Duke of UMNO |
- DAP SEBUT NAMA MYKMU.NET DALAM SIDANG PARLIMEN...!!!
- PEMIMPIN UTAMA PAS SEMUANYA PENGECUT NAK LAWAN KARPAL DEMI AQIDAH UMMAH?
- PANASSS..!!! PAS KEDAH, UMNO KEDAH DAN PRU14...
- RUMAH MEWAH PEMIMPIN KANAN PAS KEDAH BAKAL TERBONGKAR..???
- GEMPARRR..!!! NIZAR DITAHAN POLIS DI LUAR NEGARA..!!!???
- SAPA PAK LEBAI PAS KEDAH YANG PAKAI ALPHARD VELLFIRE..?
- KENYATAAN TERBARU ANWAR PASAL RAMPASAN KUASA MORSI...!!!
- HOT..!!! BAZAR RAMADHAN PERTAMA DIHARAMKAN PAKATAN HARAM..!!! #ABCD
- TIPS RAMADHAN: DAPATKAN PAHALA MUDAH...
DAP SEBUT NAMA MYKMU.NET DALAM SIDANG PARLIMEN...!!! Posted: 08 Jul 2013 08:38 AM PDT ![]() Sebagaimana yang dilaporkan rakan saya di sini, Ketua Publisiti DAP, Tony Pua begitu resah gelisah apabila isu mengenai gerakan Red Bean Army (RBA) dibangkitkan di dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini. Mungkin tidak tahu bagaimana hendak menyembunyikan keresahannya, dia sebut nama portal mykmu.net di sidang Parlimen di depan seluruh ahli parlimen di dalam dewan yang mulia itu. Saya kira, kenyataannya itu turut dihansardkan di parlimen, bukan? Mencuit hati, dia menuduh mykmu.net dengan pelbagai tuduhan yang langsung tidak berasas, kononnya laman ini melaporkan laporan fitnah dan menghasut rakyat ke arah yang negatif. Bagaimanapun, pengendali portal ini telah menafikan tuduhan Tony Pua itu. Sebenarnya saya tidak faham mengapa Tony Pua secara tiba-tiba saja menyebut nama mykmu.net. Kenapa mykmu.net saja yang disebut? Tony Pua hanya kenal mykmu.net saja, kah? Tiada laman portal, blog, facebook, twitter atau laman sosial lain yang ada di dalam otak Tony Pua? Persoalannya, mengapa Tony seolah-olah dilihat "phobia" sangat terhadap mykmu.net? Apakah Tony terlalu terkasima dan tergugat dengan penulisan fakta serta kupasan tepat di laman portal ini? Saya bukanlah "founder" laman portal mykmu.net. Saya juga bukan "orang lama" dan bukan juga pengendali portal ini. Saya hanya sekadar kolumnis yang diberi kepercayaan dari pengendalinya untuk menulis pandangan dan ulasan mengenai situasi politik semasa di negara kita. Namun ingin ditegaskan disini bahawa sepanjang hampir 10 tahun bersama mykmu.net, portal ini begitu bertanggungjawab dan beretika dalam apa jua bentuk siarannya. Itu memang sifat semulajadi portal yang ditubuhkan pada lewat tahun 1990'an ini. Sejak dulu lagi memang begitu. Pernah mykmu.net tersilap lapor (hasil dari salah faham penerimaan maklumat), namun tidak sampai 24 jam, pihak pengendali laman ini telah meminta maaf secara terbuka dan telah memperbetulkan kesilapan yang tidak disengajakan itu. Fair enough… Bagaimanapun, saya tertanya-tanya mengapa Tony Pua hanya terlintas untuk menyebut nama mykmu.net sahaja? Terasa pedas dan tidak dapat menahan kebenaran yang disiarkan di laman portal para pejuang Islam, Melayu dan Tanahair ini? Di awal zaman kewujudan mykmu.net dulu, laman web ini begitu konsisten mempertahankan kerajaan BN dan begitu vokal menentang perjuangan opportunis golongan reformasi belaan Anwar Ibrahim di medan maya. Tapi kini reformasi telah bertukar menjadi "reformasin" dan "reforbasi". Malah lebih membanggakan, ramai pejuang-pejuang kepalsuan reformasi itu telah berubah arah dan menyertai mykmu.net sebagai rakan-rakan yang menyokong pihak kerajaan. Dan kini timbul pula "musuh baru" untuk mykmu.net tangani, iaitu Red Bean Army. Dan ternyata RBA layak dinobatkan sebagai sebuah kumpulan pro-Pakatan Haram yang wajar diperangi oleh seluruh pejuang dan penyokong kerajaan BN di alam internet pada hari ini. Syabas saya ucapkan pada pihak pengendali laman portal mykmu.net ini. Meskipun sudah lama berkecimpung di alam "perang siber", mykmu.net tetap menggerunkan "pemilik" Red Bean Army biarpun secara rasmi di Parlimen. Tahniah! Buat rakan-rakan penulis, wartawan, forumer-forumer dan pembaca setia portal ini, kita wajar terus berjuang demi agama, bangsa dan negara. Kita harus pertahankan setiap inci dan ruang yang ada dari terus dicemari pihak-pihak yang cuba merosakkan agama, bangsa dan negara kita. Apapun, kita perlu kekalkan mykmu.net sebagai sebuah portal yang begitu konsisten menentang propaganda busuk pihak Red Bean Army – Pakatan Haram berlandaskan hukum Islam dan undang-undang yang wujud di Malaysia. Mykmu.net tetap dihati dan perjuangan kita masih belum selesai. Demi sebuah perjuangan, ayuh kita beri sokonga padu pada portal ini sebagai sebuah laman utama yang bakal membenam Red Bean Army ke dalam kubur buat selamanya, insyaAllah…. Sumber: Mykmu.net |
PEMIMPIN UTAMA PAS SEMUANYA PENGECUT NAK LAWAN KARPAL DEMI AQIDAH UMMAH? Posted: 08 Jul 2013 07:38 AM PDT ![]() Hari ini terpampang di dada akhbar mengenai kenyataan yang kononnya mewakili PAS menegur Pengerusi DAP, Karpal Singh, supaya tidak memberi kata dua pada rakan Pakatan Haramnya untuk membantah pindaan perlembagaan Perkara 12 (4). Perkara berkenaan adalah berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun di mana ia menetapkan kurang daripada golongan yang berusia 18 tahun ke bawah hanya dibenarkan memeluk agama Islam dengan keizinan ibu, bapa atau penjaga. Karpal memang dari awalnya tidak setuju dengan kandungan perlembagaan ini. Dia bantah. Dan kini dia mahu PAS dan PKR juga membantah apa yang DAP bantah. Karpal memaksa PAS dan PKR setuju dengan agenda DAP mengenai kesamarataan hak beragama? Persoalan saya, kenyataan yang kononnya mewakili PAS itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan. Kenapa hanya pemimpin PAS yang berjawatan rendah dan bukannya pemimpin utama PAS yang beri kenyataan membantah Pengerusi DAP itu? Mana perginya Mursyidul Am PAS? Mana perginya Presiden PAS? Mana hilangnya Timbalan Presiden PAS? Dan ke mana ghaibnya Setiausaha Agung PAS? Apakah mereka semua dilanda penyakit "bisu" dan "bisul" di lidah masing-masing? Kenapa hanya Penolong Setiausaha Agung PAS yang bersuara membantah Karpal Singh? Pemimpin utama PAS bacul dan pengecut untuk berdepan dengan peguam senior itu, kah? Pada hemat saya, ini adalah satu lagi helah PAS untuk bermain "wayang" bagi mengambil hati para penyokongnya yang semakin ramai meninggalkan parti itu. Mungkin mereka makin sedar tentang tindakan ramai pengikut mereka yang meninggalkan PAS yang semakin hilang arah tuju, tidak mampu mempertahankan dasarnya di dalam Pakatan Haram dan hanya mampu menjadi "pak turut" di dalam gabungan parti pembangkang tidak rasmi tersebut. Sebelum ini, kenyataan-kenyataan dari PAS mengenai perkara-perkara kontroversi hanya dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan yang paling rendah sekalipun akan diumumkan oleh Setiausaha Agungnya. Tapi kali ini, PAS hanya menghantar Takiyuddin untuk berdepan dengan Presiden DAP? Pada saya, teguran dan tindakan melalui Penolong Setiausaha Agung PAS itu memang sama sekali tidak serius memperjuangkan kepentingan aqidah umat Islam. Sepatutnya, PAS dan PKR tidak mementingkan kepentingan politik apabila pindaan perlembagaan yang bakal dilaksanakan kerajaan BN itu melibatkan kepentingan umat Islam. Mereka patutnya menyokong usul dari Kerajaan BN tersebut. Dan mungkin kerana usul pindaan itu datangnya dari Kerajaan BN, dan ditentang oleh DAP, PAS rasa serba salah untuk menyokong dasar pindaan yang memastikan kepentingan aqidah umat Islam itu terpelihara? Mana pendirian PAS berhubung usul ini? Sekiranya PAS benar ikhlas membela kepentingan umat Islam, tak perlu tunggu Takiyuddin menegur Karpal, Nik Aziz yang berada di Kelantan pun awal-awal lagi boleh keluar kenyataan menghentam Pengerusi DAP itu, bukan? Malah Hadi, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mustapa Ali pun dari awal lagi boleh "membelasah" Karpal secara berdepan di Parlimen. Kalau mereka boleh hentam BN secara berdepan, mengapa tidak berani hentam Karpal di depan semua orang? Takut pada Karpal? Sumber: Mykmu.net |
PANASSS..!!! PAS KEDAH, UMNO KEDAH DAN PRU14... Posted: 08 Jul 2013 05:37 AM PDT Korang rasa PAS kat Kedah ni kuat ke? Kuat sangat? Ye ke? Abis tu kenapa depa boleh kalah teruk pada tahun 2004, menang pada 2008 dan kalah simple majority pada 2013? Korang tahu kenapa? Kalau aku ambil maklumat dari UMNO atau agensi-agensi kerajaan, mungkin korang rasa kurang tepat, berat sebelah dan sebagainya... Tapi maklumat ni aku ambik dari orang kuat PAS sendiri dan meh sini aku cerita kat korang apa fakta serta maklumat yang kita boleh dapat dari orang kuat PAS Kedah yang duduk di Wisma Darulaman sebelum ni...heh! Dia ni bukan orang lain, pangkat "pak menakan" aku jugak ni. "Uncle" ZulYa... heh! Cuba baca betul-betul fakta dia kat bawah ni... Benarkah keputusan pilihanraya adalah adalah gambaran atau ukuran kekuatan PAS? Saya ingin merujuk situasi di Kedah untuk menjelaskannya. PAS menang di Anak Bukit (10.56 % pengundi Cina), Pengkalan Kundor (22.82 %), Kubang Rotan (27.3 %), Alor Mengkudu (23.96 %), Kuala Ketil (6.75%, I: 10.58 %) dan Merbau Pulas (13.35 %, I: 18.80 %). Jika tanpa undi Cina PAS atau bukan Melayu adakah PAS mampu memenangi kerusi tersebut? Kecuali Anak Bukit, selainnya hampir pasti PAS kalah.
Merujuk dari fakta-fakta dan peratusan yang "Uncle" ZulYa "aku" kata ni, DUN-DUN yang dimenangi oleh PAS pada aku adalah berpunca dari undi orang Cina di Kedah. Majoriti depa bagi kat calon-calon PAS. Kalau nak harap undi dari orang PAS saja, PAS hanya mampu dapat 4 kerusi saja di Kedah. Jadi secara tak langsung, PAS Kedah memang bergantung harap kat undi orang Cina saja untuk menang, kan? Bukan aku kata semua orang Cina bagi undi kat PAS dan Pakatan Haram. Tapi majoritinya begitu. Padahal, bilangan pengundi MCA dan Gerakan kat Kedah ni boleh tahan ramainya..kan? Apa kita nak buat dengan depa ni? Masih lagi kita nak "tolong" depa atau kita "tegas" kat depa lepas ni? Islam kata..."kita orang Islam berkasih sayang antara saudara seagama dan bertegas (dan adil) pada golongan bukan Islam", kan? Aku rasa, kita ikut cara Islam la yang terbaik. Kita tegas dan adil pada orang Cina kat Kedah ni. Bukan nak balas dendam, kita cuma buat kerja cara Islam. Lepas ni jangan marah la kalau kita dah bagi muka kat orang Cina, kan? Tapi kita ikut hukum dan undang-undang laaa...heh! Satu lagi, dengan kenyataan "uncle" ZulYa "aku" yang sedang dihentam hebat puak-puak PAS sendiri tu, itu membuktikan PAS Kedah ni memang tak kuat pun! Depa bergantung kat orang Cina saja. Kalau orang Cina tak bagi undi, depa hanya dapat 4 DUN saja laaaa...heh! Kalau cakap pasal kemenangan 4-0 kat Kuala Kedah tu, tu bukan pasal PAS kuat kat situ pun. Tu pasal undi Cina saja. Lagipun, setahu aku dan ramai orang UMNO Kuala Kedah sendiri akui bahawa UMNO kat bahagian tu caca-merba sikit...ehhh silap... caca-merba banyakkk...heh! Luar kawalan... Kali ni BN menang di Kedah dengan simple majority. Aku yakin, kalau kena dengan strategi dan taktikal yang selaras, tak mustahil BN akan menang majoriti pada PRU14 nanti. Cuma nak selaras tu la yang pening kepala sikit tu...heh! Anyway, aku dengar akan berlaku rombakan di peringkat UMNO Negeri. Itu bukan hak aku nak bersuara, itu hak DS Najib. Tapi aku terus terang kat sini, sekarang ni UMNO Negeri tak boleh nak berjalan atas sebab-sebab tertentu. Takleh salahkan UMNO Kedah, Tok Bashah atau Mukhriz dalam hal ni. Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah tu masih tunggu jawapan dari DS Najib. Kalau DS Najib dah bersuara nanti, barulah UMNO Kedah boleh ligat balik macam sebelum ni...harap maklum pasal hal ni... Aku dan rakan-rakan akan terus berjuang macam biasa. Pada aku, undi dari saluran 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12 masih belum memuaskan hati aku. Dalam masa yang sama, undi dari saluran 1 dan 2 perlu dijaga... Apa yang aku tahu, perjuangan aku belum selesai... korang macamana pulak? |
RUMAH MEWAH PEMIMPIN KANAN PAS KEDAH BAKAL TERBONGKAR..??? Posted: 08 Jul 2013 03:41 AM PDT Pernah tengok gambar kat atas ni? Member maya aku, Medan Tempur Kedah sempat rakam gambar kat atas ni... katanya rumah mewah ni milik pemimpin kanan PAS Kedah... betul ke? Aku tak sure sama ada betul atau tidak dakwaan yang member aku buat tu sebab aku sendiri belum pernah tengok geran rumah tu. Aku tak pernah tengok pun sebarang dokumen yang sah mengatakan rumah tu milik pemimpin kanan PAS Kedah... Tapi.... Ada suara-suara dari kem Ustaz Azizan yang beri maklumat pada aku bahawa rumah tu memang betul milik pemimpin kanan PAS Kedah. Betul ke? Aku tak sure jugak sebab takut depa ni sengaja nak jatuhkan pemimpin PAS Kedah tu... maklum la... depa dari kem yang berlainan... Mengejutkan lagi, sumber tu beritahu, khabarnya rumah tu diberikan secara percuma! Betoi ka? Kenapa pulak diberikan secara percuma? Ada apa-apa ke? Takkan la tiba-tiba saja nak beri rumah percuma kot? Tipu laaa... mesti ada apa-apa ni...kan? Aku tak mau tuduh, tapi khabarnya perkara ni akan dikorek sampai ke lubang cacing. Betul atau tidak, kita akan tahu nanti. Cuma buat masa ni, aku dengar ada pemimpin PAS Kedah yang dah tidur tak lena... hadoiii.. tadi cerita pasai kereta mewah...ni pasal rumah mewah pulak dah... lepas ni apa pulak? Mewah dengan bini baru pulak? Hmmmm...entah laaa... P/s: Macam-macam gossip pemimpin PAS Kedah sekarang ni... |
GEMPARRR..!!! NIZAR DITAHAN POLIS DI LUAR NEGARA..!!!??? Posted: 08 Jul 2013 02:18 AM PDT Tu diaaa..!!! Hebat betul Nizar Jamaluddin ni... Memang hebat gila..!!! Aku rasa, takdak pemimpin PAS yang boleh lawan kehebatan Nizar ni.. Paling hebat dalam sejarah sejak PAS ditubuhkan..!!! Korang boleh lawan dia ke? Heh! Korang nak tahu kenapa aku kata Nizar ni hebat? Meh sini aku cerita sikit...heh! Macam ni ceritanya... Baru-baru ni aku dengar Nizar "melancong" ke luar negara. Lebih tepat lagi, Australia...Khabarnya, dia buat gila kat sana pulak dah... nak tahu dia buat apa? Dia kata dia nak failkan saman di mahkamah Australia untuk batalkan keputusan PRU13 baru-baru ni..!!! Dia nak saman di mahkamah Adelaide? Tu diaaaa..!!! Hebat tak? Aku rasa, pemimpin Pakatan Haram lain pun tak segila Nizar ni. Hebat betul gila dia ni...hahahahahaaa..!!! Aku nak tanya la, kalau la betul dia failkan saman kat mahkamah Australia, korang rasa mahkamah kat sana nak layan ke gila si Nizar ni? Kah! Kah! Kahhh..!!! Buang masa mahkamah kat sana je layan saman dari orang gila macam tu...kan? Aku dengar, Nizar dok tengah sakan menghasut pelajar-pelajar Malaysia kat Australia. Heh! Aku tak tau la apa yang dia temberang student kita kat sana... habis dia auta bebudak tu...kesian... bebudak tu bukannya tahu hujung pangkal tu... Aku harap Nizar tak kena tahan kat airport Australia tu. Kat sana undang-undang agak ketat. Silap-silap Nizar boleh ditahan dan disumbat ke hospital pakar sakit jiwa kat sana... heh! Tiba-tiba je buat kecoh kat negara orang... |
SAPA PAK LEBAI PAS KEDAH YANG PAKAI ALPHARD VELLFIRE..? Posted: 07 Jul 2013 11:37 PM PDT Sumber dalaman di Wisma beritahu aku bahawa GLC-GLC di bawah Kerajaan Negeri Kedah sekarang ni sedang diaudit. Segala urusan keluar masuk duit dalam GLC-GLC tu sedang diperiksa oleh pihak auditor... Perkara ni pun dah disahkan oleh MB Kedah, Datuk Mukhriz sendiri. Sedang GLC-GLC di Kedah ni diaudit, aku dengar ramai pulak pak-pak lebai PAS ni yang dok mengelupur kat luar. Kenapa depa resah gelisah sampai tak dapat tidur malam ni? Ada kena mengena dengan audit tu ke? Khabarnya, baru saja diaudit, dah terjumpa dengan pelbagai "kejutan" demi "kejutan" yang mampu buat pak-pak lebai PAS tu berpeluh sakan. Aku sendiri pun terkejut...tak sangka pulak pak lebai PAS ni sakan sekali "pediah" duit rakyat..! Heh! Depa kata, ada pak lebai yang buat ceramah politik, tapi claim kat GLC. Satu ceramah RM300. Kalau 2 ceramah sehari, dapat RM600. Kalau 5 hari depa ceramah sebanyak 2 kali sehari dalam masa sebulan? RM300 x 2 ceramah x 20 hari/sebulan = RM12,000..!!! Perghhhh!!! RM12k sebulan..!!! Tu baru ceramah saja. Belum lagi bab yang lain. Belum lagi sebut pasal kerakusan membalun balak, gaji tak masuk akal di IHSB, makan gaji buta di Kulim Hi-Tech dan banyak lagi GLC-GLC yang hampir dimufliskan PAS Kedah dulu... Oooo... lagu tu ceritanya. Aku ni bukannya faham sangat cerita-cerita korporat ni. Tapi lepas depa explain kat aku, rupanya ada pulak golongan "keparat hijau" yang dok melingkup duit rakyat Kedah selama 5 tahun ni...heh! Belajar guna Ipad pun dapat elaun RM1,000 weiiii..!!! Apa cerita..? Tapi takpa lah... aku malas nak cakap banyak sekarang. Kita tunggu hasil audit tu dulu... kita tengok nanti apa "kejutan-kejutan" tu. Aku harap pak-pak lebai tu tak pengsan sudah la.. Dan aku yakin, pak-pak lebai PAS yang tak dak jawatan dalam GLC pun akan terkejut sama tengok perangai kawan depa buat kerja dalam GLC Kedah sebelum ni...heh! Patut pun ada yang pakai estima, alphard, camry, harrier... heh! |
KENYATAAN TERBARU ANWAR PASAL RAMPASAN KUASA MORSI...!!! Posted: 07 Jul 2013 09:37 PM PDT Aku pelik la kenapa puak-puak PAS ni "dewa-dewa"kan Anwar. Padahal, Anwar tu dah terang-terang penipu, hipokrit, lidah bercabang dan layak digelar "sesumpah". Meh sini aku bagi contoh terbaru kenyataan Anwar yang bercanggah. Kat sana kata lain, kat sini kata lain... Contohnya...
Maksudnya, Anwar anggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar sebab ianya salah sama sekali dari sudut amalan demokrasi. Tapi, menurut apa yang Anwar kata kat sini... Anwar janji akan tumbangkan Kerajaan BN pada tahun ni melalui cara kekerasan! Kononnya dia tak boleh nak tunggu lagi 5 tahun... lama sangat la kot nak tunggu PRU14... takut dia dah mati sakit AIDS time tu kot? Kenyataan Anwat tu pulak dikuatkan pulak oleh pejuang sosialis Pakatan Haram, Hishamuddin Rais...
Kalau kita bukak balik kenyataan Anwar pasal "Arab Spring", jelas menunjukkan dia menyokong penuh gerakan menggulingkan kerajaan melalui cara huru-hara, ganas dan tak bertamadun tu. Paling best, dia boleh kata pulak "Arab Spring" tu bermaksud demokrasi...!!! Perghh..!!! Apa punya putar alam la mamat ni... P/s: Korang tak rasa ke Anwar ni dah gila? Aku rasa, dia sendiri tak faham apa yang dia kata... tu pun korang nak dia jadi PM? Kah! Kah! Kah...!!! Korang gila kaaa..? Hahahahahaaaa.... |
HOT..!!! BAZAR RAMADHAN PERTAMA DIHARAMKAN PAKATAN HARAM..!!! #ABCD Posted: 07 Jul 2013 07:37 PM PDT Baca betul-betul notis kat atas ni. Notis tu dari Majlis Perbandaran Kajang. Maknanya, ahli-ahli majlis kat daerah tu tak benarkan Bazar Ramadhan di Reko Sentral sebagaimana yang dipohon Persatuan Penduduk Taman Langat Jaya... Aku percaya, alasan yang depa akan beri ialah "gangguan lalu lintas". Kononnya nak beri alasan yang sama seperti di Jonker Walk, Melaka... Amacam? Seronok tak bila Selangor di perintah Pakatan Haram? Walaupun MB Selangor tu beragama Islam, dia sendiri tak boleh buat apa-apa demi kepentingan umat Islam di Selangor. Ada Exco Agama pun takde kuasa nak bantu umat Islam...heh! Kenapa ek? DAP tak jadi MB pun, tapi depa boleh balas dendam kat umat Islam di Selangor. DAP tak jadi Exco agama pun, tapi depa boleh matikan kuasa yang ada pada Exco agama. Kenapa? Sebab depa jadi Exco PBT kot...? Heh! Ini lah dia Pakatan Haram. DAP is the boss. PKR hanya boneka. Dan PAS pula hanya pencacai pengangkat najis. Mangsanya? Umat Islam laaaa...kan? Siapa boleh nafikan bahawa bazar Ramadhan merupakan peluang bagi umat Islam untuk cari rezeki lebih? Siapa boleh nafikan kepentingan bazar Ramadhan yang memberi pilihan pada umat Islam untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan pilihan yang lebih baik, murah dan menjimatkan..? Korang fikir la sendiri. Kalau la Kerajaan UMNO/BN yang buat macam ni, aku gerenti pak-pak lebai PAS akan berguling atas jalan sambil pegang bendera DAP memprotes macam orang gila. Tapi bila Pakatan Haram yang buat, depa jadi bisu terusssss..!!! Coward..!!! P/s: Setahu aku, area Kajang tu memang ramai penyokong PAS totok.. aku nak tengok apa depa nak buat... pesan aku, jangan jadi pondan la weiii... darai..!!! Heh! |
TIPS RAMADHAN: DAPATKAN PAHALA MUDAH... Posted: 07 Jul 2013 05:37 PM PDT Aku yakin, kita umat Islam kat Malaysia ni dah tak sabar-sabar nak sambut Ramadhan, kan? Sebok nak membeli barang rumah nak sambut Ramadhan, kan? Dah buat list ke belum? Korang ada masukkan minyak masak dalam list korang tak? Kalau ada, aku nak kasi tips sikit untuk beli minyak masak ni.. bukan apa... tips ni penting untuk kita umat Islam kat Malaysia ni... Meh sini aku kasi tips sikit... Minyak masak Adela ni, ada 3 jenis. Ada yang diperbuat dari minyak canola, ada dari biji bunga matahari dan ada yang campuran antara canola dan sunflower seed nih... khasiatnya memang bagus dan rendah kolestrol... Harganya? Lebih murah, tapi lebih bermutu dari minyak masak keluaran orang Cina yang kontrol ekonomi kat Malaysia ni.. Jadi, apa salahnya korang pilih minyak Adela ni, kan? Aku yakin, kita akan dapat pahala kalau niatnya nak tingkatkan ekonomi orang Islam. Kenapa aku tiba-tiba promote minyak masak Adela ni? Takkkk... aku takde pegang saham dalam syarikat Adela ni pun (Delima Oil Products). Diorang tak upah aku 1 sen pun... Aku memang suka beli dan guna minyak masak ni kat rumah pun... dah lama dah aku pakai sejak keluar dipasaran... Lagi satu, pada yang nak buat kuih raya tu, korang boleh beli majerin jenama Adela ni. Tak payah dah beli majerin yang korang rasa was-was keluaran Cina tu... bukannya membantu produk Melayu Muslim pun...kan? Selamat menyambut Ramadhan semua... semoga keberkatan menyelubungi kita di bulan yang penuh barakah ini... insyaAllah... bersamalah kita pertingkatkan ekonomi ummah... |
You are subscribed to email updates from THE DUKE'S BLOG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |