KEPAL NASI KEPAL BERAS |
PROGRAM PEMUKIMAN 7H7M SELURUH PENASIHAT !! Posted: 08 Jul 2013 08:13 AM PDT Pemimpin UMNO tidak boleh menjadikan peningkatan sebanyak 9 kerusi yang dimenangi pada PRU13 sebagai "collateral" untuk menjamin semua masalah dan tanggungan yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN boleh di atasi. Jika kita perlukan "bank overdraft" pun pihak bank akan bagi syarat jaminan pada kadar 1:1. Jika kita perlukan RM1 juta kemudahan overdraft, pihak bank akan minta cagaran fixed deposit atau lain-lain jaminan seperti "OD against progress claim" atau lain-lain nilai yang bersamaan dengan nilai credit facilities yang ditawarkan. Tiada mana-mana bank yang menawarkan kemudahan kredit tanpa cagaran apatah lagi jika "loan exposure" yang besar. Nilai bebanan atau tanggungan dan ancaman yang bakal dihadapi oleh UMNO dan BN pada PRU14 akan datang, amat besar. Cabaran paling getir. Berikut adalah checklist ancaman-ancaman yang bakal dihadapi dan checklist liabiliti yang sedang ditanggung oleh UMNO/BN; 1. Sokongan undi cina insolven. 2. Sokongan undi india credit rating 7. 3. Kemungkinan ancaman dari komponen BN di Sarawak dan Sabah. 4. Kemungkinan ancaman kelemahan yang berterusan parti komponen di Semenanjung seperti MCA, Gerakan dan MIC. Selain dari ancaman dari sudut politik luaran, UMNO juga harus mempertimbangkan kelemahan dan baggage dalaman yang sedia wujud seperti masalah kepimpinan utama di peringkat pusat, masalah kepimpinan di negeri-negeri dan bahagian-bahagian serta cawangan. Ancaman persepsi terhadap individu-individu pemimpin parti pada pandangan umum. Semua ini adalah "checklist" tanggungan dan bebanan atau ancaman yang sedang dihadapi dan ditanggung oleh UMNO selaku parti teras kepada Barisan Nasional. Semua liabiliti ini jika tidak di atasi, ia boleh mengancam kedudukan BN pada PRU14 akan datang. Jika kita andaikan semua ancaman di semenanjung kekal status quo, dan wujud pula ancaman baru di Sarawak dan Sabah, bermakna BN pasti akan hilang kuasa secara mathematiknya. Apakah semua nilai liabiliti yang tertanggung di bahu UMNO ini boleh ditutup hanya dengan hujah bahawa UMNO sudah pulih. Buktinya UMNO berjaya menambah 9 kerusi berbanding dengan prestasi PRU12?? Apakah fixed deposit yang ada pada UMNO ini cukup untuk dijadikan "collateral" bagi menjamin semua masalah dan ancaman yang sedang dan bakal diharungi ini akan berjaya di atasi? Apakah nisbah fixed deposit ini berbanding dengan masalah dan ancaman berada pada kadar 1:1? Untuk mengelakkan pertandingan berlaku di peringkat tertinggi parti, kita gunakan modal UMNO sudah pulih. Buktinya kita kemenangan kita meningkat. Jadi jangan rosakkan UMNO disebabkan pertandingan. Untuk mengelakkan pucuk pimpinan dipersalahkan atau dituduh gagal memperbaiki prestasi BN, kita juga gunakan modal UMNO meningkat 9 kerusi. Untuk meyakinkan kembali rakyat yang sudah hilang kepercayaan terhadap BN pun kita gunakan modal UMNO sudah kembali kuat. Tiada mana-mana parti yang berjaya meraih kemenangan besar seperti UMNO. Pembangkang tidak mungkin berjaya merampas Putrajaya. Jadi kaum cina perlu menyokong kembali MCA dan Gerakan. India harus menyokong MIC. UMNO harus menerima realiti bahawa fixed deposit yang ada udah tidak cukup untuk menampung kekuatan BN secara jangkapanjang. UMNO harus meningkatkan fixed deposit dari sudut "kekuatan kepimpinan". UMNO harus menambah fixed deposit dari sudut keyakinan dan kepercayaan serta penghormatan seluruh parti komponen BN selaku parti teras. Jangan sampai komponen parti di Sabah dan Sarawak pun hilang keyakinan dengan leadership UMNO. UMNO harus menambah fixed deposit dari sudut keyakinan dan kepercayaan serta dilihat credible pada pandangan mata majoriti rakyat Malaysia. Bolehkah UMNO meningkatkan nilai fixed depositnya? Bagaimana caranya untuk meningkatkan semua nilai fixed deposit ini? Pemimpin UMNO fikirlah sendiri. Kalau tak boleh nak fikir bagaimana cara dan jalan penyelesaiannya, itu menandakan mereka tidak layak untuk diletakkan di atas sana. Buatlah program pemukiman untuk seluruh penasihat-penasihat PM, TPM dan seluruh barisan kabinet serta MKT duduk berbincang bersama selama 7 hari 7 malam, "bagaimana cara meningkatkan nilai fixed deposit UMNO agar layak menampung semua liabiliti yang ada", sekurang-kurangnya meningkatkannya hingga mencapai kadar 1:1. Insyaallah boleh tu... |
KERAJAAN BN GAGAL GUNA KUASA PERTAHAN ISLAM!! Posted: 07 Jul 2013 06:38 PM PDT Bertali arus anak-anak muda cinabengong mencabar dan menghina bangsa melayu dan agama Islam. Malah rasullullah saw sendiri pun turut dihina. Dulu kartunis Sweden hina Nabi saw, Salman Rusdie hina nabi dan banyak musuh luar yang hina agama pun, kita di KL akan pantas bangkit menyatakan tentangan. Baik UMNO, PAS mahupun lain-lain NGO. Hari ini anak cinabengong warga tempatan sendiri yang hina agama. Hingga hari ini Pemuda UMNO senyap. Pas pun senyap. Jiwa anak muda melayu sudah mati gamaknya ditangan anak muda cinabengong. 3.5 juta ahli UMNO hanya ibarat buih di lautan Selat Melaka. 1 juta lebih ahli PAS hanya ibarat buih di Selat Tebrau. Segala hinaan dan cacian anak muda cinabengong berlalu dengan bebas begitu saja. Sekarang Karpal Singh sudah memberi kata dua supaya PAS dan PKR menyokong cadangan yang akan dibawa oleh DAP ke parlimen untuk meminda perlembagaan, seksyen 12(4) berkaitan dengan agama dan keluarga Islam. Kerajaan sendiri pun sudah flip-flop dengan cadangan pindaan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berkaitan dengan hak ibu atau bapa Islam yang bercerai mengenai kedudukan agama anak-anak mereka yang di bawah 18 tahun. Islam tidak pernah mengajar umatnya mempertahankan dan melindungi Islam dengan cara berlawan melalui hujah perundangan konvensional. Undang-undang Islam tidak boleh tertakluk atau lebih rendah kedudukannya dari undang-undang konvensional. Undang-undang konvensionallah seharusnya menjadi alat bagi melindungi kesucian agama Islam. Bukan agama Islam yang terpaksa menurut tafsiran perundangan konvensional. Kuasa yang ada pada penguasa Islam sewajibnya digunakan untuk menjaga dan membela kesucian Islam itu sendiri. Sekarang keadaannya sudah hampir terbalik. Agama Islam dan segala tafsirannya sudah menjadi mangsa kepada pakar perundangan konvensional yang mahir dalam mentafsir segala "loopholes dan ambiguity" yang wujud di dalam sistem perundangan konvensional negara. Jika kerajaan gagal bertegas dalam mempertahankan apa yang sewajibnya dipertahankan, maka kita jangan hairan jika akan wujud lebih ramai penghina-penghina agama Islam di kalangan anak cinabengong di masa akan datang. Kalau kuasa yang ada sudah tidak mampu digunakan, maka gunakan lisan, dan jika dengan lisan pun kita tidak berupaya lagi untuk menegaskannya, maka cukuplah di dalam hati ada perasaan benci terhadap kegagalan pihak penguasa untuk menjaga kesucian Islam. Kerajaan melalui pelbagai agensi wajib mempertahankan Islam dengan kuasa kerana mereka ada kuasa. Pemuda UMNO dan PAS yang tiada kuasa, wajib gunakan lisannya "secara berjemaah" untuk memerangi kegagalan ini. Kami rakyat beragama Islam yang di bawah ini cukup hanya sekadar "merasa benci" dengan keadaan kesucian Islam yang sedang dihina. Sikap ini sudah memadai bagi kami untuk melepaskan diri dari tanggungjawab di hadapan Allah swt. Kamu yang di atas dan yang ada kudrat untuk menghalang musuh yang ingin melemahkan Islamlah yang berkewajiban dan bertanggungjawab sepenuhnya. Allah taala cari kamu dulu apa-apa hal di masyar kelak. Kami last sekali. Itu pun jika kamu berjaya dalam penghakiman. |
You are subscribed to email updates from KEPAL NASI KEPAL BERAS To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |