Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

DARUL EHSAN TODAY

$
0
0

DARUL EHSAN TODAY


Walkabout Zahid Hamidi Di Chow Kit Semalam...

Posted: 04 Jul 2013 07:00 PM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Zahid Hamidi hari ini membuat walkabout dan tinjauan kerja di sekitar chow kit dan juga melawat pusat perkhidmatan pemulihan atau cure and care service centre.

Sepanjang lawatan zahid semalam, beliau turut meluangkan masa untuk bertemu dengan penghuni di pusat perkhidmatan tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada bekas penagih dadah, orang gelandangan dan kanak-kanak gelandangan. 

Dalam pertemuan tersebut, beliau mendengar permintaan dari para penghuni yang mahukan pusat perlindungan itu dijadikan tempat penginapan tetap bagi mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal.

Pada sidang akhbar, beliau turut memberitahu, usaha yang dilakukan oleh pusat perkhidmatan cure and care di chow kit mendapat penghargaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. 

Beliau turut berkata, yayasan bukhari turut menyumbangkan RM5 juta untuk membantu agensi-agensi yang memberikan perkhidmatan kepada bekas penagihan dadah.






Isu LGBT, PAS Bersama BN Tentang Hasrat PKR & DAP

Posted: 04 Jul 2013 05:16 AM PDT

Kerajaan digesa supaya tidak sesekali tunduk kepada tekanan pertubuhan hak asasi manusia terutama dari luar dan dalam negara khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama dalam kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, tentangan terhadap tuntutan itu penting bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus dipelihara...selain tidak mahu umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang dicemari nilai negatif.

Katanya lagi, kerajaan perlu mempertahan dan memperjuangkan konsep hak asasi manusia seperti diperkenalkan Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah kira-kira 1,400 tahun lalu yang selari dengan amalan demokrasi moden.

"Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan menerima terima tekanan teruk daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia dalam dan luar negara.

"Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad selain hak mengamalkan kegiatan-kegiatan yang tegas dilarang agama seperti LGBT.

Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan kerajaan supaya melaksanakan dasar belia selari dengan Islam.

Katanya, pembangkang sentiasa bersedia bekerjasama dengan kerajaan pilihanrakyat dalam memastikan program perkembangan belia dilaksanakan menurut agama tersebut.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>