Cucu Tok Selampit |
Tahniah Pengundi Islam Di Selangor - DAP Akhirnya Haramkan Pasar Ramadhan Posted: 06 Jul 2013 06:20 AM PDT CTS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat pengundi Selangor terutama pengundi DAP Parlimen Kajang. DAP mengotakan janji mereka untuk menutup Bazar Ramadhan seperti yang disuarakan oleh YB Tony Pua tempoh hari. Lebih ironinya, amaran keras dalam bentuk banner diadakan berserta jumlah denda yang bakal dikenakan. Ini tidak termasuk tindakan sitaan kerana orang-orang Melayu Islam ingin mencari rezeki dengan berniaga. Di Melaka, baru Ketua Menteri berdehem hendak menutup Jonker Walk, masyarakat Cina tanpa mengira fahaman politik berdiri teguh membantah. Akhirnya, keputusan "flip flop" berlaku sehingga menyebabkan keputusan bertukar dan akhirnya dibatalkan terus. Masyarakat Melayu Islam pula bagaimana? Siap diberi amaran dan tindakan keras kerana hendak mencari rezeki di bulan Ramadhan. Permohonan tapak Bazar Ramadhan ditolak tetapi permohonan projek ladang BABI RM100 juta boleh lulus pulak!!! Tahniah Oh Selangorku. Senyum saja, tak perlu kata apa-apa. |
Inilah Video MHI Di Mana @tv3malaysia Difitnah Tuduh Dr Morsi Diktator - Anda Nilaikan Sendiri Posted: 06 Jul 2013 12:37 AM PDT Cybertroopers pembangkang beberapa hari lepas cuba mengelirukan Rakyat Malaysia mengenai kenyataan Ally Iskandar di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) TV3. Mereka menuduh Ally Iskandar, MHI dan TV3 melabel Dr. Morsi sebagai diktator sedangkan Ally cuma menyatakan hasil temubual beberapa Rakyat Mesir untuk mengetahui sebab mereka menentang. Cybertroopers pembangkang cuma memuatnaik video kenyataan Ally di bahagian beliau menyebut diktator sahaja, dan bukannya video dari awal seperti di atas. Tindakan tersebut jelas berniat jahat untuk menimbulkan salahfaham pada kenyataan Ally Iskandar dan cuba memburukkan nama baik TV3. Buletin Utama TV3 juga terbukti tidak pernah menggelar Dr. Morsi sebagai diktator. CTS mohon agar pastikan kesahihan sesuatu cerita atau berita terlebih dahulu sebelum menyebarkannya takut menjadi bahan fitnah. |
You are subscribed to email updates from Cucu Tok Selampit To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |