Apa Yang Tersirat |
Pemilihan Umno: Nama KU LI muncul lagi Posted: 01 Jul 2013 06:32 AM PDT KETIKA Umno dikatakan mahu menjadikan partinya lebih demokratik dalam menentukan pucuk pimpinan parti, nama yang tidak asing lagi meniti di bibir pemerhati ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Ku Li digambarkan sebagai individu yang begitu mendambakan kedudukan Datuk Seri Najib Tuan Razak dalam Umno sejak sekian lama. Maka tidak hairanlah, mungkin dek kerana sejarah lampau itu, nama Ku Li kembali menjadi sebutan tatkala pemilihan Umno semakin hampir. Ku Li pernah bertanding jawatan presiden Umno tahun 1987, di mana dalam pertandingan itu beliau kalah 40 undi kepada Tun Dr Mahathir sebagai Presiden penyandang. Juga akibat pertandingan itu, Umno mengalami pengharaman, dan tertubuhnya Parti Semangat 46, pimpinan Ku Li. Pada PRU-1990, Ku Li dengan S-46nya bergabung dengan PAS dan DAP serta PBS bagi menentang BN, namun gabungan itu, belum mampu menumbangkan kerajaan BN. Selepas itu, Ku Li menyertai semula Umno, dan semenjak itu, setiap ada pemilihan Umno namanya sering muncul. Kemunculan namanya, bukan sahaja spekulasi, tetapi kesediaannya bertanding jawatan Presiden, namun kerana sistem pemilihan pada masa itu, memerlukan kuota, maka keingin beliau bertanding tidak pernah kesampaian. Pada pemilihan kali ini, mungkin hasrat Ku Li bertanding jawatan Presiden akan tercapai, kerana sistem pemilihan telahpun berubah, dengan pemansuhan sistem kuota. Pemilihan Umno yang akan berlangsung tahun ini menyaksikan beberapa perubahan yang memberi kebaikan kepada parti itu dan menjadikannya lebih demokratik dan terbuka. Beberapa pindaan besar telah dilakukan dalam Perlembagaan Umno pada 2009 sejak jawatan presiden parti disandang Datuk Seri Najib Tun Razak. Pemilihan parti yang dahulunya tertakluk kepada sistem kuota telah dipinda, di mana ia membolehkan jawatan presiden serta timbalan presiden parti dicabar oleh mana-mana ahli. Malahan sistem kuota juga tidak lagi terpakai dalam pemilihan Ahli Majlis Tertinggi Umno. Kenyataan sama turut diperkukuhkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau lebih mesra dengan panggilan Ku Nan. Menurutnya, parti itu tidak menghalang mana-mana pihak untuk menawarkan diri bertanding termasuk bagi merebut jawatan nombor satu parti. "Semua jawatan boleh bertanding. Semua jawatan dari peringkat presiden hinggalah ke jawatan Ahli Majlis Tertinggi. "Hanya daftarkan diri... semua boleh bertanding," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, baru-baru ini. "Parti Umno sangat kuat sekarang, jadi tiada sebab kenapa pemilihan Umno tidak diwujudkan pertandingan (jawatan tertinggi)," katanya. Apa kah Ku Li akan memenuhi hasratnya yang sejak sekian lama terpendam? Kalau lah beliau bersedia bertanding, apa kah hanya memenuhi hasratnya? Memenangi sesuatu pertandingan, sudah tentunya memerlukan sokongan yang kuat daripada akar umbi. Apa kah Ku li mempunyai kekuatan itu? Pada pemilihan kali ini, sekurang-kurangnya 150,000 perwakilan akan mengundi yang memilih jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan AMT. Jikapun Ku Li bersedia, menurut pnenulis, hanya meraikan pesta demokrasi dalam parti. |
Jawatan PM: Anwar asyik menghayal: Jusuf Kalla Posted: 01 Jul 2013 02:07 AM PDT SEBENARNYA Anwar bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia sebaik sahaja Sukan Komonwel yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 1998 berakhir. Perdana Menteri masa itu, Tun Dr Mahathir telahpun mengumumkan akan melepaskan jawatannya selepas pesta sukan itu. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri termasuk daripada Umno, kerana salah laku moral. Selepas itu, Anwar menghuni penjara Sungai Buluh sehingga September tahun 2004. Pada Pilihanraya tahun 2008, Anwar tidak bertanding kerana belum genap 5 tahun waktu magang selepas dipenjara, namun beliau menang melalui PRK Parlimen Permatang Pauh pada Ogos tahun yang sama, selepas isterinya mengosongkan kawasan parlimen itu, bagi membuka ruang kepada suaminya memasuki parlimen. Selepas sahaja menang, Anwar mengwar-warkan Gerakan 16 September 2008, kononya 30 MP BN akan menyertai Pakatan Pembangkang, untuk menumbangkan kerajaan BN. Anwar melalui kenyataannya "We Have the numbers" membuatkan keadaan masa itu kelam kebut, kerana bukan faktor sahaja, malah desakan penentangan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri berpunca daripada Umno sendiri dengan dimulai oleh Tun Dr Mahathir, anaknya Mukriz Mahathir, kemudian Tan Sri Muhiyiddin, Datuk anifah Aman, Datuk Ghafur Salleh, selain keluarnya Parti SAPP komponen BN Sabah daripada BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Mengingat keadaan yang tidak menentu itu, maka Tun Abdullah terpaksa akur dengan mengumumkan akan melepaskan jawatan Perdana Menteri pada April 2009. Anwar yang bercita-cita sangat sebagai Perdana Menteri, melalui berbagai pengikutnya yang diketuai isterinya menubuhkan Parti Keadilan, dan menyertai pilihanraya tahun 1999, 2004 dan 2008, namun parti itu belum mendapat sokongan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, bagi membolehkan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Pada PRU-13 lalu, di mana Anwar mengetuai gerak gempur parti-parti dalam Pakatan Rakyat, untuk menumbangkan kerajaan BN yang telah memerintah sejak merdeka, hanya menang 89 kerusi daripada 222 kerusi parlimen. Walaupun jumlah kerusi yang Pakatan Rakyat kurang 44 kerusi berbanding BN yang menang 133, namun Anwar "menghayal" bahawa partinya telah menang, kerana atas sebab mendapat undi popular (kelebihan 300,000 undi berbanding BN). Anwar cuba memesongkan rakyat dengan penonjolan undi popular; sehingga melupakan sistem demokrasi negara yang berasaskan jumlah kerusi yang telah diamalkan sejak pilihanraya pertama negara ini. Anwar macam kerasukan, mengajak penyokongnya untuk turun ke jalan yang bermula pada 8 Mei dan berkahir pada 22 jun lalu, bagi membantah keputusan PRU-13. Namun pada keadaan yang sama, para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain berpesta menerima keputusan PRU itu, kerana kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, Ketua Menteri/Menteri Besarnya telah mengangkat sumpah termasuk para exconya. Anwar tidak dapat melihat itu, dan masih khayal, bahawa dia sebenarnya menang dan bakal dilantik sebagai Perdana Menteri walaupun dengan jumlah kerusi 89. Anwar lupa, bahawa BN mempunyai kelebihan 44 kerusi. BN membentuk kerajaan bukan berasas majoriti mudah, tetapi kerajaan majoriti. Semua orang tahu, sebelum majlis angkat sumpah semua ahli parlimen pada 24 jun lalu, Anwar dan konco-konconya mengwar-warkan akan memboikot, majlis angkat sumpah, namun apabila sampai masanya, semua MP Pakatan Rakyat hadir mengangkat sumpah, malah Anwar dengan mood yang sungguh teruja, duduk bersama Perdana Menteri, bersarapan dan bergambar bersama-sama. Mungkin selepas sebulan lebih berdemonstrasi, kemudian rakan-rakannya mengatakan bahawa dia "gila" membayangkan jawatan Perdana Menteri, maka naluri manusia, pada suatu masa akan tersedar jua dalam lamunan. Ini lah yang berlaku pada Anwar, akhirnya tersedar daripada mimpi. |
You are subscribed to email updates from Apa Yang Tersirat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |