Taipingmali (tm) |
- UFB - Nga Kor Ming Ceramah Guna Ayat Quran
- Label Premis Makanan
- Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Peniaga Kecil
- Penjaja alaf baru
- Tun Dr Lim to be cremated on Wednesday
- Banjir Shah Alam..!!! Kelab Malam Dibuka Allah Turunkan Bala?
- Ride bantah Maizidul adalah agenda Pembangkang
UFB - Nga Kor Ming Ceramah Guna Ayat Quran Posted: 23 Dec 2012 11:09 PM PST | ||||||||||||||||
Posted: 23 Dec 2012 10:17 PM PST Kementerian Kesihatan, PBT dan KPDNKK akan bekerjasama untuk meletakkan kelas atau gred pada setiap premis yang menjual makanan untuk membolehkan pelanggan menilai sendiri tahap pencapaian sesebuah premis. Premis hendaklah bersih, selamat dan memenuhi tahap penilaian oleh Pihak kementerian. Premis yang terbaik akan dapat kelas A terbaik, B memuaskan dan C sederhana. D bermakna premis akan diarahkan tutup. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||||||||||||||
Pinjaman Tanpa Faedah Untuk Peniaga Kecil Posted: 23 Dec 2012 08:57 PM PST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri. Kepenggunaan, Koperasi (KPDKK) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada peniaga kecil seperti penjaja dengan jumlah maksima RM 50 ribu. Urusan boleh dibuat melalui Bank Rakyat dengan harapan mereka dapat menambah baik premis dan modal untuk membesarkan perniagaan mereka. Syarat lain ialah peminjam tidak mempunyai pinjaman Tekun atau Mara maknanya tidak ada istilah overlaps. Peminjam juga dikehendaki mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM. Kepada peniaga yang berminat bolehlah menghubungi Bank Rakyat mulai awal Januari 2013. Tan Lian Hoe Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||||||||||||||
Posted: 23 Dec 2012 06:54 PM PST Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Koperasi (KPDNKK) mahu merubah peniaga kecil-kecilan supaya berubah atau meningkatkan taraf mereka ke satu peringkat yang lebih baik. Contohnya ialah Mydin, Econsave yang berjaya menubuhkan pasaraya, mereka bermula secara kecil-kecilan sahaja. Gerai dan restoran juga akan dilabelkan mengikut kategori A,B atau C. Setiap makanan hendaklah mempunyai tanda harga dan jumlah kalori hendaklah dipamerkan. Ia adalah untuk menjadikan pelanggan boleh membuat pemilihan agar mereka selamat dan sihat. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. | ||||||||||||||||
Tun Dr Lim to be cremated on Wednesday Posted: 23 Dec 2012 06:22 PM PST | ||||||||||||||||
Banjir Shah Alam..!!! Kelab Malam Dibuka Allah Turunkan Bala? Posted: 23 Dec 2012 10:16 AM PST
Dasar manusia lidah bercabang pakatan haram di Selangor ini, semasa kerajaan BN memerintah Selangor, setiap kali banjir datang dikatakan bala dari tuhan supaya rakyat memilih kerajaan pilihan Allah kononnya iaitu pakatan haram jadah. Namun apabila banjir melanda semasa pemerintahan pakatan haram mereka kata banjir ini adalah rahmat dari Allah. Hakikat bahawa membangunkan negeri tidak semudah yang disangka seperti menabur fitnah telah mengakibatkan satu kejutan budaya yang tidak mampu dipikul oleh kerajaan pakatan haram Selangor. Menguruskan negeri bukan semudah bercakap fitnah maki hamun di atas pentas. Rakyat sudah muak dengan ceramah hasutan pakatan haram. Kemunafikkan PAS amat terserlah bilamana golongan PAS menyatakan bahawa UMNO lah penyebab bala yang berlaku di Selangor. Dari tanah runtuh, banjir, kebakaran sehinggalah kemalangan jalan raya, semuanya salah UMNO dan Barisan Nasional sehinggakan mereka pernah mengaku bahawa jika mereka memerintah tidak akan berlaku apa-apa kekacauan kerana pemerintahan mereka dilindungi oleh tuhan. Nampaknya keadaan bertambah teruk bagi negeri Selangor di bawah pakatan haram. Jika dahulu, ada sesetengah tempat yang banjirnya hanya pada musim tengkujuh, kini boleh dikatakan banjir setiap kali hujan. Ini tidak lagi termasuk tempat-tempat yang tidak pernah banjir tapi sekarang suasananya tak ubah seperti anak sungai dan juga kolam ikan. Sejak dari dahulu lagi, isu kejadian alam telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang, namun apabila segalanya diletakkan atas politik, maka kerja dan tugas pun boleh jadi tidak cekap. Ini yang berlaku di sekitar Selangor, oleh kerana terlalu banyak berpolitik dan mencari salah orang lain, kerajaan yang ada sekarang tidak mampu untuk menjaga dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Akibat daripada penyelengaraan yang tidak efisyen sesetengah saluran dan penyelengaraan air hujan di Selangor gagal berfungsi dengan baik. Akibatnya, bagi kawasan rendah akan mengalami banjir teruk setiap kali hujan. Yang paling membimbangkan lagi, apabila kawasan yang tidak pernah banjir, mengalami kejadian "air naik" yang boleh menyebabkan kerosakkan, kecederaan dan juga kehilangan nyawa. Kejadian banjir besar berlaku ketika hanya 2-3 hari sahaja kelab malam pertama di Shah Alam dirasmikan. Jika pemimpin BN dan UMNO mengamalkan politik cetek akal seperti Pakatan Rakyat, sudah tentu isu banjir ini dikatakan sebagai bala tuhan kerana PR halalkan kelab malam pertama di Shah Alam dimana penduduknya 70% adalah orang Melayu yang beragama Islam. Aktiviti perlombongan pasir yang tidak teratur juga adalah salah satu punca banjir kilat berlaku. Tambahan pula pegurusan sampah yang carca marba telah menyebabkan banyak longkang yang tersumbat yang akhirnya menyumbang kearah masalah banjir kilat. Pakatan haram tidak pernah layak sedikit pun memerintah Selangor kerana mereka adalah punca segala permasaalahan yang tiada penghujungnya. Kepakaran mereka dalam menabur fitnah tidak mampu diimbangi dalam skil pengurusan negeri yang amat buruk yang akhirnya mencipta reputasi yang teramat ketara kegagalannya. Umno Kuala Selangor | ||||||||||||||||
Ride bantah Maizidul adalah agenda Pembangkang Posted: 23 Dec 2012 09:54 AM PST
KL Bike Week telah diadakan di pada hari Sabtu dan telah berjaya menarik ribuan peserta serta pengunjung seluruh negara, tiba-tiba kita digemparkan dengan satu konvoi motosikal pelbagai kelas dari Shah Alam menuju ke Seri Pentas di Bandar Utama. Dalam ride ini sebenarnya adalah agenda parti politik pembangkang terutama Pas dan Pkr. Tujuan utama ialah untuk menempelak TV3 dan bukan agenda membantah Maizidul, Isu Maizidul adalah perkara kedua dan jika diikutkan ride ini tidak perlu dilakukan kerana pihak TV3 sudahpun memohon maaf kepada seluruh bikers.
Setelah diteliti gambar dalam facebook jelas dan nyata ia adalah agenda jahat parti pembangkang yang menipu dan memperdaya kan bikers untuk membuat satu kerja yang sia-sia. ARC merupakan kelab penunggang motosikal pelbagai kelas yang ditubuhkan oleh Parti Pas. Memang kita tahu ramai biker adalah Pro-Pas, dan kebanyakan mereka ialah ahli perniagaan yang banyak mendapat kontrak dengan kerajaan. Tetapi bila bercakap bab politik kerajaan semua tak betul tetapi mereka lupa bahawa duit yang mereka dapat adalah dari duit kerajaan BN yang Pas kata duit haram, duit hasil dari cukai judi, cukai arak, cukai pelacur dan sebagainya. Seruan kepada bikers supaya janganlah mudah terpedaya dengan dajal-dajal aljburi dan ajaran sesat Nik Aziz, maaflah saya tak sokong bikers campur aduk agenda politik dan sticker politik yang banyak dilekatkan pada motosikal. " Real bikers do not mix with politics" Satu lagi persoalan ialah kenapa ride tersebut disertai oleh motosikal berskala kecil termasuk kapcai dan skuter. Motosikal besar adalah mereka yang mempunyai kuasa melebihi 500cc ke atas. Apa barang bawa riders motosikal kecil. |
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |