Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


@UMNOOnline - Akta Hasutan Harus Dikekalkan Demi Keharmonian Kaum - Sokong Menteri KDN @Zahid_Hamidi

Posted: 08 Jul 2013 09:20 AM PDT

Akta Hasutan Harus Dikekalkan Demi Keharmonian Kaum

KUALA LUMPUR, 8 Julai – Semua pihak seharusnya mempertahankan Akta Hasutan 1948 agar tiada sebarang gangguan ketenteraman awam yang terus timbul, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata seandainya akta itu dimansuhkan atau ditukar, pasti akan ada pihak yang cuba 'mengusik' beberapa lagi perkara sensitif melibatkan keistimewaan kaum Melayu umpamanya.

"Pemansuhan akta itu hanya akan menerima nasib yang sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah banyak kes berhubung keselamatan tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA.

"Disebabkan itu, pada saya Akta Hasutan tidak perlu dihapuskan kerana ia sebagai jalan untuk membawa pesalah (berkaitan hasutan) ini dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui di Bangunan Parlimen hari ini.

Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau turut menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan supaya setiap rakyat sedar keseriusan kerajaan untuk menjaga keharmonian negara.

Semalam, Ahmad Zahid menegaskan bahawa Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan berikutan terdapat sesetengah pihak mendesak supaya akta itu dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Katanya pemansuhan akta itu hanya akan menyebabkan empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak.

Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom pula berkata keperluan mengekalkan akta itu dilihat tidak mempunyai unsur politik namun ia demi menjaga kelestarian semua kaum di negara ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata rakyat seharusnya sedar penubuhan akta itu sebenarnya banyak membantu kerajaan menjaga ketenteraman awam malah ia mampu menyekat keadaan tidak diingini menjadi lebih buruk.

"Mengekalkan akta itu ialah sebagai satu mekanisme yang lebih kepada menjaga keselamatan awam. Ini kerana ada perkara yang memerlukan siasatan yang terperinci dan ia banyak membantu pihak berkuasa menyiasat.

"Pada saya, semua pihak sepatutnya menerima keadaan ini dan perlu memikirkan secara lebih mendalam tentang kepentingan mengekalkan akta tersebut demi masa depan negara," katanya.

Anggota Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim berkata keperluan mengekalkan akta itu kini dilihat amat penting agar keselamatan dan kestabilan negara terus terpelihara.

"Biarpun akta ini sudah lama, namun pada saya ia masih relevan kerana apa yang kita lihat kini, ia banyak membantu membendung anasirluar yang cuba memecah-belahkan masyarakat," katanya.

Beliau berkata semua pihak terutama ahli politik tidak perlu risau atau takut kerana ia sudah digunakan sekian lama dan kewujudan akta itu hanya untuk mencegah sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perpaduan rakyat.

http://www.umno-online.my/?p=88501&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29


Sent from my iPhone

Pengadil tikam pemain enggan keluar padang, kena penggal kepala - Berita Harian

Posted: 08 Jul 2013 05:03 AM PDT

Mujurlah negara kita jauh masih aman berbanding negara lain di dunia ini. Sikap ini harus ada pada semua rakyat Malaysia dan jangan mudah memperlekeh negara sendiri. Jika enggan terima hakikatnya elok sahaja berhijrah ke luar negara untuk mendapatkan keamanan yang dicita-citakan.

Malaysia hanya untuk mereka yang bersyukur dengan keamanan yang dikecapi dan bersedia mengorbankan apa sahaja untuk mempertahankan keamanan yang susah payah dibina oleh pejuang dan anggota keselamatan di negara kita.


2013/07/08 - 07:01:25 AM


Penonton, ahli keluarga Santos masuk padang belasah da Silva

SAO PAULO: Seorang pengadil maut dibelasah dan dipenggal oleh penonton apabila dia menikam mati seorang pemain kerana enggan keluar padang selepas diberi kad merah.

Pengadil itu, Octavio da Silva, 20, menikam Josenir dos Santos, 30, dalam perlawanan yang berlangsung 30 Jun lalu, kata jurucakap polis, Kena Souza.

Dos Santos tidak bersetuju dengan keputusan da Silva bahawa dia melakukan kesalahan.


Selepas bertikam lidah, da Silva menunjukkan kad merah terhadap dos Santos yang kemudian enggan keluar padang.

Da Silva dilihat mengeluarkan pisau dan menikam dos Santos beberapa kali yang maut dalam perjalanan ke hospital.

Penonton termasuk kawan dan ahli keluarga dos Santos kemudian masuk ke padang dan membelasah da Silva sebelum memenggal kepalanya yang diletak pada satu pancang.

Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan pada 2 Julai lalu berhubung kejadian itu yang masih disiasat, kata Souza.
Polis dilaporkan mencari dua lelaki lagi dikenali sebagai 'Chiquinho' dan 'Pirolo', lapor beberapa blog Brazil.


Bercanggah undang -undang

Ketua Polis Santa Ines, Valter Costa, mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Saksi memberi laporan mengenai orang yang berada di tempat kejadian. Kami akan kenal pasti mereka yang perlu bertanggungjawab atas kejadian itu.

"Jenayah tidak boleh jadi alasan untuk membalas dendam jenayah lain. Tindakan ini bercanggah dengan undang-undang."

Brazil menghadapi tekanan supaya membuktikan ia adalah selamat untuk kedatangan pelancong di 12 kota tuan rumah Piala Dunia 2014 selain kejohanan Olimpik di Rio de Janeiro pada 2016. - REUTERS

Lebih 100 naskhah akhbar pembangkang dirampas - Syabas Menteri DS @Zahid_Hamidi Atas Ketegasan Tegakkan Undang-Undang !!!

Posted: 08 Jul 2013 03:20 AM PDT

Berikut berita yang dilaporkan :

2013/07/08 - 17:24:53 PM


KUANTAN: Sebanyak 126 naskhah akhbar tabloid parti politik dirampas dalam satu operasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di empat premis sekitar bandar raya ini. 

Pengarah Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Pahang, Azilah Madulan, berkata rampasan itu dilakukan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012. 

"Daripada jumlah itu, sebanyak 100 naskhah merupakan akhbar Suara Keadilan dan 26 naskhah lagi ialah akhbar Harakah. 


"Pemeriksaan dan rampasan dilakukan oleh tujuh anggota bermula 10 pagi tadi di sebuah kiosk di Taman Tas, Batu 3 Jalan Gambang, Jalan Besar dan berakhir di sebuah kedai runcit di Indera Mahkota 2 di sini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata kebanyakan peniaga tidak mengetahui penjualan akhbar tabloid itu kepada orang ramai adalah salah kerana tidak mempunyai permit atau kelulusan daripada KDN. 

"Bagaimanapun, kami berterima kasih kepada peniaga kerana memberi kerjasama yang amat baik bagi membolehkan operasi berjalan lancar, kita telah menasihatkan supaya peniaga terbabit agar tidak menjual mana-mana penerbitan seperti akhbar tabloid yang tidak mempunyai permit dan kelulusan daripada pihak KDN," katanya. - BERNAMA





Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>