Belantan |
- Tangani Diskriminasi Terhadap Melayu-Islam?
- Takut rahsia terbongkar, DAPig melalui Kit Siang anak beranak nafi dan bantah RCI siasat RBA?
- Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina...!!! Orang Cina mula merasa mereka di permainkan Anwar?
Tangani Diskriminasi Terhadap Melayu-Islam? Posted: 05 Jul 2013 08:02 PM PDT Sebuah syarikat telekomunikasi swasta asing yang berpangkalan di Cyberjaya diketahui mengajak dan menggalak beberapa eksekutif Melayu-Islam ke gereja. Walaupun berat hati dan tidak rela, mereka berasa begitu tertekan kerana bimbang ada implikasi ke atas karier jika tidak mengikut kehendak majikan. Perkara ini telah berlarutan sekian lama. Sehinggalah, ada seorang yang berani membuat laporan kepada jabatan sumber manusia syarikat tersebut dan juga kepada Jabatan Agama Islam Selangor. Seterusnya, laporan polis telah dibuat di Balai Polis USJ, Petaling Jaya pada 16 Mac 2012. Apabila pihak majikan menyedari kes ini, mereka mengenal pasti staf yang telah membuat laporan-laporan tersebut lalu beliau dibuang kerja. Kes ini dibangkitkan di Dewan Rakyat oleh bekas Ahli Parlimen kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali pada 4 April 2012. Saya kurang pasti bagaimana syarikat tersebut, Jais atau pihak polis mengendalikan kes ini atau apa kesudahannya. Beberapa hari lalu, timbul pula berita perihal pengalaman wanita Melayu-Islam yang dipaksa membuka tudung dan memakai skirt sebagai syarat diterima bekerja di sebuah syarikat rangkaian foto bukan Islam. Sebelum ini pun, kita pernah mendengar atau membaca pengalaman orang Melayu-Islam yang tidak diterima bekerja kerana tidak boleh berbahasa Mandarin atau mengalami kesukaran di tempat bekerja kerana tidak dibenarkan bersolat pada waktu solat. Berkaitan hal ini, masyarakat Melayu di negara ini umumnya berasa cukup aib dan marah apabila ada pihak yang mempertikai masjid memperdengarkan azan ketika masuk waktu solat, atau mahu diberi kebenaran guna kalimah ALLAH dalam kitab mereka. Kedai gambar FOTO ZZOOM di simbah cat merah gara-gara tidak membenrkan wanita muslim tutup aurat! Sekali fikir, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di Malaysia. Ini bukan negara di mana orang Melayu-Islam adalah minoriti seperti di Singapura, Thailand, Hongkong, Jepun atau Korea. Kes diskriminasi yang teruk biasa kita dengar berlaku ke atas penduduk beragama Islam di banyak negara yang mana bilangan mereka sedikit atau berstatus pendatang. Misalnya di Perancis, Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom, kita dengar dan baca bagaimana orang Islam didiskriminasi di tempat tinggal atau tempat kerja kerana pakaian, bahasa dan cara mereka mengamalkan budaya dan agama. Ada yang dicerca, dipulau malah ada yang menjadi mangsa keganasan fizikal. Masjid dibakar atau dirosakkan. Lebih buruk, di Myanmar dan Xinjiang, ribuan orang Islam telah dibunuh atau tercedera kerana diserang dan kediaman mereka dibakar. Ratusan ribu lagi jadi pelarian atau orang tidak bernegara. Dosa mereka adalah kerana dilahirkan sebagai orang Islam di negara bermajoriti Kristian, Buddha, Hindu atau komunis, justeru menjadi minoriti yang tidak diberi pengiktirafan, hak atau diterima sebagai warganegara. Berbalik kepada isu pokok. Orang Melayu-Islam di negara ini bukanlah jenis yang rasis. Tapi janganlah dicabar maruah mereka. Jagalah sensitiviti agama dan budaya dalam kehidupan bermasyarakat majmuk. Semua faham latar belakang sejarah Malaysia, serta sumbangan rakyat pelbagai kaum dalam perjuangan mencapai dan mengisi kemerdekaan sehingga ke hari ini. Asas kejayaan, perpaduan dan pembangunan masyarakat dan negara adalah konsep perkongsian kuasa dan prinsip demokrasi yang diamalkan pemerintah serta sikap saling menghormati dan kerjasama antara satu sama lain. Cauvinisme dan sikap rasis yang ditunjukkan apabila mengenakan syarat-syarat tidak munasabah untuk ambil orang Melayu-Islam bekerja bukan sahaja bertentangan dengan Perlembagaan, hak kebebasan beragama dan semangat muhibah, malah menghina dan mencabar maruah orang Melayu-Islam. Ibarat ada majikan Melayu-Islam mengenakan syarat mesti fasih berbahasa Melayu, pandai menulis Jawi dan pakai tudung atau baju Melayu terhadap pemohon orang Cina atau India yang beragama Buddha, Kristian atau Hindu. Ekoran kemarahan dan ketidakpuasan hati di kalangan sebahagian masyarakat Melayu-Islam terhadap sikap cauvinisme dan diskriminasi yang ditunjukkan sesetengah syarikat atau majikan Cina, ada yang menuntut mereka memohon maaf atas kebiadaban dan sikap keterlaluan sebegini serta pemboikotan produk dan perkhidmatan syarikat milik Cina. Tindakan ini tentunya memburukkan lagi keadaan dan menyukarkan usaha kerajaan mencapai penyatuan nasional selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru lalu. Namun, elok jugalah jika syarikat dan majikan bukan Islam lebih sensitif dalam hal-hal seperti ini. Sumber : DR MASHITAH IBRAHIM Suara Politik Belantan |
Takut rahsia terbongkar, DAPig melalui Kit Siang anak beranak nafi dan bantah RCI siasat RBA? Posted: 05 Jul 2013 08:05 AM PDT Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu tidak terkejut dengan tindakan Lim Kit Siang menentang cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kewujudan serta tindak-tanduk tentera siber pembangkang, Red Bean Army (RBA). Ketua Sekretariat Publisitinya, Dzulkarnain Taib berkata, tindakan Penasihat DAP yang membuat penafian keras terhadap dakwaan tersebut serta menolak usaha untuk merungkai isu kewujudan dan agenda tersirat RBA hanya menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa parti itu mempunyai kaitan dengannya. "Adakah cadangan siasatan terhadap kaitan DAP dengan RBA sebenarnya telah menyentuh 'perasaan' parti itu sehingga meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan untuk menghalang cadangan kami diterima kerajaan? "Sebelum ini DAP bersama-sama sekutunya, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak henti-henti menyerang kerajaan dengan mengada-adakan pelbagai isu tanpa bukti dan asas yang kukuh. Namun apabila ada pihak yang menyentuh mengenai dakwaan pembabitan DAP dengan RBA, mengapa pula parti itu bersikap hipokrit dan melenting?," soalnya dalam satu kenyataan di sini hari ini. RBA yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja menyerang Barisan Nasional (BN), malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu. Pasukan berkenaan yang dikatakan berpangkalan di sebuah hotel di ibu negara dan juga di pejabat Komtar, Pulau Pinang akan menyerang serta menakut-nakutkan sesiapa sahaja yang menyatakan perkara buruk tentang DAP dan pakatan pembangkang. RBA juga didakwa memainkan peranan memanipulasi sentimen kaum Cina untuk menolak calon Melayu daripada BN yang bertanding dalam PRU-13 lalu. Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan RBA walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula seolah-olah cuba menutup kaitan parti itu dengan pergerakan RBA dan mengalih isu sebenar dengan mengecam Utusan Malaysia kononnya mengaitkan isu tersebut dengan sentimen perkauman. Dzulkarnain berkata, sebagai parti yang sudah wujud lebih empat dekad, DAP sepatutnya menunjukkan kematangan politik serta sikap terbuka dan bukannya menyerlahkan wajah sebuah parti perkauman yang didakwa mendukung perkauman. DAP seharusnya menyokong sebarang usaha daripada NGO seperti Gabungan NGO Islam-Melayu yang mahu melihat keamanan, perpaduan dan kemakmuran negara ini dikekalkan malah terus diperkukuhkan. Kami melihat gerakan anti-nasional yang dijalankan RBA telah mencapai ke tahap yang mengancam keselamatan negara serta menggugat kestabilan politik," tegasnya. Suara Politik Belantan |
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina...!!! Orang Cina mula merasa mereka di permainkan Anwar? Posted: 04 Jul 2013 11:40 PM PDT Akhbar China Press bertarikh 28 Jun 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Soon Tian Bee berkenaan Anwar Ibrahim menyebabkan penyokong pembangkang tidak selesa. Paparan angkat sumpah oleh Ahli-ahli Parlimen dalam suratkhabar dan Facebook, kelihatan Ketua Pembangkang duduk semeja bersama dengan Perdana Menteri dan timbalannya serta Yang Dipertua Dewan bergurau senda dan gelak ketawa selepas majlis angkat sumpah. Saya tidak faham kenapa Anwar lancarkan perhimpunan hitam dan menentang keputusan PRU-13, menuduh BN melakukan penyelewengan dan merampas kuasa di samping menuduh Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri. Dalam perhimpunan hitam, Anwar bersama orang ramai marah Najib tetapi apabila Anwar tergelak besar dengan pemimpin-pemimpin UMNO dalam Dewan Rakyat, penyokong yang baring di tengah jalan di luar bangunan Parlimen, seramai 33 orang rela diri ditangkap, apa perasaan mereka melihat gambar itu? Apabila mereka berdepan dengan pihak lawan, pihak media tetap mengikuti, mereka paparkan imej yang begitu baik, saling bersalaman dan gelak ketawa. Sebenarnya mereka tidak muafakat tetapi dapat hindarkan rakaman wajah sebenar daripada pihak media, umpama seperti pepatah Cina, menyimpan jarum dalam lipatan kain. Tetapi orang seperti Anwar "dipaksa" duduk semeja dengan musuh politiknya dan makan bersama, tidak kelihatan bertengkar ataupun bergaduh, masih boleh bergurau senda gelak ketawa sehingga 'nampak gigi tidak nampak biji mata'. Jika kita lihat keadaan ini, apakah pandangan pembaca, ahli-ahli PKR dan ahli BN terhadap telatah Anwar? Mungkin ramai orang beranggapan Anwar terperangkap dengan media BN, media sengaja paparkan gambar itu supaya sikap Anwar yang tidak sukakan BN dapat dibersihkan untuk bohongi pembaca. Ada betulnya, mereka gunakan pelbagai cara dan taktik untuk perangkap pihak lawan. Masalah sekarang, ada berapa ramai orang politik yang diperangkap oleh pihak media? Walaupun Lim Guan Eng dan Tan Sri Koh Tsu Koon bertembung muka, Guan Eng tidak pernah paparkan sebarang tindakan yang hilang kawalan. Sebab itu kita boleh berkata, ahli politik apabila terserempak dengan pihak media, tingkah laku mereka perlu lebih berhati-hati. Jika mereka terlepas cakap, mungkin pada masa itu kebetulan sedang membuat rakaman, boleh menyebabkan penyokong mereka rasa tidak selesa dan mereka akan menjadi bahan ketawa dunia. Suara Politik Belantan |
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |