Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Gambar) Blaus terbelah hingga peha, segelintir peminat Nora Danish kecewa

Posted: 10 Jul 2013 02:01 PM PDT

Bagi peminat artis-artis jelita di tanahair, mereka bagaikan mahu melihat artis kesayangan mereka dalam keadaan sempurna sifat, tidak kiralah dari aspek jasmani ataupun kerohanian.

Begitulah yang terjadi kepada peminat-peminat artis ibu tunggal terkenal, Nora Danish. Mereka mengharapkan sesuatu yang baik dan indah-indah belaka dari beliau.

Apabila beliau memuatnaik fotonya dalam akaun Instagram, pastinya akan menjadi perhatian. Tambahan pula foto berkenaan agak seksi mengikut pandangan mata mereka.

Bagi Nora Danish, itulah kehidupannya, kepada peminat yang sering mengkritik penampilannya, wajar lebih memahami latar belakang wanita ini. Kalau menegur, biarlah beradab, sebaiknya mendoakan sahaja perubahan beliau dari menghamburkan kata-kata kurang enak diruangan komen.

Nora Danish sekali lagi menjadi mangsa kritikan setelah memuatnaik gambarnya yang dikatakan agak seksi apabila blouse yang dipakainya terbelah hingga ke peha. Jelas kelihatan peha gebunya yang disarungkan stokin hitam yang jarang.

Ads: All mothers change for their babies. What is your 'Changes Worth Making' story? Submit & share now! #DrypersMY. Click HERE to know more!
Keadaan tersebut menimbulkan rasa kurang senang oleh kebanyakan peminatnya. Di bulan yang mulia ini, diharapkan Nora lebih peka dengan keadaan sekeliling...!

Sukan Universiti: Harimau Muda melangkah ke suku akhir bertemu Jepun

Posted: 10 Jul 2013 08:25 AM PDT

Kazan: Harimau Muda A bernasib baik setelah Italy berjaya menewaskan Great Britain dalam perlawanan terakhir kumpulan C sebentar tadi.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda akan melangkah ke sukut akhir bertemu dengan Jepun yang juga juara kumpulan B.

Harimau Muda berada di tangga kedua dan kedudukannya:
1. Great Britain: 2 Gol, 1 Bolos, 6 Mata
2. Malaysia: 2 Gol, 2 Bolos, 6 Mata
3. Italy: 1 Gol, 2 Bolos, 6 Mata




Anda peminat Nasi Ganja Ipoh? Mengapa digelar Nasi Ganja?

Posted: 10 Jul 2013 08:01 AM PDT

Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom.

Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja?

Penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.

BOHONG!

Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.

UNTUK APA PREMIS MENGANJUR JUALAN KEPADA ORANG TAK BERPUASA SEPERTI ITU DICARI-CARI 'NASI GANJA' NYA OLEH ORANG LUAR?

Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'.

Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.

Semoga Ramadhan kali ini membuatkan pengusaha Nasi Ganja ini tidak lagi meraup untung dari perbuatan berdosa umat Islam lain. Juga adalah diharapkan umat Islam di Ipoh telah berubah dengan tidak menjadikan Nasi Ganja ini sebagai penyebab untuk tidak berpuasa.

Sumber: Ipoh Malay

Foto 'dicarut' peminat, ini komen Anzalna

Posted: 10 Jul 2013 07:04 AM PDT

Gambar yang dimuat naik oleh Fasha Sandha ke dalam akaun Instagram miliknya telah menjadi bualan ramai. Gambar yang memaparkan Fasha bersama Anzalna Nasir ini telah mengundang kata-kata kurang sopan daripada peminat yang meninggalkan komen pada gambar tersebut, terutamanya peminat lelaki.

GUA menghubungi Anzalna untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

"Sebenarnya, ketika gambar itu diambil, kami sedang menjalankan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' di Port Dickson. Sewaktu gambar ini diambil, angin bertiup kencang. Saya ingin menjelaskan yang saya langsung tidak berniat mahu mengundang kontroversi melalui gambar tersebut," ujar pelakon berusia 25 tahun ini.
"Saya langsung tidak menjangkakan gambar yang dimuat naik oleh Fasha itu bakal mengundang komen-komen kurang sopan daripada segelintir peminat, terutamanya peminat lelaki. Saya rasa gambar itu tiada apa-apa isu pun, gambar itu cuma gambar biasa saya dan Fasha," cerita heroin drama bersiri 'Bangkitnya Seorang Perempuan' ini.

"Sejujurnya, saya merasakan isu sebegini tidak perlu timbul. Nampaknya, semua perkara menjadi pertikaian sesetengah peminat. Selepas ini, saya perlu mengambil langkah berhati-hati. Saya akan periksa dahulu gambar saya atau atau individu lain yang bergambar dengan saya agar perkara ini tidak berulang lagi," jelas Anzalna yang beranggapan hanya orang yang berfikiran cetek dan kotor sahaja yang melemparkan komen-komen negatif.

Dalam perkembangan lain, kini Anzalna sedang menghabiskan penggambaran drama bersiri 'Tentang Hati' yang masih berbaki beberapa babak. Selepas ini, Anzalna bakal berehat sempena bulan Ramadan dan hanya akan muncul dalam acara-acara amal sempena majlis berbuka puasa.

Gua.com.my

(Gambar) Angelina Jolie muncul selepas jalani pembedahan buang payudaranya

Posted: 10 Jul 2013 02:01 AM PDT

Angelina Jolie muncul buat kali pertama setelah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya Mac lalu.

Beliau dilihat bersantaian di pulau peranginan terkenal, Hawaii bagi meneroka lokasi penggambaran filem terbarunya.

Dengan hanya mengenakan baju bertali halus, Angelina kelihatan begitu berkeyakinan walaupun telah menjalani pembedahan tersebut.

Sedikit parut kelihatan di bawah lengannya, barangkali kesan dari pembedahan yang dilakukan awal april lalu.
Ads: All mothers change for their babies. What is your 'Changes Worth Making' story? Submit & share now! #DrypersMY  

Aktres terkenal Hollywood ini mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payu daranya.

Jolie membuat pendedahan itu menerusi satu artikel berjudul 'My Medical Choice' yang disiarkan dalam akhbar The New York Times.

"Saya menjalani pembedahan membuang payudara kerana saya didapati mempunyai risiko untuk mendapat barah payu dara.

"Ibu saya meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat barah tersebut dan saya tidak mahu menjadi begitu," katanya.

Hasil pemeriksaan kesihatan mendapati bintang berusia 37 tahun itu mempunyai risiko sebanyak 87 peratus untuk menghidapi barah payu dara dan 50 peratus untuk barah ovari. - AFP


(Video) Cina PAS mahu jawatan Presiden hanya 3 penggal

Posted: 10 Jul 2013 01:31 AM PDT

PETALING JAYA: Jawatan Presiden parti yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta perlu dihadkan kepada tiga penggal sahaja.

Manakala, Menteri Besar hanya setakat dua penggal pilihan raya atau 10 tahun.

Yang Di Pertua PAS kawasan mesti berumur tidak lebih 60 tahun dan memegang jawatan hanya tiga penggal.

Manakala bagi ketua PAS negeri, ia perlu dihadkan kepada tiga penggal sahaja, sementara wakil rakyat baik parlimen atau negeri setakat dua penggal.

Ini bagi memastikan mereka tidak menyalahguna kuasa, selain memberi peluang kepada golongan muda mendapat tempat apabila tiba masanya.

Saranan ini dibuat oleh Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow ketika ditemui di sini Jumaat lalu.

"Kalau duduk lama, dia jadi bosan dan tidak lagi dinamik. Kalau veteran tidak turun, bila orang muda nak naik ke depan.

"Orang tua boleh jadi mentor," kata beliau.

Adakah PAS memikirkan cadangan itu?


Jika cadangan ini diterima, Presiden PAS dan beberapa pemimpin lain perlu berundur kerana beliau telah memegang jawatan itu lebih 10 tahun.

Umpamanya, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sudah menjadi ahli parlimen Pokok Sena selama tiga penggal.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat perlu memikirkan cadangan itu tetapi persoalannya adakah PAS turut memikirkan masalah ini.

Bagaimanapun, menurut Hu, setiap pemimpin perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi sesuai dengan perkembangan semasa terutama politik negara.

Katanya, generasi kedua dalam Pakatan Rakyat terus muncul, antaranya pemimpin-pemimpin muda PKR seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua.

Tukar agama: PAS cuba elak dari beri ulasan

Posted: 10 Jul 2013 12:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemimpin PAS terus mengelakkan diri daripada polemik yang timbul berhubung pindaan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan pertukaran agama kanak-kanak kepada agama Islam.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin berkata tidak sewajarnya soalan sama ada pindaan itu wajar atau tidak dihalakan kepada parti itu tetapi sebaliknya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab dan menjelaskannya kepada rakyat.

Ini kerana menurut beliau, Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 digubal kerajaan pusat dan ia tidak sewajarnya melibatkan parti itu.

"Undang-undang ini dibawa oleh kerajaan, saya rasa kerajaan patut jawab perkara ini dan bila kerajaan tarik balik menunjukkan kerajaan tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat tentang isu ini.

"Ini PAS tidak terlibat, ini melibatkan kerajaan jadi saya rasa sebarang keputusan dibuat kerajaan maka kerajaan yang harus jelaskan dan kami pihak PAS tidak wajar dilibatkan dalam perkara ini," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Tambah wakil rakyat penggal pertama ini, desakan pemimpin BN agar PAS menyatakan pendirian adalah tidak wajar kerana ia bukan dicadangkan oleh parti itu.

Justeru kata Ahli Parlimen Sepang ini, tiada keperluan untuk PAS membincangkan dan meneliti rang undang-undang berkenaan selepas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penarikan undang-undang selepas mendapat bantahan banyak pihak.

Katanya, PAS hanya akan menyatakan pendirian berhubung perkara itu sekiranya rang undang-undang itu dibentangkan semula oleh pihak kerajaan

"Akta ini telah ditarik balik, jadi kita tak perlu nak bincanglah...kita nak bincang benda yang tiada nak buat apa.

"Itu tunggu, kalau ia dibentangkan semula baru kita buat pendirian," katanya.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat dua minggu lalu menetapkan persetujuan satu pihak memadai bagi ibu atau bapa menukar agama anak-anak bawah umur kepada agama Islam.

Pindaan tersebut menerima kritikan hebat daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan parti komponen Barisan Nasional (BN).

Baru-baru ini, pelbagai pihak gesa kerajaan mempertimbangkan hak ibu atau bapa untuk mengizinkan anak yang berusia bawah 18 tahun memeluk agama Islam seperti terkandung dalam Seksyen 107(b) rang undang-undang itu.

Kaji semula sebelum dibentangkan dalam Dewan Rakyat


Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata perbezaan bercanggah yang diberikan oleh pihak kerajaan mengundang pelbagai persoalan tentang status keputusan pindaan rang undang-undang itu.

"Sebelum tarik balik ia sendiri sudah tiada ketentuan, satu kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa sudah ada keputusan di peringkat Kabinet pada 2009 iaitu mesti mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak (ibu dan bapa).

"...tiba-tiba rang undang-undang yang dibentangkan hanya untuk mendapat persetujuan salah seorang, jadi timbul satu perkara yang sangat bercanggah antara rang undang-undang dan keputusan Kabinet," katanya.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini, kemungkinan proses pembentangan rang undang-undang itu dibuat tanpa merujuk kepada keputusan Kabinet sehingga menimbulkan tanggapan negatif dalam kalangan rakyat.

Justeru beliau meminta agar kerajaan mengkaji dan meneliti semula rang undang-undang itu sebelum dibawa untuk pembentangan dalam Dewan Rakyat.

"Saya nak katakan bahawa pembentangan rang undang-undang itu selalu dibuat tanpa merujuk kepada keputusan Kabinet dan satu tindakan yang saya fikir (menunjukkan) pengurusan pentadbiran yang sangat lemah.

"Khususnya bagi pihak peguam negara ini saya fikir ini menunjukkan kelemahan di peringkat Jabatan Peguam Negara tanpa menyemak kepada keputusan Kabinet dan akhirnya timbul krisis dalaman BN sehingga memaksa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin (Yassin) tarik balik rang undang-undang itu.

"Jadi kami tidak boleh buat apa-apa pendirian, saya minta kerajaan bincang dulu secara masak sebelum bawa untuk pembentangan," katanya.

PRK Kuala Besut: Dakwat kekal akan dicelup, bukan dicalit

Posted: 10 Jul 2013 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut perlu mencelup jari telunjuk kiri ke dalam dakwat kekal yang disediakan pada hari mengundi dan tidak lagi sekadar dicalit oleh pegawai bertugas seperti yang dilakukan pada pilihan raya umum lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan mengulangi bahawa penggunaan dakwat kekal merupakan prosedur tambahan pengundian bagi mengelak sebarang percubaan mengundi dua kali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini dakwat kekal akan digunakan pada hari pengundian awal 20 Julai dan pengundian biasa PRK Kuala Besut pada 24 Julai

Selain itu, Abdul Aziz turut menasihati pengundi supaya menyemak senarai

pengundi dan memastikan saluran serta tempat mengundi yang betul kerana jika nama pengundi tidak terdapat dalam senarai pengundi di tempat dan saluran yang ditetapkan, mereka tidak akan dibenarkan mengundi.

Abdul Aziz berkata, SPR menetapkan Kompleks Rakan Muda Kampung Raja Besut, Kuala Besut sebagai tempat penamaan calon, dan proses penamaan calon bermula pukul 9 pagi hingga 10 pagi pada 12 Julai.

- Bernama

(Gambar) Foto Fasha Sandha dan Anzalna undang komen lucah dari peminat

Posted: 09 Jul 2013 11:01 PM PDT

Fasha Sandha memuat naik foto bersama Anzalna yang dipercayai diambil di tepi pantai setelah tamat pengambaran hari terakhir drama terbaru mereka.

Ketika gambar diambil, angin bertiup hingga menyebabkan baju yang dipakai oleh kedua-dua wanita ini melekat ditubuh masing-masing. Sekali imbas, seolah-olah tidak ada yang tidak kena dengan penampilan mereka.

Namun lelaki yang mata keranjang rupa-rupanya tidak puas menikamati kecantikan wajah pelakon Anzalna, habis diteroka segala-galanya.

Akibat dari 'penerokoaan' tersebut, makan terbitlah perlbagai komen-komen separa lucah hingga menimbulkan rasa tidak selesa dari peminat-peminat wanita yang lain.

Ads: What if I told you that you could win a Mini Cooper S just by saving money with #AffinBank? OMG!
Anda bagaimana?

DAP 'tangkap muat' perempuan Melayu DAP jadi ahli majlis MPPP

Posted: 09 Jul 2013 09:21 PM PDT

Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.

Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.

Menurut laPoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.

Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau.

Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu.

Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.

"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya.

Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas.

Siapa Nur Fitriah? Anda boleh baca lanjut di CTS

PRK Kuala Besut: Azlan calon Pas

Posted: 09 Jul 2013 09:09 PM PDT

KUALA BESUT - Kontraktor Kelas A, Azlan@ Endut Yusof, 48, diumumkan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut pada Majlis Pengumuman Calon Pas di Kampung Nail, di sini, malam tadi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pengumuman itu turut mengakhiri spekulasi calon Pas yang akan bertanding melawan calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN, sebelah petang hari yang sama.

Azlan yang juga Bendahari Pas Kawasan Besut ialah Kontraktor Kerja Bangunan dan Kejuruteraan Awam berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta mempunyai Sijil Kontraktor Institut Latihan Perindustrian.

Lebih dikenali dengan panggilan Che Long, bapa kepada enam cahaya mata ini, adalah anak jati Kampung Baru, Kuala Besut.

Beliau turut dianggap mesra dengan penduduk di kawasan berkenaan.

PRK Kuala Besut: Tengku Zaihan calon muda pilihan BN

Posted: 09 Jul 2013 09:02 PM PDT

KUALA BESUT 9 Julai - Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan calon muda anak tempatan, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman, 37, bagi menggalas cabaran mengekalkan penguasaan parti di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada pilihan raya kecil kawasan itu, 24 Julai ini.

Pemilihan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) (Bahagian Korporat) itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihan Raya BN di Dataran Kuala Besut di sini hari ini serentak dengan majlis pelancaran jentera parti.

Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh penyokong parti serta pemimpin yang hadir iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan yang berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM) adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.

Menurutnya, walaupun terdapat ramai yang berkelayakan, pemilihan Tengku Zaihan dibuat oleh pucuk pimpinan selepas melalui proses pemilihan yang mengambil kira kehendak, situasi tempatan dan calon yang boleh mendapat kepercayaan meluas di kalangan masyarakat.

''Khidmat dan tanggungjawab yang menuntut kepada daya usaha dan pemikiran untuk terus membangunkan masyarakat di sini, kita merasakan perlu diletakkan calon yang lebih muda untuk lebih melihat ke depan," ujar Muhyiddin.

Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar (BN) yang berjaya mengekalkan kerusi itu buat penggal kedua dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,434 menewaskan calon Pas. Ini merupakan PRK kedua bagi DUN Kuala Besut sejak 34 tahun lalu.

Sementara itu, Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai 'pilihan raya kecil yang besar'.

"Saya sedia memikul amanah dan tanggungjawab berat ini sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada UMNO yang telah membuka laluan untuk saya membangunkan kehidupan keluarga, bangsa dan negara. Perjuangannya perlu diteruskan," ujarnya.

Bapa kepada empat orang anak itu mengakui ujian awal iaitu sebagai calon cukup mencabar dan sekiranya diberi kepercayaan, amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, perkara itu tidak akan disia-siakan.

Beliau berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat kerana lebih mengerti, memahami keperluan dan harapan penduduk berikutan pernah berkhidmat di daerah ini dan banyak berurusan dengan masyarakat.

"Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut. Saya mengambil kesempatan ini merayu pengundi memberi kepercayaan kepada saya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik selagi terdaya," katanya yang merupakan ahli UMNO Cawangan Seri Seratus dan anak kepada veteran UMNO.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>