tun faisal dot com |
- Ranking blog pro-kerajaan - tun faisal dot com tangga ke-19
- PR selangor tipu? Bajet berimbang, ada simpanan RM1.9 b, tapi minta peruntukan tambahan
- JOM tangkap budak yang pecah rumah @KhairyKJ ni
Ranking blog pro-kerajaan - tun faisal dot com tangga ke-19 Posted: 05 Jul 2013 08:49 AM PDT Blog tun faisal dot com di tangga 19, terima kasih kepada semua pembaca dan penyokong blog ini. Kedudukan Semasa Blog Mesra Kerajaan Sehingga 1/7/2013Berikut adalah kedudukan semasa blog mesra kerajaan sehingga tarikh 1 Julai 2013. Untuk makluman,kami kini hanya menyenaraikan 100 Blog terbaik sahaja. Harap maklum. Artikel disiar pada 01/07/2013 - 5:49 pm oleh Belia Malaya |
PR selangor tipu? Bajet berimbang, ada simpanan RM1.9 b, tapi minta peruntukan tambahan Posted: 04 Jul 2013 11:30 PM PDT Kata duit ada lebihan RM 1.9 bilion. Tapi janji tahun 2008 tak tunai-tunai siap minta bajet tambahan lagi.... Taktik Selangor 'main silap mata' soal duit didedahkan.... Tembelang kerajaan Selangor berhubung pengurusan kewangan didedahkan dalam mesyuarat DUN pada Khamis. Ini berikutan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat itu selalu dok gebang konon mereka setiap tahun bentang belanjawan berimbang sedangkan diam-diam mereka mohon perbelanjaan tambahan setiap tahun sejak 2009. ADUN BN Permatang berkata walaupun kerajaan negeri membentangkan belanjawan berimbang untuk tahun 2009, 2010, 2011, 2012 tetapi lazimnya pada persidangan dewan tahun berkenaan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon perbelanjaan tambahan bagi menampung kos operasi yang meningkat. Beliau berkata permohonan perbelanjaan tambahan pada kali ini begitu besar jumlahnya iaitu RM761.44 juta atau defisit sebanyak 47 peratus daripada Belanjawan Berimbang 2013 berjumlah RM1.63 bilion yang dibentangkan pada November tahun lepas. Beliau berkata demikian semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2013 yang memohon peruntukan tambahan sebanyak RM761.44 juta yang dibentangkan oleh Abdul Khalid pada sidang dewan undangan negeri di sini. Sulaiman berkata pada tahun 2009 belanjawan negeri mengalami defisit sebanyak RM120 juta, RM194 juta defisit pada 2010, RM210 juta defisit pada 2011 dan RM167.12 juta defisit pada tahun lepas. "Baru lima bulan dan enam bulan kerajaan dah habis belanja RM1.63 bilion," katanya. Beliau juga mempertikaikan mengapa perlu diberi pinjaman daripada perbendaharaan negeri sebanyak RM80 juta kepada anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor bagi tujuan pengambilalihan tanah Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk pembangunan Projek Datum In-City. Begitu juga dengan pinjaman daripada perbendaharaan berjumlah RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd untuk mengambilalih Kumpulan Hartanah Selangor Bhd, katanya. Beliau berkata sepatutnya anak-anak syarikat kerajaan negeri itu boleh berdikari dan tidak perlu mendapatkan pinjaman daripada kerajaan negeri. Sulaiman juga mempersoalkan mengapa hampir setiap tahun kerajaan negeri perlu memohon perbekalan tambahan untuk menampung subsidi percuma 20 meter padu pertama air kepada rakyat Selangor. Mengapa kerajaan negeri tidak membuat unjuran kos subsidi air yang mencukupi untuk sepanjang tahun, soal beliau. Pada persidangan kali ini, Abdul Khalid memohon peruntukan bagi menampung kos subsidi air percuma berjumlah RM83 juta untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini. Beliau juga memohon peruntukan tambahan sebanyak RM22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan untuk membayar subsidi air percuma pada bulan Mei hingga Jun. Sementara itu, hasrat Selangor untuk melancarkan dasar baharu perumahan dikenali sebagai Dasar Perumahan Selangorku September ini, dikhuatiri akan menipiskan peluang rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Menurut ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi, rakyat akan merasai bebanan khususnya berkaitan kos, berikutan kerajaan tidak akan mengawal harga rumah di bawah dasar baharu itu. "Dasar perumahan mampu milik itu difahamkan akan menggunakan prinsip 'pembeli berminat, penjual berminat' sebagai asas dalam menentukan harga rumah," katanya kepada pemberita pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Khamis. Budiman berkata berbanding pentadbiran kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional sebelum ini, harga rumah mampu milik ditetapkan iaitu RM42,000 bagi kawasan Lembah Klang, RM35,000 (kawasan majlis daerah) dan RM30,000 bagi kawasan di luar majlis daerah. "Kita juga tidak tahu bagaimana kerajaan negeri hari ini menetapkan harga rumah mampu milik di negeri ini. Jika dasar yang sedia ada, kerajaan pakatan tidak mengikutinya, apatah lagi jika dasar baharu ini yang akan dilaksanakan," katanya. |
JOM tangkap budak yang pecah rumah @KhairyKJ ni Posted: 04 Jul 2013 06:49 PM PDT Muka geng pecah rumah Khairy Lakaran supek Pecah Masuk Rumah @Khairykj KBS , 2 Lelaki Di Cari @PDRMsia @1malaysia Pecah Masuk Rumah Khairi, 2 Lelaki Di Cari | Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengedarkan fotofit dua lelaki yang dipercayai dapat membantu siasatan kes pecah masuk kediaman Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, di Bukit Damansara di sini, Sabtu lalu. Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, polis telah mengambil keterangan pembantu rumah kepada menteri berkenaan bagi membantu siasatan. "Kami masih memburu suspek yang terlibat dengan kejadian itu dan melalui lakaran fotofit itu diharap dapat membantu mengesan dua lelaki itu secepat mungkin," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, semalam. Tambah beliau lagi, terdapat tiga kumpulan samun dan pecah rumah, termasuk satu kumpulan warga Colombia, yang giat melakukan jenayah di kawasan tersebut. "Kami juga giat memburu ahli kumpulan samun dan pecah rumah itu," katanya. ![]() Ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, Khairy dan keluarganya tiada di rumah. Suspek memanjat tembok pagar dan memasuki rumah Khairy mengikut pintu depan yang tidak berkunci. Kehadiran suspek disedari pembantu rumah yang memasuki ruang tamu untuk berkemas. Ketika kejadian itu, pembantu rumah itu terlihat seorang daripada empat suspek memasuki bilik tidur utama dan menggeledah barangan selama kira-kira 10 minit sebelum mereka melarikan diri dengan kereta Proton Waja. Antara barangan yang dilaporkan hilang ialah beberapa unit komputer riba dan jam tangan. Sehubungan itu, orang ramai yang ada maklumat berkaitan suspek tersebut boleh menghubungi Hotline Polis KL (Rakancop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakancop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. sumber |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |