Politik Harian |
- Solat Berbeza Kiblat Di Stadium Merdeka #KL112
- VELLFIRE Kehebatan Tok Guru Nik Aziz!
- [Video Inside] Tak Puas Hati Punya Pasal... Budak AMK Bagi Penumbuk Kemuka Unit Amal PAS #KL112 #HKR112
- Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya
- #KL112 #HKR112 Mana 1 Juta Orang Yang Nak Bangkit Tu?
- [Video Inside] Duit Kutipan Jadi Rebutan @ Countdown #KL112 Chegu Bard vs Unit Amal PAS #HKR112
Solat Berbeza Kiblat Di Stadium Merdeka #KL112 Posted: 13 Jan 2013 12:35 AM PST |
VELLFIRE Kehebatan Tok Guru Nik Aziz! Posted: 12 Jan 2013 11:10 PM PST Gempak bro... aku ingatkan MB Kelantan naik basikal je... rupanya dot dot dot! Semalam rakyat berarak ke Stadium Merdeka berjalan kaki dan ada yang sanggup membahayakan diri di jalan raya, Mursyidul Am PAS Nik Aziz pula dengan selesa tiba di Stadium dengan menaiki kereta mewah. Inilah kehebatan Nik Aziz dulu pakai S-Class sekarang sudah upgrade Vellfire! Tak payahlah cerita pasal Kebangkitan Rakyat, kalau pemimpin sendiri tak berjiwa rakyat... Kepada puak PAS... Kalau putih katakan putih... kalau hitam katakan hitam... biar jelas pendirian masing-masing! |
Posted: 12 Jan 2013 08:41 PM PST Perhimpunan #KL112 di Stadium Merdeka di sini, semalam dicemari insiden pergaduhan walaupun penganjur memberi jaminan ia akan berlangsung dalam suasana aman. Dalam kejadian petang semalam, berlaku tumbuk-menumbuk membabitkan pengring Anwar Ibrahim dan Nik Aziz. (Baca lagi Klik TAJUK ENTRI) Perhatikan pada minit 3:13 credit to http://siemens-melayumaju.blogspot.com Insiden itu berlaku ketika kedua-dua kumpulan berasak memasuki Stadium Merdeka serta turut disaksikan kebanyakkan petugas media. Menurut saksi, kejadian berpunca daripada insiden tolak menolak ketika rombongan dua pemimpin pakatan haram memasuki stadium. Ketibaan Anwar bertembung dengan Nik Aziz, dengan pengiring keselamatan cuba membuka laluan di pintu masuk utama stadium yang ketika itu sudah sesak. Saksi memberitahu, tiba-tiba berlaku aksi tolak-menolak dan tumbuk-menumbuk, namun keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis yang kebetulan berada di kawasan itu. Namun tidak sebarang kecederaan dilaporkan dan kejadian dipercayai berpunca dari salah faham antara anggota rombongan kedua-dua pemimpin pakatan haram itu. - Shah Alam Rebels |
Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya Posted: 12 Jan 2013 06:00 PM PST Perhimpunan yang didalangi pembangkang hari ini lebih kepada pentas pidato politik pilihan raya yang penuh dengan tohmahan terhadap kerajaan, selain menabur janji palsu tanpa sedikitpun cuba menjelaskan kontroversi melibatkan pihak mereka. Pemerhatian penulis mendapati semua ucapan, baik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk beberapa badan bukan kerajaan hanya berkisar isu yang diulang-ulang di seluruh negara. (Baca lagi Klik TAJUK ENTRI) Isu seperti penggunaan kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu dan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP langsung tidak disebut di hadapan kira-kira 45,000 orang yang menunggu sejak awal pagi. Suasana hingar-bingar dengan tiupan vuvuzela seolah-olah ketika perlawananbola sepak juga menimbulkan persoalan apakah 'amanat' yang disampaikan pemimpinpembangkang terbabit sampai ke telinga hadirin? Malah, ketika Anwar selaku penceramah terakhir berucap, penulis dan rakanmedia lain mendapati ada hadirin keluar meninggalkan Stadium Merdeka itu. Anwar dalam ucapannya seperti biasa, meminta rakyat yang berhimpun hari ini memberi peluang kepada pakatan pembangkang mentadbir negara dengan modal basiiaitu kerajaan sekarang tidak menjaga kebajikan rakyat. "Rakyat bangkit hari ini kerana ingin mengubah sistem rasuah di negara kita. Saya lihat sendiri semangat rakyat, saya rasa sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat. "Kami dalam pakatan berikrar kami tidak akan izinkan rasuah dan rompakan kepada rakyat," katanya cuba membakar emosi hadirin. Beliau juga membaca skrip sama ketika berceramah di tempat lain iaitu dakwaan kronisme, angan-angan Mat Jenin untuk menurunkan harga barangan serta menghapuskan pinjaman pendidikan. Sebelum itu, dalam ucapannya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa MCA, MIC dan Gerakan "memakmumkan" Umno sejak 55 tahun lepas selain pemimpin Umno tidak menunjukkan "wajah" pemimpin Islam sebenar. Ironinya ucapan Abdul Hadi hanya menerima reaksi hadirin ketika ada seruan "takbir" atau "bangkit", sedangkan pada kebanyakan masa tiupan vuvuzela mengiringi patah ayat yang keluar daripada mulut pemimpin PAS itu. Menurut seorang rakan media yang berjaya melepasi kawalan keselamatan, Abdul Hadi yang kini dihambat kontroversi 'Amanat Haji Hadi' bergegas meninggalkan kawasan stadium ketika diaju pertanyaan mengapa isu semasa membabitkan pakatan tidak dibangkit. Peluang menjelaskan kontroversi pemilihan CEC di hadapan rakyat juga tidak dimanfaat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menggunakan pentas hari ini untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk mengenai Bantuan Rakyat1Malaysia dan Sistem Penguatkuasaaan Automatik (AES). Selepas tiga jam mendengar 'ceramah' daripada kira-kira 10 orang termasuktiga pemimpin utama parti pembangkang, penulis menyimpulkan isu yang disentuhhanya membabitkan segelintir rakyat, malah itupun tidak dinyatakan bagaimana pun masalah berkenaan akan diselesaikan.BERNAMA |
#KL112 #HKR112 Mana 1 Juta Orang Yang Nak Bangkit Tu? Posted: 12 Jan 2013 07:00 AM PST Kalau tak gempak lebih,itu bukannya nama pakatan pembangkang.Gendang dipalu konon 1 juta orang nak bangkit sertai himpunan mereka di Stadium Merdeka petang Sabtu. Rasanya tidak payah pakai alat pengira untuk menghitung jumlahnya. Stadium Merdeka dan jalan-jalan sekitarnya memang sempit. Jadi nampaklah macam ramai. (Baca lagi Klik TAJUK ENTRI) Ikut anggaran semasa perhimpunan bermula paling ramai pun 80,000 orang berkumpul di dalam dan luar Stadium Merdeka. Mungkin atas sebab itu penganjur takut sangat hendak mengunakan Stadium Bukit Jalil yang besar dan kawasan sekitarnya yang luas. Ini kerana Stadium Bukit Jalil boleh mendedahkan kegagalan himpunan yang guna nama 'Kebangkitan Rakyat'. Secara kasar ia tidak lebih dari pesta hura-hura petang Sabtu. Gelagat mereka yang berarak dan berhimpun tidak ubah macam demo Bersih kecuali kali ini ia berlangsung secara aman. Mereka berarak dan buat riuh.Itu sahaja. Stadium Merdeka yang hanya tempat duduknya boleh memuat 30,000 nampak penuh. Peserta lain melimpah keatas padang stadium berkenaan. Polis sekadar mengawal lalulintas dan memastikan segalanya berjalan lancar. Pasukan FRU juga tidak kelihatan berkawal.- Oleh Wartawan Agendadaily |
[Video Inside] Duit Kutipan Jadi Rebutan @ Countdown #KL112 Chegu Bard vs Unit Amal PAS #HKR112 Posted: 12 Jan 2013 05:30 AM PST Pada malam Countdown HKR di Kg Baru malam tadi.. Chegu Bard terpaksa menggunakan pembesar suara menuntut Unit Amal PAS menyerahkan wang kutipan kepada pihaknya. Ini kerana Bard takut Mat Sabu sebat habis semuanya, al-maklumlah Mat Sabukan kaki kebas... (Baca lagi Klik TAJUK ENTRI) Pada malam tersebut dua pasukan yang berbeza membuat kutipan iaitu kumpulan Unit Amal PAS dan SAMM. Ianya di ragui oleh Chegu Bard dan meminta segala kutipan tersebut diserahkan kepada beliau di belakang pentas. Dimaklumkan kedua-dua pihak bermasam muka kerana rebutan duit tersebut! |
You are subscribed to email updates from POLITIK HARIAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |