Dialog Dewasa Kritik Berasa |
- Presiden ISMA, DAP bawa agenda terselindung
- PANAS! Gambar Anak Wakil Rakyat PAS Tak Tutup Aurat. Mana Pergi Suara Kutuk DS Rosmah?
- EKSKLUSIF: KENAPA MEMPERTIKAIKAN KERAJAAN YANG DI- PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA
Presiden ISMA, DAP bawa agenda terselindung Posted: 01 Jul 2013 06:39 PM PDT Katanya, alasan yang diberikan oleh Liew Chin Tong yang juga pemikir DAP itu adalah tidak logik apabila berkata faktor menghunus keris oleh Datuk Seri Hishamudin Hussein sebagai punca utama masyarakat Cina tidak menyokong kerajaan. "Adakah logik kerana keris Hishamudin? Adakah logik satu bangsa membentuk satu blok politik yang padu kerana sebilah keris yang dihunuskan?" soal beliau kepada ismaweb.net. Pada 27 Jun lalu, Liew Chin Tong dilaporkan Malaysiakini berkata masyarakat Cina mula berubah menjadi penyokong DAP sejak tahun 2005 apabila Naib Presiden UMNO pada waktu itu, Hishammuddin menghunus keris dalam satu mesyuarat Pemuda UMNO. Jelas Ustaz Abdullah, orang Melayu jangan mudah tertipu dengan kenyataan pemikir DAP itu kerana orang Cina memilih DAP bukan kerana peristiwa itu, tetapi kerana masyarakat Cina mahu memilih sebuah parti yang menyuarakan pandangan mereka di Parlimen dan juga mahu merubah rupabangsa negara ini. "Kita boleh kumpul puluhan kenyataan, cubaan dan tindakan yang dilakukan oleh DAP dan golongan tertentu di kalangan masyarakat Cina yang mencabar Islam dan kedudukan Melayu melalui pelbagai wadah dan cara. "Mereka secara terbuka menuntut perkara-perkara yang mencabar semangat perlembagaan atas nama hak sama rata. "Segala itu menyingkap niat sebenar masyarakat Cina memilih DAP," katanya. Dalam pada itu, Ustaz Abdullah mendakwa orang Cina juga menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berunsurkan liberal dan plural supaya agenda kesamarataan diterima bersama agenda Malaysian Malaysia di negara ini. "Mereka fikir mereka dapat menunggang arus liberal dan plural yang dibawa oleh Anwar Ibrahim dan golongan tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat. "Dengan pengaruh Anwar Ibrahim yang hebat fahaman tersebut akan membawa penyokong PR dan masyarakat muda percaya kepada kesamarataan mutlak. "Melalui fahaman kesamaratan itu orang Melayu akan menerima agenda Malaysian Malaysia dan sekali gus menerima kepimpinan Cina DAP. Sebab itu PRU 13 adalah peluang keemasan bagi golongan masyarakat Cina, sebab itu mereka "all out" mengundi PR," kata beliau. Beliau menambah, orang Cina berjaya menutup mata kumpulan Islam dalam pakatan apabila sentiasa menuding jari menuduh UMNO sebagai perosak agama dan bangsa dengan itu segala agenda tersirat DAP dianggap sebagai dakyah UMNO semata-mata. AIDCNews |
PANAS! Gambar Anak Wakil Rakyat PAS Tak Tutup Aurat. Mana Pergi Suara Kutuk DS Rosmah? Posted: 01 Jul 2013 06:00 AM PDT Antara hujah penyokong PAS bila ditanya kenapa mereka tolak UMNO adalah kerana pemimpin UMNO tak perjuangkan Islam. Bila ditanya apa buktinya, mereka akan menggunakan alasan DS Rosmah tak pakai tudung. Kalau kerana ahli keluarga pemimpin UMNO tak tutup aurat dijadikan alasan, kenapa mereka boleh terima bila anak kepada Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu, YB Datuk Raja Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah tak pakai tudung? Ini buktinya. Kalau mereka kata itu video lama, bagaimana pula dengan keratan akhbar Utusan pada Sabtu lepas? Sudah terang lagi bersuluh. Mereka hanya menyerang ahli keluarga pihak lawan tetapi mempertahankan kebatilan ahli keluarga pemimpin mereka. MyMassa harap pemimpin PAS tidak mempermainkan hukum Islam apabila menggunakan dalil agama untuk menyerang pihak lawan tetapi gagal berdakwah di kalangan pemimpin PAS sendiri. *Anak Khalid Ibrahim pun tak pakai tudung. Kenapa PAS Selangor tak berani nak tegur? |
EKSKLUSIF: KENAPA MEMPERTIKAIKAN KERAJAAN YANG DI- PERTUAN AGONG DAN RAJA-RAJA Posted: 01 Jul 2013 01:54 AM PDT Hampir keseluruhan rakyat Malaysia yang tidak memahami asas penubuhan negara Malaysia ini walaupun pernah mengetahui berkaitan dengan perlembagaan negara. Bahawasanya asas terdirinya negara Malaysia ini adalah bertunjangkan perlembagaan itu sendiri. Sistem pemerintahan di Malaysia ini sebenarnya adalah system "Raja Berpelembagaan" maknanya Raja sebagai ketua kerajaan Malaysia yang memerintah melalui perlembagaan negara. Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja memerintah dengan menyalurkan kuasa eksekutif kepada wakil kerajaan yang dilantik olehnya iaitu Perdana Menteri atau Menteri Besar/Ketua Menteri. Namun sedemikian rakyat berhak untuk memilih wakil untuk mewakili mereka didalam kerajaan ini melalui sistem "Demokrasi Berparlimen". Maknanya rakyat memilih wakil mereka yang bersidang membahas apa juga perkara bagi kepentingan rakyat dan negara di dean rakyat atau dewan undangan negeri melalui sistem (demokrasi) undi iaitu pilihanraya bagi setiap 5 tahun sekali atau kurang termaktub kepada pembubaran parlimen (Dewan Rakyat) itu sendiri. Siapa yang memperolehi undi majoriti akan terpilih menjadi calon rakyat di parlimen atau dewan undangan negeri. Wakil yang mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen (dewan rakyat) atau ahli dewan dewan undangan negeri itu secara dasarnya dipilih (bukan dilantik) untuk menjadi Perdana Menteri atau Menteri Besar / Ketua Menteri bagi mengetuai dan diberikan kuasa eksekutif memerintah sebagai wakil Kerajaan oleh Yang Di Pertuan Agung atau Raja-raja. Tetapi kuasa mutlak untuk melantik atau menolak wakil itu ke jawatan tersebut adalah kuasa mutlak Yang Di Pertuan Agung dan raja-raja. Namun berapa ramaikah diantara kita rakyat Malaysia yang benar-benar memahami atau mengetahui konsep ini? Pada hakikatnya ianya bukanlah kerajaan BN atau PR tetapi adalah kerajaan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja. BN atau PR itu adalah parti yang mewakili wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat. Dengan menyatakan kerajaan BN atau PR itu adalah satu konsep yang salah dan berlandaskan kepada maksud politik itu sahaja adalah tidak tepat sama sekali. Kita telah melihat dalam beberapa keputusan dan tindakkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja yang menolak perlantikkan wakil-wakil tertentu sebagai Menteri Besar atau anggota majlis mesyurat kerajaan negeri bagi mewakili kerajaan negeri yang di perintah oleh Raja-Raja. Kerana lazimnya semenjak daripada kemerdekaan negara Malaysia, yang Dipertuan Agung atau Raja-Raja bertindak atas nasihat. Samada untuk menerima atau tidak adalah budi bicara Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja. Kerana sinonimnya apa yang kebiasaannya Perdana Menteri Atau Menteri Besar/Ketua Menteri sembahkan akan diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agung dan Raja-raja namun pada realitinya ianya tidak begitu dan ianya telah terbukti Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja mempunyai kuasa mutlak untuk menerima atau menolak. Merujuk kepada perhimpunan besar-besaran untuk menzahirkan rasa tidak puashati terhadap pilihanraya yang telah dan akan diadakan dengan menyatakan ianya adalah satu penipuan atau manipulasi pada dasarnya adalah penghinaan kepada Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja dan bercanggah dengan perlembagaan negara artikel 118 dan 118A iaitu undang-undang tertinggi negara iaitu :- Cara mencabar pemilihan 118. Tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau ke Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya yang dikemukakan kepada mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat pilihan raya itu diadakan. Cara mempersoalkan petisyen pilihan raya mengenai tidak adanya pemilihan 118A. Sesuatu petisyen yang mengadukan hal bahawa tiada apa-apa pemilihan telah dibuat ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan hendaklah disifatkan sebagai satu petisyen pilihan raya dan Mahkamah Tinggi boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya patut mengenainya untuk memaksa suatu pemilihan dibuat tetapi kegagalan membuat pemilihan dalam mana-mana tempoh yang dinyatakan oleh Perkara 54 atau 55 atau oleh peruntukan yang bersamaan dalam Perlembagaan mana-mana Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidaklah menjadi suatu alasan bagi mengisytiharkan bahawa seseorang ahli telah tidak dipilih dengan sewajarnya. Untuk makluman, Suruhanjaya Pilihanraya yang di pengerusikan oleh wakil yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agung dan Raja-raja. Mempertikaikan Suruhanjaya Pilihanraya ini samalah ertinya dengan mempertikaikan kuasa Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja. Perhimpunan haram berkaitan pertikaian ini yang mengugat keamanan dan keselamatan negara yang tidak bertunjangkan perlembagaan negara harus di tentang sehabis-habisannya kerana pada dasarnya ianya satu penghinaan. Dan kita lihat pemimpin parti pembangkang iaitu Karpal Singh membuat lapuran polis keatas perhimpunan ini kerana tidak mahu di kaitkan kepada diri dan parti yang di dokongnya. Ini kerana beliau memahami apa yang termaktub didalam perlembagaan yang mana hukumannya adalah amat-amat berat iaitu secara ringkasnya ;- BAHAGIAN XI KUASA KHAS MENENTANG PERBUATAN SUBVERSIF, KEGANASAN TERANCANG, DAN PERBUATAN DAN JENAYAH YANG MEMUDARATKAN ORANG AWAM DAN KUASA DARURAT Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb. 149. (1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan— (a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau (b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau (c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau (d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undangundang; atau (e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apaapa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau (f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya, "Maka apa-apa peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan Perkara 5, 9, 10 atau 13, atau walaupun, jika tidak kerana Perkara ini, peruntukan itu akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan Perkara 79 tidaklah terpakai bagi Rang Undang-Undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian." Perkara 5 :- Kebebasan Diri Perkara 9 :- Larangan Buang Negeri Dan Kebebasan Bergerak Perkara 10:- Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Perkara 13 :- Hak terhadap harta. Perkara 79:- Perjalanan Kuasa Perundangan bersama. Maknanya perhimpunan haram ini wajar diambil tindakkan sekeras-kerasnya berlandaskan perlembagaan negara sebagai undang-undang tertinggi melalui wakil eksekutif kerajaan Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja iaitu Perdana Menteri melalui Kementerian Dalam Negeri (Suruhanjaya Pasukan Polis) menguatkuasakan peruntukkan ini. Rakyat perlu sedar dan faham bahawasanya Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja yang memerintah melalui instrumen-instrumen yang dilantik olehnya. Bukannya ahli-ahli politik yang berkuasa, kerana tanpa perlantikkan oleh Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja yang menyalurkan kuasa eksekutif maka ahli-ahli politik sebenarnya tidak memiliki apa juga kuasa perlaksanaan yang di peruntukkan oleh perlembagaan negara walaupun dipilih oleh rakyat. Sebagai orang melayu islam jangan kita derhaka kepada kerajaan yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agung dan Raja-raja yang memerintah. -MO |
You are subscribed to email updates from MyMassa | Dialog Dewasa, Kritik Berasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |