Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

PEJUANG BANGSA


TERKINI ! KERAJAAN PR HALALKAN PUSAT HIBURAN BULAN RAMADHAN

Posted: 06 Jul 2013 11:06 AM PDT



Di Indonesia , kelab hiburan ditutup bagi menghormati Bulan Ramadhan tetapi di negeri diperintah PR , ia dihalalkan untuk beroperasi seperti biasa atas alasan untuk Bukan Islam .

Apakah P

HOT ! GUAN ENG MALU LAGI KENA TIBAI PASAL ISU AIR !

Posted: 05 Jul 2013 10:30 PM PDT




Sesi penggulungan ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) menempelak kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung isu air.

Jahara berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya mengenakan caj air mentah terhadap Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

"Tindakan mengenakan caj berkenaan hanya akan menyebabkan kos operasi air meningkat.

"Ini kemudiannya akan dipindahkan kepada rakyat dan mereka yang akan menanggung kesannya," katanya ketika mencelah ucapan penggulungan Guan Eng (DAP-Air Putih).

Beliau menjelaskan, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah mengenakan caj berkenaan kepada PBAPP kerana sedar isu berkenaan membabitkan kepentingan rakyat.

Guan Eng yang nampak 'tersentak' dengan asakan Jahara kemudian memohon kerjasama 10 ADUN pembangkang supaya 'senada' dengan kerajaan negeri bagi menolak permintaan Kedah yang mahukan Pulau Pinang membayar harga air.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Guan Eng berkata, beliau tidak faham mengapa Pulau Pinang harus membayar kepada Kedah bagi sumber air yang diambil dari sungai yang terletak di negeri sendiri.
"Kalau Kedah mahu tuntut, mereka harus berbuat demikian kepada kerajaan Pusat. Mengikut undang-undang antarabangsa, kita tidak perlu bayar kerana kita ambil air di sungai yang terletak dalam kawasan kita sungguhpun punca air dari Kedah," katanya.

SEBAB MORSHI & IKHWAN MUSLIMIN DITUMBANGKAN !!

Posted: 05 Jul 2013 09:30 PM PDT




PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan 'rakyat dan tentera seiring bersama'.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Kembali kepada rampasan kuasa di Mesir, Abdel Fattah semasa mengarahkan tentera mengambil alih kerajaan Morsi berkata beliau terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Fatteh menafikan tindakan beliau adalah rampasan kuasa, sebaliknya menyatakan tindakan tentera adalah untuk menegakkan kembali demokrasi. Dakwaan Fatteh itu salah kerana dalam apa keadaan sekalipun, campur tangan tentera adalah rampasan kuasa.

Di pihak rakyat pula, mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadan yang cukup resah. Mereka mengharapkan 'revolusi' membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat. Itulah kegagalan Morsi yang diambil kesempatan oleh pihak sekular untuk menjatuhkannya dengan mendapatkan bantuan dari luar. Bantuan itu adalah dari Israel, AS dan juga kaum Yahudi yang merata di bumi ini. Mereka ini mahu melihat kejatuhan kerajaan Islam pimpinan Morsi yang cukup menakutkan mereka.

Mereka takut kepada Morsi kerana semasa berlaku kebangkitan Palestin dua tahun yang lalu, Morsilah yang membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni Mubarak. Tujuan Morsi adalah untuk memberi laluan kepada rakyat Palestin berhubung dengan dunia luar supaya mereka tidak terkurung di bumi sendiri. Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria dan merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis. Hubungan Morsi yang baik dengan Racip Tayep Erdogan, Perdana Menteri Turki yang juga Islamis ini cukup membimbangkan Barat dan Yahudi.

Oleh sebab itulah, apabila Morsi jatuh, Asad di Syria gembira, raja Arab Saudi gembira dan beberapa negara Islam lainnya yang autokratik juga turut gembira. Mereka gembira sepertimana Israel, AS dan Yahudi. Hanya negara Turki secara jelas mengutuk tindakan tentera ini. Negara-negara demokratik Eropah lainnya sekadar menyatakan tidak setuju dengan campur tangan tentera, tetapi tidak pun menggunakan istilah rampasan kuasa tentera. Begitulah!

Apa pengajaran dari kisah di atas? Satu yang pasti ialah jangan percaya demokrasi cara Amerika dan negara Barat lainnya. AS, Yahudi dan musuh-musuh Islam hanya bercakap tentang demokrasi, tetapi mereka sendiri tidak mahu menerima keputusan rakyat melalui demokrasi, malah mereka mengkhianatinya. Oleh sebab itulah, kita tidak boleh biarkan dalam apa keadaan sekalipun, unsur luar memasuki kancah politik negara kita kerana demokrasi dari luar selalu menghancurkan, bukan sahaja dalam kes di Mesir, tetapi juga di negara-negara yang dijanjikan oleh Barat seperti Afghanistan dan Iraq—demokrasi di dua negara itu mati sehingga sekarang dengan puluhan rakyat terbunuh setiap bulan. Sejarah juga menunjukkan negara Barat hanya menutup mata apabila demokrasi dicabul setelah FIS menang di Algeria, Hamas menang di Palestin dan terkini Ikhwan di Mesir.

Apa yang merisaukan saya dengan tragedi di Mesir ini? Banyak kerisauannya. Antaranya, saya bimbang rakyat Mesir juga akan menerima nasib yang sama seperti rakyat Palestin atas pilihan dan kerakusan mereka sendiri menggulingkan kerajaan Ikhwanul Muslimin. Saya risau tentang keselamatan rakyat Palestin setelah Gaza ditutup. Saya bimbang jika berlaku perang saudara di Mesir dan yang berperang ialah Islam vs Islam. Saya bimbang jika rampasan kuasa ini memberi semangat kepada tentera di negara lain untuk melakukan kudeta ke atas kerajaan sah yang dipilih rakyat secara demokratik.

Dengan kerisauan di atas, marilah kita belajar dari tragedi ini. Banyak iktibar yang boleh kita ambil. Pertama, kerajaan jangan mendiskriminasikan rakyat dari segi kehidupan kerana ini boleh menimbulkan kekecewaan dan kemarahan. Kedua, kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam berpolitik. Ketiga, kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada segmen masyarakat yang berasa terpinggir. Keempat, kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang demonstrasi. Dan kelima, paling penting, apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.

Semoga Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan damai. Belajar dari pengalaman negara ini dan jangan bergaduh hanya kerana bertuhankan parti. Fikir dulu sebelum bertindak, bukan untuk lima tahun tetapi untuk selamanya.-sumber

HOT ! VIDEO KONTROVERSI MORSHI DITUDUH DIKTATOR !

Posted: 05 Jul 2013 08:24 PM PDT

Video kontroversi ni.. Dari rancangan MHI dihoskan Ally Iskandar [4 Julai 2013]



Ally Iskandar ada sebut ada pihak yang ditemubual di Mesir yang dilaporkan berita di mana mengatakan "Memang Morsi telah dilantik melalui demokrasi. Tapi selepas memegang tampuk pemerintahan, beliau berubah menjadi diktator dan Morsi mengacau kuasa tentera".



Jadi BUKANNYA Ally yang melabel Morsi sebagai diktator.. Sebaliknya orang yang ditemubual itu yang mengatakan sedemikian.. Perlu diketahui juga Morsi pernah cuba meminda perlembagaan bagi membolehkan beliau kebal daripada undang2 iaitu meletakkan dirinya lebih tinggi dari kuasa undang2..
 
Ini salah satu sebab kenapa kekacauan kembali tercetus di Mesir.. Dan Syeikh Al Azhar juga menyokong tindakan tentera tersebut..
 
Jadi kita di sini tak payah la nak tunjuk hero kalau tak tahu apa sebenarnya yang berlaku di Mesir.. Jangan jadi ibarat menang sorak kampung sendiri tergadai..



Sudah berapa ramai yang telah taburkan fitnah ? Mohon SEBARKAN 






sumber



Blogger PRO-PR MENULIS:

Kesian TV3 jadi mangsa FITNAH. Banyak sangat 'meleis' suka share benda dalam FB , blog. Padahal TV3 pun tak tengok!!! Baca ni kenyataan @Amenoworld (blogger pro-pembangkang) dalam blognya

TV3 Kena Kecam Angkara Label Morsi Diktator.

Page tv3 kena serang. Angkara laporan pemberitaan tv3 mengenai Morsi. TV3 dilaporkan berkata telah mengelar Morsi sebagai diktator. Setakat neh bukti sahih atau konkrit yang menunjukkan bahawa tv3 mengelar Morsi sebagai diktator belum ada lagi.

Hasil semakan aku di laman web tv3 pun takde. Tak pasti ia berita terkini ataupun berita jam 1.30 petang. Tapi tak kira la berita jenis apa pun, yang pasti semakan dan siasatan aku tidak menemukan langsung bahawa tv3 telah mengelar Morsi sebagai diktator.

Sebab tue aku tunggu berita jam 8 malam tadi. Aku nak tengok ada atau tidak, tv3 mengulangi kembali tuduhan mereka terhadap Morsi, nampaknya berita Buletin Utama tak pula melaporkan Morsi seperti itu.

Apa yang TV3 laporkan malam tadi ;

1. Suasana di Mesir di mana anti Morsi berpesta meraikan kejatuhan Morsi.

2. Keadaan Morsi yang menjadi tahanan rumah bersama 13 pemimpin kanan nya.

3. Kemaskini mengenai presiden sementara Mesir, Adly Mansour.

4. Laporan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Mesir ketika ini.

5. Larangan kepada pelajar2 Mesir untuk tidak terlibat dalam sebarang protes dan demo di Mesir.

6. Respon segera kedutaan Malaysia di Mesir mengenai krisis terkini di Mesir.

7. Respon dari penganalisis politik akan rampasan kuasa oleh tentera di Mesir.

8. Antara respon yang tv3 siarkan ialah bahawa tentera dan pembangkang cuba mengambil kesempatan akan sentimen rakyat Mesir [anti Morsi] bagi mengulingkan Ikhwanul Muslimin disebabkan mereka memang tidak sehaluan sejak dari dulu lagi..

Ini je yang TV3 laporkan. Takde satu patah perkataan pun mereka menyebut Morsi = diktator. Jangan salah faham. Apa yang aku harapkan ialah rujukan dan bukti. Pasal aku percaya, orang tetap nak tengok bukti punya. Oke. Kalau aku hujah2 begini kan, nanti orang umno minta bukti aku nak bagi apa? Air liur?

So aku cadangkan sesiapa yang saksikan berita yang mana tv3 gelar Morsi = diktator = bagi bukti. Aku percaya kat TONTON mesti ada kalau benar la ia keluar berita. Melainkan tv3 dah sunting disebabkan kena kecam. Kalau tidak, masih ada harapan lagi nak cekau2 bukti untuk sebaran umum. So siapa yang saksi pergi cari dan telek. Ada atau takde. Untuk rekod, aku takley access TONTON. Tah kenapa register failed jek.


Apa pun, benda2 gini yang paling penting

BUKTI..BUKTI..BUKTI

Ingat kes tv3 lapor mengenai translation ucapan Morsi? Yang tue member kita ada bagi bukti. So kes yang neh pun kita kena bagi bukti.
 
 
SUMBER : DAENG SELILI

AWAT YANG BERLAGAK SANGAT PEMIMPIN PEJUANG MELAYU DENGAN BANGSA SENDIRI ??

Posted: 05 Jul 2013 07:39 PM PDT



Cakap diri  pejuang Melayu , Islam , RAJA   ...tapi bila saudara sebangsa sendiri ajak baik-baik untuk  berbincang , punya  berlagak nak mampus .. siap suruh dia pergi mai snooker ...

Tak ada adab langsung !! MEMALUKAN !!

Kalau hang tak mahu jumpa Razali pun , awat tak boleh cakap elok2 menolak ...

 Macam ini orang muda nak respect PERKASA ?

 Suruh anak muda hormati orang yang lebih tua , tapi kalau orang tua kurang ajar macam ni dengan orang muda  ..lantak pi kat  hang la !!!

Kalau hang nak BEBAI , LEPAS GERAM ,  MENGAMUK   sebab kalah di PASIR MAS  pun , tak payah la dok cakap lebih kurang sangat . 

Zaman hang muda 70 an dulu kalau cakap macam ini boleh la  orang kata hang hebat , otai la ....tapi sekarang sorry la  , boleh blah  !!

GPB  bukan nak backing  Razali Ibrahim pun  tapi meluat dengan  gelagat pemimpin yang kononnya pejuang MELAYU ini yang  bersikap tak ada  ADAB !!





Datuk Ibrahim Ali mencadangakan supaya Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim supaya berjumpa sahaja dengan Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) berikutan kenyataannya yang membidas Umno.

Menurut Presiden PERKASA, tiada sebab bagi dirinya bertemu dengan Razali kerana Naib Ketua Pemuda Umno belum dilahirkan semasa beliau berjuang dalam Umno.

"Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.

"Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris, Ketua Wira PERKASA, sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker," perlinya.

Ibrahim turut menyangkal dakwaan bahawa beliau marah terhadap parti Melayu terbesar itu kerana dipinggirkan oleh Umno.

"Saya tak marah, kenyataan saya mewakili Ahli Dewan Tertinggi PERKASA. Saya bukan budak-budak yang nak marah tidak tentu pasal. Apabila saya ditahan di bawah akta ISA pada tahun 1987 juga saya tidak marah.

"Jaga mulut sikit, jika tak tahu apa-apa tak perlu lah bercakap," katanya.

Rabu lalu, Ibrahim menempelak Umno kerana didakwa meminggirkan PERKASA. Katanya, Umno serta Barisan Nasional lebih memberi perhatian kepada kumpulan pendesak yang dilihat biadap terhadap orang Melayu.

Sehubungan itu, Ibrahim telah memberi amaran untuk mengambil langkah yang lebih drastik jika keadaan tidak berubah.

OSTAT PAS DOA GUAN ENG DAH INSAF , TARIK BALIK SAMAN TERHADAP SHAHBUDIN & UTUSAN !!

Posted: 05 Jul 2013 06:46 PM PDT



- Seorang khatib hari ini menarik balik tuntutan saman fitnahnya terhadap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, dan syarikat penerbitan akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. dan New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP).

Zakaria Ahmad selaku plaintif memaklumkan demikian di Mahkamah Tinggi di sini dan bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan di luar mahkamah.

Berikutan perkembangan tersebut, Hakim Datuk Zamani A. Rahim membatalkan kes saman fitnah berkenaan.

Hakim Zamani berkata, tindakan plaintif dan kesemua defendan yang bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah jelas menunjukkan satu semangat yang sangat baik.

"Memandangkan Ramadan hampir tiba, adalah baik untuk kita saling bermaaf-maafan dan sebagai manusia kita sememangnya tidak lekang daripada melakukan kesilapan.

"Jadi sifat memaafkan perlu ada agar kita semua dapat menikmati kehidupan dengan lebih aman dan damai,'' kata beliau.

Hakim Zamani juga berkata, penarikan semula tuntutan tersebut sekali gus menjimatkan masa semua pihak terutama mahkamah, plaintif dan defendan.

Pada November 2010, Zakaria yang merupakan seorang ahli Pas, memfailkan saman terhadap Utusan Melayu beserta Shabudin; wartawan Utusan Malaysia, Azeli Ali, dan Pengarang Mingguan Malaysia, Mohd. Zin Mahmud.

Saman itu dikemukakan berhubung artikel Doa dibacakan dalam bahasa Melayu - Shabudin yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia pada 22 Ogos 2010 yang didakwa telah merosakkan reputasinya.

Tuntutan sama juga dilakukan oleh adik kepada Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Datuk Seri Hassan Ahmad itu terhadap NSTP beserta dua yang lain iaitu Ketua Pengarang Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan wartawannya, Amin Ridzuan Ishak berhubung artikel Khatib terus doakan Guan Eng yang disiarkan Berita Harian pada tarikh sama.

Zakaria semasa menjadi khatib jemputan di Masjid Jamek Padang Menora, Bukit Mertajam dekat sini pada 25 Jun 2010 didakwa menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng semasa membacakan doa khutbah solat Jumaat di masjid berkenaan tanpa menyebut nama Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri.

Dalam kes berkenaan, Zakaria diwakili peguam Azhar Ahmad manakala Utusan Malaysia diwakili peguam TKB Mohana Kumar dan Shabudin diwakili peguam, Azmer Mohd. Saad.

NSTP pula diwakili oleh peguam Rueben Mathiavaranam.

Pelantikan pemantau DUN serlah kelemahan kerajaan DAP tak tahu peraturan dewan !

Posted: 05 Jul 2013 06:00 PM PDT



Apabila Guan Eng mengumumkan perlantikan Exco Jagdeep Sigh hari ini  sebagai pemantau DUN jelas memperlihatkan kelemahan ketara Speaker baru yang dilantik kerajaan DAP . Sebelum ini tiada pun jawatan berkenaan dilantik  pada penggal lepas . 

Tak kan semua wakil rakyat DAP termasuk Guan Eng tak tau  peraturan dewan hingga terpaksa create jawatan ini  ?? 




 Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid menyifatkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebagai tidak perlu. 

Pelantikan itu tidak perlu sekiranya peraturan dewan dipatuhi sepenuhnya kerana sepanjang 12 penggal DUN berlangsung tidak pernah ada masalah, katanya ketika ditemui pemberita di luar persidangan DUN Pulau Pinang di sini, hari ini. 

Terdahulu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika menggulung perbahasan usul terima kasih atas ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas, mengumumkan Jagdeep bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan DUN dalam memastikan perjalanan DUN tidak terjejas. 

Lim berkata, pelantikan itu juga dibuat bagi memastikan situasi sesi soalan lisan digugurkan pada sidang DUN tidak berulang. 

Jahara yang juga ADUN Teluk Air Tawar bagaimanapun berkata, pihaknya menerima pelantikan itu sebagai usaha untuk memastikan peraturan dewan dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. 

"Ketua menteri sendiri mengakui dan minta maaf atas apa yang berlaku dan kita tak mahu perkara ini berulang. Ini merugikan rakyat Pulau Pinang," katanya. 

Sementara itu, Speaker DUN, Law Choo Kiang berkata, Jagdeep yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan hanya berperanan untuk meneliti setiap syor dan nasihat yang dicadangkan bagi memastikan isu melibatkan perjalanan sidang DUN tidak berulang. 

"Segala tugas, tanggungjawab dan status dewan perundangan ini tetap akan di bawah kuasa dewan perundangan. Saya rasa jelas apa yang dicadangkan ketua menteri bukan pantau...ini adalah bahagian perundangan," katanya. - BERNAMA 

Salleh Man hilang semasa perbahasan Exco Agama di Sidang DUN ??

Posted: 05 Jul 2013 11:46 AM PDT




Ketika ini sidang DUN P.Pinang sedang berlangsung. Exco Hal Ehwal Agama Dato' Abdul Malik Abul Kassim sedang menggulung perbahasan. Antara isu sedang dibahaskan adalah Pilihanraya Masjid. 

Tapi yang sedihnya YDP MAINPP Dato' Haji Salleh Man telah menghilangkan diri. Sikap YDP MAINPP ini berulang lagi sepertimana beliau lakukan pada sesi pergulungan Exco Agama pada tahun lalu. 

Sikap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang juga ADUN Pmtg Pasir melarikan diri ini tidak mencerminkan sikap 'gentleman' dan bertanggungjawab. MAINPP bertanggungjawab dalam perlantikan JK masjid. 

Apakah Salleh takut hadapi soalan yang dibangkitkan oleh  ADUN Umno? Jika dulu beliau (PAS) beria-ria menuntut jawatan Yang Dipertua MAIPP, kini setelah memegang amanah besar umat Islam, mengapa mensia-siakan amanah tersebut ! 

Malanglah umat Islam P.Pinang jika mempunyai YDP bersikap 'play safe' !

sumber : anak seberang

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>