Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Ohpolitik!™

$
0
0

Ohpolitik!™


[Nik Abduh Sindir Anwar?] GESA KERAJAAN TIDAK TUNDUK KEPADA LGBT #IniKaliLah

Posted: 03 Jul 2013 08:04 AM PDT

Kerajaan digesa supaya tidak tunduk dengan gesaan pelbagai pihak termasuk badan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama di kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, kerajaan perlu tegas dalam menolak tuntutan berkenaan bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus terpelihara.
Tegasnya, umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang tidak mahu Islam dicemari nilai negatif.
"Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan terima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia luar negara.
"Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad, hak mengamalkan amalan-amalan yang tegas dilarang agama seperti LGBT," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Dakwaan 20 Akaun Anwar Luar Negara : Liang Cuma Mahu Disiasat Kesahihannya!! #IniKaliLah

Posted: 03 Jul 2013 07:57 AM PDT


Anggota Parlimen Simpang Renggam Liang Teck Meng Rabu menegaskan tidak akan menarik balik atau memohon maaf berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat semalam mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara, termasuk Israel.

Beliau juga menyifatkan cadangan beberapa anggota Parlimen pembangkang untuk merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen adalah bertujuan mengalih perhatian dan menghalang kerajaan menjalankan sisasatan terhadap isu berkenaan.

Menafikan kenyataannya semalam bersifat tuduhan, Liang berkata hujah yang dikemukakan itu bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan selain mahu siasatan terperinci dijalankan terhadap maklumat yang diperoleh dari laman web Wikileaks itu.

"Kalau meneliti hujah saya, tujuannya untuk menggesa kerajaan menjalankan siasatan apakah ada campur tangan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan kerana ia membahayakan negara.

"Saya hanya minta siasat, kalau tidak ada (dakwaan tidak betul), kenapa mahu merujuk saya ke jawatankuasa khas Parlimen. Usaha merujuk saya ke jawatankuasa khas jelas mahu menghalang kerajaan daripada melakukan siasatan sewajarnya," katanya yang ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat.

Liang ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong semalam mendedahkan anggota Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang itu memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta dengan memetik maklumat daripada WikiLeaks.

Liang dalam pada itu berkata sekiranya pembangkang mahu beliau membuat permohonan maaf, mereka boleh berbuat demikian setelah siasatan terperinci mengenai maklumat itu dijalankan oleh kerajaan mendapati ia tidak benar.

Reaksi Liang itu susulan gesaan Anwar dan beberapa anggota Parlimen pembangkang hari ini yang menuntut beliau menarik balik dakwaan itu atau berdepan tindakan dihadap kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Anwar yang menyentuh isu itu awal hari ini menafikan terdapat sebarang maklumat yang mengaitkan dirinya mempunyai akaun bank Israel, disiarkan oleh laman web Wikileaks.

"(Dakwaan) yang melibatkan akaun Israel yang dikaitkan dengan saya itu tidak disebut dalam WikiLeaks. Saya sudah semak, tiada langsung laporan itu dalam WikiLeaks.

"Kalau ada pun (maklumat itu disiarkan) dalam Wikileaks, itu bukan keputusan muktamat, itu pandangan Wikileaks berdasarkan maklumat yang dikutip," katanya.

Bercakap kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat, Anwar seterusnya menuding jari terhadap blogger Umno berhubung dakwaan itu.

"Ia (dakwaan) tidak berasas. Dia kata daripada WikiLeaks, bila diperiksa ia daripada blogger Umno�. pasport pun lain, nombor pun lain dan semua lain," katanya.

Sebelum itu isu sama dibangkitkan Tian Chua (DAP-Batu) yang mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36 (9) untuk merujuk Liang ke jawatankuasa berkenaan kerana disifat telah menyalahguna keistimewaan sebagai anggota Parlimen kerana menyentuh peribadi Anwar yang tidak bersabit dengan tugasnya sebagai anggota Parlimen.

"Kalau betul pun ada sesiapa yang mempunyai akaun bank, itu tidak ada urusan dengan beliau sebagai anggota Parlimen, jadi apa yang dibawa (oleh Simpang Renggam) adalah 'abuse of privilage'," katanya.

Mengulas perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau akan mendapatkan penjelasan Liang mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya anggota Parlimen Simpang Renggam itu berhasrat meneruskan dakwaan itu, usul boleh dikemukakan untuk merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran kepada Yang Berhormat semua bahawa kalau sudah terlajak kata...sebab itu saya selalu mengingatkan," katanya.

-- BERNAMA

Belum Puasa Lagi : Felda Sudah Umum Duit Raya Buat Peneroka

Posted: 03 Jul 2013 07:50 AM PDT

Pergh.. sampul hijau tew....
Seramai 112,635 peneroka Felda di 317 tanah rancangan di seluruh negara bakal mendapat duit raya pada tahun ini sempena sambutan Aidilfitri.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, jumlah yang bakal diterima oleh setiap peneroka masih belum ditetapkan kerana keputusan akhir akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Setiap kali hari raya sememangnya menjadi amalan kita untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat Felda.

"Namun berapa nilai yang akan diberikan belum lagi diputuskan, perkara ini bergantung kepada ketetapan Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Multi Vitamin untuk Jemaah Haji 2013 kepada Lembaga Tabung Haji.

Pada tahun lalu seramai 103,597 peneroka atau 91.9 peratus yang bersama Felda menerima RM400 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM41.4 juta manakala 9,038 orang atau 8.02 peratus peneroka yang tidak bersama Felda masing-masing menerima RM200 melibatkan peruntukan berjumlah RM1.8 juta

Pemberian duit raya kepada peneroka mula dilaksanakan sejak 2003. - UTUSAN ONLINE


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>