Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

$
0
0

Cucu Tok Selampit


Yang DiPertuan Agong Mengiktiraf Kerja Keras Tingkat Mutu Pengangkutan Awam Oleh SPAD

Posted: 27 Jun 2013 02:00 AM PDT

Kesungguhan dan komitmen Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi menerima pengiktirafan apabila terkini, suruhanjaya yang dipengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar itu telah menerima pujian daripada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Abdul Halim.

Di Dalam titahnya pada mesyuarat pertama Penggal ke-13 Dewan Rakyat, Tuanku Abdul Halim berpendapat bahawa kewujudan pelbagai projek pembangunan dan inisiatif baru berhubung sistem pengangkutan awam darat negara sejak kebelakangan ini adalah manifestasi kepada kesungguhan kerajaan terutamanya SPAD di dalam melaksanakan tanggungjawabnya memberikan keselesaan kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan ujar Baginda, sememangnya komited dalam menjadikan sistem pengangkutan awam lebih efisien untuk keselesaan rakyat yang secara tidak langsung dapat memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan melaksanakan pelbagai pembaharuan dan inisiatif, antaranya seperti pembinaan Aliran Transit Massa (MRT), ekonomi negara ujar Baginda berpotensi untuk menjadi semakin berkembang.

Untuk rekod, MRT yang terdiri daripada dua fasa dijangka siap dibina sekitar penghujung 2016 di mana apabila siap kelak, ia bakal menjadi medium pengangkutan utama sejumlah 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Tahniah diucapkan kepada seluruh team SPAD!! Diharapkan kecemerlangan ini tidak terhenti setakat di sini sahaja sebaliknya akan terus menuju ke arah kecemerlangan dan pencapaian yang lebih membanggakan di masa hadapan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>