Quantcast
Channel: Barisan Nasional
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

$
0
0

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Isteri dihantui dosa berzina

Posted: 30 Jun 2013 03:30 PM PDT

Perasaan bersalah sentiasa menghantui kehidupan manusia apatah lagi jika ada melakukan dosa-dosa besar. Inilah yang dikongsikan oleh seorang isteri yang mengakui pernah berzina dengan lelaki lain semasa dalam perkahwinan bersama suaminya. Semoga kisahnya menjadikan tauladan buat semua.

Apa yang saya ingin kongsi ini merupakan satu luahan rasa. Rasa berdosa dan menyesal dengan semua kesalahan dan dosa yang saya telah lakukan. Untuk makluman, saya sudah mendirikan rumah tangga sejak 11 tahun lalu.

Dalam melayari bahtera rumah tangga ini, banyak onak dan duri dilalui dan hanya empat tahun pertama saya kecapi kebahagiaan hidup bersama suami. Masuk tahun seterusnya hingga kini, sukar saya mentafsirkan rasa bahagia itu kerana semuanya berubah.

Saya seorang yang berkerjaya manakala suami pula mengharapkan hasil titik peluh saya untuk menampung makan dan minumnya. Bertahun-tahun dia tidak bekerja dan kini baru saja bekerja untuk tempoh empat ke lima bulan ini.

Dalam mencari rezeki untuk keluarga ini, saya tinggal di Kuala Lumpur manakala suami dan anak-anak di utara tanah air. Setiap minggu, saya akan pulang ke kampung melihat anak-anak dan menghantar duit belanja untuk saraan hidup mereka.

Suatu hari saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga berstatus suami orang. Dari satu pertemuan, hubungan kami menjadi lebih rapat seolah-olah tidak dapat dipisahkan lagi. Rapat dalam erti kata lain, mengisi kekosongan hati antara satu sama lain.

Sekali pun saya bekerja di Kuala Lumpur manakala "si dia" pula di utara tanah air namun demi saya, dia sanggup berulang-alik dari sana ke Kuala Lumpur menemui saya. Sikapnya begitu mengambil berat membuatkan saya bertambah rasa sayang kepadanya. Lebih membuatkan hubungan kami bertambah rapat, apabila bertemunya, isteri "si dia" sedikit pun tidak pernah menelefon bertanyakan suaminya di mana dan sebagainya.

Hanyut dengan cinta membuatkan saya terjebak dengan dosa besar. Lupa pada dosa yang dilaknat Allah yakni dosa zina. Kami terlanjur beberapa kali. Saya pernah mengajukan pertanyaan, mengajaknya berkahwin malah dia juga ada menyuarakan hal yang sama, yakni mahu mengakhiri hubungan kami dengan perkahwinan namun status saya sebagai isteri orang dan dia sebagai suami orang menghalang segala-galanya.
Demi cinta juga, saya pernah minta cerai daripada suami kerana bagi saya, kehadiran suami tidak ada ertinya lagi dalam kehidupan saya. Selama lima tahun saya hidup sendirian, menguruskan segala-galanya namun suami sedikit pun tidak mahu melepaskan saya.

Sikapnya yang enggan melepas saya membuat saya tertanya-tanya di dalam hati, apa sebenarnya yang suami mahukan. Tapi sikapnya itulah membuatkan saya mula tersedar daripada kesilapan yang telah saya lakukan.

Pada awalnya, saya memang berat untuk melupakan "si dia" kerana rasa sayang yang wujud kepadanya, malah dia juga begitu, sukar melupakan saya. Setelah dua tahun bergelumang dengan dosa, akhirnya kami mengambil keputusan untuk berubah dan bertaubat.

Pun begitu, di sebalik rasa taubat ini, wujud rasa takut untuk melalui hari-hari yang mendatang kerana saya tidak dapat melupakan dosa-dosa silam. Semakin saya memohon kepada Allah, semakin kuat rasa ingatan saya terhadap "si dia". Mungkin inilah ujian hidup saya.

Puan kaunselor, saya ingin menunaikan umrah tetapi sudah dua kali ditangguhkan kerana saya diburu ketakutan apa yang akan terjadi di Tanah Suci nanti. Saya sudah memohon keampunan kepada suami dan suami sudah memaafkan saya tetapi bagaimanakah dengan isteri "si dia"? Perlukah saya memohon kemaafan darinya? Persoalan ini berlegar-legar di hati saya kerana saya sering ternampak wajah wanita itu dalam mimpi atau di dalam keadaan sedar. Berilah saya panduan, apa yang harus saya lakukan?

Adakah dengan memohon maaf dari isterinya hati saya akan tenang dan tidak lagi diburu bayangan lalu. Adakah dengan memohon maaf daripada dia boleh meruntuhkan rumah tangganya? Pelbagai perkara saya fikirkan. Bantulah saya.

SARANAN DR AZNIZA

Assalamualaikum wrt,

Puan yang dimuliakan,

Perzinaan adalah perbuatan terkutuk yang dilaknati Allah SWT, kerana ia membawa kepada keruntuhan maruah, penyelewengan zuriat keturunan serta tidak ada jaminan bertanggungjawab atas perbuatan itu.

Islam memandang berat dan mengenakan hukuman rejam sampai mati ke atas penzina. Hukuman ini menunjukkan bertapa seriusnya Islam dalam menangani perbuatan tidak bermoral ini.

Melayan nafsu yang membawa kepada perzinaan adalah dorongan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia yang leka. Tidak hairanlah hubungan yang asalnya seorang kawan, teman baik, teman tapi mesra dan pelbagai istilah lagi adalah alasan untuk mengembangkan sayap perzinaan yang akhirnya berakhir dengan pembuktian kasih sayang melalui hubungan seksual yang tiada sempadan.

Apa lagi kedua-dua pasangan sudah berkahwin dan mempunyai pasangan hidup masing- masing. Dewasa ini apabila wanita-wanita tidak membatas diri mereka dalam pergaulan maka perzinaan dalam kalangan wanita yang sudah berkahwin semakin meningkat

Kumpulan wanita yang sudah berkahwin ini tanpa segan silu menawarkan khidmat seks kepada lelaki idaman mereka dan menjadikan kerjaya, tempat kerja, 'out station', 'assignment' dan sebagainya sebagai alasan untuk keluar dan menjalinkan hubungan seksual dengan "pasangan" mereka.

Ramai yang masih menyayangi suami dan keluarga mereka namun mencari kelainan dan kepuasan maksima. Ada yang cuba keluar dari belenggu kebosanan, mencari kehebatan, mencapai dendam dan ada yang tiada alasan namun mengikut saja kata hati dalam konteks memenuhi tuntutan berasmara dengan pasangan gelap mereka

Ada juga yang melahirkan anak tidak sah taraf yang diselindungkan dari pengetahuan suami (tidak berterus terang) maka anak tersebut akan selama-lamanya menjadi "tidak sah taraf ". Ini menunjukkan gagalnya institusi kekeluargaan bermula dari pasangan itu sendiri.

Puan yang dihormati,

Penyesalan dan bertaubat dari segala dosa adalah perbuatan yang sangat dituntut oleh Islam. Menyesali dengan sebenar-benarnya dan tidak mengulangi semua perbuatan dosa itu semula adalah amalan yang mulia dan perlu disegerakan sebelum Allah SWT menjemput kita kembali kepadanya.

Puan perlu bersyukur kerana puan telah digerakkan oleh Allah SWT untuk menyesali dan bertaubat dalam tempoh masih bernafas dan mampu memohon maaf dengan semua yang terlibat.

Namun puan perlu menyusun strategi dalam mempertahankan taubat puan serta perlu tabah dalam memohon keampunan tuhan. Antara perkara yang puan perlu fikirkan iaitu menjauhkan diri daripada pasangan gelap puan, walaupun terpaksa menukar tempat kerja. Ini juga boleh dicapai dengan mengajak suami berpindah dekat dengan puan agar kekosongan puan terisi dan dapat menjalin hubungan yang halal dan diredhai Allah SWT.

Puan perlu faham bahawa syaitan akan sentiasa menggambarkan keseronokan zina dan akan membiarkan puan dengan penyesalan demi penyesalan setelah puan melakukan zina. Oleh itu cepat-cepat keluar dari hasutan ini dengan membina benteng keimanan kepada Allah SWT. Kenali kelemahan puan dan cuba penuhi dengan memperbaiki hubungan dengan suami puan bukan mencari cinta lain yang tidak ada jaminan. Sama ada sedar atau tidak puan telah dijadikan dan menjadikan diri puan sebagai hamba seks kepada cinta jarak jauh dalam memenuhi tuntutan seksual semata-mata.

Sememangnya kekasih gelap puan akan sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan khidmat seks percuma yang ditafsirkan sebagai cinta. Oleh itu pun, cepat –cepat keluar daripada fantasi ini dan kembali kepada cinta yang sebenar iaitu cinta Allah SWT dan cinta kepada suami puan.

Seterusnya puan perlu memperbaiki hubungan dengan suami dan pastikan puan tidak melahirkan anak-anak tidak sah taraf dengan kekasih gelap puan. Jika ini berlaku puan perlu berterus terang dengan suami dan membantu diri puan untuk menerima risiko ini.

Cuba fahami suami puan dan bantu suami puan untuk bertanggungjawab sebagai suami. Sikap cemburu suami dalam keadaan ini sangat diperlukan bagi membantu puan tidak menyeleweng dari landasan sebenar. Hargai suami dan terima suami seadanya.

Kangan jadikan kelemahan suami sebagai alasan untuk puan berzina. Walau seribu alasan yang puan berikan, puan perlu sedar bahawa perbuatan zina ini adalah salah dan dilaknati Allah SWT. Namun puan masih diberikan kesempatan waktu untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Sememangnya apabila kita sedar daripada kesalahan kita menganggap kita perlu memohon maaf dan mengakui kesilapan kita kepada orang yang berkaitan. Namun puan juga perlu pertimbangkan kebaikan dan keburukan untuk berterus terang akan dosa ini kepada isteri kekasih gelap puan dan suami puan.

Jika ia tidak melibatkan penghasilan anak tidak sah taraf dan sebagainya maka cukuplah puan memohon keampunan dari Allah SWT, kerana berterus terang akan mengeruhkan keadaan. Namun jika melibatkan kelahiran anak-anak tidak sah taraf maka orang yang pertama puan perlu berterus terang adalah suami puan. Oleh itu puan perlu belajar untuk meninggalkan masa lalu puan yang hitam pekat serta cuba mencipta bahagia bersama suami puan tanpa mengaitkan kekasih gelap puan lagi.

Puan yang dihormati, keluar daripada dosa masa lalu dan bertaubat adalah sikap yang mulia dan terpuji. Tambahan pula jika disertai dengan jemputan ke Baitullah dan menziarahi rasulullah SAW. Oleh itu puan perlu kemaskan diri dan kembali kepada hubungan yang berkat dan halal. Carilah peluang dan ruang untuk memohon keampunan di Baitullah. Puan perlu positif dengan Allah SWT dan yakin dengan keampunan yang dijanjikan-Nya.

Mingguan Wanita

(Gambar) Amy Search di IJN akibat serangan jantung?

Posted: 30 Jun 2013 08:01 AM PDT

Dikhabarkan Raja Rock Negara, Amy Search dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) baru-baru ini.

Dan menurut sumber, Amy Search ke sana bukan kerana dia menghidap penyakit sakit jantung, tapi hanyalah untuk membuat pemeriksaan jantungnya.

Tambahan lagi setelah di periksa oleh doktor dan para pembantunya, Amy disahkan bebas dari penyakit jantung. Syukurlah kalau macam itu.


-gambar Instagram Amy Search

Khairy Jamaluddin dirompak tiga lelaki

Posted: 30 Jun 2013 06:35 AM PDT

SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.

"Insiden ini adalah peringatan kepada kita semua bahawa jenayah merupakan masalah serius di negara kita.

"Masalah ini adalah perkara yang nyata, bukan semata-mata persepsi," katanya yang dipetik dari laman sosial Facebooknya hari ini.

Ahli Parlimen Rembau itu juga mengesahkan kejadian rompakan di kediaman ibunya yang juga kediamannya berlaku pada Sabtu.

"Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah mengirim mesej melalui SMS, FB dan Twitter tentang kejadian rompakan di rumah ibu saya semalam yang juga merupakan kediaman saya.

"Syukur Alhamdulillah tiada siapa yang cedera," tulisnya lagi.

Khairy turut menyatakan perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

"Pihak polis sudah membuat kenyataan tentang kejadian ini dan saya serah kepada PDRM (Polis di Raja Malaysia) untuk menjalankan siasatan," ujarnya.

Terlalu ramai yang sudah 'ratah' tubuh saya...

Posted: 30 Jun 2013 06:31 AM PDT

Antara dua remaja perempuan yang ditahan dalam sekatan
jalan raya, awal pagi kelmarin.
KULIM - Salah seorang remaja bawah umur ditahan semasa operasi cegah kegiatan lumba haram, awal pagi kelmarin mengaku sering melakukan hubungan seks sejak berusia 15 tahun dan sehingga hari ini telah melakukan perbuatan itu bersama lebih 10 teman lelakinya.

Menurutnya dia melakukan hubungan seks kerana suka dilayan oleh teman lelaki dan berbangga kerana memiliki ramai kekasih.

"Dia (teman lelaki) janji nak kahwin dengan saya, sebaliknya saya ditinggalkan kerana dia memiliki teman wanita lain. Sejak hari itu ramai lelaki yang berjanji akan menjadikan saya isteri mereka bagaimanapun semuanya tipu.

"Sekarang ini saya mempunyai ramai teman lelaki dan sudah banyak kali melakukan hubungan seks," katanya yang membuat pengakuan berkenaan kepada Sinar Harian.

Dia antara dua remaja perempuan bawah umur yang ditahan dalam sekatan di Jalan Kilang Lama semasa operasi oleh Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kulim.

Ketika ditahan, dia bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 16 tahun, menjadi pembonceng motosikal yang dibawa teman lelaki masing-masing.

Teman lelaki mereka bagaimanapun dibebaskan setelah didapati memiliki dokumen seperti lesen dan kad pengenalan diri yang lengkap.

Difahamkan, bagi mana-mana remaja perempuan ditahan kerana berpelesiran selepas tengah malam, polis boleh mengarahkan ibu bapa mereka datang ke balai untuk mengambil mereka pulang ke rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, tindakan itu antara cara pencegahan dilakukan polis untuk memastikan remaja perempuan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan berunsur jenayah atau menjadi mangsa rogol.

Menurutnya, sehingga kini remaja bawah umur terutama pelajar sekolah merupakan golongan paling ramai terlibat dalam kes rogol.

Katanya, walaupun perlakuan seks atas kerelaan mangsa atau suka sama suka, ia masih dianggap rogol jika mangsa bawah umur.

"Ada kalangan mangsa menyatakan mereka sanggup lakukan hubungan seks setelah kekasih mereka itu yang berjanji akan berkahwin dengan mereka. Bagaimanapun janji hanya tinggal janji apabila hubungan cinta itu tidak kesampaian.

"Selain itu remaja hari ini terlalu ghairah melakukan hubungan seks setelah melihat adegan lucah yang terdapat dalam talefon bimbit atau melalui Internet. Semua ini merangsang mereka untuk mencuba," katanya.

Terdahulu menurutnya, dari pengakuan dibuat, 95 peratus kalangan remaja perempuan bawah umur ditahan polis mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelaki atau kekasih masing-masing.

Beliau turut menasihatkan remaja perempuan bawah umur terutama kepada teman lelaki mereka supaya jangan sesekali melakukan hubungan seks dengan mana-mana gadis bawah umur.

Menurutnya, sekiranya ada mana-mana pihak membuat laporan polis, kes itu akan di siasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum dengan sebatan dan penjara dengan tempoh yang lama.

Karpal diminta bersabar...

Posted: 30 Jun 2013 12:35 AM PDT

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya melihat jumlah kerusi Dun genap yang boleh mendatangkan keputusan seri antara parti politik yang bertanding dalam proses persempadanan kawasan sejak dahulu lagi.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Othman Aziz berkata, mungkin sebelum ini ahli politik terlepas pandang mengenai perkara itu kerana sebelum ini tidak pernah berlaku keputusan seri.

Bagaimanapun, beliau yakin SPR akan melaksanakannya dalam masa terdekat dan mereka pasti memerlukan sokongan daripada semua pihak.

"Kita juga sedar mengenai perkara itu, begitu juga SPR. Cuma kita kena sabar dulu kerana SPR memerlukan masa untuk mengendalikan proses itu.

"Selain melibatkan jumlah kerusi genap di sesebuah negeri, persempadanan semula juga perlu dilaksanakan untuk kawasan mempunyai bilangan pengundi yang ramai," katanya semalam.

Othman berkata, sudah tiba masanya proses persempadanan semula dilakukan dalam masa terdekat selepas tertangguh sebelum PRU13.

Menurutnya, jumlah pengundi yang terlalu ramai di sesuatu kawasan khususnya parlimen yang luas seperti di Baling, Kedah menyukarkan pentadbiran dan tumpuan berkesan oleh wakil rakyat.

"Pendapat saya, jumlah pengundi antara 50,000 hingga 60,000 adalah sesuai bagi satu kawasan parlimen. Mana mungkin dengan keadaan pengundi yang ramai membolehkan ahli parlimen memberi tumpuan dan pentadbiran
yang berkesan kepada rakyat.

"Jadi merujuk kepada kenyataan, Pengerusi DAP, Karpal Singh saya sekadar boleh kata, 'Karpal Singh, sabaq sat naa... (sabar dahulu)," katanya.

Sebelum ini, Karpal dalam satu kenyataannya meminta SPR menambah satu kerusi parlimen untuk negeri yang mempunyai jumlah kerusi genap.

Menurutnya, langkah itu perlu bagi mengelakkan berlaku 'parlimen tergantung' jika kedua-dua parti memenangi jumlah kerusi yang sama.

PRK Kuala Besut: Mat Sabu ragui kemampuan Pas

Posted: 29 Jun 2013 11:30 PM PDT

GEORGE TOWN: PAS menegaskan persaingan amat getir bagi parti itu pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu yang harus diadakan pada 27 Ogos ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, kawasan tersebut yang terdiri daripada 97% pengundi Melayu dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Ia adalah kawasan luar bandar dan kami menjangkakan persaingan akan menjadi sengit.

"Tidak mudah untuk menang di kawasan luar bandar.

"Tiada keputusan dibuat mengenai calon yang akan diturunkan untuk bertanding di sana," kata Mat Sabu sambil menambah kebanyakan pengundi di kawasan itu bekerja sebagai nelayan.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong berikutan kematian Ahli Dewan Undang Negerinya (Adun) Dr A Rahman Mokhtar, 55, pada Rabu lalu.

Allahyarham berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu selepas menewaskan calon PAS, Napisah Ismal dengan memperoleh 2,434 majoriti undi.

Kekosongan itu meletakkan BN berada dalam keadaan tidak selamat kerana kegagalan untuk mempertahankan kerusi itu akan menyebabkan DUN tergantung di Terengganu.

Sekiranya Pakatan Rakyat menang, ia akan menyebabkan kedua-dua parti memperoleh keputusan seri, sama-sama memenangi 16 DUN.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata kemungkinan keadaan DUN tergantung tidak akan berlaku kerana parti pilihan di kawasan tersebut masih BN.

"Mereka mempunyai kelebihan di sana," katanya.

Namun, beliau berkata, dia menjangkakan PAS akan memberi tentangan sengit.

Isma Aliff tiada kelayakan langsung sebagai juri Raja Lawak, memalukan! @saifulapek @datoacmizal

Posted: 29 Jun 2013 10:38 PM PDT

(Petikan: Blog MIK – Medan Info Kita)

Raja Lawak musim ke 7 sudah pun berakhir malam tadi…

Siapa jadi Juara..? Ramai tak tahu, lebih tepat kalau diungkapkan seperti ini "ramai tak mahu ambil tahu sebab Raja Lawak musim ke 7 tak ada kualiti..!".

Berbeza dengan dengan musim musim yang lepas, penampilan peserta peserta yang bersaing menarik minat penonton untuk mengikuti persembahan mereka. Maka lahirlah nama nama seperti Yus Juara Musim Pertama, Johan, Zizan, Towkei, Kumpulan Sepah, Jehan, Nabil, Shiro yang dianggotai oleh Ajak, Shahrul dan beberapa nama lain pernah dicungkil bakat mereka…

Paling menyedihkan apabila artis yang tak berapa popular sewaktu zamannya tahun 90an, Isma Alif telah dipilih untuk menjadi salah seorang daripada tiga Juri Profesional…!

Pelik! Sewaktu zaman Isma menceburi bidang seni beliau tak pernah langsung popular dengan sebarang watak lucu….

Oleh itu apabila dipilih menjadi salah seorang juri, maka Isma Alif telah menyalahgunakan tugasannya!

Beliau tidak pernah memberikan komen yang membina, sebaliknya bukan main sibuk nak membuat lawak lawak bodoh membuang masa dan membuatkan penonton rimas dan meluat. Ini dibuktikan apabila kedua dua pengacara Johan dan Zizan terpaksa mencelah untuk potong celoteh bodoh Isma Alif….

Berbeza pula dengan cara Dato AC Mizal dan Saiful Apek yang menampakkan sikap professional mereka menjadi Juri…

AC Mizal dan Apek banyak memberikan komen yang membina dan tunjuk ajar, begitu juga dengan teguran yang tepat, menyatakan dengan jujur sekiranya persembahan peserta peserta tidak baik dan membosankan.

Isma Alif pula selepas buat lawak bodoh sekiranya masih ada ruang untuk bercakap akan sentiasa memuji persembahan peserta walaupun dengan terang terang persembahan yang diberikan tahap sampah…!

Kalau diperhalusi tingkah laku Isma, beliau nampaknya seperti mahu lepaskan gian sebab tidak pernah berpeluang untuk mendapat ruang seperti ini sewaktu zamannya menjadi artis 90an.

Apa ASTRO dah buat…?

Nikmati kopi dan seks dengan hanya RM50

Posted: 29 Jun 2013 10:09 PM PDT

PUCHONG – Dengan bayaran RM50, pengunjung sebuah kedai kopi di sini ditawarkan khidmat pelayan perhubungan pelanggan (GRO) yang dijadikan peneman minum selain untuk berpelukkan.

Difahamkan, pengusaha premis juga membenarkan pelanggan membawa pulang gadis warga asing terbabit untuk layanan ekstra sekiranya bayaran ditambah RM50 lagi.

Kegiatan tidak bermoral sejak dua tahun lalu itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan premis bertopengkan kedai makanan terbabit diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang , kelmarin.

Pegawai D7 IPD Serdang, Inspek-tor Roslin Mohd Isa berkata, hasil risikan dan intipan, beliau bersama lapan anggotanya melakukan pemeriksaan dan mendapati premis terletak di Jalan Bandar 10 itu tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah.

Katanya, lima wanita warga Vietnam dan empat warga China berjaya dicekup ketika leka melayan pelanggan masing-masing.

Beliau berkata, wanita terbabit akan melayan pelanggan mereka sehingga mabuk dan mendapat komisen sekiranya menjual lebih banyak minuman keras.

Jelasnya, pengusaha premis bukan sahaja menawarkan minuman keras dan pelayan tetapi bertindak seperti bapa ayam sekiranya ada pelanggan yang mahu membuat hubungan seks dengan pekerja mereka.

"Jika pelanggan mahu layanan ekstra mereka kena 'deal' dengan pelayan dan perlu membayar sedikit caj kepada pengusaha premis untuk membawa keluar pekerja mereka.

"Sejak dua tahun beroperasi, premis ini sudah beberapa kali diserbu namun pengusaha berdegil dan meneruskan operasi perniagaan haram mereka," katanya.

Roslin berkata, seorang penjaga premis warga tempatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat di bawah Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen. – Sinar Harian

Dato Siti cadang ambil anak angkat dari Palestin, tapi...

Posted: 29 Jun 2013 09:31 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.

Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.

"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.

"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.

Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

"Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.

"Saya banga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza.

"Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar," katanya.

Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin.

"Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.

"Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani.

'Wechat' untuk jual tubuh dan seks

Posted: 29 Jun 2013 08:31 PM PDT

Kuala Lumpur: Populariti laman sembang terkini, WeChat dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini diambil kesempatan oleh sindiket pelacuran untuk mempromosi aktiviti tidak bermoral, seperti khidmat urutan badan ke badan (B2B) dan pakej asmara.

Berdasarkan pemantauan Metro Ahad, rata-rata sindiket dan wanita yang menawarkan pakej berahi secara sambilan itu mencari bakal pelanggan melalui WeChat dengan menggunakan fungsi 'Look Around' yang membolehkan mereka mencari dan mengenal pasti pelanggan berpotensi.

Mereka memilih pelanggan secara rawak sebelum menggoda dengan pelbagai cara, termasuk memberi sambungan (link) Internet untuk memasuki laman web yang menawarkan maklumat lengkap mengenai pakej ditawarkan.
Gambar hiasan
Lebih membimbangkan, sindiket terbabit cuba menarik perhatian pelanggan sasaran dengan menawarkan gadis dari pelbagai negara, termasuk Korea Selatan dan Jepun, dengan harga mencecah RM600 untuk satu sesi 45 minit, bergantung kepada kecantikan gadis.

Perkara itu didedahkan sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Adli, 36, selepas menerima pelawaan menjadi rakan dalam WeChat sindiket berkenaan.

Kerajaan DAP larang Ustaz Kazim berceramah di P. Pinang

Posted: 29 Jun 2013 07:47 PM PDT

Bukit Mertajam: Penceramah bebas Mohd Kazim Elias al-Hafiz, 41, atau Ustaz Kazim Elias (UKE) sedih apabila ceramah perdana yang sepatutnya dihadirinya pada 5 Julai ini di satu lokasi di Pulau Pinang dibatalkan dengan alasan tidak munasabah.

Beliau berkata, pembatalan pada saat-saat akhir oleh pihak penganjur itu didakwa dibuat atas arahan seorang EXCO kerajaan negeri dengan alasan bimbang ceramah itu akan mengganggu gugat kerajaan negeri.

Katanya, perkara itu hanya diketahui selepas dimaklumkan penganjur yang menghubunginya, pagi semalam.

"Saya sedih dengan apa yang berlaku apabila penganjur yang sudah 'menempah'' saya sejak tiga bulan lalu tiba-tiba diarahkan EXCO itu untuk membatalkan forum perdana dengan alasan tidak sukakan saya dan dikhuatiri ceramah saya akan mengganggu gugat kerajaan negeri.

"Saya tak tahu di mana penceramah bebas seperti saya boleh dikatakan mengganggu gugat kerajaan negeri sedangkan saya bukan wakil rakyat, Ahli Parlimen mahupun ahli politik. Justeru, alasan diberikan itu memang tidak boleh diterima. "Saya penceramah bebas, tolong menaikkan agama dan beliau sebagai EXCO sepatutnya tolong saya...ini tidak, lagi disekat," katanya ditemui selepas merasmikan Pusat Pengajian Darul Wehdah Kubang Ulu di sini, semalam.

Turut hadir, penaung pusat pengajian berkenaan yang juga bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail.

UKE berkata, EXCO sama sebelum ini turut didakwa pernah cuba membatalkan program ceramahnya di beberapa tempat di negeri itu, namun ia tetap diteruskan selepas pihak jawatankuasa masjid mempertahankannya.

Beliau turut menyelar tindakan tidak profesional sesetengah ahli politik yang gemar mencampuradukkan antara agama dan politik hingga merencatkan proses penyebaran dakwah.

Katanya, ahli politik sepatutnya berbaik dengan penceramah bebas dan bukan menjadikan mereka sebagai musuh yang akhirnya menyebabkan rakyat menjadi mangsa.

"Sepatutnya penceramah bebas disokong selagi mana dakwahnya berada pada landasan betul dan mengikut syarak.

"Orang politik sepatutnya berbaik dengan pendakwah begitupun bukan semua ahli politik berfikiran sedemikian namun saya lihat ahli politik yang agak kurang mahir berpolitik saja yang menjadikan pendakwah bebas sebagai musuh mereka," katanya.

Sebelum ini, UKE yang juga pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah di Ipoh, Perak mengumumkan mahu berhenti berceramah pada 28 November ini iaitu genap 23 tahun berceramah.

Menurutnya, tindakan itu diambil kerana mahu memberi perhatian terhadap keluarga serta pusat pendidikan berkenaan selain bimbang sesuatu buruk menimpa keluarga selepas dirinya menerima ugutan yang mahu memukul dan membunuhnya.

Metro

Penyokong Kelantan bertindak ganas

Posted: 29 Jun 2013 06:31 PM PDT

KUALA LUMPUR - Kemeriahan sementara menantikan pasukan kesayangan beraksi di pentas final Piala FA dicemari dengan insiden kekecohan di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil.

Semuanya gara-gara sekumpulan penyokong Kelantan mula bertindak di luar kawalan dengan menceroboh pintu masuk stadium yang dikhaskan untuk penyokong pasukan itu .

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu menyebabkan seorang remaja lelaki cedera di kepala apabila pintu masuk tiba-tiba terjatuh dan mengenai kepalanya.

Remaja berkenaan kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran.

Menurut seorang Pegawai Polis PGA, Asri Musa, kejadian tersebut berlaku begitu pantas kerana penyokong tidak sabar mahu memasuki stadium.

"Mereka bagaikan dirasuk. Mereka dengan cepat masuk ke kawasan pintu tersebut," katanya kepada wartawan Sinar Harian Online.

Polis berjaya meleraikan situasi itu kira-kira 20 minit kemudian.

Dalam pada, Bernama melaporkan segelintir penyokong bertindak liar dengan membaling beberapa objek larangan termasuk bekas berisi air dan sisa makanan.

Walaupun jumlah anggota keselamatan ditingkatkan kepada 2,000 orang, namun nyata gagal menghalang segelintir penyokong daripada melakukan perbuatan itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>