Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

The Antics of Husin Lempoyang

$
0
0

The Antics of Husin Lempoyang


TRANSFORMASI cara menetapkan mula puasa

Posted: 07 Jul 2013 12:04 AM PDT


Tarikh melihat anak bulan Ramadan jatuh. pada petang hari Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah. Pada malam itu, penyimpan mohor besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan Puasa. 

Suatu masa dahulu, kita sering berdebat mengenai cara nak menentukan mula puasa. Cara lama adalah melihat anak bulan. Apabila terlambat, orang persoalkan cara ini kerana yang tengok tu Pak Imam dan Tok Lebai yang mata dah rabun.

Lalu kita tukar cara pada pendekatan hisab. Islam pun ada ilmu astrology yang dah lama diterima dan upaya mentukan waktu mula bulan. Kita di Malaysia, kononnya menggunakan dua-dua cara untuk memuaskan hati semua pihak. Sebenarnya dah lama guna hisab saja.

Sesuai dengan zaman TRANSFORMASI, polisi ekonomi yang inklusif dan meraikan merit dan mesra pasaran, anak-anak muda menuntut perubahan. Mereka mahu lihat penentuan mula puasa mengambilkira negara yang berbilang kaum dan agama serta sikap pragmatisma. .

Sudah sampai masanya PEMANDU melibatkan diri untuk menentukan mula puasa. Bagi menentukan mula puasa Isnin, patut dipanggil makmal PEMANDU dari Sabtu hingga ke Isnin.


Seperti biasa, sebulan sebelum Makmal akan diadakan, akan keluar laporan berita dari PEMANDU tentang cara baru menentukan mula puasa yang pastinya dikatakan lebih baik, baru dan hebat dari cara pendekatan lama.

Sebelum makmal bermula, akan ada majlis pelancaran dengan Pak Menteri mengetuk gong untuk mulakan makmal. Acara kerajaan penting ada pelancaran dan penutup. Msatu jam majlis pelancaran dan satu jam majlis penutup. Tak kira majlis sebenar setengah jam campuar masa kudapan.

Majlis pelancaran mesti mula dengan Imam Besar Masjid Negara atau kadhir mana-mana atau Mufti baca doa.. Macam itu saja kerja mereka. 

Makmal PEMANDU akan mula dengan taklimat dari pihak kerajaan dan yang berkuasa seperti Pengarah JAKIM, Pengerusi Majlis Fatwa, Pengarah Dewan Bahasa Pustaka (bukan bidang dia tapi setiap majlis mesti nampak muka), Pegawai Ugama Istana Negara, Yayasan Ikhtiar, Pusat Zakat dan tidak ketingalan Dato Azeez Rahim.

Taklimat akan diberi pada peserta-peserta yang menurut Dato Idris Jala adalah 'stakeholder' dalam industri berpuasa dan lain-lain pihak yang terlibat.  Konsep makmal membawa pihak beruasa, stakeholder dan orang awam bersama menentukan mula puasa.

Peserta yang dipanggil adalah tukang ketuk kentong masjid-masjid dan surau-suarau, bilal masjid-masjid dan suarau-surau azan untuk mulakan berbuka dan waktu sahur habis, pengedar makanan, restoren India Muslim dan gerai nasi campur, apek jual sayur dan ikan di pasar.

Tidak ketinggalan adalah pengusaha pasaraya, pemborong dan pekedai makanan yang Islam mahu pun yang bukan Islam, pemandu teksi, bas, keretapi dan semua pengangkutan awam. 

Turut juga 'stakeholder' adalah wakil-wakil wakil-wakil ugama lain yang terganggu kerja di pejabat kerana keluar makan tengahhari lama sangat dan ditinggalkan di pejabat untuk buat 'overtime' pasla yang Musim balik awal.

PEMANDU akan juga panggil orang bukan Islam yang turut serta berpuasa dan berbuka dengan orang Islam kerana mahu jaga badan dan turunkan berat badan.

Sama seperti Makmal yang dituruhkan PEMANDU yang sering melibatkan konsultan business seperti Ethos, McKensey, Boston Consulting, Arthur Aderson, Booz ALlen Hamilton, dan lain-lain,  konsultan akan dipilih sebagai facilitator.

Bagi tujuan menentukan mula puasa, konsultan yang teramat sesuai dipilih adalah aktivis ugama yang diiktiraf PEMANDU iaitu gandingan NGO-NGO, Sister-in_slam, MCCCHST dan Interfaith Comission. Penyelanggara adalah Harris Ibrahim dan Hannah Yeoh

Hujah utama memilih mereka adalah hak orang Islam berpuasa hak orang bukan Islam untuk makan waktu siang dengan orang Islam terjejas.

Lagi pun, NGO-NGO ini boleh dapat yuran konsultansi dan ianya boleh disalurkan oleh NGO-NGO ini kepada Bersih 5.0 untuk terus berdemo dan mempersoalkan keputusan pilihanraya walaupun jika Pertubuhan Bangsa Bersatu yang mengendalikan.

Perkasa dan Persatuan Pengguna Islam tidak akan dijemput bersama tapi dibenarkan menyampaikan memorandum dan buat laporan polis serta berdemo dengan baju sewarna.

Hasil rumusan makmal akan dibuat selepas melihat anak bulan dan penjelasan dari ilmu hisab. Lain dari tradisi lepas, hasil rumusan maklmal menentu waktu puasa akan ditentukan dibawa sendiri oleh Omar Ong kepada Dato Najib.

Idris Jala ula bertanggungjawab menyampaikan rumusan makmal kepada jawatankuasa penentu mula puasa dan akan diperkenankan kepada majlis raja dan pemegang mohor besar raja-raja Melayu akan umumkan hari puasa.

Oleh kerana Omar Ong dah sampaikan dulu kepada Dato Najib, Omar sempat beri cadangan lain dari rumusan makmal dan akhirnya pemegang mohor raja-raja hanya perlu merujuk saja kepada Omar Ong.

Walaupun proses nampak lebih lama, lambat, berperingkat dan birokrasi, Idris Jala rasakan ianya lebih betul sebab melibatkan semua pihak dan bukan hanya pengamal ilmu hisab dan Tok Lebai yang melihat teropong menentukan mula puasa.

Ia juga boleh menjanakan RM10 juta tambahan nilai ekonomi (tidak termasuk RM100 juta kepada Ethos dan lain-lain konsultan kroni mereka) dan 434 pekerajaan baru.

Dengan demikian, semua pihak boleh menikmati tambahan ekonomi dari cara baru menentukan puasa melainkan orang Islam yang kena puasa dan lebih banyka beribadah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>