Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Duke of UMNO

$
0
0

Duke of UMNO


EKSKLUSIF..!!! BILA CINA DAP TIPU KAUM CINA MALAYSIA... #AsalBukanCinaDAP #ABCD

Posted: 02 Jul 2013 05:37 AM PDT

Rata-rata kaum Cina percaya hanya DAP lah harapan mereka untuk perjuangkan kaum Cina di negara kita ni. Kononnya DAP berintegriti, telus dan tak pernah seleweng duit. Malah depa kata DAP takde kroni dan tak rasis..! Heh!

Betul ke semua dakwaan tu? Atau ia sengaja diwar-warkan sebagai salah satu propaganda DAP?

Siapa pulak yang jadi "think tank" dalam soal propaganda ni? Red Bean Army? Baru ni aku dapat maklumat tentang modus operandi yang dikenal pasti dilakukan oleh Red Bean Army... Meh sini aku cerita sikit...

Kalau korang nak tahu, itulah propaganda Red Bean Army bagi membentuk imej DAP di mata orang Cina kat Malaysia ni. Depa buat imej DAP tu seolah-olah "maksum" dan suci dari segala kegiatan tidak bermoral...heh!

Dari mana depa dapat model tu? Modelnya ialah dari Nik Aziz dan Anwar Berahim. Kalau Nik Aziz "maksum" di mata orang PAS, Anwar Berahim pun dilihat "sanga bermoral" oleh pengikut PKR, maka Red Bean Army mahu "Dinasti Lim" sebagai "juara kaum Cina"...

Lepas tu, depa polish pulak imej "Dinasti Lim" dan kroni-kroninya dari kalangan kaum Cina parti tu dengan menggambarkan merekalah "pejuang sebenar" orang Cina. Kemudian, depa bandingkan pulak dengan MCA yang kononnya kotor, porno dan gagal perjuang kaum Cina...

Red Bean Army akan sembunyikan seluruh kegiatan gelap, haram dan segala kelemahan yang ada pada "Dinasti Lim", khususnya pada kaum Cina sendiri. Depa cukup takut kalau orang Cina tahu "rahsia" gelap "Dinasti Lim"...

Misalnya, kes kematian Teoh Beng Hock sebenarnya dikatakan berpunca dari "Dinasti Lim". Khabarnya, siasatan menunjukkan Beng Hock tertekan bila dapat tahu ganster Cina dah tunggu dia di luar pagar SPRM dan depan rumah sewanya...

Ye laa.. Beng Hock dah dedah banyak rahsia projek yang dimonopoli "Dinasti Lim" secara "terancang" melalui beberapa ADUN kroni "Dinasti" itu di Selangor, termasuk "boss"nya.

 Disebabkan tekanan itu, Beng Hock dikatakan mengambil keputusan untuk bunuh diri.. itu yang aku dengar dari Datuk Shafee Abdullah dan pegawai penyiasat SPRM sendiri...

Dalam kes tu, Red Bean Army dikatakan berhempas pulas cari jalan melancarkan propaganda "simpati" dan menuduh SPRM bunuh Beng Hock. Padahal, telah tersebar dengan laporan mengenai gangster dan "Mummy Foo" yang dikatakan sudah lama menjadi "gundik Dinasti Lim"...

Skandal "Mummy Foo" itu lenyap begitu saja memandangkan kekurangan bukti kukuh untuk ke mahkamah. Pun begitu, "Mummy Foo" yang dikait rapat mempunyai hubungan sulit dengan "Maharaja Dinasti Lim", telah berjaya diselamatkan dengan baik oleh Red Bean Army...

Akhirnya, kisah gelap DAP itu dapat dilupuskan, manakala kreadibiliti SPRM pula tercalar hebat. Itulah penangan Red Bean Army...

Itu hanya contoh kes Red Bean Army menyelamatkan reputasi "Dinasti Lim". Padahal, kalau la kaum Cina tahu betapa teruk dan zalimnya "Dinasti Lim", dah tentu depa akan lari dan tak mahu lagi jadi "hamba Mahajara" dan "Khalifah" dari "Dinasti" tu...

"Dinasti Lim" telus? Maaf cakaplah! Kalau nak ikut hal sebenar, Soi Lek tu jauh lebih telus dan berterus terang. At least Soi Lek telus dan beritahu dia ada gundik selain isterinya. Tapi "Dinasti Lim" bukan setakat gundik, malah duit Dewan Perniagaan Cina, Himpunan Cina dan peniaga Cina pun depa kebasssss..!!!

Di Kedah, ada seorang Ahli Parlimen Cina yang dibiaya oleh gangster-gangster DAP ni. Bila dia menang pada PRU13 hari tu, dia terus lupakan funder-funder dia tu. Bukan itu saja, hutang kempen hari tu pun dia tak bayar... nak tengok muka funder tu pun dia tak nak...

Hasilnya, masa dia buat jamuan "kesyukuran" menang jadi Ahli Parlimen hari tu di Taman Anggerik, takde seorang Cina DAP pun yang hadir. Depa boikot! Macam tu ke contoh orang Cina perjuangkan hak kaum Cina? Heh! Tu namanya kebas seleweng duit orang...Nanti la. aku tengah kumpul maklumat lagi pasal kes ni...

Yang pentingnya, korang perlu tahu bahawa "Dinasti Lim" memang kotor. Lebih kotor dari PKR dan PAS. Orang Cina yang dok follow depa tu sebenarnya kena "kencing" kaw-kaw punya. Tapi sampai sekarang depa tak sedar-sedar lagi...

Soalnya, mampukah MCA dan Gerakan sedarkan kaum depa sendiri? Kita tunggu dan lihat... Kalau gagal, confirm aku balun depa...heh!
 


PANASSS..!!! USTAZ KAZIM UMUM BERSARA KERANA GUAN ENG..???!!!

Posted: 02 Jul 2013 03:37 AM PDT

ustaz kazim

Saya tidak faham mengapa perlu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyekat program Forum Perdana di negeri jajahan "Khalifah" Lim Guan Eng itu dengan alasan yang bersifat kebudak-budakan, phobia dan jelas bermotifkan politik.

Alasan yang diberikan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu ialah ahli panel di program itu bernama Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz dan beliau dikatakan mampu menggugat kerajaan kerajaan negeri.

Kerana Ustaz Kazim maka Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengarahkan program Forum Perdana yang dijadual diadakan di negeri itu pada 5 Julai ini dibatalkan? Kerana Ustaz Kazim? Biar betul!


Semalam Al-Fadhil Ustaz Kazim Al-Hafiz memberitahu media mengenai dirinya yang "digam" oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu. Katanya, Exco agama di negeri itu keluarkan arahan begitu dan membatalkan Forum Perdana tersebut.

Beliau meluahkan rasa kesalnya atas sikap kerajaan negeri pimpinan Guan Eng itu. Namun apakan daya, bila kuasa di pulau mutiara itu diserahkan pada kafir harbi, begitulah nasib penceramah bebas seperti Ustaz Kazim.

Peliknya, sejak bila pula Ustaz Kazim mampu mengganggu gugat Kerajaan Negeri Pulau Pinang? Hebat benarkah ceramah Ustaz Kazim sehingga mampu memberi kesan pada sesebuah kerajaan negeri?

Apakah Ustaz Kazim berceramah dan menghasut supaya rakyat di Pulau Pinang mengadakan demonstrasi dan menghuru-harakan kerajaan pimpinan Guan Eng itu? Hebat sangatkah "aura" Ustaz Kazim hingga mampu tumbangkan rejim Dinasti Lim di negeri DAP itu?

Saya tertanya-tanya, kalaulah "Ostat Ferrari" atau "Ostat McD" yang dijemput memberikan ceramah politikkan agama di Forum Perdana itu, rasanya tak perlu permit pun, terhegeh-hegeh Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan sediakan segala kemudahan dan beri kerjasama erat.

Biarpun Ustaz yang baru saja tambah isteri yang masih dara itu sering mengeluarkan hukum ikut suka mak bapak dia saja da tidak menghiraukan hukum Islam yang sebenar, dia tetap diterima dan dibenarkan berceramah di Pulau Pinang.

Kenapa "Ostat" itu dialu-alukan di Pulau Pinang? Sebab dia boleh kukuhkan lagi rejim DAP kafir harbi di negeri itu? Padahal, dia tidak lebih dari "peserta Maharaja Lawak" yang "disqualified" kerana memperdagangkan agama dan ceramahnya untuk beli "roadtax" kereta Ferrarinya?

Exco agama di Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim sebenarnya menafikan dakwaan Ustaz Kazim tersebut. Katanya dia tak tahu menahu tentang arahan Kerajaan Negeri itu dan mungkin apa yang berlaku terhadap Ustaz Kazim itu merupakan "salah faham".

Pelik! Exco agama tak tahu pun tentang arahan itu? Sedangkan Ustaz Kazim sendiri yang mendakwa menerima arahan itu dari Exco terbabit. Siapa yang menipu? Ustaz Kazim atau Abdul Malik "itik"? Pada saya, saya lebih percayakan Ustaz yang punya gelaran Al-Hafiz berbanding ahli politik!

Salah faham apa yang Abdul Malik cuba katakan? Ustaz Kazim tidak faham arahan Kerajaan Negeri? Atau arahan terhadap Ustaz Kazim itu dikeluarkan oleh pihak tertentu tanpa pengetahuan Abdul Malik sendiri? Atau lebih tepat lagi, Abdul Malik makan gaji buta atau Exco sendiri yang tidak faham bahasa?

Saya agak terkilan perkara ini berlaku di saat umat Islam di negara ini begitu hampir untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia.

Saya tidak pasti sama ada ini adalah salah satu gerakan membalas dendam terhadap isu "Jonker Walk" di Melaka. Tapi pada saya, biar apa pun alasan di sebalik insiden ini, kita tidak perlu lagi beri muka pada DAP laknatullah itu. Mereka wajar diajar sewajarnya…

Sumber: Mykmu.net

PANASSS..!!! KARPAL MARAH BILA RAHSIA ANWAR DIBONGKAR..???!!!

Posted: 02 Jul 2013 01:37 AM PDT

karpal anwar

Saya yakin Pengerusi DAP, Karpal Singh marahkan Anwar selepas bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendedahkan beberapa fakta dan aktiviti "politik gelap" Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di negara jiran itu.

Dalam kenyataan terbaru Karpal mengenai pendedahan Jusuf itu, dia menganggap bahawa segala yang berlaku itu mampu menjejaskan Pakatan Haram dan bekas Naib Presiden itu tidak wajar mendedahkan perkara tersebut kepada umum.

Katanya lagi, cerita benar dari Jusuf itu mampu menjejaskan kreadibiliti Anwar dan sekaligus menimbulkan kesan kepada parti-parti di dalam Pakatan Haram.


Selebihnya, Karpal mahu Jusuf meminta maaf pada Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu menerima bantuan dana asing dari pelbagai negara luar, khususnya bagi membantu Pakatan Haram pada PRU ke-13 yang lalu.

Pertamanya, DAP sebelum ini begitu gemar memberitahu rakyat Malaysia, khususnya orang Cina bahawa merekalah yang paling telus dan berintegriti dalam semua hal. Kononnya mereka tidak pernah sembunyikan sesuatu dari rakyat.

Sampaikan pada satu-satu tahap, mereka tergamak mendesak Kerajaan untuk mendedahkan rahsia-rahsia kerajaan pada khalayak umum sedangkan apa yang mereka desak itu tidak wajar didedahkan dan tertakluk di bawah akta OSA.

Tapi bila Jusuf Kalla memberitahu dunia tentang betapa pembelitnya gerakan politik Anwar, mengapa pula Karpal Singh nak melatah?

Patutnya Karpal berterima kasih pada Jusuf kerana mendedahkan tindakan "gelap" Anwar yang dilakukan di belakang DAP dan PAS. Saya yakin, kalau Jusuf tidak dedahkan rahsia Anwar itu, sudah tentu Karpal dan PAS tidak tahu kegiatan "gelap" Anwar yang membelakangkan mereka itu, bukan?

Kedua, apa salahnya Jusuf dedahkan kejijikan perangai seorang pengkhianat negara jirannya? Bukankah itu satu tindakan yang wajar dilakukan? Bukankah itu juga menunjukkan ketelusan dan integriti? Kenapa DAP nak meradang pada Jusuf pula?

Kesan apa yang Karpal maksudkan bila perkara ini terdedah? DAP dan PAS tidak percaya lagi pada Anwar?

Saya yakin, DAP sejak awal lagi tidak pernah percaya pada Anwar. DAP Cuma berlakon percaya saja, tidak lebih dari itu. Itupun hanya sekadar "tahaluf siyasi" DAP yang mahu membonekakan Anwar untuk seumur hidup.

Hanya PAS saja yang percaya sepenuhnya pada Anwar. Orang-orang PAS di negara kita ini, kalau Anwar cerita dia merupakan jelmaan Ultraman Taro pun mereka akan percaya… Tidak perlu pertikai tahap IQ yang ada pada puak-puak PAS. Lihat saja Mahfuz Omar, dia contoh terbaik…

Ketiga, kenapa pula Jusuf perlu memohon maaf pada Anwar tentang dana-dana asing yang didakwa diterima Anwar pada PRU ke-13 yang lalu? Bukankah selama ini DAP begitu vokal mahu segala dakwaan kontroversi mengenai pemimpin politik di negara ini didedahkan dengan telus dan adil?

Jusuf tidak menuduh, tapi beliau suruh kita siasat. Jadi, apa kata kalau DAP syorkan pada Rafizi Ramli untuk mendesak Kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kebenaran dakwaan Jusuf itu?

Bukan apa, dakwaan itu melibatkan hubungan dua hala di antara dua bekas orang besar negara. Seorang bekas Naib Presiden dan seorang lagi bekas Timbalan Perdana Menteri. Perkara ini mampu timbulkan ketegangan, bukan?

Lagipun, DAP memang suka desak Kerajaan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja. Kalau kes penjenayah mati dilokap polis pun mahu ditubuh Suruhanjaya, longkang pecah pun mahu ditubuh Suruhanjaya, mengapa tidak desak Kerajaan tubuhkan Suruhanjaya DiRaja untuk kes ini?

Nampak sangat Karpal bersikap "double standard" dalam hal ini. Apakah integriti dan ketelusan itu membolehkan kita bersikap "double standard"? Atau DAP memang dari awal tidak punya integriti dan tidak telus? Berterus terang sajalah….

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR...!!! MAT SABU DIPECAT DARI PAS...!!!???

Posted: 01 Jul 2013 11:37 PM PDT

syiah ganti pas

Saya hanya tersenyum sumbing bila mendengar kenyataan yang dibuat oleh Ahli Majlis Syura PAS, Zaharuddin Mohamad, yang menegaskan bahawa partinya akan memecat mana-mana ahli yang berfahaman Syi'ah.

Katanya, kalau ada bukti yang menunjukkan ahli PAS itu berfahaman Syi'ah, maka PAS tidak akan teragak-agak untuk memecat individu terbabit walau seberapa tinggi pun jawatannya di dalam parti itu.
"Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti," – Zaharuddin Mohamad, AJK Majlis Syura PAS, 1 Julai 2013.
Lebih mengejutkan, Zaharuddin mendedahkan tentang seorang pemimpin utama PAS yang telah dipanggil mengadap Majlsi Syura bagi disoal siasat mengenai kecenderungannya menyokong fahaman Syi'ah.


Dia menjelaskan bahawa pemimpin PAS itu telah menandatangani sekeping surat pengakuan yang menjelaskan dia tidak terbabit sama sekali dengan sebarang aktiviti fahaman Syi'ah seperti yang dicanangkan sebelum ini.

Berdasarkan penjelasan Zaharuddin itu, saya tertanya-tanya tentang pengetahuan seluruh Ahli Majlis Syura PAS tentang fahaman dan corak amalan fahaman Syi'ah. Khabarnya mereka adalah terdiri dari kalangan ulama "hebat" dan tinggi ilmu agamanya.

Tapi, pernahkah mereka dengar dengan istilah "taqiyyah" yang menjadi amalan utama para pengamal fahaman Syi'ah di negara-negara yang tidak mengiktiraf fahaman tersebut?

Hanya berbekalkan "taqiyyah", mana-mana pengikut Syi'ah boleh mengaku di depan sesiapa pun sebanyak berjuta-juta kali dan menjelaskan bahawa dia tidak terlibat dengan fahaman yang menghina para sahabat utama Rasulullah SAW itu.

mat-sabu-syiah

Dengan amalan "taqiyyah" juga, para pengikut Syi'ah mampu menandatangani berpuluh-puluh ribu surat pengakuan, kononnya mereka bukan orang Syi'ah!

Nak tahu kenapa? "Taqiyyah" pada pengikut Syi'ah adalah bagaikan "lesen" bagi mereka untuk berbohong dan menyembunyikan pegangan serta fahaman mereka dari pengetahuan mana-mana pihak.

Kononnya, mereka dihalalkan untuk berbohong, berdusta dan melakukan akujanji palsu semata-mata mahu menyelamatkan aqidah Syi'ah mereka dari terbongkar.

Jadi, tidak hairanlah jika "pemimpin utama" PAS itu tidak mengaku berpegang pada fahaman itu dan menandatangani surat sebagaimana yang dijelaskan oleh Zaharuddin itu.

Persoalannya, apakah semua Ahli Majlis Syura PAS itu begitu "bengap" untuk menerima penafian "pemimpin PAS" itu sedangkan sudah terang lagi bersuluh, dia sememangnya menjadikan Ayatollah Khominie sebagai idola dan kagum dengan prinsip ideologi Syi'ah yang dibawa pemimpin Iran itu?

Lebih menimbulkan tanda tanya, mengapa pula Zaharuddin yang hanya berjawatan AJK saja yang memberikan kenyataan mengenai dakwaan wujudnya ramai pengikut Syi'ah di dalam PAS? Mana perginya "boss" dan timbalan "boss" Majlis Syura PAS?

Apakah mereka cuba melarikan diri dari dipersalahkan dalam soal siasatan "bodoh" yang dijalankan terhadap pemimpin PAS yang dikatakan Syi'ah itu?

Atau PAS memang sengaja menyimpan pemimpin Syi'ah itu di dalam parti mereka? Sayang sungguh PAS pada pengikut Syi'ah, kan? Kalau benar PAS tidak berkompromi dengan pengikut Syi'ah, buktikan! Kami bukan tak tahu, belambak ahli PAS yang terlalu mirip dengan pengikut Syi'ah, bukan?

Sumber: Mykmu.net

GEMPARRR..!!! KINI GILIRAN MAHFUZ "BEAN" OMAR PULA UNTUK DIGULINGKAN...???!!!

Posted: 01 Jul 2013 09:37 PM PDT

Smart tak? Mastermind nak gulingkan Mahfuz "Bean" Omar dalam diam..???
Licik betul Phahrolrazi Zawawi dan konco-konconya di Kuala Kedah. Tak kurang juga dengan kroni-kroninya macam Dr. Ismail, Nasir Mustapha dan sebagainya, rupanya dalam diam depa dah mula nak jatuhkan Mahfuz "Bean" Omar...

Sebelum ni depa dah berjaya gulingkan Ustaz Azizan. Walaupun dengan cara tidak terhormat, kotor dan penuh konspirasi, projek gulingkan Azizan tu berjalan lancar meskipun depa sedar para penyokong PAS berpecah dan bergaduh teruk sampai sekarang...

Depa ingat lepas Ustaz Azizan diguling, maka Phahrolrazi yang "override" senioriti Taulan Rasul akan dilantik jadi Pesuruhjaya PAS Kedah. Rupanya jangkaan depa meleset! Mahfuz lebih licik macam "musang" dan "Mr Bean" PAS tu pulak yang dilantik gantikan Ustaz Azizan...



Jangan ingat hangpa buleh gulingkan aku... aku lebih teraaaa dari Ustaz Azizan... Shahlan pun aku pukoi... apatah lagi engineer tu...heh! Dia belum tahu sapa Mahfuz "Bean"..!!!
Kini khabarnya dan tiba giliran depa nak jatuhkan Mahfuz. Gerak pertama, Phahrolrazi dikatakan sengaja buat Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil Noor di Hotel Star City. Kononnya, depa nak bandingkan pemikiran arwah Ustaz Fadhil dengan Mahfuz?

Ye laaa.. Mahfuz tak lulus SRP, Ustaz Fadhil graduate. Mahfuz bukan golongan ulama, Ustaz Fadhil pulak dari golongan ulama. Mahfuz suka merapu dan cakap kosong, tapi arwah Ustaz Fadhil berisi pertuturannya dihormati kawan dan lawan... berbeza macam langit dengan bumi...

Depa tak buat perbandingan antara Mahfuz dengan Ustaz Azizan sebab depa nak "benam" terus reputasi dan legasi Ustaz Azizan di Kedah. Buktinya, bekas Setpol MB Kedah, Sanusi Md Noor dan "uncle" Zul Ya aku tu tengah hebat diserang puak-puak PAS dan konco-konco Phahrolrazi...

Pada aku, walaupun Mahfuz tu tak lulus SRP dan pernah kerja angkat beg kat airport Bayan Lepas dulu, dia ni licik dan "cunning". Ye laaa..licik la jugak kalau dia boleh "tag team" dengan "someone" untuk jatuhkan Setpol PM, Datuk Shahlan, kat Pokok Sena masa PRU13 hari tu..kan?

Aku dengar, khabarnya Mahfuz tengah deal dengan orang-orang Ustaz Azizan. Depa nak bergabung dan lawan "Phahrolrazi and Co". Tapi sumber dalaman PAS tu kata, Mahfuz dan geng Ustaz Azizan ni nak buat gerakan "bawah tanah" la.. takkan nak bergaduh riuh rendah kot.. 

Depan depa "manis", tapi kat belakang...heh! Korang bayangkan sendiri la.. Khabarnya lebih teruk dari PKR bergaduh nak rebut jawatan hari tu...heh! Faham-faham sendiri la kan...

Selain tu, aku dengar jugak bahawa Phahrolrazi dan kroni-kroninya bukan saja akan jatuhkan Mahfuz di Kedah, malah depa plan nak jatuhkan Mahfuz di peringkat pusat. Maknanya, takde undi untuk Mahfuz kalau dia nak pertahan jawatan Naib Presiden PAS di Muktamar PAS nanti laaa..

Aku hanya nak tunggu dan tengok "temasya" PAS Kedah lepas ni. Sakan depa bergaduh, teruk depa berentap. Tapi itu bukan "token" untuk UMNO dan BN relaks dan ketawa besar. PRU14 dijangka lebih sengit... Err.. UMNO Kedah dah balik dari "honeymoon" ke belum? Kerja broooo..!!!

EKSKLUSIF..!!! PEMIMPIN PAS TAK TAHU MALU MENYEBOK DI MAJLIS MB - PBT KEDAH..!!!

Posted: 01 Jul 2013 07:37 PM PDT

Kenal lelaki berdiri di posisi paling kiri dan terasing tu? Tu la "hantu hijau" KHTP muka tembokkk..!!!
Aku rasa, tak perlu lagi aku perkenalkan lelaki dalam gambar kat atas tu. Semua orang khususnya di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) kenal dengan lelaki ni. Dia bernama Mohd Sobri Osman, Presiden KHTP yang dilantik secara kontrak politik oleh PAS...

Kalau korang nak tahu, kalau tak silap aku, Sobri ni merupakan Timbalan Yg DiPertua PAS Kawasan Sg Petani merangkap AJK PAS Negeri Kedah. Masa PAS jajah negeri Kedah penggal lepas, depa lantik dia jadi Presiden dan bekas menantu Azizan jadi "assistant"nya yang dikatakan "gila kuasa"...

Lepas Sobri dan pak-pak lebai conquer KHTP, depa gulingkan pengasas yang banyak berjasa dan membangunkan KHTP iaitu Datuk Syukri. Dan salah seorang yang jadi mangsa depa ialah YB Sabrina yang sekarang ni dah jadi ADUN Kulim merangkap Exco ICT...


Datuk Ahmad Syukri...bekas boss besar KHTP... hebat!
Lepas depa beri tekanan dan gulingkan Datuk Syukri, pengasas KHTP tu terima tawaran dari Hi-Tech Park di selatan semenanjung dan ternyata Hi-Tech Park kendalian Datuk Syukri tu pulak jadi tumpuan. Pelabur percaya kat kreadibiliti Datuk Syukri... rekod dia cantik!

Manakala YB Sabrina pula terpaksa berhenti kerja dan ikut suami ke Melaka. Atas kelulusan dan kepakaran yang ada, beliau ditawarkan jadi CEO Biotech di Melaka... Orang berkebolehan ni letak kat mana pun depa boleh hidup punyaaa...
Dulu Sobri beri tekanan dan "buang" dia dari KHTP.. sekarang ni dah jadi Exco ICT... Allah SWT bayar "cash" kat PAS PIS PUS...!!!
Maka bermaharajalela la Sobri di KHTP... Malangnya, Sobri ni tak reti buat kerja. Tak reti tarik pelabur. Pelabur yang masuk di KHTP tu pun hampir 95% diusahakan kerajaan BN Kedah dulu (Datuk Syukri punya hasil tangan).. Sobri pulak claim dia yang "hebat"...? Heh!

Sekarang ni, PAS dah kalah di Kedah. BN dah rampas balik dah. Tapi si Sobri ni muka tak malu, masih buat muka tebal tak reti nak letak jawatan. Khabarnya dia pegang jawatan kat situ sampai habis kontrak.. maklum laa... sedap makan gaji buta...

Masalahnya, payah la Kerajaan BN nak bua kerja. Conflict of interest. Sobri boleh sabotaj dasar dan kerja kerajaan BN bila-bila masa saja. Paling buruk, pelabur takut nak masuk ke KHTP selagi Sobri jadi Boss kat KHTP tu...
 
Paling memalukan, baru-baru ni Sobri sekali lagi buat muka tak malu bila dia hadir ke Majlis Perjumpaan MB bersama Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kedah. Perghhh..!!! Betul-betul muka tembokkkk..!!!

Mere nam Sobri he... Mere Timbalan Yg DiPertua PAS Sg Petani.. Mere Presiden KHTP makan gaji buta... dan mere nam memang muka tembok punnn..!!!
Aku nak tanya, apa kapasiti dia sebagai Presiden KHTP untuk hadir di majlis tu? Siapa yang jemput dia? Siapa? Adakah bini Ketua Pemuda PAS yang jadi PA Exco yang punya kerja? Ada "hantu hijau" yang jemput Sobri muka tak malu tu?

Amboiii.. Sampai terhegeh-hegeh bergambar dengan MB, Exco-Exco dan pemimpin BN? Weiii Sobri, hang tu Ahli Majlis PBT dari mana? Hang PBT Danoq atau Hadnyai? 

Aku pelik... Apa semua pemimpin PAS Kedah ni perangai macam Sobri ni ke? Semua muka tak malu ke? Weiiii... dah kalah tu blah je laaa... tak malu ke makan gaji buta? Dah la tak reti buat kerja. Asyik dok check toilet KHTP tu saja nak buat apaaaa..??? Syohh...syohhh... syohhhh..!!! Pushhhhh..!!!

PANASSS..!!! AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG KEDAH DICARI AH LONG DAP..???

Posted: 01 Jul 2013 05:37 PM PDT

Ada kenderaan Ahli Parlimen pembangkang bakal dipecah penyokong sendiri?
Kes dibawah mungkin ada hubung kait dengan aktiviti politik. Aku syak ADUN DAP ni ada pinjam duit dari gangster untuk berkempen pada PRU ke-13 yang lalu. Lepas dia menang, dia lupa hutang dia...

Mungkin bila gangster tu cari, dia lesap. Bila dihubungi, dia beri banyak alasan. 

Aku dapat maklumat mengatakan seorang Ahli Parlimen pembangkang berbangsa Cina di Kedah pun ada "berhutang" dari beberapa gangster untuk membiayai kempen politiknya pada PRU 13 tempohari.



Member aku kata, sampai sekarang ni Ahli Parlimen tu buat "don't know" pada gangster tu. Menariknya, dipercayai gangster tu dari DAP dan bila Ahli Parlimen Cina tu buat "kenduri", sekoq DAP pun tak hadir... depa boikot Ahli Parlimen tu...

Agak-agak korang siapa Ahli Parlimen Cina kat Kedah tu? Tak ramai, kan? Aku dengar, dia tu tunggu masa je. Kalau gangster-gangster tu tak tahan sabar, rasanya mungkin Ahli Parlimen pembangkang tu akan menerima nasib yang sama...

Kita tunggu jer...
BUKIT BERUANG - Selepas cermin keretanya dipecahkan dua minggu lalu, sekali lagi, Adun Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong menerima kejutan apabila pagar dan sebuah keretanya yang lain pula disimbah cat merah.

'Kejutan' itu disedari Poay Tiong ketika keluar dari rumahnya di Jalan D1, Taman Dahlia, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi. 

Menurutnya, keadaan kereta jenis Honda CRV terpakai yang baru dibelinya sebelum PRU13 masih dalam keadaan baik ketika beliau pulang ke rumah jam 12 tengah malam kelmarin. 

"Saya balik ke rumah kira-kira jam 12 tengah malam selepas selesai urusan sebagai Adun dan sebelum memasuki rumah, keadaan kereta dan pagar rumah masih baik. 

"Namun ketika keluar dari rumah jam 7.30 pagi saya melihat terdapat cat merah pada pagar dan kereta serta lantai garaj," katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Poay Tiong berkata, cermin belakang kenderaan kemudahan sukan (SUV) miliknya turut pecah dipercayai dibaling batu berikutan terdapat objek keras itu di atas lantai. 

"Perbuatan ini mungkin dilakukan antara jam 12 tengah malam hingga 7.30 pagi namun kira-kira jam 1 pagi saya ada terdengar bunyi sesuatu dari luar rumah. 

"Saya tidak mengesyaki apa-apa malah menyangka mungkin bunyi itu dilakukan kucing lalu saya terus sambung tidur," katanya. 

Beliau berkata, mujur tiada perkara lebih buruk berlaku di dalam rumah yang turut dihuni isteri, Lee Wei Cheng, 43, dan tiga anak perempuannya berusia dari lima hingga 15 tahun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>