PEJUANG BANGSA |
- Guan Eng malu besar , mohon maaf Adun BN isu pembatalan soalan lisan DUN @tunfaisal
- Hot ! Lagi pendedahan layanan Doktor Cina terhadap pesakit Melayu !!
- GUAN ENG BERANG KAITKAN DOKTOR CINA , MINTA ADUN BN TUNJUK BUKTI
- TERKINI ! USTAZ DON JADI MANGSA FITNAH MACAI PAKATAN KRITIK TV3 KONFLIK MESIR !!
- Doa di khutbah Jumaat boleh naik imej Guan Eng dikalangan orang Melayu !!
Guan Eng malu besar , mohon maaf Adun BN isu pembatalan soalan lisan DUN @tunfaisal Posted: 05 Jul 2013 06:04 AM PDT Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Jagdeep Singh Deo hari ini dilantik untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam memastikan perjalanan persidangan DUN tidak terjejas. Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan itu dalam sesi penggulungan ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN, Jumaat. Beliau berkata pelantikan itu juga dibuat bagi memastikan situasi sesi soalan lisan digugurkan pada sidang DUN tidak berulang. "Pihak Setiausaha Dewan dan Setiausaha Kerajaan Negeri telah diberikan fahaman dan nasihat bahawa apabila Speaker baharu belum dilantik, maka sesi soalan lisan tidak boleh diadakan. Nasihat sedemikian telah diterima secara bulat-bulat oleh kerajaan negeri. "Sebagai badan eksekutif, kami dalam kerajaan negeri tidak usul periksa secara mendalam apakah rasional nasihat sedemikian kerana menganggapnya sebagai satu urusan dalaman DUN yang harus diasingkan dengan badan eksekutif," katanya. Persidangan hari pertama DUN Rabu lepas, kecoh apabila Speaker DUN Law Choo Kiang tidak memberi laluan kepada sesi soal jawab sebaliknya meneruskan persidangan dengan sesi perbahasan ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas. Lim sebelum ini berkata keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab pada persidangan DUN kali ini dibuat atas nasihat penasihat undang-undang negeri. Lim berkata Jagdeep yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat akan memainkan peranan untuk meneliti setiap syor atau nasihat yang dicadangkan bagi memastikan proses demokrasi berparlimen berfungsi secara berkesan serta mengadakan rundingan dengan Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid selepas mendapat panduan daripada speaker. Beliau turut mengakui keputusan tidak memasukkan sesi soal jawab adalah satu kesilapan yang tidak seharusnya berlaku dan ketu |
Hot ! Lagi pendedahan layanan Doktor Cina terhadap pesakit Melayu !! Posted: 05 Jul 2013 04:57 AM PDT Isu layanan Doktor berbangsa CINAbeng yang dibangkitkan Adun BN Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin semakin panas bila Guan Eng mencabarnya hari ini menunjukkan bukti . KLIK DI SINI GPB yakin Datuk Lan tiada masalah untuk menunjukkan bukti serta mendedahkan nama doktor berkenaan. Ini kerana beliau membawa isu rakyat akar umbi yang kecewa & marah dengan layanan Doktor Cina ini di sebuah hospital kerajaan . Jika seorang wakil rakyat membawa isu permasalahan rakyat seperti ini , sewajarnya ia wajar disokong bukannya dilabel ebagai perkauman dan rasis oleh regim DAP . Adakah DAP begitu terasa sebab Doktor itu berbangsa Cina , iaitu penyokong kuat parti berkenaan di PRU13 ?? Di bawah adalah komen pembaca blog ini yang mendedahkan layanan seorang Doktor Cina terhadap ibunya di hospital Taiping .... Itu yang pentingya perlu banyak Doktor Melayu... yang sedihnya bila dah jadi doktor terus menjadi pencacai PAS dan bangga membaca Harakah di meja pejabat .. |
GUAN ENG BERANG KAITKAN DOKTOR CINA , MINTA ADUN BN TUNJUK BUKTI Posted: 05 Jul 2013 12:13 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta pembangkang di negeri ini mengemukakan bukti terhadap dakwaan bahawa seorang doktor berbangsa Cina tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan. Beliau berkata perkara itu penting dan serius kerana isu berkenaan melibatkan perkauman. "Saya harap ahli pembangkang boleh bersikap bertanggugjawab dengan mendedahkan nama supaya suatu siasatan dan tindakan boleh diambil. "Kalau tidak benar (dakwaan ini), maka pihak pembangkang mesti bertanggungjawab menarik balik dan meminta maaf kepada semua doktor di Malaysia," katanya ketika menggulung ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Uundangan Negeri di sini Jumaat. Rabu lepas, persidangan DUN menyaksikan pertikaman lidah antara RSN Rayer (DAP-Seri Delima) dengan Datuk Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) berhubung isu perkauman. Kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertelagah setelah Rayer mendakwa Roslan cuba mencetuskan isu perkauman apabila mengutarakan mengenai isu seorang doktor berbangsa Cina yang tidak dapat memberi perkhidmatan baik kepada pesakit Melayu di sebuah hospital kerajaan. Lim berkata jika dakwaan itu benar dan berasas doktor berkenaan seharusnya dipecat dan lesen perubatannya dibatalkan kerana melanggar 'sumpah Hippocrates'. Beliau turut melahirkan rasa kesal apabila pembangkang mengaitkan isu itu dengan tsunami Cina pada pilihan raya umum ke-13. Sementara itu, Roslan yang mencelah berkata beliau membangkitkan isu itu untuk memberi teladan kepada semua pihak supaya kejadian sedemikian tidak berlaku di negara ini. "Saya membangkitkan apa yang telah pun dilakukan oleh beberapa orang doktor dan saya tidak fokuskan kepada semua. "Antaranya, inilah kesan daripada pilihan raya umum ke-13 yang menggambarkan bahawasanya jelas tsunami Cina yang melanda dan ini yang terbawa-bawa kepada keadaan yang berlaku yang telah saya nyatakan dalam dewan yang mulia ini," katanya. - BERNAMA |
TERKINI ! USTAZ DON JADI MANGSA FITNAH MACAI PAKATAN KRITIK TV3 KONFLIK MESIR !! Posted: 04 Jul 2013 08:23 PM PDT Hari ini Jumaat menjadi hari fitnah pencacai2 Pakatan . Kali ini yang menjadi mangsa ialah Ustaz Don Daniyal kononnya beliau mengkritik TV3 dalam isu penggulingan kerajaan Mesir pimpinan Dr Morshi . Modus operandi mereka ialah mahu membangkitkan kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap TV3 mengunakan account palsu facebook Ustaz Don . Kesannya boleh dilihat komen2 penyokong mereka hingga menggelarkan TV3 lidah rasmi musuh Islam . Anda lihatkan sendiri page palsu facebook Ustaz Don ini yang di create menyokong PAKATAN . |
Doa di khutbah Jumaat boleh naik imej Guan Eng dikalangan orang Melayu !! Posted: 04 Jul 2013 05:38 PM PDT Seorang ahli Pas memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau bersetuju yang tindakannya menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora, Bukit Mertajam pada 25 Jun 2010 adalah berkaitan dengan imej Setiausaha Agung DAP itu. Zakaria Ahmad yang merupakan khatib jemputan di masjid berkenaan berkata, doa untuk Guan Eng bertujuan menaikkan imej pemimpin tersebut. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Azmer Mohd. Saad yang mewakili Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya dalam perbicaraan kes saman fitnah yang dikemukakannya terhadap wakil rakyat berkenaan. Zakaria menyaman Shabudin pada November 2010 berhubung artikel Doa dibacakan dalam Bahasa Melayu - Shabudin bertarikh 22 Ogos tahun sama yang disiarkan Utusan Malaysia kerana mendakwa artikel tersebut menjatuhkan reputasinya. Selain Shabudin, Zakaria selaku plaintif turut menamakan Utusan Melayu (M) Bhd.; wartawan Utusan Malaysia, Azeli Ali dan Pengarang Mingguan Malaysia, Mohd. Zin Mahmud sebagai pihak defendan. Tuntutan tersebut turut dibicarakan bersama saman plaintif terhadap New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) beserta dua yang lain iaitu Ketua Pengarangnya ketika itu, Datuk Mior Kamarul Shahid dan wartawan, Amin Ridzuan Ishak berhubung artikel Khatib terus doakan Guan Eng yang disiarkan akhbar Berita Harian pada 22 Ogos 2010. Dalam prosiding hari ini, Zakaria yang juga adik kepada Mufti negeri, Datuk Seri Hassan Ahmad turut bersetuju ketika disoal oleh Azmer bahawa semasa zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, beliau tidak pernah mendoakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. "Saya setuju tidak pernah mendoakan Tsu Koon supaya diberikan hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam dan saya juga setuju bahawa dalam artikel yang disiarkan tidak langsung menyebut plaintif melanggari rukun khutbah," katanya. Zakaria yang diwakili peguam, Azhar Ahmad turut memberitahu, tiada sebarang kebenaran yang diperoleh daripada Pegawai Agama Daerah atau Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuknya membaca khutbah di masjid berkenaan. "Saya tidak mengisi apa-apa borang permohonan bagi menyampaikan khutbah Jumaat dan saya juga telah mula mendoakan Guan Eng semasa khutbah Jumaat sejak kira-kira dua tahun sebelum peristiwa di Masjid Jamek Padang Menora pada 2010," ujarnya Dalam kes berkenaan Utusan Melayu diwakili peguam, TKB Mohana Kumar manakala NSTP diwakili peguam, Rueben Mathiavaranam. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Zamani A. Rahim bersambung esok |
You are subscribed to email updates from GENERASI PEJUANG BANGSA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |