BERANI MEMBUAT PILIHAN... |
- (Gambar) Kedai guna model separuh bogel promosi diskaun Tahun Baru Cina
- Abang ajak main 'doktor-doktor' sebelum 'nikmati' tubuh adik sendiri
- Himpunan #KL112 - Enggan syubhah, Haron Din, Harun Taib dan Tuan Ibrahim tidak hadir
- Himpunan #KL112 - Provokasi bom di himpunan
- Himpunan #KL112 - (Gambar) Mislina Mustafa juga hadir dengan pakaian menjolok mata
- Himpunan #KL112 - (Gambar) Kanak-kanak yang bakal dijadikan 'human shield' di perhimpunan
- Himpunan #KL112 - Pegawai polis menyamar sebagai Unit Anal telah dikesan
- Himpunan #KL112 - Ideologi komunis juga dibawa ke perhimpunan untuk sebaran
- Himpunan #KL112 - Risalah tukar bendera muncul kembali
- Himpunan #KL112 - Abby sindir polis jeling padanya, beri amaran kepada pegawai yang menyamar
- Pelawak program realiti tipu janda untuk kempen politik
- Tegur geng lepak, isteri ditelajangkan dan hampir dirogol
- Kalimah Allah: Hadi kata tiada percanggahan tapi dia sendiri cakap berbelit
(Gambar) Kedai guna model separuh bogel promosi diskaun Tahun Baru Cina Posted: 12 Jan 2013 10:30 AM PST ![]() Pertunjukan seni mengecat badan itu dianjurkan oleh sebuah kedai di sana untuk mempromosikan jualan murah pada sambutan tahun baru. Model tersebut dilukis pada dadanya seekor ular keemasan, dan empat karakter bahasa Cina "金价裸奔 (literally Gold Price Streaking)" di belakang tubuhnya. Ular tersebut melambangkan Tahun Ular bagi kalendar masyarakat Cina yang akan jatuh pada Februari 10, 2013. Slogan "Gold Price Naked-Run" menunjukkan kedai berkenaan sedang melaksanakan diskaun harga yang amat hebat. Memang aksi yang agak berani, tetapi agak berbaloi kerana model berkenaan mendapat perhatian orang ramai...terutamanya dari lelaki..heh! | ||
Abang ajak main 'doktor-doktor' sebelum 'nikmati' tubuh adik sendiri Posted: 12 Jan 2013 07:45 AM PST
Perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas mangsa dihantar ke sebuah pusat kebajikan kerana mengalami kemurungan sebelum menceritakan kejadian dia dirogol kepada penjaga pusat berkenaan yang kemudian memberitahu ibu mangsa. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kajang, di sini, sebelum remaja lelaki itu ditahan kelmarin. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi berkata, remaja lelaki itu kini direman selama empat hari bermula semalam. Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa mengakui dirogol abangnya itu sejak setahun lalu. "Mangsa mendakwa abangnya akan mengajaknya untuk bermain permainan 'doktor-doktor' sebelum merogolnya," katanya. Katanya, kejadian itu hanya disedari ibu mangsa selepas menghantar anak perempuannya yang murung ke sebuah pusat kebajikan. "Disebabkan kemurungan, penjaga di pusat kebajikan itu mula memujuk mangsa menceritakan punca dia menyendiri sebelum mangsa memberitahu dia dirogol abangnya sejak setahun lalu. "Terkejut dengan dakwaan berkenaan, penjaga pusat kebajikan itu membawa mangsa ke hospital sebelum doktor yang memeriksanya mengesahkan mangsa dirogol," kata penjaga pusat kebajikan itu kemudian memaklumkan perkara menimpa kanak-kanak terbabit kepada ibunya. Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat penjaga pusat kebajikan terbabit dan ibu mangsa untuk tindakan lanjut. Ab Rashid berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu, pihak berkuasa menahan remaja terbabit dan dia (suspek) akan direman bagi membantu siasatan. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 (b) Kanun Keseksaan (KK). - Harian Metro | ||
Himpunan #KL112 - Enggan syubhah, Haron Din, Harun Taib dan Tuan Ibrahim tidak hadir Posted: 12 Jan 2013 06:03 AM PST Difahamkan Tim. Musyidul Am Pas Datuk Dr. Haron Din, Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan Pas Pusat Tuan Man Tuan Ibrahim enggan hadir ke Stadium Merdeka bersama Anwar Ibrahim. Pada perhimpunan petang tadi, hanya kelibat Presiden Pas Haji Hadi Awang dan beberapa pemimpin Pas pro-Anwar seperti Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad sahaja dilihat bersama Anwar Ibrahim. Ketiga-tiga ulama ini enggan hadir apabila kecewa dengan Haji Hadi demi undi sanggup menyokong Anwar dan Lim Kit Siang dalam membuat keputusan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible oleh penganut Agama Kristian. Dr Haron Din juga berkata bahawa perhimpunan selamatkan Shamsidar itu terdapat unsur-unsur maksiat yang tidak sepatutnya umat Islam sertai. Sungai Rapat | ||
Himpunan #KL112 - Provokasi bom di himpunan Posted: 12 Jan 2013 05:15 AM PST Kuala Lumpur: Dua beg misteri yang ditemui ditinggalkan di satu tiang lampu berhampiran KLCC dan hadapan bangunan Majlis Peguam di Leboh Pasar diletupkan Unit Pemusnah Bom (UPB) sebaik menerima laporan penemuan itu, pagi tadi. Tindakan polis meletupkan kedua-dua beg itu menggemparkan peserta perhimpunan yang sudah mula berkumpul di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya yang dimaklumkan mengenai penemuan beg itu memanggil UPB untuk menjalankan siasatan. Katanya, beg berkenaan yang dikatakan berisi bom ditemui berhampiran KLCC dan hadapan bangunan Majlis Peguam kira-kira jam 8.30 pagi. "Sebaik dimusnahkan, pemeriksaan lanjut dijalankan mendapati kedua-dua beg itu kosong. "Tiada sebarang bahan letupan ditemui sebaliknya ia hanya mengandungi kertas dan kotak kosong saja," katanya ketika sidang media di Balai Polis Tun H S Lee, di sini, hari ini. Katanya, penemuan itu menunjukkan ada pihak tertentu yang cuba untuk memprovokasi perhimpunan berkenaan. Bagaimanapun, keadaan adalah terkawal. | ||
Himpunan #KL112 - (Gambar) Mislina Mustafa juga hadir dengan pakaian menjolok mata Posted: 12 Jan 2013 01:15 AM PST Mereka berkumpul di KLCC, Masjid Negara, Pasar Seni dan KL Sentral dengan membawa bersama pelbagai sepanduk manakala ada kalangan mereka turut membawa bersama kanak-kanak dan bayi. "Stadium penuh dan peserta mula membanjiri tempat letak kereta di hadapan pintu utama kerana acara akan dimulakan bila-bila masa, pada pukul 2.15 petang," lapor seorang wartawan Utusan Malaysia di perkarangan Stadiuim Merdeka di sini. Katanya, pelakon filem Mukhsin, Mislina Mustafa yang hanya bersinglet dan berseluar pendek turut kelihatan bersama empat lagi rakan yang turut berpakaian mencolok mata. - UTUSAN | ||
Himpunan #KL112 - (Gambar) Kanak-kanak yang bakal dijadikan 'human shield' di perhimpunan Posted: 11 Jan 2013 11:01 PM PST KUALA LUMPUR 12 Jan. - Sebilangan peserta Himpunan Shamsidar dilihat membawa kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah bersama mereka menuju ke Stadium Merdeka walaupun Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) tidak membenarkan pembabitan anak kecil berkenaan. Antara peruntukan Seksyen 20 APA Akta 736 itu juga, seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana penganjur atau peserta sekiranya mereka merekrut kanak-kanak ke perhimpunan selain perhimpunan keagamaan, pengebumian, adat dan yang diluluskan menteri. - UTUSAN | ||
Himpunan #KL112 - Pegawai polis menyamar sebagai Unit Anal telah dikesan Posted: 11 Jan 2013 10:18 PM PST Blog Sungai Rapat Online mendedahkan mereka berjaya mengesan beberapa orang 'pegawai polis' yang dikatakan menyamar sebagai unit Anal Pas di himpunan #KL112 Tips ini dikatakan telah diberikan oleh bekas Pengarah JSJ Dato Fauzi yang telah menyertai Pas. PAS dan para pecacai Pakatan cuba menimbulkan persepsi dan provokasi di kalangan penyokong mereka bahawa yang mencetuskan rusuhan pada petang nanti adalah pihak polis. Pelbagai pesanan telah ditabur dan disebarkan. Kami berjaya mengesan budak PAS yang sedang berbangga menayangkan beg yang tertera logo PDRM dengan penuh bangga. | ||
Himpunan #KL112 - Ideologi komunis juga dibawa ke perhimpunan untuk sebaran Posted: 11 Jan 2013 09:11 PM PST Perjuangan Komunis adalah sandaran paling nyata kepada perjuangan kepala Perhimpunan hari ini, Mat Sabu. Betapa dasyatnya beliau memperjuangkan perjuangan komunis yang dikatakannya antara pejuanga-pejuang kemerdekaan. Justeru, dengan adanya perhimpunan sebegini, beberapa risalah berunsur komunis turut disebarkan dengan wajah Chin Peng tertera padanya. Tertulis dengan nyata Justice for Chin Peng pada risalah tersebut. Nampak gayanya, perjuangan mereka tidak sahaja mengubah lanskap pemerintahan politik dalam negara, malah ideologi komunis juga cuba diserapkan. | ||
Himpunan #KL112 - Risalah tukar bendera muncul kembali Posted: 11 Jan 2013 08:31 PM PST Sebelum ini pernah kecoh mengenai impian beberapa orang keldai bangang dari satu perhimpunan yang mahukan bendera Malaysia ditukar jikan Pakatan Rakyat berjaya menakluki Malaysia. Kes itu kemudiannya didiamkan apabila keldai-keldai berkenaan membuat penafian berbelit-belit dan juga pemimpin-pemimpin PR tidak banyak menyokong usaha tersebut. Kali ini, pada perhimpunan Shamsidar a.k.a perhimpunan Kebangkita Rakyat, impian keldai-keldai berkenaan muncul lagi. Walaupun tidak jelas bentuk dan rekaan bendera tersebut, namun ia tetap mencerminkan kebangsatan semangat kebangsaan keldai-keldai seperti ini. | ||
Himpunan #KL112 - Abby sindir polis jeling padanya, beri amaran kepada pegawai yang menyamar Posted: 11 Jan 2013 08:01 PM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat atau lebih sesuai dengan Himpunan Menyusah Rakyat menyaksikan selebriti hijrah paling gedik, Abby Abadi turut serta. Beliau dilihat memakai baju ungu bersama peserta dari kumpulan Royalti bergerak menuju ke Stadium Negara. Ketika sibuk bergambar, sempat juga beliau menulis dalam akaun twitternya menyindir pihak berkuasa yang menjeling kepadanya ketika bersarapan. Beliau turut memberi amaran kepada peserta-peserta supaya berhati-hati dengan pihak berkuasa yang menyamar sebagai Unit Anal PAS. | ||
Pelawak program realiti tipu janda untuk kempen politik Posted: 11 Jan 2013 07:14 PM PST
Pelawak daripada program rancangan realiti itu berjanji melangsaikan semua hutang selepas dibayar parti terbabit, namun sejurus masanya, dia memberi banyak alasan termasuk memaki-hamun dan menghilangkan diri. Mendedahkan perkara itu, mangsa dikenali Saerah, 39, berkata, dia kerugian RM7,000 selepas pelawak terbabit meminjam wang daripadanya dengan alasan dijadikan modal berceramah di Teluk Intan, Perak. Dia yang juga ibu tunggal berkata, dia mengenali pelawak itu melalui rakannya tahun lalu dan hubungan mereka erat apabila pelawak terbabit sering ke kedai makannya di daerah itu selepas menyampaikan ceramah. Katanya, pada awal perkenalan, pelawak terbabit menunjukkan sikap baik, namun di sebalik itu, dia merancang memperdayakannya. "Pada 30 September dan 20 Oktober lalu, lelaki itu meminta saya menempah bilik hotel berikutan dia dari Kedah dan diundang memberikan ceramah. Kerana percaya, saya melakukannya sebelum dijanji dibayar semula wang itu," katanya. Pada 21 September lalu, katanya, pelawak berkenaan meminjam RM4,500 selepas memaklumkan keretanya dimasukkan ke bengkel dan ia menyukarkannya menyampaikan ceramah. "Atas dasar percaya dan diajak menyertai parti, saya memasukkan RM4,500 menerusi ATM di Teluk Intan dan dia berjanji membayarnya pada 2 atau 3 Oktober lalu. Pada 27 September, saya menghubunginya untuk mengingatkan pembayaran itu, namun malangnya telefonnya itu dipegang rakan di Kelantan," katanya. Menurut Saerah, melalui perbualan bersama rakannya, difahamkan pelawak itu dimasukkan ke hospital dan telefon itu dicagar RM780. "Kerana sukar berkomunikasi dengan pelawak terbabit, saya mendahulukan wang RM780 kepada rakannya sebelum telefon itu diserahkan semula. Keesokan, pelawak itu menghubungi memaklumkan dia sudah sembuh, kesempatan itu saya meminta semula semua wang," katanya. Namun kata Saerah, lelaki itu memberi alasan dia tiada wang kerana tidak menerima undangan ceramah selain menerima sedikit bayaran hasil ceramah politiknya sebelum ini. "Pada awal Oktober, pelawak itu memaklumkan dia akan ke ibu kota kerana ditawarkan berlakon. Ketika itu, saya sedikit gembira kerana kemungkinan wang saya dibayar, namun pada 4 Oktober lalu dia mendakwa dompet dan wang RM1,780 miliknya hilang," katanya. Menurutnya, insiden itu membuatkannya sangsi sama ada dipergunakan pelawak terbabit, namun terpaksa mengalah apabila lelaki itu sekali lagi meminjam RM1,500 untuk memperbaharui cukai jalan. "Selepas berasa tertipu, akhir Oktober lalu saya meminta semula wang itu namun pelbagai alasan diberikan termasuk memaki hamun saya," katanya. Saerah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Teluk Intan pada jam 10 pagi, kelmarin. Timbalan Ketua Polisnya, Superitendan Mohd Zaki Harun ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan itu dan siasatan dijalankan. Selain polis, Saerah turut melaporkan kes itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Changkat Jering, ibu pejabat parti politik itu dan Persatuan Seniman Malaysia. Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, berikutan pelawak itu ahlinya dan terbabit kes penipuan, dia akan digantung keahlian. - Harian Metro | ||
Tegur geng lepak, isteri ditelajangkan dan hampir dirogol Posted: 11 Jan 2013 07:01 PM PST
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan. Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar. Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar. "Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya. "Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya," katanya kepada Harian Metro, semalam. Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan. Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000. "Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras. "Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan. | ||
Kalimah Allah: Hadi kata tiada percanggahan tapi dia sendiri cakap berbelit Posted: 11 Jan 2013 05:32 PM PST MARANG - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata, tiada percanggahan antara pemimpin Pas berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible seperti yang dilaporkan. Beliau berkata, kalimah ALLAH tidak boleh diterjemah kepada tuhan kerana pengertian tuhan itu terlalu umum. "Untuk orang Islam kita terjemah Allah dalam bahasa Melayu, ALLAH juga, orang Pakistan (yang) guna bahasa Urdu, ALLAH juga, (dan) orang putih (Inggeris yang) masuk Islam, (adakah) dia terjemah God atau Lord?... tak, ALLAH juga. Perkataan ALLAH diterjemah (kepada) bahasa lain tak boleh, bagaimana (pula) perkataan God (hendak) diterjemah kepada ALLAH. "Perkataan tuhan tak boleh terjemah kepada ALLAH. Sebab itu ALLAH juga (digunakan) dalam bahasa Urdu, Parsi, Inggeris. Bagi orang Islam, God kita terjemah tuhan. Tuhan itu suatu yang umum... tapi ALLAH dia khusus, tapi orang kafir guna juga Allah pada zaman nabi dulu," katanya semasa melancarkan buku 'Amanat Haji Hadi-Antara Fitnah dan Fakta' yang dicetak semula, di Masjid Rusila di sini hari ini. Ditanya sama ada pakatan pembangkang akan mempertahan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible seandainya memerintah negara, Abdul Hadi berkata, "nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut." Sementara itu Abdul Hadi berkata, beliau tidak akan berganjak daripada terus mempertahan amanatnya pada 1981 dan berazam untuk memberikan penjelasan kepada umat Islam dengan menerbitkan semula buku itu yang pernah dicetak pada tahun 2002. Kandungannya tidak diubah kecuali sedikit pembetulan ejaan sebagaimana yang pernah dikehendaki Jabatan Perdana Menteri sekitar awal tahun 80-an, katanya kepada pemberita mengenai buku setebal 74 muka surat itu yang dijual dengan harga RM10 senaskhah. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |