Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

PEJUANG BANGSA

$
0
0

PEJUANG BANGSA


HOT ! PEMBANGKANG BERANG PENDEDAHAN ANWAR ADA 20 AKAUN BANK DI ISRAEL !!

Posted: 02 Jul 2013 09:55 AM PDT



Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
   
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
   
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
   
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
   
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
   
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
   
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.
   
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
   
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.
   
Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.
   
"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama Pas dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.
   
Persidangan bersambung esok. - Bernama

MP Kepala Batas Reezal Merican nafi berkahwin dengan artis Mas Anizan

Posted: 02 Jul 2013 06:43 AM PDT




Orang putih kata, 'lies would have travelled half-way around the world before truth put its boots on'.

Al kisah kes naya yang Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal  Merican kena tanggung.
Ini gara-gara tersebar laporan blog-blog hiburan dan politik kononnya beliau sudah berkahwin tiga dengan seorang bekas artis.
Artis yang digembar-gemburkan menjadi isteri terbaharunya itu ialah Mas Anizan, bekas isteri Allahyarham ahli perniagaan dari Pahang, Datuk Ali Bapoo.
"Laporan itu tak betul. Ia fitnah semata-mata. Saya masih bersama isteri pertama saya (Ismalina Ismail) dan isteri kedua (Sharifah Noorhaslinda). Kedua-dua perkahwinan saya  itu menerusi "direct negotiation bukan menerusi  tender, tau" katanya dalam nada berseloroh.
"Saya ada dua dapur, dua rumah dan anak tujuh. Ada orang mempunyai satu rumah tetapi banyak restoran," tambahnya cara berjenaka lagi.


Reezal berkata demikian ketika ditemui wartawan Agendadaily di lounge kenamaan parlimen pagi Selasa.
Menurut Reezal, beberapa blog telahpun menarik balik laporan itu apabila menyedari bahawa ia tidak benar. Beliau juga berharap blog-blog lain yang masih belum berbuat demikian supaya melakukan perkara yang sama.
"Saya nak saman pun banyak sangat. Tetapi saya ingin tahu siapa yang memulakannya," katanya.-2/7/2013 - agenda daily-


Komen GPB 

Sabar DS Reezal ... ini semua dugaan ..

terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadi penyokong BNBBC paling lantang di Parlimen melawan puak2 pembangkang ... 

KERAJAAN DAP BAZIRKAN DUIT RAKYAT , WUJUDKAN JAWATAN BERMOTIFKAN POLITIK !! @dzainalabidin

Posted: 02 Jul 2013 06:00 AM PDT




Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melantik penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan dimenangi Barisan Nasional (BN) hanya bermotifkan politik dan bukannya untuk membantu rakyat, kata kata Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Abdul Hamid. 

Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri itu membazir wang rakyat kerana wakil rakyat BN sebenarnya mampu menolong rakyat. 
Katanya, BN melalui pusat khidmat yang diwujudkan sudah banyak membantu rakyat dan kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan BN untuk tujuan itu. 

"Ahli DUN BN boleh tolong rakyat, tak payah (kerajaan negeri) lantik penyelaras di kawasan yang BN menang," katanya pada sidang media selepas perasmian Penggal Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13 di sini, hari ini. 

Semalam, Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengumumkan pelantikan penyelaras di 10 kawasan DUN di mana pakatan rakyat (PR) kalah kepada BN pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lalu. 

Katanya, pelantikan penyelaras itu akan membolehkan kerajaan negeri membantu rakyat di kawasan tersebut iaitu Bertam, Pinang Tunggal, Penaga, Sungai Dua, Permatang Berangan, Telok Air Tawar, Sungai Acheh, Pulau Betong, Telok Bahang and Bayan Lepas. 

Sementara itu, ADUN Pulau Betong, Muhamad Farid Saad menyelar dakwaan Lim kononnya wakil rakyat BN tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam projek pembangunan. 

"BN pun biasa tadbir negeri...dulu kita jemput pakatan pembangkang tapi mereka pun tak bagi kerjasama. Kalau dulu tak bagi kerjasama kepada BN, kenapa sekarang nak ungkit balik dan mempersoalkan kita," katanya. - BERNAMA 


Komen GPB

Ini jawatan  politik  yang di create untuk macai2  DAP terdiri daripada  MELAYU PKR & PAS yang kalah di PRU13 .. bagi ada jawatan sikit dan gaji lumayan untuk depa sapu ...hahaha






KERAJAAN BAKAL TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT RBA DAP !!

Posted: 02 Jul 2013 05:00 AM PDT



Cadangan penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat cyber troopers (tentera siber) yang dikaitkan dengan parti pembangkang, Red Bean Army (RBA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.

Cadangan penubuhan suruhanjaya tersebut terkandung dalam memorandum yang diserahkan oleh Gabungan NGO Islam yang diwakili Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim di lobi Parlimen hari ini.

"Saya akan membawa perkara ini untuk pengetahuan Kabinet sama ada permohonan ini wajar atau tidak, sebab ada banyak laporan polis mengenai RBA ini yang kita lihat cukup aktif sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lalu.



"NGO ini mendakwa bahawa Red Bean Army ini telah mendapat dana yang besar daripada pihak pembangkang untuk membiayai gerakan mereka," kata Shahidan.

Menurut beliau, kerajaan terbuka kepada semua cadangan rakyat termasuk penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat RBA.

Dalam memorandum tersebut, Gabungan NGO Islam yang mengandungi 130 pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan, gerakan Red Bean Army berbahaya kepada keselamatan negara dan merosakkan perpaduan negara.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan penyebaran berita palsu melalui Internet termasuk di laman sosial antaranya mengenai berita 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU yang lalu. - UTUSAN ONLINE

TERKINI ! USTAZ AZHAR IDRUS BUKAN CALON PAS PRK KUALA BESUT

Posted: 02 Jul 2013 04:09 AM PDT




Ustaz Azhar Idrus tiada dalam senarai pilihan Pas untuk dicalonkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika menjawab soalan pemberita mengenai desas-desus pendakwah terkenal itu akan dipilih mewakili Pas, memberikan jawapan 'tidak' sebanyak tiga kali.

Terdahulu, ketika ditanya mengenai 'Ustaz Azhar' beliau mengiyakan kerana menyangka pemberita merujuk kepada Yang Dipertua Pas Kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad yang juga dikenali sebagai Ustaz Azhar.

"Antara banyak nama yang naik, termasuk nama Ustaz Azhar (Wan Azhar Wan Ahmad), dia sebagai Yang Dipertua Pas Kawasan (Besut)," katanya.

Bagaimanapun, beliau membetulkan identiti orang yang disenaraikan itu selepas menyedari Ustaz Azhar yang dimaksudkan media adalah Azhar Idrus.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan Ustaz Azhar Idrus sebagai kemungkinan disenaraikan calon Pas pada PRK ini.

Mengulas lanjut mengenai Azhar Idrus, Mohd Abdul Wahid menjelaskan, ikon agama itu tidak berminat bertanding bagi mewakili parti politik.

"Dia orang Ladang (kawasan di bandar Kuala Terengganu), orang sini. Banyak maklumat yang kita terima menyatakan dia tidak berapa minat bertanding, tetapi kita tengoklah nanti (apakah beliau ingin bertanding) suatu masa nanti kerana belum muktamad," katanya.

Selain Wan Azhar, satu-satunya calon Muslimat yang ditempatkan di kerusi Dun Kuala Besut pada PRU13 lalu, Napisah Omar turut disenarai pendek.

Beliau turut menjelaskan, kebanyakan senarai nama adalah daripada kalangan anak tempatan dan pihaknya sedang meneliti perkara itu untuk mengetengahkan calon terbaik bagi memastikan kemenangan Pas.

Mohd Abdul Wahid turut mengumumkan Adun Paka yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil Pas Negeri.


"Jentera pilihan raya sudah kita lantik dan lepas ini, kita akan pastikan jentera kita bergerak lancar," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>