Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Semakin dipam, semakin besar pula 'dada' awek cun ni...

Posted: 09 Jul 2013 02:01 PM PDT

Apa akan anda lakukan jika seorang gadis jelita tiba-tiba meminta tolong untuk pamkan angin tayar basikalnya ditepi jalan?

Dan ketika dipam, lain pula 'barang' yang semakin besar masuk angin?

Just for fun!

Bonus mega untuk 1.4 juta penjawat awam

Posted: 09 Jul 2013 08:45 AM PDT

PUTRAJAYA 9 Julai – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

"Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat CUEPACS pada dua minggu lepas adalah sesuai," kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

"Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati," katanya.

CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.

Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. – BERNAMA

Kalimah Allah: Gereja Katolik kemuka batal rayuan

Posted: 09 Jul 2013 07:46 AM PDT

PUTRAJAYA - Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh majalah mingguan Katolik the Herald.

Peguam S.Selvarajah berkata notis usul itu difail di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam.

Beliau memaklumkan pemberita bahawa Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) disebut untuk pengurusan kes hari ini di depan Timbalan Pendaftar Saiful Bahari Adzmi.

Kerajaan dan kementerian itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Dis 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.

Saiful Bahari menetapkan 10 Sept ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kerajaan memfailkan afidavit balasan dan pencelah memperbetul rekod rayuan serta rekod tambahan rayuan.

Kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Munahyza Mustafa manakala Majlis Agama Islam Negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Melaka, yang menjadi pencelah pada prosiding itu, oleh peguam Abdul Rahim Sinwan.

Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dan kalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. - Bernama

Dewan Rakyat mula solat Tarawih malam ini

Posted: 09 Jul 2013 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat yang berlangsung pada bulan Ramadan akan diteruskan dengan solat sunat Tarawih bersama ahli Parlimen bermula malam ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Parlimen akan mengadakan jamuan berbuka puasa, solat Tarawih dan moreh.

Beliau menambah persidangan Dewan Rakyat juga akan ditamatkan pada jam 7.30 petang sepanjang bulan Ramadan bagi memberi laluan kepada amalan sunat pada bulan tersebut.

"Pada malam ini kita akan buat solat Tarawih bersama ahli Parlimen, pemberita, dan kakitangan Parlimen bermula jam 8.30 malam.

"Kita akan teruskan, tiap-tiap hari kita akan buat dan esok kita akan berbuka puasa bersama," katanya pada sidang media, di lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tempoh tamat perbahasan Parlimen akan bergantung kepada keputusan Dewan Rakyat sama ada perlu dilanjutkan ataupun tidak.

Esok umat Islam akan mula menjalankan ibadah puasa.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau turut mengingatkan ahli Parlimen yang berbahas pada bulan Ramadan supaya menjaga kata-kata.

"Berpada-padalah dengan apa yang mahu dihujahkan oleh ahli Parlimen...Ini bulan puasa.

"Menggunakan bahasa yang berlebihan dapat dosa, bahas dengan lebih niat untuk membina negara ia dapat pahala," katanya.

Terlibat nahas, ibarat ajal sudah tiba - DJ Lin (Suria FM)

Posted: 09 Jul 2013 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Julai - Penyampai radio yang mengendalikan rancangan Suria Cinta di Suria FM, DJ Lin merasakan seperti ajalnya sudah hampir tiba pagi tadi, setelah terlibat dalam satu kemalangan kecil sewaktu dalam perjalanan untuk menghadiri satu sesi fotografi.

Kemalangan yang berlaku di Jalan Parlimen di sini kira-kira pukul 11.45 pagi tadi menyaksikan kereta Proton Persona miliknya mengalami kerosakan teruk apabila sisi kiri kereta tersebut bertembung dengan sebatang pokok.

"Sejujurnya saya merasakan seperti bakal kehilangan nyawa sewaktu kenderaan itu berpusing sebelum menghentam sepohon pokok di tepi jalan.

"Tetapi mujurlah bahagian sebelah kiri yang bertembung dan bukannya bahagian kanan iaitu sebelah pemandu," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Kereta DJ Lin yang remuk setelah mengalami kemalangan - Foto FB DJ Lin

Sebelum kemalangan tersebut berlaku, penyampai radio yang baru-baru ini melancarkan single sulungnya iaitu Ranting Kenangan itu, baru sahaja selesai menghantar barang-barang ke lokasi perniagaannya di Busana Mall, Medan Mara di sini.

Tambah DJ Lin lagi, mujurlah hanya kenderaannya sahaja yang mengalami kerosakan teruk iaitu sisi kiri kenderaannya remuk, cermin depan dan kiri pecah selain tayar belakangnya turut pecah.

"Saya bernasib baik hanya mengalami kecederaan ringan sahaja iaitu sedikit kesakitan di bahagian pinggang, selain daripada itu saya tidak menerima kecederaan lain," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

(Video) Wanita separuh bogel setelah baju tersangkut di pintu kereta

Posted: 09 Jul 2013 01:01 AM PDT

Sepasang kekasih sedang bergaduh dan pasangan wanitanya keluar dari kereta dan menutup pintu dengan tergesa-gesa.

Tanpa disedarinya, baju yang dipakai tersepit pada pintu yang ditutup. Teman lelakinya terus memandu tanpa menyedari situasi berkenaan. Akibatnya, seluruh baju wanita berkenaan ditarik lansung yang tinggal hanya coli dan seluar dalam beliau sahaja.

Beberapa orang cuba menolong wanit berkenaan.

Sebenarnya, ianya hanyalah sebuah video troll yang dikumpulkan oleh Hidden Camera Classics, laman Youtube rasmi untuk rancangan TV Just For Laugh yang popular disekitar tahun 70an dan 80an.

Memang kelakar!

Rogol: Guan Eng ugut tidak hantar atlet wanita SUKMA 2014

Posted: 09 Jul 2013 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa satu siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kes rogol melibatkan atlet bola baling Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa, langkah itu bagi memastikan atlet perempuan sentiasa berada dalam posisi selamat dan memastikan kejadian memalukan itu tidak berulang.

Guan Eng turut meminta Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin memberi jaminan berhubung tahap keselamatan atlet wanita dan tindakan tegas yang akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan tahap keselamatan yang longgar di UPM.

"Jika Khairy gagal memberikan jaminan itu, maka kerajaan Pulau Pinang akan menimbang semula penyertaan atlet wanita dalam Sukma pada masa depan," dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng seterusnya mendakwa terdapat aduan keselamatan longgar di asrama perempuan di sebalik jaminan Kementerian Belia dan Sukan serta penganjur bahawa keselamatan berada pada tahap yang memuaskan.

Dakwanya, isu itu jelas menunjukkan tahap keselamatan yang longgar sehingga jenayah seksual yang memalukan tersebut boleh berlaku.

Beliau mendakwa jenayah rogol itu bukan sahaja mencalarkan imej Sukma tetapi juga reputasi sukan antarabangsa di Malaysia.

Tidur sebilik, anak 'terpaksa' tonton aksi seksi ibu dan bapa

Posted: 08 Jul 2013 10:01 PM PDT

Gambar hiasan
Golongan miskin luar bandar gagal urus kediaman dengan baik

Pasir Puteh: Hampir 70 peratus ibu bapa terutama di luar bandar bukan saja buta teknologi maklumat (IT), malah hubungan intim suami isteri yang sepatutnya sulit, turut ditonton anak tanpa disedari.

Penolong Pengarah Sektor Sosiobudaya Institut Integriti Malaysia (IIM), Rohana Yaakob, berkata sebahagian besar ibu bapa terutama golongan miskin di luar bandar gagal mengurus kediaman dengan baik seperti ketiadaan bilik tidur menyebabkan perlakuan seks mereka terdedah kepada anak.

"Sangat menyedihkan apabila anak kecil dapat melihat perlakuan seks ibu bapa kerana sesetengah rumah mereka terutama golongan miskin, tidak mempunyai bilik tidur.

Hasil kajian


"Penemuan ini hasil kajian Sosiobudaya Rakyat Malaysia yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, baru-baru ini," katanya kepada pemberita pada Seminar Ibu Bapa Murid J-QAF dan KAFA anjuran Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (SK) Danan, di sini, semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Zulkifli Ali; Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sains Sosial, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Puteh, Rasidi Ramli dan Guru Besar SK Danan, Wan Abdul Aziz Wan Ahmad.

Rohana berkata, kajian itu juga mendapati ramai anak muda termasuk murid sekolah rendah mudah terdedah dengan bahan porno atau lucah berikutan sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil tahu perkembangan serta kemajuan IT masa kini.

Katanya, apa yang membimbangkan apabila pengaruh bahan porno itu turut merangsang anak melakukan perlakuan seks sesama mereka, termasuk sumbang mahram.

Sehubungan itu, Rohana berkata, jalan penyelesaian segera perlu dilakukan bagi menangani perkara itu dari terus berleluasa, termasuk memberi kesedaran dan panduan kepada golongan ibu bapa bagi menanganinya.

Berita Harian

Stesen TV swasta amal rasuah, kroni

Posted: 08 Jul 2013 08:31 PM PDT

PETALING JAYA: Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan rasuah dan kroni berhubung kelulusan projek drama di sebuah stesen televisyen (TV) swasta tempatan.

Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya mendapat aduan terdapat staf sebuah stesen TV tersebut telah membuka syarikat produksi dan meluluskan drama terbitan syarikatnya untuk disiarkan di stesen berkenaan sehingga menjejaskan periuk nasi produser lain.

"Ada di kalangan pegawai urusan stesen TV swasta secara diam-diam membuka syarikat produksi dan 'memberikan' peluang-peluang penerbitan kepada syarikat produksi mereka sendiri. Dan saya difahamkan mereka semakin berkuasa mengamalkan sistem berat sebelah ini.

"PTVM juga menerima maklumat ada pegawai-pegawai yang terlibat dengan rasuah apabila akaun bank mereka menjadi perantaraan bagi menerima sejumlah wang dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Pihak kami akan siasatan termasuk mengumpulkan bukti untuk dibawa ke pihak berkuasa," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambah Jurey, bukti-bukti itu akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereka mengambil tindakan. Malah dia juga akan membawa saksi yang merupakan bekas pekerja stesen TV swasta tersebut.

Dalam pada itu, Jurey turut berasa pelik apabila pihak stesen TV berkenaan seolah-olah tidak menyedari masalah dalaman mereka.

"Walaupun banyak pengaduan telah mereka terima, namun belum ada sebarang tindakan oleh pihak atasan stesen TV itu malah ia semakin menjadi-jadi pula.

"Sebab itu kami mahu mengumpulkan bukti-bukti bagi memastikan masa depan penerbit-penerbit tempatan terjamin," ujarnya.

Sementara itu, PTVM juga bersedia untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkenaan pelanggaran akta yang berlaku di stesen TV swasta tersebut yang dianggap berat sebelah di dalam urusan penyediaan kontrak perjanjian penerbitan serta tidak melunaskan bayaran tepat pada waktunya.

Beliau juga meminta agar pihak persatuan itu juga meminta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) perlu membuat pemantauan dengan lebih serius terhadap perkembangan industri penyiaran dan bukan hanya menumpukan kepada industri perfileman sahaja.

mStar

Pelajar Malaysia disamun dan dikelar di Mesir

Posted: 08 Jul 2013 08:05 PM PDT

Kaherah: Seorang pelajar Malaysia cedera ditumbuk dihidung selain belakang tubuhnya dikelar dengan pisau oleh sekumpulan lima perompak di tengah bandar raya bersejarah ini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa seorang pelajar jurusan Syariah, Mohamad Mohd Azlan, 21, cuba disamun penjenayah warga tempatan Mesir ketika pulang ke asrama penginapan pelajar Malaysia dengan berjalan kaki.

Kejadian itu menyebabkan hidung mangsa bengkak dan mengalami pendarahan serius akibat ditumbuk penjenayah yang sebelum itu menyerang mangsa di tepi jalan 200 meter dari kediaman pelajar di Haiyul Asyar, di sini.

Seorang rakan mangsa, Abdullah Afif Said, 21, berkata kejadian berlaku ketika mereka sedang berjalan kaki pulang sebelum menyedari beberapa lelaki tempatan cuba menghampiri mereka.

MOHAMAD menunjukkan kecederaan di muka dan badannya.

"Saya yang tidak sedap hati kemudian mempercepatkan langkah sebelum dua daripada penjenayah itu menangkap seorang rakan saya, Abdul Rahman Ahmad, 21. Tiga lagi penjenayah yang muncul entah dari mana kemudian menangkap Mohamad.

Harian Metro

Karpal tersenyum 'diserang' ikan bilis Pas

Posted: 08 Jul 2013 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 8 Julai - Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, pertikaian berkenaan isu tersebut seharusnya diselesai menerusi perbincangan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam.

Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut.

"Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama.

"Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Meskipun pembentangan Rang Undang- Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 ditarik balik, namun Karpal dilihat masih tidak berpuas hati selepas menyifatkannya sebagai tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 bertujuan mengelak 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Semalam, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Nik Mohd. Abduh mahu semua pihak menghormati pendirian kerajaan yang menarik balik rang undang-undang tersebut.

"Kita negara majoriti Islam, apa-apa pertelingkahan cuba selesaikan dengan cara harmoni melalui perbincangan.

"Undang-undang tidak bergerak dengan ugutan tetapi melalui pemahaman," katanya.

PRK Kuala Besut: Pas akan gunakan UAI habis-habisan

Posted: 08 Jul 2013 06:31 PM PDT

MARANG - Pemuda Pas Terengganu akan menggerakkan jenteranya bagi menghadapi PRK Dun Kuala Besut kerana ia penting, bukan sahaja di peringkat negeri, malah nasional.

Ketuanya, Mohd Nor Hamzah yang juga Adun Bukit Payung berkata, selain berkampung di Kuala Besut, Pemuda Pas juga menerapkan strategi sentuhan mesra kepada pengundi terutama anak muda sebagaimana tradisi dilakukan parti itu.

"Kita akan menurunkan tokoh dan ikon anak-anak muda, antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI).

"Insya-ALLAH dengan sentuhan mereka ini, anak muda akan membuat perubahan pada PRK ini," katanya yang turut meminta jentera Umno tidak bertindak agresif bagi memastikan perjalanan PRK Kuala Besut lancar.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan tarikh PRK pada bulan Ramadan, beliau tetap optimis, malah mengajak anak muda mengambil semangat daripada kisah Perang Badar.

"Jika SPR mengadakan PRK pada bulan Syawal sekalipun, ia tidak menjadi masalah kepada pejuang Pas," katanya.

Sukan Universiti: Harimau Muda tewas kepada Great Britain

Posted: 08 Jul 2013 06:15 PM PDT

KAZAN, (Rusia) - Pasukan Harimau Muda A tewas kepada Great Britain 0-2 pada perlawanan kedua peringkat kumpulan di Stadium Olymp, Kazan hari ini.

Sebelum ini, mereka mencatat kemenangan mengejut ke atas Itali 2-0 pada saingan peringkat kumpulan C, Jumaat lepas.

Pada perlawanan itu, skuad bimbingan Ong Kim Swee ketinggalan satu gol apabila James Philip Aldred membolosi gawang Malaysia pada minit ke-18 selepas menyudahkan hantaran rakan sepasukannya, Sammy Andrew Macvicar.

Babak kedua perlawanan menyaksikan pasukan negara terus diasak dengan gol kedua menerusi Alex James Dyer pada minit ke-48.

Dua minit kemudian, Harimau Muda tambah tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Wan Zaharulnizam menerima kad merah akibat mengasari pemain lawan.

Turut tersenarai dalam kumpulan C ialah Algeria.

Malaysia dijadual menentang Algeria pada Rabu.

Algeria tidak muncul pada perlawanan pertama menentang Great Britain.

Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia Profesor Datuk Abdullah Mohamad said berkata permohonan Harimau Muda A untuk membawa pemain Sarawak Junior Eldstal dan pemain Johor Darul Takzim Muhd Nazri Ahmad ditolak panel jawatankuasa penganjur.

"Kita membuat pemohonan kepada jawatankuasa teknikal, mereka minta kita kemukakan dua nama, jadi kita senaraikan Muhd Nazri dan Junior.

"Tapi hari ini, pukul 4 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) jawatankuasa teknikal membuat keputusan bahawa permohonan berkenaan tidak diluluskan tanpa memberi sebarang alasan," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa itu juga tidak memanggil wakil pasukan ke mesyuarat itu.

"Kini kami terpaksa mengharungi perlawanan dengan baki pemain yang ada," katanya. - Bernama

Piya dipancing RM100,000 sebulan?

Posted: 08 Jul 2013 06:01 PM PDT

KOTA BHARU - Meskipun saingan Piala Malaysia musim ini belum bermula, namun sudah timbul khabar angin mengatakan ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badhri Radzi atau Piya menerima tawaran lumayan untuk beraksi dengan Johor Darul Takzim.

Khabar angin yang tersebar luas di laman sosial facebook mengatakan 'jeneral' Kelantan itu bakal menerima gaji bulanan berjumlah RM100,000, selain pasukan berkenaan bersedia membayar wang perpindahan bernilai RM3juta.

Bagaimanapun, Piya yang dihubungi Utusan Malaysia menafikan khabar angin tersebut dan meluahkan rasa kecewa dengan tindakan mereka yang terlibat dalam penyebaran spekulasi berkenaan.

Menurutnya, ekoran spekulasi berkenaan, ramai pihak telah menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan.

"Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak pernah menerima tawaran tersebut sebagaimana yang digembar-gemburkan di laman sosial facebook, termasuklah dari pasukan-pasukan lain.

"Jadi saya berharap mereka yang membuat spekulasi ini supaya menghentikan tindakan ini kerana dikhuatiri ia akan mengeruhkan keadaan.

"Apa yang penting, mahu fokus dan membantu Kelantan mempertahankan Piala Malaysia sekali lagi pada tahun ini," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambahnya, lagipun dia masih mempunyai dan menghormati kontraknya bersama Kelantan.

Mohd. Badhri ternyata berada pada kelas tersendiri apabila menjadi ketua pasukan Kelantan pertama mendakap kesemua kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pencapaian membanggakan anak kelahiran Kampung Atas Paloh itu ialah dengan menjulang Kelantan merangkul kejuaraan treble musim lalu serta mempertahankan Piala FA buat kali kedua berturut-turut tahun ini.

Malah Piya pernah dipilih sebagai Pemain Tengah Terbaik Asia tahun lalu oleh lawan web bola sepak antarabangsa goal.com.

Dalam perkembangan lain, Piya memberitahu berkemungkinan besar terpaksa melupakan hasrat untuk menjalani latihan persediaan ke kelayakan Piala Asia bulan ini akibat kecederaan pangkal paha.

Beliau berkata, kecederaan tersebut dialami ketika Kelantan beraksi di pentas final Piala FA, namun ia tidak begitu serius.

"Begitu juga ketika menentang Perak, saya hanya beraksi 30 minit sahaja. Ketika menentang Lions XII, kesakitan memang ada, namun saya ketepikan demi membantu pasukan menumpaskan lawan demi imej bola sepak negara.

"Alhamdulillah saya dan rakan-rakan berjaya melakukannya pada perlawanan tersebut. Saya akui sedikit terkilan kerana tidak bersama rakan-rakan sepasukan untuk membantu negara membuat persiapan.

"Namun apa boleh buat, kecederaan yang dialami ini membataskan saya untuk berbuat demikian," ujarnya.

Tambahnya, dia perlu berehat selama tiga minggu, bagi membolehkan kecederaan yang dialaminya pulih sepenuhnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130709/su_03/Piya-nafi-dipancing-JDT-RM100000-sebulan#ixzz2YVPdV4M5
© Utusan Melayu (M) Bhd

'Big Asshole' pembangkang dimalukan di Parlimen akibat tuduhan babi buta

Posted: 08 Jul 2013 11:01 AM PDT

Rafizi Ramli kantoi lagi. Bukan itu saja bahkan ahli Parlimen PKR kawasan Pandan,Selangor itu juga 'terkedu' kena penangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada mulanya Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mencelah Mustapa yang berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong mendakwa tindakan kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain jejaskan kualiti kereta.

Tidak berpuashati dengan jawapan menteri itu, Rafizi juga mendakwa tindakan itu menurunkan harga kereta menyebabkan ada gaji pekerja syarikat kenderaan turut diturunkan.

Bagaimanapun, Mustapa menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu.

Beliau kemudian mencabar Rafizi mengemukakan bukti tetapi pemimpin pembangkang itu gagal menyatakan syarikat mana yang menurunkan gaji pekerja berikutan penurunan harga kenderaan yang dikeluarkan.

Menyedari Rafizi masih tidak menyahut cabarannya, Mustapa terus mendesak Rafizi memberikan bukti.

"Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda turunkan harga, gaji (pekerja) diturunkan. Kalau Pandan (Rafizi) ada maklumat, sila berikan kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji".

"Kita juga tak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga kereta tetapi naikkan model lain, begitu juga laporan bahawa syarikat yang turunkan tetapi potong bonus," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi menyerahkan bukti bagi membolehkan kerajaan menyiasat dakwaan tersebut.

Melihat Rafizi gagal memberi bukti, Mustapa berkata dakwaan itu serius dan beliau ingin tahu supaya kes tersebut boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna.

"Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta Pandan beri bukti," katanya yang mendapat tepukan meja tanda sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selepas Rafizi terus membisu.

Di luar Dewan, ada ahli-ahli Parlimen yang mendengar 'perdebatan' Mustapa dan Rafizi percaya ahli Parlimen PKR itu hanya membangkitkan isu tersebut tanpa bukti kukuh.

Ini kerana Rafizi sebelum ini didapati kerap menimbulkan beberapa isu tetapi gagal mengemukakan bukti malah beliau 'kantoi' apabila dakwaannya didapati tidak betul dan kurang tepat.

Dalam isu harga kenderaan, Rafizi main dengan macam-macam 'matematik' bagi gambarkan kerajaan gagal turunkan harga kereta sehingga 30 peratus.

Kerajaan sudah menurunkan harga kenderaan secara berperingkat bagi mengelak industri kereta terpakai terjejas teruk jika penurunan mendadak - Agenda Daily

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>