Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


Apa kelayakan perempuan Melayu ini dilantik DAP jadi Ahli Majlis MPPP ?

Posted: 10 Jul 2013 02:54 AM PDT



Pelantikan seorang wanita muda sebagai ahli majlis perbandaran, yang dilihat tanpa melalui proses sepatutnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) P.Pinang.

Mereka mendakwa kerajaan negeri tidak telus dalam melantik Nur Fitriah Abdul Halim (gambar), 26, kerana beliau dipilih semata-mata untuk mengisi kuota Melayu dan jantina.

Pengerusi Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang berkata, beliau terkejut dengan kenyataan ahli exco negeri Chow Kon Yeow bahawa Nur Fitriah, pereka grafik, telah dipilih untuk mengisi kuota Melayu daripada parti itu menggantikan Zulkifli Mohd Noor yang tidak dilantik semula.

Menurut laoran akhbar harian, Nur Fitriah dilantik tanpa temuduga.

Chow berkata ia merupakan prerogatif Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan negeri untuk melantik beliau. Setiausaha MCA negeri Lau Chiek Tuan berkata Lim tidak mengamalkan ketelusan dalam pelantikan itu. Naib Pengerusi Gerakan negeri Wong Mun Hoe juga mempersoalkan pelantikan Nur Fitriah di laman Facebook beliau.

"Dia tidak melalui proses temuduga untuk mengisi kuota Melayu. Jadi, apa yang berlaku kepada meritokrasi? Kuota atau meritokrasi?" katanya. Sementara itu, Nur Fitriah enggan mengulas. - MSTAR

HOT ! ANAK KARPAL KENA TIBAI BERAPI DENGAN ZAHID DI PARLIMEN !

Posted: 09 Jul 2013 06:38 PM PDT



Dewan Rakyat kecoh seketika semalam apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Semuanya, gara-gara Gobind yang menyoal Ahmad Zahid mengapa tiada siasatan dan tindakan susulan polis berhubung kes tumbuk membabitkan menteri itu dengan seorang pemuda pada tahun 2006, walaupun laporan polis dibuat.

"MP Puchong ada kepentingan peribadi kerana beliau jadi peguam bela kepada individu yang buat laporan polis itu.

"Kalau saya kaki pukul, Puchong (Gobind) lagi kaki pukul besar daripada saya," kata Ahmad Zahid.

Tidak puas hati dan berang dengan jawapan itu, Gobind bangkit dan mengggesa Ahmad Zahid mendedahkan perkara sebenar.

Beliau juga mencabar Ahmad Zahid supaya mengulangi kenyataannya itu di luar Dewan Rakyat.

"Ulang di luar, saya akan saman awak," kata Gobind sambil mendakwa menteri itu menggunakan kuasa sebagai pemimpin tertinggi kerajaan dengan mengugut mangsa yang dibelasahnya itu.

"Adakah kamu ugut dia? Adakah kamu ugut selepas tumbuk dia?" soal Gobind.

Berikutan kekecohan yang berterusan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia terpaksa bangkit untuk meredakan ketegangan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN) terus bertikam lidah antara satu sama lain.

Ahamd Zahid kemudiaan membidas Gobind kerana menyalahgunakan dewan apabila membangkitkan kes itu. Katanya, isu berkenaan sedang diselesaikan menerusi prosedur undang-undang di mahkamah.

"Kita jumpa di mahkamah," katanya.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan menteri dalam negeri itu yang cuba mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan mahkamah lebih rendah yang memutuskan bahawa kes saman berkenaan perlu dibicarakan.

Saman itu difailkan Amir Bazli Abdullah terhadap Ahmad Zahid yang dituduh menumbuk mukanya sehingga menyebabkan hidungnya patah.

APA KEJADAHNYA PEMUDA PAS NAK PERTIKAI NAJIB LANTIK AZEEZ PENGERUSI TH ?

Posted: 09 Jul 2013 02:00 PM PDT



GPB tak faham apa hak  Pemuda PAS pencacai DAP ini mempertikaikan perlantikan Datuk Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi TH.  Itu hak mutlak Perdana Menteri  yang mendapat mandat daripada rakyat selepas memenangi PRU13 dan membentuk kerajaan .

Yang Pakatan  melantik  kroni & ahli politik memegang jawatan di GLC negeri pembangkang tak pulak menjadi isu atau dilihat berkelayakan atau tidak .

Contohnya Mat Sabu sendiri ..apa kelayakan beliau menduduki jawatan Board Of Director PBA yang dilantik Guan Eng ??   Bila cedera di perhimpunan haram BERSIH , boleh  sapu claim bil hospital lagi ..

Itu belum lagi kita dedah nama  pemimpin PR sakau  jawatan-jawatan dalam kerajaan & GLC   di Kelantan & Selangor ...

 Itu Saifudin Nasusion nak dilantik pegawati seranta politik kerajaan negeri  apa hal pulak ?? Dah kalah di PRU ..sekarang nak bolot gaji bulanan kerajaan negeri ...







 Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa kerajaan menarik balik pelantikan ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ekoran memiliki rekod yang buruk dalam pentadbiran syarikat.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata Tabung Haji sebelum ini telah menghentikan pelantikan pengerusinya daripada ahli politik untuk memberi keyakinan kepada rakyat.

Menurutnya, Abdul Azeez juga mempunyai rekod yang tidak baik apabila projek perladangan Tabung Haji mempunyai masalah sekaligus menimbulkan kebimbangan dengan kredibilitinya untuk menguruskan dana.

"Beliau dilihat tak layak dan memegang amanah tersebut di mana yang pertama beliau adalah ahli politik. Ia memerlukan integriti dan ketelusan untuk menguruskan dana.

"Tabung Haji melibatkan dana umat Islam dan dana orang miskin yang mencarum hampir jumlah 60 bilion. Kerajaan perlu pandang serius perkara ini jangan hanya melantik sesiapa sahaja.
"Lagipun beliau mempunya 'track rekod' yang tidak menunjukkan yang beliau benar-benar berkelayakan," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>