Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

JEBAT BERKOKOK

$
0
0

JEBAT BERKOKOK


Pasal Timbalan Menteri ni tunduk je di Parlimen?

Posted: 09 Jul 2013 10:05 PM PDT


Semalam Jebat berpeluang untuk mengikuti perbahasan di Parlimen. Itupun atas ehsan sahabat Jebat yang sudi membawa Jebat masuk. 

Biarpun tanpa blazer dan tali leher Jebat masih dibenarkan masuk tapi katanya cuma dibenarkan duduk di kantin. Tak mengapalah..kantin pun kantinlah. Jebat bukanlah Namewee. Namewee pakai suka hati mak bapak dia pun masih boleh jumpa Menteri di Parlimen.

Kadang-kadang Jebat terfikir jugak..apalah nilainya Parlimen jika bukan kerana rakyat yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi. Parlimen tidak seharusnya dijadikan tempat yang eksklusif untuk golongan berada. Jangan jadikan tempat untuk hamba-hamba projek meminta projek. 

Apapun di Parlimen lah tempat undang-undang dan dasar negara digubal. Begitulah kehebatan Parlimen. Tempat di mana wakil rakyat kita bertukar fikiran dan idea.Ceh..!! Tukar idea apa kalau ada yang berhujah macam beruk kena belacan.Macam sarkis.

Seronok apabila dapat melihat raut wajah Menteri dan Timbalan Menteri dari dekat. Yelah selama ini manalah Jebat berpeluang dekat dengan golongan ini. Sekadar lihat di televisyen. Tampak hebat.

Cuma yang ingin Jebat komen ialah gaya Timbalan Menteri dan ada segelintir Menteri menjawab. Yang senior-senior tu dah memang hebat. Timbalan Menteri ramai yang menjawab..aduhai gayanya tak ubah seperti budak tingkatan 2 yang tidak siap kerja sekolah apabila di soal guru. Tunduk macam ada tahi ayam di kasut.

Tunduk malu atau tunduk tak yakin dengan jawapan Yang Berhomat baca. Tak bolehkah Yang Berhormat angkat muka sedikit dan rasanya tak perlulah Yang Berhormat terlalu terikat dengan teks yang pegawai sediakan. Bila kena soal berhubung isu yang tidak tertulis di dalam teks itu mulalah macam ayam berak kapur. Mengelupur. Buatlah sedikit 'homework' sebelum hadir ke Parlimen. Jangan tunggu semua perkara disuap oleh pegawai. 

Anda telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan Menteri. Yakinlah dengan kebolehan anda dan diri anda. Jangan sampai rakyat tidak mengiktiraf kebolehan anda untuk menjawat jawatan itu.

p/s: Menteri Hasan Malik buat apa? Harga ayam naik melambung ni.!! Jangan tidur..!!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>