Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Pilihan Tepat: Info Calon BN bagi PRK DUN Kuala Besut
- Anak muda tempatan Calon BN Kuala Besut
- Transforamsi Husam Musa, Buang Imej Kassim Pantalon.
- Sebab Pembangkang Terlalu Bela Penjenayah, Kes Bunuh Dengan Kejam Makin Meningkat! Sebarkan.
Pilihan Tepat: Info Calon BN bagi PRK DUN Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 07:37 PM PDT Tengku Zaihan pilihan tepat, kata penduduk KUALA BESUT - Rata-rata pengundi di kawasan Dun Kuala Besut melahirkan rasa gembira terhadap calon BN yang diumumkan Timbalan Pengerusi BN Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Kuala Besut, semalam. Penduduk Kampung Alor Jejawi, Abdul Hamid Abd Rahman, 48, berkata, parti membuat pemilihan tepat apabila menampilkan orang muda iaitu Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman sebagai calon. Menurutnya, walaupun tidak begitu mengenali calon secara dekat tetapi dia mengenali bapa Tengku Zaihan, Che Ku Abd Rahman Che Ku Abdullah sebagai orang berpengaruh di Kuala Besut. "Bapa beliau adalah guru agama dan aktivis veteran Umno yang disegani ramai di kawasan Kuala Besut selain mempunyai ramai saudara mara," katanya. "Tengku Zaihan mempunyai peluang cerah untuk menang kerana dia mempunyai kelulusan dan semangat untuk membantu orang tempatan sangat kuat," katanya. Sementara itu, warga emas, Mohd Noor Mat Jusoh, 62, berkata, dia gembira kerana pucuk pimpinan parti membuat pilihan bijak dengan menampil orang muda sebagai calon. Menurutnya, Tengku Zaihan orang muda mempunyai kelulusan serta mempunyai semangat bekerja untuk membantu masyarakat di Besut semasa beliau bertugas di Besut. "Saya memberi bantuan sepenuhnya kepada beliau bagi memastikan BN menang dengan cemerlang di Dun Kuala Besut," katanya dari Kampung Tok Saboh, di sini. Dalam pada itu, Mohd Azhar Yunus, 29, dari Kampung Gertak Seratus pula berharap agar Tengku Zaihan lebih rapat dan tidak mengabaikan golongan muda. "Sekiranya menang pilihanraya kelak, beliau perlu menyelami golongan muda dan mengambil berat keperluan golongan ini," katanya. -SH | ||||
Anak muda tempatan Calon BN Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 01:51 PM PDT Pemilihan bekas Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) (Bahagian Korporat) itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengarah Pilihan Raya BN di Dataran Kuala Besut di sini hari ini serentak dengan majlis pelancaran jentera parti. Pengumuman itu disambut dengan tepukan gemuruh penyokong parti serta pemimpin yang hadir iaitu Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Datuk Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dan para pemimpin parti komponen. Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan yang berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam dari Universiti Sains Malaysia (USM) adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda. Menurutnya, walaupun terdapat ramai yang berkelayakan, pemilihan Tengku Zaihan dibuat oleh pucuk pimpinan selepas melalui proses pemilihan yang mengambil kira kehendak, situasi tempatan dan calon yang boleh mendapat kepercayaan meluas di kalangan masyarakat. ''Khidmat dan tanggungjawab yang menuntut kepada daya usaha dan pemikiran untuk terus membangunkan masyarakat di sini, kita merasakan perlu diletakkan calon yang lebih muda untuk lebih melihat ke depan," ujar Muhyiddin. Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr. A Rahman Mokhtar (BN) yang berjaya mengekalkan kerusi itu buat penggal kedua dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 2,434 menewaskan calon Pas. Ini merupakan PRK kedua bagi DUN Kuala Besut sejak 34 tahun lalu. Sementara itu, Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai 'pilihan raya kecil yang besar'. "Saya sedia memikul amanah dan tanggungjawab berat ini sebagai tanda syukur dan berterima kasih kepada UMNO yang telah membuka laluan untuk saya membangunkan kehidupan keluarga, bangsa dan negara. Perjuangannya perlu diteruskan," ujarnya. Bapa kepada empat orang anak itu mengakui ujian awal iaitu sebagai calon cukup mencabar dan sekiranya diberi kepercayaan, amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, perkara itu tidak akan disia-siakan. Beliau berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat kerana lebih mengerti, memahami keperluan dan harapan penduduk berikutan pernah berkhidmat di daerah ini dan banyak berurusan dengan masyarakat. "Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut. Saya mengambil kesempatan ini merayu pengundi memberi kepercayaan kepada saya dan berjanji untuk melakukan yang terbaik selagi terdaya," katanya yang merupakan ahli UMNO Cawangan Seri Seratus dan anak kepada veteran UMNO. Utusan #Lawa lawa lawa | ||||
Transforamsi Husam Musa, Buang Imej Kassim Pantalon. Posted: 09 Jul 2013 04:30 AM PDT | ||||
Sebab Pembangkang Terlalu Bela Penjenayah, Kes Bunuh Dengan Kejam Makin Meningkat! Sebarkan. Posted: 09 Jul 2013 01:16 AM PDT Tu dia! Bukti perjuangan songsang pembangkang yang terlalu membela penjenayah punca kes bunuh secara kejam meningkat secara mendadak.
Apabila keadaan semakin tidak terkawal, siapa yang perlu dipersalahkan? Adakah pembangkang mahu menyalahkan pihak polis sedangkan merekalah yang MENYALAK mengenai HAK ASASI PENJENAYAH sehingga akta pencegahan seperti Ordinan Darurat ( Hakikatnya akta ini membenarkan pihak polis menahan penjenayah besar, ketua kongsi gelap, samseng, pemilik senjata api haram untuk mencegah sesuatu kejadian yang lebih teruk berlaku.
Baca seterusnya di sini : http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2013/7/3/mstar_berita/20130703103011 Pembangkang hanya tahu mengeksploitasi sesuatu isu jenayah untuk mendapat laba politik. Apabila seorang penjenayah berbangsa India mati dalam tahanan, maka akan memainkan sentimen perkauman untuk meraih sokongan sesuatu kaum. Tetapi apabila seorang polis dari kaum yang sama meninggal dunia di bunuh penjenayah, mengapa pembangkang tidak memperjuangkannya?
Berbalik kepada sokongan tidak berbelah bagi pemimpin pembangkang kepada penjenayah, kini penjenayah semakin berani mengganas di mana sahaja termasuk negeri pembangkang seperti di Kelantan dan Pulau Pinang. Dalam hal ini, kenapa pembangkang terlalu memperjuangkan HAK ASASI PENJENAYAH sedangkan HAK ASASI MAJORITI RAKYAT yang mahukan keadaan yang selamat dan tenteram sanggup mereka perjudikan dengan membela penjenayah? *MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT. Sebab itulah Akta Pencegahan seperti Ordinan Darurat 1969 diperlukan. |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |