Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


"Ubah" Raksaksa Akhirnya Di Promenade Sungai Pinang - Lambang Ego DAP Pulau Pinang

Posted: 13 Jul 2013 12:43 AM PDT


Maskot DAP berbentuk burung enggang yang digelar "Ubah" akhirnya dilepaskan di Promenade Sungai Pinang pagi tadi. 'Ubah' raksasa terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki, dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg, ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm. 'Ubah' ini dikatakan bernilai RM60,000, merupakan lambang pembaziran penyokong-penyokong DAP yang mengumpul dana untuk membuat patung pelampung berkenaan agar masyarakat dapat mengetahui bahawa DAP memerintah di Pulau Pinang dan akan kekal memerintah. 

Lebih menambah keegoan mereka, patung Ubah ini akan dipamerkan di sini sehinggalah sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos depan. Bayangkan saja apa mesej yang cuba DAP sampaikan. DAP boleh belanjakan berapa sahaja wang mereka untuk pembaziran. Cuba bayangkan apa yang berlaku sekiranya UMNO yang melakukan ini semua.

Apa yang pasti, kos puluhan ribu ini yang mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' penyokong-penyokong tegar DAP, bagi membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan masyarakat Cina.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>