Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Panglima Perang Cyber

$
0
0

Panglima Perang Cyber


MyMassa Dedah Asiaweek Bongkar Kekayaan Bapa @Anwaribrahim

Posted: 06 Jul 2013 06:55 PM PDT

Dari Majalah Antarabangsa ASIAWEEK, majalah ini membongkar kaitan tersebut(http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/sr_5_alloc1.html).




Baca entri sepenuhnya di :
http://mymassa.blogspot.com/2013/07/isu-datuk-azeez-jadi-pengerusi-tabung.html


Sent from my iPad

Kenyataan @PDRMsia Berita 7 Wanita MATI Selepas MENGHIDU MINYAK WANGI PERCUMA Di Ampang

Posted: 06 Jul 2013 06:22 PM PDT


"Berita palsu yang disebarkan di laman sosial"



Kenyataan Media Pihak Polis bagi menjawab berita palsu tersebut

Sumber 

http://lamanizzs.blogspot.com/2013/07/terkini-7-wanita-mati-selepas-menghidu.html


Sent from my iPad

Nik Aziz Kata Demontrasi Kerja Jahat Amerika Syarikat dan Israel - Seperti PKR DAP Buat di Malaysia ?

Posted: 06 Jul 2013 06:02 PM PDT

Panglima : selepas Anwar mengecam tentera menjalankan kudeta menjatuhkan Mursi selepas tamat tempoh 48 jam diberi Nik Aziz juga mengecam Amerika atas alasan yang sama. Bezanya Anwar menyalahkan Tentera manakala Nik Aziz menyalahkan Amerika.

Nampak berbeza namun keduanya sama. 

Keduanya menuduh pihak tertentu menjadi dalang menghimpunkan orang menjatuhkan kerajaan sedangkan merekalah juga dalang menganjurkan perhimpunan haram mahu melihat Kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat melalui demokrasi akan jatuh.

Pendirian seperti inilah yang sukar difahami kecuali jika diteliti dan dibuat perbandingan kata-kata mereka. Dengan info sedia ada.

Semasa Hosni Mubarak diturunkan adakah Anwar mengecamnya ? Adakah wartawan Islam atau wartawan Barat yang menulis tentang korupsi Hosni Mubarak ? Adakah pilihan Amerika akan dikritik dalam media masa kawalan mereka ?

Soalan demi soalan ini perlu kita sedari. Bukanlah mata hati dan minta Allah zahirkan kebenaran untuk kita ikuti.


Baca seterusnya : 


pok nik sabu

Oleh Nor Azlina Shaari

Kita ketika ini digemparkan dengan berita penggulingan Presiden baru Mesir, Mohamad Morsi dari Ikhwanul Muslimin oleh tentera Mesir ekoran rakyat tidak setuju dengan pentadbiran Morsi yang hanya berjalan selama seminggu sahaja.

Dikatakan corak pentadbiran Morsi adalah berbentuk diktator hinggakan rakyat sanggup mengadakan gerakan di jalan raya.

Cara yang sama juga digunakan dalam menumbangkan Hosni Mubarak sebelum Morsi mengambil alih tampuk pemerintahan Hosni.

Itulah cerita yang sedang bergolak di Mesir sekarang ini. Dalam kekecohan itu, Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan satu pandangan beliau sendiri mengenai isu rakyat menolak pemerintahan presiden baru Mesir.

Menerusi penulisan beliau dalam Sinar Harian, Nik Aziz menyatakan pergolakan di Mesir menyerlahkan sikap sebenar AS sebagai satu pihak yang telah menodai sistem demokrasi yang diamalkan. Bila mana Morsi yang dipilih rakyat sebagai pemimpin menerusi pilihan raya, digulingkan hanya atas dasar rasa tidak puas hati dan disokong terang-terangan oleh pihak AS.

Pandangan Nik Aziz itu tidak ada salahnya. Cuma, di penghujung pandangan beliau itu, luahannya itu seolah-oleh beliau sendiri tidak sedar akan tindakan yang telah dilakukan oleh parti pembangkang di Malaysia.

"Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?"

Sekali lagi, tidak ada salahnya bagi Nik Aziz menyalahkan AS yang bergerak menjatuhkan negara Islam lebih-lebih lagi memporak-perandakan umat Islam di negeri tersebut.

Tetapi, berdasarkan pandangannya yang mengatakan AS tidak menghormati pilihan rakyat, apakah parti pembangkang di Malaysia juga menghormati keputusan PRU13 yang sudah lebih 2 bulan berlalu? Apakah pembangkang juga menghormati pilihan rakyat yang mahu kerajaan UMNO dan BN untuk terus memerintah negara Malaysia?

Adakah dengan mengadakan beberapa siri himpunan haram sebagai bantahan keputusan PRU13 sebagai menghormati pilihan rakyat dan demokrasi yang sememangnya ada di Malaysia?

Bukan itu sahaja, Nik Aziz menyatakan AS bukan sahaja tidak menghormati pilihan rakyat secara demokrasi, tetapi juga berusaha menggulingkan kerajaan sedia ada.

Apakah Nik Aziz lupa pembangkang sudah terlalu banyak melakukan pelbagai cara untuk menggulingkan kerajaan? Sebagai contoh, bukan sahaja himpunan Blackout 505, himpunan Bersih 1, 2, dan 3, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) serta melakukan fitnah kononnya BN membawa masuk 40 ribu pengundi asing juga, menggesa Ketua SPR dan timbalannya meletakkan jawatan adalah sama seperti cara mahu menjatuhkan kerajaan kita?

Nampaknya, Nik Aziz perlu membuka minda dan pemikirannya sama seperti pandangan yang dibuat soal isu pergolakan di Mesir.

Penting untuk Nik Aziz sedar, sekiranya beliau menyatakan AS dan Israel bermuka-muka mahukan negara Islam membangun, samalah seperti peranan DAP dalam parti gabungan Pakatan Rakyat.

Seperti AS yang bergerak secara diam menjatuhkan Islam dan mewujudkan keadaan tegang sesama umat Islam, cara dan kaedah yang sama dilakukan oleh DAP. Apabila PAS bertegas mahu mewujudkan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam, DAP akan bangkit menentang habis-habisan.

Nik Aziz perlu memahami setiap pandangan yang beliau buat dengan cara memuhasabah diri tentang cara parti pembangkang berpolitik di Malaysia. Soalan yang penting perlu Nik Aziz fikirkan sedalam-dalamnya, tidakkah sama sahaja modus operandi pembangkang dengan AS dan Israel? Apa-apa pun, pergolakan kritikal di Mesir elok untuk dijadikan sebagai iktibar lebih-lebih lagi kepada parti pembangkang.

http://www.mykmu.net/?p=32588


Sent from my iPad

Maksud 'Bodoh' Dialek Terengganu - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 06 Jul 2013 04:33 PM PDT

Kadang kala ada silap faham perkataan yang digunakan oleh pendakwah hebat ini sehingga mengundang tafsiran tidak elok kepadanya.

Harap penjelasan ini menjernihkan persepsi terhadap beliau.

Jika ada perkara politik yang tidak sama dengan apa kita perjuang, anggaplah ia pandangan beliau yang boleh jadi akan berubah bila tiba masanya.

Ambillah ilmu beliau ajar yang diterima dari ulama-ulama pondok.

Jangan kita hina sesiapa apatah lagi seorang pendakwah seperti beliau yang mempunyai ratus ribu pengikut setia.

Maaf ini pandangan panglima dan inilah pendirian hamba.

Berlainan dengan Nik Aziz kerana beliau bawa fahaman yang ditolak ramai ulama dulu hingga kini. Maka kita mengkritiknya dan beliau juga orang yang terlibat secara langsung dalam politik.

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/pvbegLBbDSY


Sent from my iPad

W222 Mercedes-Benz S-Class Assembly Plant Tour

Posted: 06 Jul 2013 04:22 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/lrgdAAxY-OI


Sent from my iPad

Latest Video : Coup Crossfire: Brutal overnight clashes rock Egypt

Posted: 06 Jul 2013 04:07 PM PDT

36 terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam pertempuran antara pengikut Mursi dan penentangnya.

Sedih bila Islam sesama Islam bertempur. Yang mati dan cedera jelas merugikan agama Islam dan juga negara Mesir yang merupakan kiblat Islam sedunia di dalam hal keilmuan.

Namun seperti kita tahu tidak ada Nabi melainkan diutus untuk kaum yang menentang Allah jua.

Semakin hebat Nabi semakin hebat juga kekufuran yang ada dalam diri umatnya.

Semoga keamanan akan kembali di bumi yang pernah dihuni oleh Panglima semasa belajar di sana tahun 2000 dan sempat juga menemui ulama-ulama berbagai jenis lapangan ilmu di sana.


Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/GFrcb03w4hY


Sent from my iPad

Boeing 777 crash-lands and catches fire at San Francisco international airport

Posted: 06 Jul 2013 03:45 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/2n1Eqxm4nyU


Sent from my iPad

Zamkata: Permohonan Maaf ZAM Kepada AIRASIA

Posted: 06 Jul 2013 06:43 AM PDT

Tan Sri Zainuddin Maidin penulis blog zamkata telah meminta maaf kepada AirAsia berikutan dengan sebuah rencananya yang memberikan implikasi seolah seolah babi dihidangkan dalam penerbangan AirAsia dan Air Asia X.

Setelah penjelasan dari AirAsia, beliau yakin bahawa syarikat penerbangan itu adalah prihatin terhadap senstiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.Dibawah ini  adalah permohonan maaf darinya.


APOLOGY.

Saya tidak menyedari bahawa pekara- pekara yang tesiar dalam artikel di bawah tajuk " Hidangan Babi Dalam Penerbangan Air Asia, Orang Islam Patut Tangguhkan Dulu Terbang dengan Pesawat ini"(artikel tersebut) dalam blog zamkata memberikan implikasi buruk kepada nama baik AirAsia dan AirAsiaX.

Bagaimanapun setelah menerima surat tuntutan dari Peguambela dam Peguamcara AirAsia Berhad kira -kira sebulan dari tarikh penyiarannya,maka barulah saya menyedari bahawa artikel tersebut memberikan implikasi atau gambaran,seolah-olah babi dihidangkan dalam penerbangan-penerbangan AirAsia dan AirAsia X. Ini adalah tidak benar samasekali.

Saya mohon maaf kepada AirAsia Berhad diatas sebarang kecederaan yang menimpa mereka kerana artikel tersebut, dan saya berharap orang ramai tidak mempunyai sebarang pransangka bahawa babi ada dihidangkan dalam masa mana penerbangan AirAsia dan AirAisa X.

Saya yakin dan percaya bahawa AirAsia  dan AirAsia X adalah sangat prihatin terhadap sensitiviti keugamaan kesemua penumpang mereka.

Tan Sri Zainuddin Maidin.

Sumber :
http://zamkata.blogspot.com/2013/07/zam-dan-airasia.html?m=1


Panglima : harap isu makanan dalam penerbangan Air Asia dan Air Asia X dijaga sebaiknya. 

Ini untuk mengelakkan ada keraguan atas penyediaan makanan yang sangat sensitif kepada orang Islam yang menjaga agamanya. 

Jakim perlu sentiasa memantau semua syarikat penerbangan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Sent from my iPhone

Mesti Baca - Hisemudin Kasim: Krisis Politik Mesir : Tentera Rampas Kuasa Dan Sejarah Panjangnya

Posted: 06 Jul 2013 06:32 AM PDT

Beberapa hari yang lalu, saya telah menulis mengenai pergolakan di Turki di mana Perdana Menteri Reccep Tayyip Erdogan berhadapan dengan rusuhan rakyat yang secara amnya adalah penyokong parti pembangkang. Anda boleh membaca Turki & Erdogan : Legasi bumi Uthmaniyyah kini bergolak dalam blog saya.

Manakala tulisan saya kali ini tidak akan lari dari memperkatakan satu lagi krisis di bumi Arab iaitu Mesir yang telahpun memasuki fasa terbaru iaitu rampasan kuasa tentera bagi meredakan apa yang dikatakan sebagai Arab Spring II.

Untuk mengenali bagaimana tentera boleh merampas kuasa dan menumbangkan kerajaan pilihan rakyat, maka kita haruslah menyingkap sejarah negara Mesir itu sendiri. Bahkan ianya boleh diluaskan pengertiannya kepada blok negara-negara Arab dari Semenanjong Anatolia yang merangkumi Turki, Semanjung Arab yang terdiri daripada Jordan, Syria, Lubnan, Yemen dan negara-negara Arab di Utara Afrika iaitu Tunisia, Mesir dan Libya.

Di negara-negara tersebut yang pada asalnya diperintah dengan kuasa tentera sejak beberapa lama. Peranan tentera dalam pemerintahan negara telah menjadi darah daging bagi rakyat mereka. Kemudiannya perubahan kuasa tentera yang disadurkan dengan sistem demokrasi kepimpinan yang didokong oleh tentera. Ataupun ada negara-negara yang diperintah secara kuku besi oleh beberapa jeneral tentera yang merampas kuasa.

Peralihan kuasa kepada rakyat dari regim tentera tidak banyak memberikan erti yang besar dalam penyusunan kepimpinan parti-parti yang memerintah secara demokrasi lantaran bayangan tentera yang masih kukuh dalam sistem pemerintahan negara. Di samping itu sistem demokrasi masih belum mencapai kematangannya. Contoh yang paling nyata ialah Mesir dan Turki.

Walaupun Turki dalam beberapa minggu ini menampakkan pihak tentera tidak mengambil bahagian dalam percaturan politik negara itu, tetapi jika keadaan semakin meruncing, tidak mustahil tentera juga akan kembali berkuasa di mana Turki pernah mengalami empat kali rampasan kuasa tentera dalam tahun 1960, 1971, 1980 dan 1997.

Baca seterusnya

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/krisis-politik-mesir-tentera-rampas.html?showComment=1373117435778&m=1


Sent from my iPhone

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>