Taipingmali (tm) |
- Tantawi dan Nik Abduh buat kacau di Greenwood Gombak
- Utusan: Cina anggap pemberian tidak cukup dan mahu rampas kuasa Melayu
- Masjid Jamek Damansara Perdana Dibatalkan
- Empat Laporan Polis Terhadap Malaysian Insider (MI)
Tantawi dan Nik Abduh buat kacau di Greenwood Gombak Posted: 06 Jul 2013 10:34 PM PDT Ini sahajalah yang mampu dibuat oleh dua orang ahli dewan rakyat Pas. Buat gimik jual gula RM 2 sekilo. Kenapa tak perbanyakkan Kedai Kohilal? Gula yang dijual ini sepatutnya dijual dibawah paras subsidi. mungkin RM 1.20 sekilo. Selebihnya ditanggung oleh mereka. Kasihan penduduk Temerloh dan Pasir Mas, apabila wakil rakyat mereka menyibuk di tempat orang lain. | ||||||||||
Utusan: Cina anggap pemberian tidak cukup dan mahu rampas kuasa Melayu Posted: 06 Jul 2013 09:37 PM PDT Oleh Md Izwan Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menunjukkan masyarakat Cina mengganggap nikmat yang mereka perolehi belum mencukupi, kata akhbar Utusan Malaysia selain mendakwa parti majoriti Cina, DAP merancang merampas kuasa orang Melayu menerusi kerjasama PKR dan PAS. Penulis rencana akhbar itu, Dr Alias Mohamed mendakwa kaum Cina sudah mencapai matlamatnya menerusi saluran MCA tetapi kini mengabaikannya kerana mahu menentukan hala tuju mereka sendiri. "Selepas mendapat kerakyatan dan kemudiaan kuasa ekonomi yang dominan, orang Cina mengganggap apa yang diberi orang Melayu tidak mencukupi. Seperti orang Cina di negara lain yang bilangannya dominan seperti di Singapura, hakikatnya mereka ingin menentukan destini mereka sendiri," kata Dr Alias yang dipetik dalam artikel "Strategi politik kaum Cina" di ruangan rencana Utusan Malaysia hari ini. Beliau menuduh kaum Cina mahu merampas kuasa masyarakat Melayu dan parti DAP adalah dalang utama dalam mencapai matlamat itu, ia boleh dilihat menerusi penguasaan kerusi di kawasan bandar. "DAP mewarisi ideologi politik sama rata Lee Kuan Yew (bekas Perdana Menteri Singapura), mereka sedar kekuatan mereka bergantung di bandar. Oleh itu, mereka menggunakan propaganda 'Malaysian Malaysia' untuk mengadu-dombakan doktrin kesamarataan dalam masyarakat walaupun Malaysia dibina atas asas sejarah pribumi dan sistem politik serta komposisi kaum yang berbeza dengan Singapura," katanya. Selain itu, Dr Alias berkata, untuk mencapai matlamat itu DAP sedar mereka memerlukan pertolongan daripada parti pembangkang Melayu khususnya PKR dan PAS kerana hanya dengan cara itu ramai Ahli Parlimen akan menyeberang dan sertai gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR). "Orang Cina sedar mereka tidak akan berjaya menguasai negara ini dalam jangka masa singkat, khususnya tanpa sokongan parti pembangkang Melayu seperti PAS dan PKR. Mereka berharap kuasa akan jatuh ke tangan mereka selepas berlaku huru-hara atau kucar-kacir di Parlimen yang menyebabkan Ahli Parlimen BN melompat ke rakit DAP," katanya yang merujuk kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Mac 2012 yang memetik mengatakan partinya berpuas hati jika memperoleh 100 kerusi Parlimen daripada 222. Dr Alias turut memberikan amaran kealpaan pemimpin Melayu dalam kerajaan yang sibuk membangun dan memajukan kawasan luar bandar akan memakan diri sendiri kerana apabila masyarakat Cina akan berhijrah ke kawasan itu serta kemudiaanya menguasai ekonomi sekitarnya. "Dalam jangka panjang, mereka (DAP) berharap akan berlaku perubahan besar dalam demografi penduduk akibat kealpaan pemimpin Melayu dalam parti pemerintah yang terus memperhebat pembangunan bandar dan luar bandar yang sekaligus menggalakkan peningkatan serta perpindahan penduduk Cina ke kawasan berkenaan," katanya. Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengatakan sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, kerajaan baru BN akan memulakan perdamaian kebangsaan, sebagai usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, selepas apa yang beliau gambarkan senagai "tsunami Cina" dalam pilihan raya umum itu - menyaksikan BN menang dengan majoriti lebih kecil berbanding PRU12 pada 2008. Akhbar Umno, Utusan Malaysia, selepas berakhir pilihan raya 5 Mei lalu turut mengeluarkan tajuk "Apa lagi Cina mahu?" sebagai tindakan menunjukkan keputusan pilihan raya dibentuk oleh kaum Melayu menentang kaum Cina. DAP memperoleh lebih 70 peratus daripada jumlah kerusi Parlimen yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13, apabila memenangi 38 daripada 51 kerus. BN hilang undi popular buat pertama kali semenjak 1969 ketika mereka masih Perikatan. BN juga hilang lagi tujuh kerusi Parlimen kepada PR. BN mendapat 133 kerusi sementara PR mendapat 89 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya 2013. - 6 Julai, 2013. | ||||||||||
Masjid Jamek Damansara Perdana Dibatalkan Posted: 06 Jul 2013 09:23 PM PDT Meminta Penjelasan Kerajaan PR Selangor Mengenai 2.09 Ekar Tanah Untuk Pembinaan Masjid ![]() 1. 1sya.com difahamkan bahawa terdapat sebanyak 2.09 ekar tanah dalam pelan pembangunan diperuntukkan untuk pembinaan Masjid di Damansara Perdana. 2. Mengikut pengetahuan 1sya.com, pemaju awal di kawasan yang berkaitan adalah MK Land dan MK Land sudah pun menghantar town planning mereka yang menepati perundangan komersial di sesesbuah kawasan iaitu 1/3 daripada sebarang pembangunan mesti dikhaskan kepada pembangunan tanah komuniti . Terdapat sebanyak 2.09 ekar tanah dalam town planning tersebut adalah peruntukkan tanah kepada pembinaan masjid di Damansara Perdana. 3. Persoalan kini , mengapakah tanah untuk pembinaan masjid tersebut digunakan untuk pembangunan komersial ? Keadaan ini hanya berlaku apabila berlakunya pertukaran pemaju daripada MK Land kepada Mamoooth Empiree ? 4. Adakah terdapatnya proses pembatalan town planning yang pada mulanya ada peruntukkan untuk pembinaan Masjid telah bertukar menjadi pembangunan komersial ? Adakah terdapatnya pertukaran tanah untuk pembinaan masjid di kawasan lain ? Apa yang sebenarnya berlaku dalam isu ini ? Mengapa sesebuah tanah untuk membina masjid tiba – tiba hilang ? 5. Tanah yang pada awalnya dikhaskan untuk pembinaan masjid kini sudahpun berlakunya proses pembinaan komersial ( tidak dapat dipastikan untuk pembangunan apa ). 6. Rakyat Malaysia berharap satu penjelasan dapat diberikan kerana isu ini adalah sangat sensitif dan sekirannya benar tanah tersebut sepatutnya adalah demi pembangunan masjid maka kita berharap pembangunan komersial tersebut dapat dihentikan dengan serta merta. 7. Sekirannya benar isu ini maka Pakatan Rakyat diseru supaya jangan sesekali mencabar hak tanah rakyat , komuniti dan agama demi komersial semata – mata. | ||||||||||
Empat Laporan Polis Terhadap Malaysian Insider (MI) Posted: 06 Jul 2013 08:06 AM PDT
En Othman Mohamed Pengerusi Perkasa menyatakan tulisan dalam Malaysian Insider memberi impak negatif kepada pembaca portal khususnya dan rakyat Malaysia Amnya. En Othman berharap pihak berwajib akan membuat siasatan terhadap MI dan menyeru agar MI memohon maaf secara terbuka. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from Taipingmali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |