Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Belantan

$
0
0

Belantan


Isu Chinadoll : Laporan siasatan sudah diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April 2011, hasilnya bagaimana?

Posted: 06 Jul 2013 10:34 PM PDT


Polis sudah mengenal pasti identiti wanita yang berada dalam rakaman video seks dikaitkan dengan seorang pemimpin politik pembangkang dan juga lokasi video itu dirakam. Menurut sumber, wanita itu adalah seorang pelajar sebuah kolej swasta di ibu kota berusia 26 tahun yang juga seorang warga China.

"Polis sudah merakam percakapan wanita terbabit bagi membantu siasatan berhubung video seks yang mengaitkan ahli politik pembangkang itu," katanya. Menurutnya, hasil soal siasat dilakukan, wanita itu turut mendedahkan lokasi rakaman video seks berkenaan dilakukan.

"Rakaman itu dilakukan di sebuah kondominium di pinggir ibu kota. Sebaik mengenalpasti lokasi rakaman itu dilakukan, sepasukan pegawai dan anggota polis ke lokasi berkenaan bagi meneruskan siasatan," katanya.


Bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, pasukan penyiasat yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, dikatakan membawa rakaman berkenaan kepada pusat penyiaran terkemuka di luar negara untuk dianalisis, pada 4 April lalu.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa percaya berdasarkan kepakaran dan keupayaan teknologi serta pengalaman dimiliki pusat penyiaran berkenaan mampu mengenalpasti pelaku yang berada dalam video seks berkenaan sekali gus menyelesaikan persoalan individu sebenar yang berada dalam video berkenaan.

Polis sudah melengkapkan kertas siasatan itu dan diserahkan kepada pejabat peguam negara pada 9 April 2011 yang lalu namun persoalannya mengapa sehingga ke hari ini peguam negara masih diam membisu?

Suara Politik
Belantan

Guan Eng terpaksa gunakan 'perwakilan hantu' untuk pastikan Dinasti Lim terus berkuasa dalam DAPig?

Posted: 06 Jul 2013 08:49 AM PDT


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng digesa tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan seramai 547 perwakilan 'haram' telah dibawa masuk ke dalam mesyuarat pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu demi memastikan anak beranak Dinasti Lim terus kekal berkuasa sepanjang hayat.

Malah Guan Eng digesa tampil menafikan segala dakwaan berhubung penyelewengan pada pemilihan CEC termasuk jumlah perwakilan DAP yang tidak dijemput sebenarnya ialah 1,300 dan bukan setakat 753 orang.

Ketua Penerangan PPP, Datuk A.Chandrakumanan berkata, Guan Eng harus tampil memberi penjelasan sekurang-kurangnya demi ahli akar umbi dan penyokong parti itu yang sering tertipu dengan retorik slogan 'ketelusan' mereka.

"Adakah benar dakwaan Dinasti Lim 'sanggup' membawa masuk perwakilan haram dari Pulau Pinang pada pemilihan CEC lepas demi memastikan undi berpihak kepada mereka? Adakah Kit Siang dan Guan Eng tidak yakin ahli DAP akan mengundi mereka sehingga terpaksa bertindak sedemikian?

"Adakah Guan Eng dan bapanya bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan sehingga akhir hayat mereka? Sekiranya semua tuduhan ini tidak benar, nafikan sahaja," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Chandrakumanan mengulas kenyataan Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan yang mencabar Guan Eng dan Setiausaha Organisasi, Anthony Loke mendedahkan senarai ahli yang telah mengundi pada pemilihan CEC Disember lalu.

Jelas Ashogan, terdapat unsur manipulasi pada pemilihan CEC lalu termasuk kehadiran perwakilan haram yang tidak layak mengundi tetapi dibenarkan mengundi, salah kiraan undi dan ratusan ahli dinafikan hak untuk mengundi.

Dakwanya, perwakilan haram itu mengundi bagi memastikan Dinasti Lim terus berkuasa dalam DAP.

Menurut Chandrakumanan, DAP yang sering membuat 'kecoh' kononnya mahu proses pilihan raya yang adil dan telus sebenarnya tidak berprinsip kerana permintaan itu tidak berlaku dalam parti mereka.

"Andai dalam parti sendiri mereka boleh mempunyai pengundi haram, bagaimana pula mereka boleh memperkasakan hak rakyat nanti?

"DAP cakap besar dan sering mengapi-apikan rakyat kononnya kerajaan Barisan Nasional (BN) kejam dan tidak telus, hakikatnya mereka hanya mahu mengaburi mata umum dengan kepincangan dan 'kekotoran' parti mereka," tegasnya.-UMO

Suara Politik
Belatan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>