PEJUANG BANGSA |
- NAZRI SI KITOL DIMALUKAN ,AHLI PARLIMEN BN SOKONG AKTA HASUTAN DIKEKALKAN !
- Terkini ! Rahsia Red Bean Army rekrut tentera baru didedahkan @NajibRazak @tunfaisal
- POLIS DAH CEKUP ATLIT GiLA SEKS TERBABIT KES ROGOL SUKMA
NAZRI SI KITOL DIMALUKAN ,AHLI PARLIMEN BN SOKONG AKTA HASUTAN DIKEKALKAN ! Posted: 08 Jul 2013 09:58 AM PDT Gesaan Nazri Aziz Si Kitol mahu menghapuskan Akta Hasutan yang sealiran dengan PRk nampaknya terus ditibai ahli Parlimen BN termasuk Menteri Parlimen sendiri DS Shahidan Kassim hari ini . Kenyataan Menteri KDN DS Zahid Hamidi yang tetap mempertahankan akta hasutan demi menjaga keharmonian negara ternyata mendapat sokongan padu penyokong kerajaan . GPB yakin di mesyuarat Kabinet akan datang pastinya menjadi gelanggang sebenar Royal Rumble antara Zahid & Nazri , pertembungan bekas pemimpin Pemuda UMNO yang berbeza pandangan dalam isu yang paling penting untuk keamanan negara . Sudah lama ISA mahsuh , kini benteng terakhir menjaga institusi Raja, Melayu dan negara pulak nak dihapus yang mana cukup disukai parti chauvinis , rasis dari pembangkang . Sama-sama kita menyokong usaha DS Zahid pertahankan The Last Stand ini daripada hasutan Si Kitol pembangkang & Anwar dalam kerajaan Najib . Tiada akta hasutan , 4 teras diungkapkan Zahid iaitu hak istimewa orang Melayu, status Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terancam !! Tunggu sampai masa pemilihan UMNO ini kita perwakilan seramai 180 ribu terajang dia keluar daripada MT !! - Semua pihak seharusnya mempertahankan Akta Hasutan 1948 agar tiada sebarang gangguan ketenteraman awam yang terus timbul, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau berkata, seandainya akta itu dimansuhkan atau ditukar, pasti akan ada pihak yang cuba 'mengusik' beberapa lagi perkara sensitif melibatkan keistimewaan kaum Melayu umpamanya. "Pemansuhan akta itu hanya akan menerima nasib yang sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malah banyak kes berhubung keselamatan tidak dapat diambil tindakan berikutan ketiadaan ISA. "Disebabkan itu, pada saya Akta Hasutan tidak perlu dihapuskan kerana ia sebagai jalan untuk membawa pesalah (berkaitan hasutan) ini dibawa ke muka pengadilan," katanya ketika ditemui pemberita di Bangunan Parlimen hari ini. Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau turut menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi agar Akta Hasutan 1948 tidak dimansuhkan supaya setiap rakyat sedar keseriusan kerajaan untuk menjaga keharmonian negara. Semalam, Ahmad Zahid menegaskan bahawa Akta Hasutan 1948 harus dikekalkan berikutan terdapat sesetengah pihak mendesak supaya akta itu dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya. Katanya, pemansuhan akta itu hanya akan menyebabkan empat perkara utama termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak keistimewaan orang Melayu akan disentuh sesetengah pihak. Anggota Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom pula berkata, keperluan mengekalkan akta itu dilihat tidak mempunyai unsur politik namun ia demi menjaga kelestarian semua kaum di negara ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, rakyat seharusnya sedar penubuhan akta itu sebenarnya banyak membantu kerajaan menjaga ketenteraman awam malah ia mampu menyekat keadaan tidak diingini menjadi lebih buruk. "Mengekalkan akta itu ialah sebagai satu mekanisme yang lebih kepada menjaga keselamatan awam. Ini kerana ada perkara yang memerlukan siasatan yang terperinci dan ia banyak membantu pihak berkuasa menyiasat. "Pada saya, semua pihak sepatutnya menerima keadaan ini dan perlu memikirkan secara lebih mendalam tentang kepentingan mengekalkan akta tersebut demi masa depan negara," katanya. Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, keperluan mengekalkan akta itu kini dilihat amat penting agar keselamatan dan kestabilan negara terus terpelihara. "Biarpun akta ini sudah lama, namun pada saya ia masih relevan kerana apa yang kita lihat kini, ia banyak membantu membendung anasirluar yang cuba memecah-belahkan masyarakat," katanya. Beliau berkata, semua pihak terutama ahli politik tidak perlu risau atau takut kerana ia sudah digunakan sekian lama dan kewujudan akta itu hanya untuk mencegah sebarang kenyataan yang boleh mengganggu perpaduan rakyat. - BERNAMA |
Terkini ! Rahsia Red Bean Army rekrut tentera baru didedahkan @NajibRazak @tunfaisal Posted: 08 Jul 2013 07:26 AM PDT UPDATE - Tentera cyber fitnah Red Bean Army DAP kini telah re- branding gerak cyber mereka dengan merekrut tentera baru menerusi ' ejen impian ' . Pendedahan oleh group fb Analisis Politik Terkini juga turut memuatkan satu page Utras Red Bean turut mempromosikan ahli baru bagi menghadapi PRU14 . Persoalannya sekarang , Dap semakin giat memperhebatkan gerakan cyber mereka di media sosial tapi di pihak kita BN bagaimana ? Nampak seperti masih lagi menyepi .. |
POLIS DAH CEKUP ATLIT GiLA SEKS TERBABIT KES ROGOL SUKMA Posted: 07 Jul 2013 09:42 PM PDT Polis menahan tiga atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 bagi membantu siasatan berkaitan kes rogol yang dilaporkan di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Rabu lepas. Tiga suspek berusia antara 18 dan 19 tahun itu ditahan Jumaat lepas di perkampungan itu, sehari selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang. Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang DSP Lam Chien Fei memberitahu Bernama, ketiga-tiga suspek kini ditahan reman selama tujuh hari. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dalam pada itu menafikan laporan media sebelum ini yang menyatakan mangsa merupakan atlet bola baling Sukma 2013 sebaliknya merupakan seorang pegawai tambahan pasukan bola baling. Beliau yang ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan Ragbi Sukma 2013 antara Kelantan dan Melaka di UPM dekat sini hari ini, berkata beliau dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berjanji untuk mempercepatkan siasatan kes berkenaan. Khairy dalam pada itu turut menyarankan majlis sukan dan persatuan sukan menggantung atlet, jurulatih termasuk pengurus pasukan jika didapati terlibat membawa masuk minuman keras ke perkampungan sukan di UPM. "Tindakan membawa masuk minuman keras itu disifatkan sebagai perkara yang tidak boleh dimaafkan dan melanggar disiplin, justeru hukuman gantung itu wajar," katanya. Berhubung kejadian langgar lari tiga peserta larian amal anjuran stesen televisyen NTV7 di Bandar Utama, Petaling Jaya pagi ini, Khairy berkata polis telah mengenal pasti suspek melalui nombor pendaftaran kenderaan jenis Proton berwarna merah dan kini diburu polis. "Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan pulang. Saya telah dimaklumkan pihak Media Prima Bhd menanggung kos rawatan perubatan peserta terbabit," katanya. |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |