Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


TUN MAHATHIR DAH BERSUARA , MALAYSIA TAK PERLU SERTAI TTPA @NajibRazak

Posted: 13 Jul 2013 01:31 AM PDT



 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) adalah merugikan Malaysia dan menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata". 



"Apabila penyangak mata wang menyerang kita dengan tujuan untuk mendapatkan kawalan ke atas ekonomi kita, kita menentangnya kerana pada masa itu kita masih bebas.
"Tetapi selepas kita menandatangani TPPA, kaki dan tangan kita akan terikat. Tiada lagi kawalan modal. Kami akan dijajah lagi. Presiden Sukarno memang betul tentang neo-kolonialisme," tulis Mahathir dalam blog beliau semalam. 
Beliau menyifatkan TPPA sebagai "satu percubaan" Amerika Syarikat untuk membolehkan syarikat-syarikat besar mereka menembusi pasaran domestik negara-negara kecil, khususnya dalam perolehan kerajaan. 
Percubaan sebelumnya, menurut Mahathir, adalah melalui Perjanjian Am Mengenai Perdagangan dan Tarif (GATT), Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec). 
"Mereka memperkenalkan perjanjian perdagangan bebas dua hala. Kemudian mereka mempromosi dunia global, dunia tanpa sempadan di mana wang mereka boleh masuk ke mana-mana, memusnahkan ekonomi dan kemudian tarik keluar. 
"Seandainya kita terlupa, mereka melakukan ini pada 1997/1998," katanya.
Sehubungan itu, Mahathir menggesa kerajaan persekutuan untuk menunjukkan ketelusan mengenai rundingan TPPA dan abaikan kata-dua supaya memuktamadkan rundingan mengenainya pada Oktober. 
Mahathir berkata, beliau tahu bahawa MITI sudah bersedia untuk bersetuju dengan TPPA dan tidak akan melayan hujah-hujah sebaliknya. 
Antara perjanjian sebelum ini yang berat sebelah, menurut Mahathir, ialah jualan air murah kepada Singapura sebanyak 6 sen bagi setiap 1,000 gelen sehingga tahun 2060, perolehan pesawat F/A-18 dengan fungsi yang terhad yang beliau sifatkan "alat permainan yang sangat mahal" dan bagaimana Perjanjian Perdagangan Bebas Asia (Afta) yang merugikan Proton. 
TPPA melibatkan sembilan negara - Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam - yang mengadakan rundingan mengenai terma perjanjian itu secara rahsia. 
Berdasarkan apa yang diketahui melalui dokumen yang bocor, pengkritik memberi amaran bahawa perjanjian itu akan menyebabkan rakyat Malaysia membayar ubat-ubatan pada harga yang lebih mahal, menjejaskan undang-undang hak cipta dan tertakluk kerajaan persekutuan untuk tindakan undang-undang luar pesisir oleh syarikat-syarikat besar. 
Sabah akan menjadi tuan rumah untuk pusingan ke-18 rundingan TPPA. Ia akan diadakan di Sutera Harbour itu dari 15 Julai hingga 25 Julai - MK

Burung UBAH DAP simbol penguasaan Cina di P.Pinang

Posted: 12 Jul 2013 11:17 PM PDT




Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melancarkan simbol 'UBAH' dalam bentuk burung kenyalang terapung, pada 13 Julai lalu. Burung UBAH terapung ini adalah setinggi 25 kaki dan lebar 36 kaki. Ia dibuat daripada PVC berkualiti tinggi dengan berat kira-kira 250kg. Ketebalan badannya 0.35mm manakala ketebalan pelampung yang digunakan ialah 0.7mm.

Menurut laporan rasmi DAP, kos pembuatan burung ini dianggarkan berjumlah RM60,000 yang mana ditanggung oleh penyokong-penyokong DAP dan juga penaja. Ia mengambil masa 2 bulan untuk disiapkan dengan semua yang terlibat menyatakan bahawa tujuan mereka membuatnya hanyalah untuk kepuasan dan kegembiraan peribadi semata-mata.

Apa yang menarik ialah burung UBAH ini diilhamkan dari itik getah kuning yang mahsyur di Hong Kong.
Kita tidak hairan jika apa-apa saja yang dibuat oleh DAP diilhamkan dari Hong Kong, China, Singapura, Taiwan dan negara-negara yang se-sepet dengannya.

Sesungguhnya, DAP terus mengimpikan sebuah negara yang didominasi bangsa Cina dan berdegil enggan menerima hakikat bahawa negara ini adalah milik Melayu.

Tidak diketahui sama ada kerajaan Pulau Pinang ada membuat audit ke atas 'derma' dan 'tajaan' yang diterima bagi menyiapkan burung ini. Tetapi yang pasti, kos RM60,000 dan masa 2 bulan yang diambil untuk menyiapkannya hanya untuk 'kepuasan dan kegembiraan' membuktikan betapa mereka begitu dambakan kuasa dan betapa gembiranya mereka kerana dapat menawan dan mengekalkan Pulau Pinang di tangan Cina.

Sebenarnya, cita-cita kaum Cina negara ini terlalu besar dan tinggi dan bukan sekadar ingin membela atau mempertahankan kaum mereka.

Penting untuk semua pihak di negara ini untuk memahami perbezaan pemikiran kaum Cina dengan kaum-kaum lain. Jika politikus selalunya memegang kuasa politik dengan fahaman bahawa mereka perlu berkhidmat kepada rakyat kawasan mereka atau negara ini, tetapi tapi apa yang politikus dari kaum Cina faham mengenai kuasa politik ialah beliau mewakili kaumnya. Oleh itu, kaum Cina sekarang melihat kuasa yang mereka pegang di Pulau Pinang sebagai lambang kuasa kaum mereka.

Ini menjelaskan bagaimana seorang rakan penulis yang pergi bercuti di Cameron Highland boleh terdengar seorang dengan anak Cina sekolah rendah di situ menyanyi-nyanyi sendiri lagu Negaraku dengan mengubahsuai lirik yang menyebut negaranya sebagai Pulau Pinang.

Maka, tidak hairanlah jika benar ada yang sanggup menaja dan menderma serta mencurahkan khidmat bakti mereka-bentuk dan menyiapkan burung UBAH secara percuma. Ini kerana, semangat yang mereka 'jana' dari kemenangan PRU-13 lalu merupakan semangat 'kenegaraan baru', bukan lagi sekadar semangat politik kepartian.

Mungkin ada yang menuduh artikel ini sebagai keterlaluan dalam berprasangka terhadap kaum Cina. Namun, penulis ingin menegaskan bahawa pihak yang kalah selalunya adalah pihak yang merendah-rendahkan matlamat dan kemampuan musuh. Pihak yang menang pula sentiasa merupakan pihak yang berpandangan jauh dan ke hadapan menjangkaui imaginasi musuhnya.

Sudah sampai masanya orang Melayu membuang sifat 'tidak apa' dan 'tidak mungkin' dalam menilai sesuatu. Tidak cukupkah PRU-13 dan sikap MCA hari ini memberi pengajaran agar jangan sesekali 'mengtidak-apakan' sebarang bentuk kebarangkalian? -mykmu- 

MELAMPAU ! DUTA VATICAN CAMPUR TANGAN ISU KALIMAH ALLAH DI MALAYSIA

Posted: 12 Jul 2013 10:20 PM PDT




Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

"Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik.

"Seharusnya duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai duta dan berniat jahat," kata kenyataan itu.

Pertubuhan tersebut mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam termasuk Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini semalam, Marino menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Marino memuji hujah-hujah dikemukakan Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan 'Allah' dalam teks dirujuk kepada tuhan.

Walaupun isu itu masih belum diputuskan di mahkamah selain menjadi isu dalaman di negara ini, Marino tetap menyifatkan hujah-hujah yang dikemukakan sebagai agak logik dan boleh diterima.

Dalam pada itu, pertubuhan itu berkata, mereka bimbang jika perbuatan di luar batasan diplomatik tersebut tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian Luar maka sehingga menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.

Tegasnya, Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam.

Sehubungan itu kata pertubuhan berkenaan, perbuatan biadab mencampuri urusan negara ini yang dilihat begitu sensitif yang boleh merosakkan perhubungan kaum di negara ini harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kompromi sebelum nasi menjadi bubur.

"Kami juga khuatir apa yang dilakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini yang tidak mustahil akan mengambil tindakan undang-undang sendiri yang boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin serta kemakmuran negara ini dengan berbangkitnya isu-isu keagamaan seperti ini.

"Sehubungan itu kami, mendesak Kementerian Luar mengecam kenyataan Marino tersebut bagi menandakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. Gabungan NGO Islam-Melayu akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis mengenai tingkah laku dan kenyataan biadab duta beliau," tegas kenyataan tersebut. 

TERKINI ! DAP NAK HAPUS SUBJEK TAMADUN ISLAM , MENGAPA PAS DIAM ??

Posted: 12 Jul 2013 08:30 PM PDT



Desakan DAP mahu kerajaaan mengugurkan subjek Tamadun Islam di IPTS sekali lagi membuktikan parti chauvinis & rasis ini adalah selamanya ANTI ISLAM !!

Kepada macai2 Melayu  bangang PAS  & PKR  yang masih lagi memuja DAP ini , jangan jadi pekak & buta .  DAP adalah parti yang cukup konsisten menyerang isu-isu berkaitan Islam .


Malah Dr Asri sendiri dalam status facebooknya semakin bimbang dengan sikap DAP yang seolah-olah anti perkara bersifat Islam yang mana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama .


Jika subjek Tamadun Islam didesak   mahu digugurkan sewaktu mereka menjadi pembangkang , tak mustahil bila mereka mereka berkuasa nanti , subjek Pendidikan Islam pulak akan diterajang keluar di sekolah !!

Apakah DAP takut bila pelajar bukan Islam mempelajari subjek ini akan membuatkan mereka tertarik kepada Islam  ??  





Kementerian Pengajian Tinggi tidak perlu melayan gesaan pihak pembangkang supaya subjek Tamadun Islam digugurkan sebagai subjek wajib kepada penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kata Datuk Aidit Ghazali. 

 Sebaliknya, Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (JATI) itu berkata kementerian berkaitan perlu mempertahankan subjek tersebut. Malah, Aidit berkata bantahan yang disuarakan ahli Parlimen DAP Kampar Dr Ko Chung Sen itu jelas memperlihatkan kejahilan beliau tentang kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

 "Ahli Parlimen DAP sebenarnya menunjukkan kejahilan beliau tentang apakah model yang kita ikut di Malaysia yang mana rakyat kita lebih-lebih lagi di kalangan belia dan mahasiswa kena tahu tonggak-tonggak dalam negara kita.

 "Mempelajari tamadun Islam sebenarnya adalah mempelajari tentang nilai murni, prinsip yang unggul untuk menjadikan sebuah tamadun itu tamadun yang gemilang. Jadi kalau mana-mana mahasiswa menguasai subjek itu dengan syarat pengisian tamadun Islam itu betul termasuk cara mengajar dan guru yang mithali maka saya lihat kita akan dapat kesan yang baik. 

 "Pada saya kerajaan khususnya Kementerian Pengajian Tinggi kena berdiri tegas dalam mempertahankan pengajaran tentang Tamadun Islam. Kalau kita nak laksanakan subjek ini, saya cadangkan tenaga pengajar mesti di kalangan mereka yang berilmu dan mithali dari segi perlakuan dan pembawaan diri. 

Pada saya jangan kita mengalah. Apa yang dikatakan pemimpin DAP ini ada intipati atau niat serong yang tak sihat untuk jangka masa hadapan," katanya kepada Antarapos. 

 Sehubungan itu, Aidit turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat keamanan negara dengan mempolitikkan isu agama Islam

."Saya memberi amaran jangan bermain api, kerana kalau mereka menyentuh terlebih-lebih lagi, ia akan menimbulkan kemarahan yang amat di kalangan orang Islam khususnya di kalangan bangsa Melayu," tegasnya. Aidit juga turut menempelak rakan seperjuanga DAP iaitu PAS dan PKR apabila mengambil sikap berdiam diri terhadapa apa yang dilakukan oleh sekutunya.

 "Puak-puak DAP sekarang semakin berani untuk memacukan cadangan yang boleh merapuhkan, menghancur dan menghakis kedudukan Islam dalam negara. Bukan disebabkan DAP sahaja biadap, tetapi rakan PAS dan PKR berdiam sahaja, tambah pula kesan kepada generasi muda apabila perkara ini berlaku ada di kalangan mereka malu bergelar mereka itu Muslim dan Melayu," kata Aidit lagi. 

 Ko semalam didakwa mempersoalkan ketetapan baru Kementerian Pengajian Tinggi yang mewajibkan setiap pelajar di universiti swasta mempelajari mata pelajaran Tamadun Islam yang akan berkuatkuasa pada 1 September depan. 

 Ujarnya, ketetapan berkenaan tiada kena-mengena dengan kursus dan ijazah yang akan diambil setiap pelajar. Malah dakwanya, pengwajipan Tamadun Islam kepada pelajar bukan Islam sebagai tidak adil sedangkan golongan itu mempunyai latar belakang agama yang berbeza.

HOT ! SEBAB VIDEO INI ANWAR TAK BERANI TURUN #PRKKUALABESUT @TUNFAISAL

Posted: 12 Jul 2013 07:00 PM PDT




Patut la Anwar tak berani turun PRK Kuala Besut di hari penamaan calon ...ye la Idris Jusoh dah ready Bazooka untuk tembak kaki pembohong gila nak jadi Perdana Menteri ini .

Ini baru warm up je Idris Jusoh tibai Anwar ....hahaha




 UMNO Bahagian Besut meletakkan sasaran untuk menang 4000 undi majoriti pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kawasan Kuala Besut pada 24 Julai ini. Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, persediaan telah dibuat dengan baik, jentera sudah digerakkan bukan sahaja di peringkat UMNO Bahagian, malah mendpaat bantuan dan kerjasama dari UMNO pusat dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu dalam memastikan BN menang dan mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut.


 "Saya lihat pemilihan calon BN merupakan satu pilihan yang tepat oleh Perdana Menteri dan parti, kerana kriteria winnable candidate ialah orang yang amanah, orang yang ada integriti dan orang yang ada pelajaran, serta orang muda. Semua kriteria itu ada pada calon kita, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, sebab itu tagline yang kita guna pada calon kita adalah anak ustaz kerana bapanya itu juga seorang ustaz dan seorang mubalig di kawasan Kuala Besut, dia seorang profesional kerana dia seorang jurutera dan dia juga seorang anak muda.

 'Anak Ustaz-Profesional-Ore Mudo', itu satu pakej yang sempurna dan begitu baik sekali," ujarnya yang juga Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut.

 Dalam perkembangan sama, Datuk Idris melihat dakwaan pihak pembangkang kononnya pihak Suruhan Jaya Pilihanraya tidak telus namun dalam masa yang sama, hari ini bertanding untuk menentang calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut sebagai sandiwara kerana mereka sebenarnya hendak membuat demostasi jalanan.

 "Itu stail mereka, sebab tak telus pun mereka pergi ke parlimen (angkat sumpah), marah pada Perdana Menteri tetapi makan sekali, tetapi dalam masa yang sama, penyokong-penyokong di luar berpanas melakukan demostrasi di tengah panas dan berjerubu..... saya dah biasa sangat dengan pendekatan pihak pembangkang ini," tambahnya.

 Datuk Idris yakin, pihak pembangkang tidak mempunyai isu untuk dimainkan di PRK Kuala Besut ini sebaliknya pihak pembangkang akan mereka-cipta isu seperti isu 40,000 pengundi Bangla supaya mengelirukan rakyat dan seperti isu blackout505.

 "Mereka memang pandai create isu, mereka memang pandai berbohong walaupun dalam bulan Ramadhan ini, mereka akan buat.

Namun kita akan maklumkan kepada rakyat tentang siri pembohongan dan sandiwara pihak pembangkang ini agar mereka khususnya pengundi di Kuala Besut tidak akan terpedaya dan akhirnya membuat pilihan yang salah dengan mengundi PAS pada 24 Julai nanti," tambahnya lagi.

HOT ! PENGUNDI KUALA BESUT WAJIB TONTON MANIFESTO CALON PAS JIKA MENANG !!

Posted: 12 Jul 2013 05:30 PM PDT




KALAU 17,000 PENGUNDI DUN KUALA BESUT DAPAT MELIHAT KATA-KATA CALON PAS CHE LONG JIKA MENJADI WAKIL RAKYAT DI SITU, MAMPUIH TAK UNDI DAH CALON SEPERTI INI.


 KALAU YB DOK GILA BISNES DI KOTA BHARU DAN SAMPAI NAK MENGAJIKAN SEORANG PEKERJA UNTUK MENJADI WAKILNYA DI SINI ,  PATUT DITENDANG PADA 24 /7/2013 INI DENGAN MENGUNDI CALON BN TENGKU ZAIHAN



 


 Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut pernah dipecat daripada Umno, kata Ketua Umno Bahagian Besut , Datuk Seri Idris Jusoh. Katanya, calon yang diketengahkan PAS, Azlan @ Endut Yusof yang lebih dikenali sebagai Che Long pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno namun dipecat oleh parti. 

 Idris bagaimanapun enggan mengulas lanjut punca pemecatan itu bagi menghormati calon berkenaan. "Dulu dia pernah jadi AJK Pemuda Umno. Dia ni orang berniaga (ahli perniagaan). Tapi saya taknak lebih lah, bulan puasa.

 "Dia dipecat daripada parti kerana menunjukkan kecenderungan kepada parti lain," katanya pada sidang media hari ini. Pada penamaan calon pagi tadi, PAS menampilkan calon anak tempatan, Azlan @ Endut Yusof. Endut yang lebih dikenali sebagai Che Long bakal berentap dengan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Rahman bagi merebut kerusi DUN Kuala Besut.

 Selain itu, Idris yang juga Menteri Pendidikan Kedua itu menyifatkan calon yang dikemukakan BN lebih menyerlah berbanding PAS. Katanya tiga faktor utama seperti profesionalisma, latar belakang keluarga (anak ustaz) serta calon muda bakal menjadikan kerusi itu kekal milik BN.

 Namun kelebihan calon itu tidak menggambarkan BN akan berada di zon selesa, katanya dan menambah jentera parti akan bekerja keras bagi meraih sokongan pengundi. 

 "Kita yakin, tapi kita tidak akan terlalu selesa. Kita akan bekerja kuat, kita yang di atas, jentera-jentera pun, kita tidak akan selesa. "Saya akan pastikan kita bekerja sekuat mungkin, kita bukan sahaja nak menang, tapi kita nak menang dengan majoriti bertambah," jelas beliau.

JANGAN SAMPAI HORMAT SAYA TERHADAP BANGSA CINA HILANG KERANA GAMBAR INI !!

Posted: 12 Jul 2013 04:00 PM PDT






- Sama ada mencari publisiti murahan atau sengaja mencari pasal, pasangan Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, yang pernah mencemarkan maruah negara di Singapura dengan memuat naik gambar dan video lucah mereka ke blog, terus mencipta kontroversi.

Kali ini, di laman Facebook rasmi milik kedua-dua bekas pelajar National University of Singapore berkenaan, mereka seakan-akan mempersenda kedatangan Ramadan apabila memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)... wangi, enak dan menyelerakan'.

Pada gambar berkenaan, kedua-dua mereka turut menulis keterangan gambar seakan-akan menyindir iaitu 'Izinkan kami memperkenalkan cara kami memupuk semangat 1Malaysia dengan bertukar-tukar makanan antara kaum-kaum Malaysia pada musim perayaan yang mulia ini. Hak untuk menikmati juadah enak tempatan seharusnya merentasi batasan bangsa dan juga agama. Kepada saudara-saudari yang beragama Islam, selamat berbuka puasa dan Salam Aidilfitri!

Tidak cukup dengan itu, mereka turut meletakkan logo halal pada gambar berkenaan.
Penyiaran poster itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Ratusan pembaca beragama Islam dan lain-lain kaum termasuk Cina menyatakan kemarahan mereka dan mengkritik tindakan pasangan yang popular dengan gelaran Alvin dan Vivian itu.

Seorang pembaca Melayu, Aizat Ahmad berkata, 'saya harap isu sensitif orang Islam jangan dipermainkan. Saya masih lagi hormat bangsa Cina kerana kawan-kawan saya ramai yang Cina, Jangan sampai hormat saya terhadap bangsa Cina hilang kerana isu ini...Mohon jangan ulangi kesilapan ini'.

 seorang wanita menggunakan nama Hazel Sia yang berkata, Can we just ignore this shameless couple? They do not represent the Malaysian Chinese, they are the worse garbage...no respect for others and their own families' (Boleh tak kita jangan mempedulikan pasangan yang memalukan ini? Mereka tidak mewakili Cina Malaysia, mereka sampah paling teruk...tidak hormat kepada orang lain dan keluarga sendiri).

Seorang lagi pembaca, Kelly Lee berkata, not all Malay call us babi and cina tsunami. Only certain malays...I am good with my Malay friends...sad to see Alvin was a law student. Disgrace to the Chinese and as a Malaysian. Sometimes I wonder, how did he get his scholarship' (bukan semua Melayu panggil kita babi dan Cina tsunami. Hanya sebahagian Melayu...saya baik dengan kawan-kawan Melayu...sedih melihat Alvin bekas seorang pelajar undang-undang. Satu penghinaan terhadap Cina dan sebagai rakyat Malaysia. Saya tertanya-tanya, bagaimana dia boleh dapat biasiswa).



Sementara itu, MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis petang ini meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit. Pengerusi MCA negeri tersebut, Datuk Dr. Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan tindakan tersebut telah mencetuskan masalah yang besar.
Ini bukanlah kali pertama kedua-duanya menimbulkan isu sensitif di laman sosial berkenaan.

Pada 3 Julai lalu, mereka memuat naik video daripada salah sebuah portal berita yang menunjukkan operasi oleh pihak berkuasa menahan sekumpulan remaja Islam terlibat dengan parti buih. Pada video berkenaan, ditulis keterangan 'susahnya jadi Melayu'.
Dalam ruangan komen pula, mereka mempertikaikan tindakan yang diambil dengan mendakwa kebebasan beragama tidak wujud di Malaysia terutamanya untuk kaum Melayu.


MCA buat laporan polis gambar penghinaan agama Islam ini , pemimpin Melayu bila lagi ??

Posted: 12 Jul 2013 02:46 PM PDT



MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan 'Selamat Berbuka Puasa' dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.
Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.
"Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.
"Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia," katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.
Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.
"Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.
"Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh," katanya.
-mStar










Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>