Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Sahabat-Gunung

$
0
0

Sahabat-Gunung


Sekat Ceramah, Tutup Bazar Ramadhan Tonjol Sikap Cauvinis Perkauman DAP

Posted: 01 Jul 2013 10:14 PM PDT

Langkah kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menyekat program Ehwal Islam dan program 'Kalau Ada Jodoh' Ustaz Khazim Elias yang dijadualkan 5Julai ini satu bukti bahawa sikap pilih kasih pemimpin pembangkang, lebih menyedihkan apabila sekatan itu dari pemimpin (EXCO) yang beragama Islam yang sekadar menjadi boneka kepada pemimpin DAP.



Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pemimpin DAP sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara namun apa yang berlaku ke atas Ustaz Khazim Elias ini jelas mereka takut dengan bayang-bayang sendiri, apatah lagi kalau perkara ini 'kena pada batang hidung sendiri.



Sikap EXCO yang beragama Islam yang menyekat program keagamaan sebegini juga menyedihkan kerana sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan agar program-program keagamaan sebegini diperbanyakkan lagi," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.



Dalam masa yang sama, Reezal turut kesal dengan sikap perkauman DAP apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.



"Tindakan dan kenyataan ini jelas menghiris hati orang-orang Islam kerana Bazar Ramadhan ini sudah menjadi satu amalan untuk orang Islam pada bulan Ramadhan. Kita setuju kalau ada syarat atau peraturan-peraturan tertentu untuk peniaga Bazar Ramadhan ini tetapi tindakan menutupnya merupakan satu tindakan perkauman yang jelas akan merosakkan perpaduan dan keharmonian di dalam Negara kita.



Tambahan pula, kewujudan bazaar Ramadhan ini merupakan satu tindakan untuk membantu peniaga-peniaga kecil selain merapatkan hubungan sesama orang Islam. Jadi, bazaar Ramadhan ini cukup penting kerana selain proses membeli-belas membeli juadah untuk berbuka, ia membuka peluang perniagaan kepada peniaga kecil dan dalam masa yang sama, ketika ini tidak mustahil kita akan berjumpa kawan-kawan atau saudara-mara, ianya mampu untuk merapatkan hubungan persahabatan dan persaudaraan sesama kita," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Sent from Yahoo! Mail for iPhone

Ketua Wanita UMNO: Azalina Bergurau Atau Bagi Hint....??

Posted: 01 Jul 2013 08:33 AM PDT


Benarkah sekadar gurauan ataupun ianya merupakan hint sebenar Ahli Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Semalam ketika perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong, secara berseloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang), menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO.

Tawaran Azalina disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengalu-alukan persetujuan Rafizi, Azalina seterusnya memberi syarat kepada Anggota Parlimen baharu itu untuk menyertai UMNO terlebih dahulu dan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Pengerang boleh membantunya.      

Persoalannya, adakah ianya benar sekadar gurauan Aza, yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO Malaysia….

Mampukah Azalina menarik minat akak-akak dalam Wanita UMNO untuk menerimanya sebagai Ketua….. atau Azalina sekadar  …………


Baca seterusnya di JohorDaily

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>