Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


(Video) Polis trafik kantoikan 'hubungan sulit' seorang lelaki dan wanita dalam kereta

Posted: 05 Jul 2013 10:01 AM PDT

Sepandai-pandai tupai melompat...

Seorang pemandu di China telah diarahkan berhenti oleh seorang polis trafik akibat tidak memakai tali pinggang keledarnya. Penumpang wanita di sebelahnya juga tidak memakai tali pinggang keledar.

Pegawai trafik tersebut kemudiannya memberi 'tarbiah' kepada pemandu tersebut mengenai bahaya dan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

Setelah selesa berceramah, pegawai tersebut meminta lesen memandu lelaki tersebut. Lelaki tersebut kemudian memaklumkan beliau tertinggal dompetnya di rumah.

Beliau kemudian menghubungi isterinya untuk membawa dompet tersebut. Ketika menunggu isterinya tiba, beliau mengarahkan 'penumpang wanita' yang juga di dakwa rakan sekerjanya itu beredar.

Dan....anda tontonlah video kekantoian ini sehingga tamat..lawak siot!

Foto 'terlebih mesra' Tiz Zaqyah bersama teman lelaki cetus kontroversi

Posted: 05 Jul 2013 08:01 AM PDT

Tengah asyik seronok bercuti, tiba-tiba ditegur peminat.

Itulah yang terjadi kepada pelakon 'Sebenarnya Saya Isteri Dia', Tiz Zaqyah yang dikatakan telah ditegur oleh peminat di laman sosial, Instagram.

Percakaran antara Tiz dan peminatnya itu berlaku apabila dia mengatakan komen dia sebelum ini telah dipadam oleh Tiz.

Gambar tersebut menunjukkan kemesraan Tiz bersama teman lelakinya yang bercuti Pulau Perhentian.

Bagaimanapun, kami sendiri tidak mengetahui apakah komen yang diberikan oleh peminat Tiz itu hingga dia sanggup memadamkannya.

Tidak salah untuk menegur, tetapi mungkin cara teguran itu amat mendalam serta menyakitkan hati Tiz.

Tidak hanya bertindak untuk mendiamkan diri, Tiz kemudiannya membalas komen tersebut walaupun bunyinya sedikit kasar.

"Kesian orang-orang yang leka dalam dunia 'keyboard' ni , sibuk sangat hal orang lain .

"Pergilah, belajar tinggi-tinggi, cari rezeki tolong mak ayah anak cucu," balas Tiz.

Malah, Tiz juga menyatakan dia tak perlu komen atau teguran orang yang seolah-olah berlagak kerana yang baik hanya datang dari Allah SWT.

Justeru, dalam kita menilai diri seseorang atau membuat teguran, pastikan diri kita berada di landasan yang betul.

Niat kita menegur seseorang itu mestilah betul, demi kebaikan orang itu dan bukannya menjatuhkannya, menghina, menunjukkan keaiban atau apa-apa jua niat buruk.

- mynewshub

Risau dengan pembongkaran Jusuf Kalla, Anwar ugut saman media

Posted: 05 Jul 2013 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Julai - Pemberita yang mengulang kenyataan berkaitan mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla berhubung dakwaan dana asing yang disalurkan kepada parti pembangkang dalam himpunan tolak keputusan pilihanraya umum ke 13 (PRU13) Blackout 505 bakal dihadapkan ke mahkamah.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tindakan yang tidak beretika itu perlu dibendung bagi mengelak budaya fitnah terus meracuni pemikiran rakyat.

Malah dakwaan Ahli Parlimen Simpang Renggam (BN) Liang Teck Meng yang mengatakan beliau mempunyai 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel disifatkan sebagai fitnah bagi memburukkan namanya serta menjadi pemainan kotor media Umno.

"Hebat saya, semua dunia menyokong saya, Kes Ahli Parlimen Simpang Renggam, kita tunggu dia ulang di luar untuk kita ambil tindakan.

"Saya gesa media yang melaporkan supaya membetulkan kerana peguam akan menulis surat bantahan dan adu kes ini ke mahkamah," beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Selasa lalu, Ahli Parlimen Simpang Renggam mendakwa Anwar yang juga Ketua Pembangkang semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri memiliki 20 akaun bank di luar negara termasuk di Israel.

Malah kemasukan dana asing yang didakwa disalurkan kepada parti pembangkang mengundang kepada campurtangan kuasa barat dalam dunia politik Malaysia.

Sehubungan itu beliau mendesak pihak berwajib supaya segera menyiasat demi keselamatan negara.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menjelaskan berhubung kenyataan mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang dikeluarkan oleh seorang Ketua Editor yang dikenali dengan nama Azharri di portal Merdeka Online dan kemudiannya dipetik Berita Harian adalah tidak benar sama sekali.

"Sepanjang minggu ini Berita Harian, media Umno serang saya. Berhubung kenyataan mantan Timbalan Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang juga sahabat lama saya dan Datuk Seri Najib.

"Serangan keras termasuk mengenai dana asing. Saya ambil masa untuk mengulas (isu ini) kerana ingatkan persahabatan lama dan baik dengan Pak Jusuf.

"Di awalnya saya tidak yakin beliau akan mengeluarkan kenyataan (sedemikian) kerana ia mula dikeluarkan oleh blog pro-Umno dan kemudian Berita Harian hebahkan," ujar beliau

Sehubungan itu Anwar membaca kembali ringkasan nota yang dikatakan dihantar oleh Jusuf kepadanya yang menyebut, 'Ada tulisan Azharri yang dibuat Berita Harian tidak benar, beliau (Azharri) ingin temubual, tapi saya tolak. Tulisan itu tidak benar, saya akan bantah.' Jawapan daripada Azharri pula ada menyebut, 'Saya akan baiki rencana itu, saya tidak sangka akhbar Malaysia petik artikel saya, saya mohon maaf," katanya.

Jusuf bagaimanapun menurut Anwar masih berasa tidak berpuas hati kerana ia (artikel) masih belum diperbaiki.

Jelas Anwar ia telah menjejaskan nama baik antaranya dengan Jusuf.

"Saya jelaskan (kepada Jusuf Kalla) budaya media Umno seperti ini adalah perkara biasa. Rekod fitnah begitu kuat.

"Saya bicara bersama peguam selaras dengan Jusuf Kalla, dalam beberapa hari ini untuk mengarahkan (mengingatkan) semua media yang melapor," tegas beliau.

Anwar memberitahu, empat surat bantahan telah dihantar Jusuf Kalla kepada Berita Harian kerana dikatakan putar belit berita.

Peringatan sama turut ditujukan Anwar kepada Ahli Dewan Rakyat yang mengulang kenyataan tersebut.

"Saya juga memberi peringatan kepada mana-mana Ahli Parlimen yang ulang, saya akan rujuk kepada Jawatankuasa Hak Kebebasan dewan, (jika ulang) diluar saya akan bawa ke mahkamah," tegas Anwar

Penulisan Azharri atau nama sinonim beliau Al- Azharri Siddiq mula mendapat reaksi ramai pihak apabila ia melibatkan soal kemasukan dana asing yang dikatakan mengundang ancaman kepada negara.

Artikel : http://www.al-azharrisiddiq.com/2013/06/wawancara-penuh-jusuf-kalla.html

Sejurus itu Azharri dalam tulisan berikutnya di Merdeka Online memberi penjelasan beliau.

"Saya barangkali juga terlepas pandang bahawa dalam perbualan itu Bapak Jusuf Kalla menyebut supaya kita harus menyelidikinya, kita harus mengkajinya, supaya mendapat kebenarannya terutama hal-hal dana asing.

"Maknanya Bapak Jusuf Kalla tidaklah secara direct berkata Anwar diberikan dana asing sekian banyak jumlahnya, ianya perlu diterangkan supaya dapatan itu diselidiki dan disiasat lagi. Namun begitu, gambaran di muka hadapan akhbar Berita Harian sangat tidak tepat, kerana ianya telah memberi persepsi yang berbeza, khususnya kepada Bapak Jusuf Kalla.

"Satu perkara yang mendesak saya menulis artikel tersebut ialah akibat daripada provokasi DS Anwar Ibrahim di dalam dan di luar negara terhadap kerajaan yang sudah dipilih oleh rakyat. Pertemuannya dengan Presiden Indonesia di Bali, pertemuannya dengan wartawan Indonesia dan rancangannya untuk mengadakan Himpunan Black Out 505 pada 22.6.2013 yang baru lalu.

"Semua itu mendesak dalam fikiran saya, apakah saya harus berdiam diri sahaja tidak membantu Kerajaan saya, negara saya dan Perdana Menteri negara saya?

"Dengan tujuan supaya pengikut-pengikut DS Anwar berhenti daripada membuang masa berdemo dan berkhemah di padang Merbok, supaya mereka sedar ianya perbuatan yang sia-sia kerana walaupun DS Anwar menolak keputusan PRU13, tetapi pada masa yang sama DS Anwar menerima juga keputusan PRU13 di mana beliau datang ke parlimen, makan dan bermesra dengan DS Najib dan seterusnya mengangkat sumpah.

"Chegu Bard pun tersangat marah kepada wakil rakyat pakatan yang mengangkat sumpah di parlimen seolah-oleh beliau merasa teraniaya dengan Himpunan Blackout 505 yang dia menjadi antara koordinator utamanya.

"Maka saya tidak ada pilihan, melainkan menulisnya. Alhamdulillah tidak ramai yang hadir dalam Himpunan Blackout 505 di Padang Merbok, bukanlah saya kata kerana disebabkan tulisan itu, sekurang-kurangnya saya harus membantu kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat ini," katanya

Awani

PRK Kuala Besut: P'raya tidak akan cemarkan kesucian Ramadhan

Posted: 05 Jul 2013 06:01 AM PDT

PUTRAJAYA 5 Julai - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom percaya amalan demokrasi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut yang jatuh dalam bulan Ramadan ini tidak akan mencemarkan kesucian bulan mulia Islam itu.

Beliau berkata, setiap umat Islam yang terlibat dalam PRK tersebut sudah pasti menyedari tentang keperluan untuk menjaga adab dan akhlak sepanjang tempoh kempen PRK yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

"Saya tidak menolak dalam konteks pilihan raya, tentunya banyak program ceramah akan dilaksanakan oleh parti politik yang bertanding.

"Namun, kita semua perlu menjaga adab dan akhlak, di samping memastikan amalan demokrasi melalui PRK itu kekal subur,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program Ramadan TV AlHijrah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

PRK Kuala Besut: Apa tindakan SPR jika DUN tergantung?

Posted: 05 Jul 2013 05:01 AM PDT

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh campur tangan sekiranya Dewan Undangan Negeri Terengganu tergantung selepas pilihan raya kecil Dun Kuala Besut pada 24 Julai nanti.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata sekiranya berlaku Dun tergantung, wakil kedua-dua parti harus berbincang sesama sendiri.

"Sekiranya ia masih tidak dapat menyelesaikan masalah, sultan boleh campur tangan dan sekiranya masih gagal, satu lagi pilihan raya negeri terpaksa diadakan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional (BN) menguasai 17 daripada 32 kerusi Dun Terengganu manakala pakatan pembangkang memenangi 15 kerusi (Pas 14 dan PKR satu).

Berikutan kematian anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN, pilihan raya kecil akan diadakan pada 24 Julai ini dan BN kini hanya menguasai 16 kerusi.

Sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya kecil ini, kedudukan jumlah kerusi yang dikuasai kedua-dua pihak ialah 16-16.

Sehubungan itu, Abdul Aziz berkata SPR akan mengkaji semula persempadanan Dun dan parlimen yang mempunyai kerusi angka genap agar dijadikan angka ganjil.

"Perkara itu akan dipertimbangkan dalam proses persempadanan semula nanti," katanya.

Mengenai dakwat kekal, Abdul Aziz berkata ia tetap akan digunakan pada pilihan raya kecil itu namun dakwatnya sedikit berbeza daripada yang digunakan pada pilihan raya umum lepas.

"Dakwat kali ini akan mempunyai kandungan silver nitrate yang lebih tinggi untuk memastikan ia akan kekal lebih lama dan ditempah daripada pembekal yang berbeza, " katanya.

Mengulas mengenai tarikh pilihan raya kecil Dun Kuala Besut pada Ramadan, Abdul Aziz berkata SPR tidak mempunyai masalah mengendalikannya kerana sebelum ini terdapat dua pilihan raya diadakan semasa bulan puasa iaitu di Permatang Pasir, Pulau Pinang dan Lunas, Kedah.

"Kita tidak mahu kekosongan terlalu lama untuk mengadakan pilihan raya dan kempen tidak rasmi terlalu panjang. Kita dah bincang mengenainya dan ia bukan benda baharu bagi SPR," katanya.

Abdul Aziz berkata sepuluh orang masing-masing dari Majlis Belia Negara dan Institut Demokrasi dan Hubungan Ekonomi akan menjadi pemerhati dalam pilihan raya kecil ini. - Bernama

PRK Kuala Besut: Tiada kiraan undi secara 'live' - SPR

Posted: 05 Jul 2013 01:31 AM PDT

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak cadangan menteri supaya proses pengiraan undi PRK Kuala Besut disiarkan secara langsung menerusi RTM pada 24 Julai ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, keputusan itu dibuat kerana pada ketika ini, ejen pilihan raya daripada parti bertanding telah diberikan kebenaran untuk berada dalam bilik pengiraan undi.

Beliau menambah, sebagai sebuah badan yang bebas, SPR perlu berlaku adil kerana jika RTM diberikan kebenaran, pihak lain juga akan menuntut perkara yang sama.

"Sehubungan itu, SPR telah membuat keputusan bahawa merakamkan proses pengiraan harus diuruskan oleh SPR sendiri dan bukan pihak lain.

"Untuk pilihan raya kecil Kuala Besut, SPR telah berbincang dan membuat keputusan bahawa ia tidak perlu ada rakaman," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kementerian itu akan berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi pada pilihan raya kecil Dun Kuala Besut.

Beliau berkata usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.

PRK Kuala Besut: Tarikh mengundi pada 24 Julai 2013

Posted: 05 Jul 2013 12:55 AM PDT

Tarikh Keluar Writ : 5 Julai 2013

Tarikh Notis Pilihan raya : 6 Julai 2013

Tarikh Penamaan Calon : 12 Julai 2013

Tarikh Pengundian Sebenar : 24 Julai 2013

Tarikh-tarikh penting yang baru sahaja dikeluarkan oleh Pengerusi SPR di ibu pejabat SPR, Putrajaya. Selamat mengundi sekali lagi buat warga dun Kuala Besut!

Video klip terbaru Justin Timberlake macam filem lucah, penuh wanita bogel!

Posted: 05 Jul 2013 12:01 AM PDT

Video klip terbaru Justin Timberlake telah disekat pada Rabu lepas kerana melanggar polisi adegan bogel.

Penyanyi berusia 32 tahun itu sebelum ini mengumumkan pelancaran videonya itu melalui akaun Twitter dan memberi amaran berkenaan babak-babak terlarang yang turut terkandung.

'Check out the new video for Tunnel Vision and be ready...it's explicit. -teamJT,' the twit Justin.

Namun begitu, pada Khamis lepas, video tersebut telah dapat di tonton semula di Youtube.

Antara sedutan-sedutan dari video tersebut:
Ads: Wouldn't it be a grand surprise if you won a grand in cash? Check out this contest by #KingsGrand! Clik HERE to know more...

Tukar agama: DAP gesa pinda perlembagaan

Posted: 04 Jul 2013 08:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa melakukan pindaan terhadap Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan bagi mengelakkan berlakunya'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak kepada Islam.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Inggeris tidak memberi tafsiran jelas mengenai maksud 'ibu bapa' yang menjadi syarat membolehkan penukaran kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.

"Maksud ibu bapa dalam Perkara 12(4) mestilah secara tatabahasanya bermaksud kedua-dua ibu dan bapa sekiranya masih hidup.

"Salah tafsir terhadap perkataan 'ibu bapa' boleh membawa kepada penyalahgunaan dalam kes penukaran agama kepada Islam," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan versi bahasa Melayu menyatakan agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mempertikaikan maksud 'parent' dalam Perlembagaan Persekutusan versi bahasa Inggeris yang bermaksud 'ibu bapa' dan bukannya ibu atau bapa.

Pertikaian berhubung isu berkenaan timbul berikutan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa penggubalan peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 berhubung persetujuan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak di bawah umur kepada Islam dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Selain itu Muhyiddin berkata, penggubalan RUU itu juga dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes pertikaian kanak-kanak 'diislamkan' tanpa persetujuan kedua-dua waris.

MP gesa kerajaan siasat 20 akaun DSAI

Posted: 04 Jul 2013 08:01 PM PDT

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng hari ini mendesak kerajaan supaya menyiasat maklumat kewujudan 20 akaun di luar negara yang kononnya milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Teck Meng berkata, tindakan itu penting untuk mengetahui sejauh mana kebenaran maklumat yang didedahkan di internet dan kemungkinan wujud campur tangan pihak ketiga dalam politik negara.

"Saya mahu kerajaan menyiasat apa jua yang disebarkan di internet tentang wujudnya 20 akaun di luar itu.

"Sekiranya bukti wujud untuk mengaitkan orang yang disabitkan kesalahan itu, kerajaan hendaklah menghukum individu terbabit dengan tegas sebagai pengkhianat negara.

"Setakat ini, tidak ada mana-mana pihak pun yang dapat sahkan kebenaran itu, kecuali kita menggesa kerajaan menjalankan siasatan, baru kita dapat satu gambaran dan jawapan yang konkrit," katanya kepada Sinar Harian Online yang ditemui di pekarangan bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakannya yang enggan memohon maaf berhubung dakwaan pemilikan 20 akaun bank luar negara oleh Anwar dengan jumlahnya mencecah AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD49 juta (RM123 juta).

Maklumat itu dakwanya diambil dari laman Wikileaks.

Jelasnya, 20 akaun tersebut masing-masing terdapat di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura serta China.

Kata beliau, setiap akaun mempunyai maklumat terperinci termasuk nama pemegang, jawatan, nombor pasport, jenis, nombor, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

PR semalam mengemukakan usul supaya Teng Meng dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen ekoran kenyataan itu.

Mengulas lanjut, Teck Meng menyerahkan perihal tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat keputusan.

"Sebenarnya saya tidak akan bagi apa-apa komen, kerana Tan Sri Speaker sudah berkata bahawa beliau akan buat keputusan kemudian.

"Saya tidak akan tarik balik memandangkan itu adalah isu yang cukup serius dan penting demi kedaulatan dan keselamatan negara.

"Saya mahu kerajaan menyiasat betul-betul segalanya apa yang tersebar dalam internet sama ada betul ataupun tidak," tegasnya.

Kontroversi buang pingat, ini penjelasan Mat Yo!

Posted: 04 Jul 2013 07:01 PM PDT

PENYERANG sensasi Johor Darul Takzim (Johor DT), Norshahrul Idlan Talaha menafikan laporan media yang mendakwanya membuang medal ke dalam tong sampah selepas perlawanan akhir Piala FA 2013, Sabtu lalu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Yo memberitahu menyerahkan medalnya kepada salah seorang pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) selepas kecewa apabila pasukan tewas kepada Kelantan dalam aksi berkenaan.

Norshahrul amat berharap dapat membantu Johor DT muncul juara Piala FA sebagai hadiah buat Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut ulang tahun kelahirannya sehari kemudian.

"Sebenarnya, saya beri pingat itu kepada salah seorang pegawai. Saya memang kecewa kerana gagal membantu pasukan raih kemenangan.

"Saya ingin melihat Johor DT menang sebagai hadiah buat Tunku Ismail," katanya ketika ditemui selepas menjalani latihan di Padang Sri Gelam, Johor Bahru, semalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>