingga saya lemas. Ketika itu saya berusia empat atau lima tahun dan kami tinggal di Munich," kata Kinski. "Saya dapat merasakan pelukan tersebut bukanlah 'pelukan kasih sayang' dari seorang ayah, tetapi lebih dari itu," tambahnya lagi. Tuduhan terhadap Klaus Kinski, seorang bintang filem yang telah mati pada tahun 1991 itu timbul selepas Pola Kinski mendakwa beliau mula dicabul diusia lima tahun dan diperkosa ketika usianya sembilan tahun. Perbuatan tersebut berlanjutan hinggalah beliau berusia 19 tahun. Pendedahan itu dibuat ketika sesi temubual bersama majalah Stern yang mahu menerbitkan biografinya. Pada tahun 1970an, Nastassja Kinski mencipta nama apabila mengadakan hubungan sulit dengan pengarah filem "Tess", Roman Polanski. Ketika itu beliau berusia 15 tahun dan Polanski berusia 42 tahun. Beliau dilahirkan di Berlin, tetapi tinggal di California. Beliau merupakan anak kepada Klaus Kinski's bersama isterinya yang kedua, Briggate. Ibu kepada Pola Kinski adalah isterinya yang pertama, seorang penyanyi, Gislinde Kuehbeck. Mereka juga mempunya seorang adik tiri, Nikolai. Nastassja Kinski menggambarkan mendiang ayahnya itu adalah seorang yang ganas. "Beliau seorang yang bengis. Saya berasa amat takut ketika duduk di meja makan bersama-sama," katanya kepada Bild Sonntag. "Jika beliau masih hidup sekarang, saya akan lakukan apa sahaja untuk pastikan beliau dipenjara," katanya lagi. "Ketika beliau mati, ramai orang bersedih, tetapi saya tidak sama sekali." | ||
Himpunan Shamsidar 112 tebus dosa himpunan LGBT Bersih 3.0 Posted: 13 Jan 2013 05:01 AM PST Umum maklum himpunan LGBT Bersih 3.0 yang diketuai Ambiga tahun lalu berakhir dengan kecelakaan gara-gara dihijacked anwar Ibrahim. Perhimpunan tersebut menolak tempat yang ditawarkan pihak berkuasa iaitu stadium agar senang dikawal dan tidak menyusahkan sesiapa. Namun ia ditolak oleh penganjur LGBT Bersih yang ingin membawa perhimpunan itu ke jalan-jalan raya mensasarkan orang awam, pemandu teksi dan kawasan peniaga melayu terutamanya. Himpunan Bersih 3.0 berakhir dengan tragedi dan kemusnahan harta benda, sampah sarap, serangan ke atas wartawan dan polis hingga sebuah kereta polis di terbalikkan dan seterusnya pihak peniaga membalas dendam dengan berhimpun di kediaman Ambiga selama beberapa hari. Semuanya gara-gara mahu berdemo di atas jalan dan paling menarik, faktor anwar yang terkenal hingga ke media asing yang dinamakan sebagai isyarat tangan anwar. Isyarat tangan anwar ini di rakam lensa kamera menunjukkan beliau mengarahkan provokasi terhadap polis dia menyuruh merempuh halangan yang dibina polis berakhir dengan keadaan kacau bilau huru hara seperti biasa anwar cabut lari dulu. LGBT Bersih 3.0 bukan sahaja gagal malahan turut menerima kritikan dari rakan-rakan mereka sendiri dari luar dan dalam negara berakhir dengan kemaluan yang besar kepada anwar dan rakan-rakan. Walaubagaimanapun kerana tidak mahu kalah propaganda diteruskan selepas perhimpunan Bersih 3.0 dengan drama inkuiri oleh suhakam dengan pelbagai soalan cuma soalan pokok sahaja ditinggalkan iaitu 'why are they there in the first place?' sedangkan pihak berkuasa menawarkan stadium untuk mereka berhimpun? menghampakan segala inkuiri suhakam sebelumnya. Akhir sekali apabila perhimpunana Shamsidar 112 dirancang, pihak pembangkang sepertinya sudah menyedari dan mengakui kesalahan mereka di himpunan LGBT Bersih 3.0 dahulu lalu memilih untuk berhimpun di stadium tanpa banyak bicara, buahnya, tiada kekacaun, gas pemedih mata, semburan air, pengusaha teksi dan peniaga Melayu yang kerugian. Tahniah kepada polis kerana menjalankan tugas dengan baik dan penganjur perhimpunan Shamsidar 112 kerana bertindak waras menebus kesalahan mereka kali ini. Junah | ||
(Gambar) Terkini! Tebusan penjenayah lolos cerita saat cemas ditahan Posted: 13 Jan 2013 04:31 AM PST Mohd Khairul Anas Fazli, 20, berkata beliau dipaksa oleh tahanan itu, Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, untuk membawanya ke beberapa lokasi di sekitar Sungai Bakap dan Bukit Mertajam untuk menemui anggota keluarga dan kenalan lelaki itu. Menceritakan kejadian itu, katanya dia berada di rumah rakannya di Bukit Indera Muda sekitar 8.30 malam Sabtu sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menendang pintu rumah. "Dia kenal kawan saya, sebab itu dia datang sana (Bukit Indera Muda). Dia datang dalam keadaan agresif dengan bertindak menendang pintu dan sebaik ia dibuka dia masuk bilik air sebelum meminta salah seorang daripada kami hantarkannya ke rumah kakaknya di Sungai Bakap. Bila kami tak mahu, dia ugut nak ambil motosikal saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Mohd Khairul berkata Mohd Khairulnizam bertindak menunggang motosikalnya dan membawanya ke Sungai Bakap melalui jalan Bukit Teh di Bukit Mertajam, tetapi dia tidak dapat ingat laluan selepas itu berikutan dikelilingi ladang kelapa sawit. "Tiba di Sungai Bakap, kakak dia (Mohd Khairulnizam) tiada di rumah. Selepas itu dia bawa saya ke rumah rakannya juga di Sungai Bakap, tetapi rakannya itu juga tak ada. Kemudian dia berpatah balik ke Bukit Teh, melalui Machang Bubok, seterusnya ke rumah rakannya di Bandar Perda dan Bukit Mertajam. Namun mereka juga tiada di rumah. "Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Saya tak berani jerit minta tolong sebab takut dia buat sesuatu yang mungkin mengancam nyawa saya. Tetapi, sebaik tiba di Bukit Mertajam, saya mendapat akal dan minta untuk menunggang motosikal lalu bawanya ke Berapit dan beritahu dia di sana selamat jika hendak bersembunyi," katanya. Mohd Khairul berkata dia memberanikan diri untuk berbuat demikian selepas melihat lelaki itu seperti terdesak untuk menyembunyikan diri kerana enam hari menjadi buruan polis. "Saya sengaja buat helah dengan minta dia (Mohd Khairulnizam) main Internet dahulu di kafe Internet (Berapit) sebab nak ambil adik balik kerja dan berjanji untuk datang semula mengambilnya di sana selepas itu. Dia kata tak ada duit dan saya beri dia RM5. "Sebaik berjaya melepaskan diri, saya terus memecut motosikal ke balai polis (Kubang Semang) dan maklumkan kepada polis dia ada di sana," katanya. Sementara itu, Muhamad Shafiq Abdul Rahman, 18, berkata salah seorang tahanan iaitu Mohd Farid Akhtar, 24, datang ke kedai bapanya di Kampung Petani, di sini meminta makanan dan minuman sebelum ditahan polis di situ. Katanya lelaki itu dilihat berjalan kaki seorang diri kira-kira 8.30 malam dalam keadaan tidak bermaya serta tidak memakai kasut sebelum beberapa pelanggan yang ada di situ memanggilnya ke kedai. "Mereka tidak sangka dia merupakan tahanan yang dicari polis berikutan keadaan fizikalnya berbeza di dalam gambar yang diedarkan. "Kami hanya tahu dia tahanan selepas dia sendiri minta pelanggan di situ hantarnya ke balai polis berdekatan. Kami telefon polis dan mereka datang 15 minit kemudian. Sebelum itu, mereka (pelanggan) beri dia makan nasi lemak dan minta saya bancuhkan teh 'o' ais kepadanya," katanya. Muhamad Shafiq berkata lelaki terbabit turut memberitahu rakan tahanannya itu sudah membuat perancangan untuk melarikan diri sejak enam bulan lepas dan merancang akan terus ke negara jiran jika berjaya. Semalam, polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini pada 1.15 pagi. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama | ||
Hadi mengarut demi politik - Khir Toyo Posted: 12 Jan 2013 08:01 PM PST SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo membidas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kesal dengan tindakan kerajaan Pusat kerana mempolemikkan isu kalimah ALLAH melalui media sehingga mengeruhkan hubungan masyarakat berbeza agama di sebuah portal berita. "Kenyataan ini sangat mengarut kerana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menimbulkan semula polemik ini. Bagaimana tindak balas orang Islam di seluruh negara termasuk nama-nama besar dalam Dewan Ulama Pas ditafsirkan sebagai manipulasi Umno? "Hadi sebenarnya cuba mengelirukan rakyat dengan kenyataan berpusing-pusing mengenai isu ini untuk memburukkan Umno," demikian kenyataan di laman blog beliau. Mohamad Khir mempertikai sama ada itu kenyataan seorang ulama atau seorang ahli politik menggunakan agama untuk perjuangan partinya. Beliau berkata, belum selesai isu 'pengkafiran' beliau ke atas ahli Umno (yang dibangkitkan semula oleh Cikgu Non, seorang ahli Pas), Hadi menimbulkan satu lagi polemik agama yang serius di kalangan orang Islam. "Kenyataan Hadi adalah kenyataan politik. Tiada sesiapa mempertikaikan jika ada orang bukan Islam mahu menyebut perkataan ALLAH. Yang menjadi isu sekarang ialah apakah boleh atau tidak boleh perkataan God diterjemahkan sebagai ALLAH bukannya Tuhan dalam kitab Bible bahasa Melayu. "Jangan kerana mahu meraih undi pengundi Kristian di negara ini, Pas mahu berdolak-dalik dalam isu ini. Memang benar tiada nas nyata melarang penggunaan nama ALLAH dalam agama lain," katanya. Bagaimanapun katanya, ulama di negara ini baik ulama kerajaan, universiti malahan dalam Pas sepakat bahawa penggunaan ALLAH dalam bahasa Melayu adalah khas untuk kegunaan orang Islam. "Apakah kesepakatan ini mahu dibakulsampahkan oleh Hadi hanya kerana undi? Saya berharap sebagai seorang pemimpin Islam terpelajar, Hadi dapat mengambil masa bermuhasabah diri melihat isu ini. "Saya khuatir kenyataan beliau boleh menghampirkan diri beliau kepada keadaan syirik dengan menyamakan konsep ALLAH Yang Maha Esa dengan konsep Trinity dan sebagainya. Apakah 'Amanat Haji Hadi' lebih 30 tahun lalu sekarang ini kembali 'memakan' diri sendiri," katanya. Dalam pada itu katanya, tidak wajar mana-mana pihak di Selangor meneruskan polemik berhubung isu kalimah ALLAH, sebaliknya jika tidak berpuas hati wajarlah mereka mohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyatakan perasaan tersebut. Ini kerana Sultan Sharafuddin membuat ketetapan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Selangor oleh agama bukan Islam sebagaimana difatwakan dan diwartakan pada 18 Februari 2010. | ||
'Melayu? No komen....' - Guan Eng Posted: 12 Jan 2013 07:31 PM PST GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng enggan mengulas berhubung desakan Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) terhadap DAP supaya mengumumkan jumlah calon Melayu yang akan bertanding pada pilihan raya akan datang. Menurutnya, tiada apa yang perlu beliau ulas berikutan ia melibatkan urusan dalaman parti. "Saya tidak mahu komenlah berhubung isu itu, ia melibatkan urusan dalam parti. "Desakan ke permintaan ke, saya memang tidak mahu komen," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Wang Sumbangan Program Anak dan Pelajar Emas semalam. Guan Eng berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung desakan KMPP yang meminta DAP mengumumkan jumlah calon Melayu yang akan bertanding pada pilihan raya nanti. Presidennya, Rahmad Isahak berkata, desakan itu adalah untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu ke atas parti itu khususnya di Pulau Pinang. Dalam perkembangan lain, Guan Eng mengumumkan, sehingga 8 Januari lalu, seramai 23,202 orang telah berdaftar dalam Program Anak Emas manakala 56,011 orang telah berdaftar untuk Program Pelajar Emas. "Berdasarkan rekod iSejahtera yang dibangunkan kerajaan negeri, kita dapat lihat jumlah yang telah berdaftar, dan ia semakin meningkat dari semasa ke semasa. "Peningkatan ini menunjukkan sokongan jitu rakyat kepada kerajaan negeri bagi program-program yang dianjurkan," katanya. Dalam majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Dewan Sri Pinang semalam, seramai 250 pelajar emas dan 250 anak emas dalam daerah Timur Laut (TL) menerima sumbangan yang disampaikan Guan Eng manakala selebihnya akan dibayar menerusi bank-bank yang terpilih dalam masa terdekat ini. | ||
Nik Aziz dan Hadi hanya Ulama Politik Posted: 12 Jan 2013 07:08 PM PST TELUK INTAN - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat disifatkan sebagai ulama politik kerana membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai isu penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pemimpin itu Pas bukanlah sebenar berbanding Datuk Dr Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib yang bersetuju dan mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibuat tahun 1981 berdasarkan nas al-Quran, hadis ijmak ulama dan qias. "Bagi saya pendapat Haron Din dan Harun Taib adalah ulama sebenar sementara Hadi Awang dan Nik Aziz lebih bermotifkan politik," katanya selepas penyerahan sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia kepada 2,200 penerima kawasan Perak Selatan, di sini, semalam. Beliau berharap tiada perbezaan pendapat berhubung isu itu, walaupun berbeza parti dan agar masalah itu dapat ditangani berdasarkan perundangan serta hukum Islam, bukan perundangan serta fatwa politik. Sinar | ||
Kalimah Allah: Murtad jika benar Bible gunakannya Posted: 12 Jan 2013 06:01 PM PST JOHOR BAHRU - Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, mereka yang membenarkan penyelewengan penggunaan kalimah ALLAH boleh jadi murtad dan perlu bertaubat dengan segera. Menurutnya, kalimah ALLAH adalah hak mutlak agama Islam serta mereka yang mengucap dua kalimah syahadah iaitu kalimah penyaksian, sumpah setia dan akujanji terhadap keEsaan ALLAH S.W.T. "Apabila sesuatu hukum telah tercatat di dalam al-Quran dan Hadis, selain ijmak ulama, maka ia tiada kompromi. "Daripada segi hukum kalau seseorang itu melanggarnya, dia boleh jadi murtad dan kafir sekiranya perbuatan itu dilakukannya dengan keadaan sengaja dan waras," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wakaf dan Perancangan Harta Pusaka Islam, di sini hari ini. Katanya, di dalam al-Quran jelas menerangkan kalimah ALLAH merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah ALLAH; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku". "Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad. "Kerana itu apabila bercerita tentang akidah dan hukum, ia tidak boleh ditafsirkan mengikut politik sama ada politik pembangkang atau politik kerajaan," katanya. Nooh berkata, jika penggunaan kalimah ALLAH dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu ia akan menimbulkan kekeliruan kerana menurutnya di dalam agama Kristian itu sendiri terdapat tiga nama tuhan. Beliau turut menegur sikap pihak tertentu yang seolah-olah sengaja menguji keharmonian negara dengan menganggu kontrak sosial yang selama ini menjadi tunggak kepada keamanan negara. "Jika permasalahan ini tidak diselesaikan dengan segera ia boleh menyebabkan huru hara dan kepada mereka yang berkenaan, jangan melampau kerana saya bimbang akan sampai ketika umat Islam tidak akan dapat menahan sabar demi mempertahankan akidah, nanti 'yang menang jadi arang yang kalah jadi abu'. "Nasihat saya kepada yang Islam itu, betulkanlah segera akidah mereka dan yang bukan Islam, berjaga-jaga, jangan sampai umat Islam hilang sabar," katanya. - Bernama | ||
Terkini! Penjenayah lolos kini tahan tebusan... Posted: 12 Jan 2013 05:31 PM PST TASEK GELUGOR -Seorang tahanan yang meloloskan diri Isnin lepas dipercayai menjadikan seorang remaja sebagai tebusan dalam kejadian pukul 11 malam tadi di Bukit Mertajam dekat sini. Tahanan itu dikenal pasti sebagai Mohamad Khairulnizam Abdul Rani dan dipercayai membawa tebusannya Khairul Anas Mohd Fadli, 19, ke kawasan hutan di belakang Sekolah Kebangsaan Indera Muda. "Kita dapat maklumat dari orang awam memaklumkan ternampak salah seorang tahanan iaitu Mohamad Khairulnizam membawa remaja berkenaan menuju ke kawasan hutan di situ. Saksi turut melihat tahanan itu membawa sebilah parang panjang bersamanya," kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar. Menurutnya, bapa remaja itu juga membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut yang dipercayai berlaku ketika remaja berkenaan dalam perjalanan pulang dari rumah abang iparnya berhampiran tempat kejadian. "Sebaik kita menerima maklumat berkenaan pihak polis menghantar sekumpulan anggotanya ke tempat kejadian dan saya juga telah mengarahkan pihak Pasukan Gerakan Am melakukan rondaan dalam hutan di kawasan itu," katanya. Sementara itu, Abdul Rahim berkata polis berjaya memberkas dua tahanan termasuk seorang yang menyerah diri malam tadi. Mohamad Farid Akhtar, 24, ditahan ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Seman pada pukul 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada pukul 10 malam. "Pemilik kedai makan berkenaan menghubungi pihak polis memaklumkan terdapat salah seorang tahanan meminta makanan. Anggota kita dihantar ke kedai makan itu dan didapati lelaki terbabit adalah Mohamad Farid dan kita menahannya. "Ketika ditahan dia dalam keadaan tidak bermaya kerana tidak makan sejak beberapa hari lepas," katanya. Abdul Rahim berkata operasi menjejaki dua lagi tahanan iaitu Hamzani Harun, 37 serta Hisham Abdul Rahman, 39 kini diperhebat dan mereka dipercayai berada di sekitar kawasan Permatang Pauh. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |