PEJUANG BANGSA |
- HOT ! RUMAH URUT SEMAKIN BERTAMBAH SELEPAS 5 TAHUN DI BAWAH PR DI SELANGOR !! @tunfaisal
- Bekas Jurutera JPS jadi taruhan BN di PRK Kuala Besut
- Kantoi ! Rafizi malu besar, main tembak tapi tak ada peluru di Parlimen !!
- Hot ! Komen berapi Tun M tentang anasir nak hapus akta hasutan !
HOT ! RUMAH URUT SEMAKIN BERTAMBAH SELEPAS 5 TAHUN DI BAWAH PR DI SELANGOR !! @tunfaisal Posted: 09 Jul 2013 09:11 AM PDT Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menggesa kerajaan Selangor bertindak tegas dengan membekukan lesen serta menyenarai hitam mana-mana pengusaha rumah urut di negeri itu jika terbukti mereka melakukan penyelewengan. Pengerusinya, Datuk Dr Jacob George berkata kerajaan negeri juga perlu menubuhkan pasukan khas atau 'task-force' bagi tujuan pemantauan. "Dari siasatan CASSA, kita mendapati tuduhan tentang penambahan rumah-rumah urut di Selangor adalah benar. "Berdasarkan respon yang kami terima dari akar umbi dan masyarakat tempatan juga kita sendiri hairan dan kita minta kerajaan Pakatan Selangor supaya bekukan semua lesen buat masa ini dan semak semua kedai-kedai yang telah ditukar dari rumah urut ke rumah hiburan. "Sebab daripada siasatan kita dapati ada banyak kaitan aktiviti-aktiviti maksiat yang mana ada kesan terhadap generasi muda malah imej negeri dan negara akan terjejas. "Sebab itu kita kena pantau dan kerajaan negeri perlu tubuhkan satu 'taskforce' untuk pantau dan bentang kertas kerja mengenai isu ini kerana kita hairan siapa yang beri kelulusan dan apa justifikasi untuk buka kedai-kedai urut khasnya termasuk di luar bandar," katanya ketika dihubungi Antarapos. CASSA juga menurut Jacob telah menerima lebih dari 50 aduan setiap bulan berkenaan isu rumah urut di negeri ini selain mengadakan perbincangan bersama kerajaan negeri sepanjang tiga tahun Pakatan Rakyat menerajui Selangor. Mengulas lanjut cadangan Exco Selangor Datuk Teng Chang Khim untuk mewujudkan zon jantina bagi rumah urut, Jacob menegaskan ia bukan suatu isu yang besar, namun apa yang dipersoalkan adalah justifikasi sesebuah rumah urut sebelum mendapat kelulusan dan lesen perniagaan. "Adakah kedai-kedai urut ini betul-betul menjalankan khidmat tradisional dan kesihatan yang bersih serta dijalankan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini? Atau ia dinamakan kedai urut tapi menjalankan aktiviti maksiat dan tidak elok? "Bagi saya nak asingkan atau tidak (mengikut jantina) itu tiada masalah. Cuma kita nak pastikan keadaan infrastruktur yang ada di rumah urut itu terbuka, ada ketelusan termasuk penggunaan lampu yang betul dan tiada ciri-ciri seperti disko dan sebagainya," demikian menurut Jacob. Cadangan agar rumah urut diasingkan mengikut jantina pernah disuarakan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Kim pada bulan lalu, malah mendapat sokongan beberapa pemimpin PAS yang lain. Namun Teng bertindak menarik balik cadangan berkenaan atas alasan tiada keperluan untuk berbuat demikian. Isu ini juga turut hangat dibincangkan di Sidang DUN Selangor sepanjang dua minggu ini apabila pihak pembangkang mempersoalkan kebanjiran rumah-rumah urut di negeri ini termasuk menggajikan warga asing, lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar. Antara mereka, Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) yang mendakwa pertambahan pusat-pusat urut itu dalam tempoh lima tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PKR di Selangor juga menyebabkan masyarakat luar bandar, terutama di Sekinchan, Sabak Bernam dan Tanjong Karang dilihat mengalami kejutan budaya. "Selain kewujudan pusat itu, turut menyumbang kepada kejutan itu ialah pertambahan 'tukang urut kaki' warga asing dari Vietnam, Thailand dan China yang mana semuanya tidak memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi luar bandar di negeri ini," katanya. |
Bekas Jurutera JPS jadi taruhan BN di PRK Kuala Besut Posted: 09 Jul 2013 04:01 AM PDT Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini. Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir. Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato' Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen. Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda. Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti. "Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua," ujar beliau. Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai 'pilihan raya kecil yang besar'. Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut. "Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut," katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus. Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut. |
Kantoi ! Rafizi malu besar, main tembak tapi tak ada peluru di Parlimen !! Posted: 08 Jul 2013 09:30 PM PDT Rafizi Ramli kantoi lagi. Bukan itu saja bahkan ahli Parlimen PKR kawasan Pandan,Selangor itu juga 'terkedu' kena penangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad di Dewan Rakyat pada Isnin. Pada mulanya Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR mencelah Mustapa yang berucap menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong mendakwa tindakan kerajaan menurunkan harga kereta secara berperingkat menyebabkan kenaikan harga model lain selain jejaskan kualiti kereta. Tidak berpuashati dengan jawapan menteri itu, Rafizi juga mendakwa tindakan itu menurunkan harga kereta menyebabkan ada gaji pekerja syarikat kenderaan turut diturunkan. Bagaimanapun, Mustapa menegaskan pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu. Beliau kemudian mencabar Rafizi mengemukakan bukti tetapi pemimpin pembangkang itu gagal menyatakan syarikat mana yang menurunkan gaji pekerja berikutan penurunan harga kenderaan yang dikeluarkan. Menyedari Rafizi masih tidak menyahut cabarannya, Mustapa terus mendesak Rafizi memberikan bukti. "Kami tidak ada terima laporan bahawa selepas Proton atau Perodua atau Nissan atau Mazda turunkan harga, gaji (pekerja) diturunkan. Kalau Pandan (Rafizi) ada maklumat, sila berikan kepada saya. Saya nak tahu syarikat yang potong gaji". "Kita juga tak terima laporan ada syarikat yang kurangkan harga kereta tetapi naikkan model lain, begitu juga laporan bahawa syarikat yang turunkan tetapi potong bonus," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa Rafizi menyerahkan bukti bagi membolehkan kerajaan menyiasat dakwaan tersebut. Melihat Rafizi gagal memberi bukti, Mustapa berkata dakwaan itu serius dan beliau ingin tahu supaya kes tersebut boleh dirujuk kepada Tribunal Pengguna. "Ini satu dakwaan yang berat terhadap syarikat. Saya minta Pandan beri bukti," katanya yang mendapat tepukan meja tanda sokongan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) selepas Rafizi terus membisu. Di luar Dewan, ada ahli-ahli Parlimen yang mendengar 'perdebatan' Mustapa dan Rafizi percaya ahli Parlimen PKR itu hanya membangkitkan isu tersebut tanpa bukti kukuh. Ini kerana Rafizi sebelum ini didapati kerap menimbulkan beberapa isu tetapi gagal mengemukakan bukti malah beliau 'kantoi' apabila dakwaannya didapati tidak betul dan kurang tepat. Dalam isu harga kenderaan, Rafizi main dengan macam-macam 'matematik' bagi gambarkan kerajaan gagal turunkan harga kereta sehingga 30 peratus. Kerajaan sudah menurunkan harga kenderaan secara berperingkat bagi mengelak industri kereta terpakai terjejas teruk jika penurunan mendadak - Agenda Daily |
Hot ! Komen berapi Tun M tentang anasir nak hapus akta hasutan ! Posted: 08 Jul 2013 08:05 PM PDT Bagi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahatahir Mohamad, peningkatan kes jenayah di negara ini, berlaku kerana pihak berkuasa tidak dapat melakukan pencegahan. Ini berikutan undang-undang untuk mencegah jenayah seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO) telah dimansuhkan berikutan tuntutan pembangkang. "Akibat kurangnya tindakan pencegahan, menyebabkan kadar jenayah semakin meningkat. Saya lihat ada kaitan antara jumlah jenayah sekarang dengan kurangnya tindakan pencegahan. "Ini disebabkan mencegah adalah lebih baik dari menunggu dari jenayah itu berlaku," katanya. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas desakan sesetengah pihak yang mahu kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948. Mengulas mengenai akta menjurus kepada pencegahan jenayah, Dr Mahathir memberi contoh pemansuhan ISA adalah satu kerugian kerana akta itu diwujudkan atas sebab tertentu, terutama dalam aspek mencegah jenayah. "Kita wujudkan ISA kerana ada sebab...kalau kita nak tunggu jenayah itu berlaku dan hukum orang yang melakukan jenayah, yang tidak bernasib baik adalah orang yang menjadi mangsa jenayah. "ISA adalah undang-undang yang dibuat untuk mencegah.. ia bukanlah undang-undang yang tidak baik. Tetapi ia (ISA) menjadi tidak baik jika disalahguna," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Ahad. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan. Beliau berkata, jika dihapuskan, empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak. "Jika Akta Hasutan dihapuskan keseluruhannya, mereka berhak menyentuh empat perkara ini sedangkan telah termaktub dalam perlembagaan. Saya tidak akan berkompromi jika ada pihak yang menyentuh empat perkara ini," katanya. Menurutnya, mana-mana pihak yang menyentuh empat perkara itu harus dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 yang sedia ada. "Kabinet mahu melihat beberapa aspek sahaja (dan) tidak buat keputusan untuk menghapuskannya ... tapi meminda," kata beliau. Semalam Ahmad Zahid menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya. Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mengenai pembentangan draf baharu Ordinan Darurat 1969, Ahmad Zahid berkata, ia dijangka siap selepas dibawa ke mesyuarat September ini dan pada masa sama ingin membetulkan kenyataan yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara telah menerima draf itu. "Sebenarnya kita akan mengemukakan kepada AG Chambers, bahagian draf supaya akta itu dibawa ke Kabinet dan selepas itu baru dibawa untuk perbincangan pertama. "Sekarang ini masih dalam peringkat perbincangan," kata Ahmad Za |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |