tun faisal dot com |
- Blogger Sangkakala diugut? Alamak.....
- @ShenYeeAun - Anwar, komunis dan Red Bean Army #GilaKuasa
- #JonkerWalk - Hipokrasi DAP dan @LimKItSiang. Ipoh Timor pun tak jaga... #MPmalas
Blogger Sangkakala diugut? Alamak..... Posted: 30 Jun 2013 05:30 AM PDT pemimpin yang kata dulang, paku serpih.... ustaz yang kata dulang, paku serpih.... Nota: Seorang rakan blogger, Sangkakala menulis tentang ada pihak yang mengugut dia kerana mengkritik pemimpin BN. Saja la saya call dan bertanya. Sangkakala menyebut nama tertentu. Respon saya, elok bawa dia juga ke Lembaga Disiplin, sebab waktu dia mengkritik dan menghentam saya, dia mungkin tak perasan, masa tengah syok-syok menghentam saya, saya juga pemegang jawatan di dalam UMNO dan pemimpin dalam Pemuda BN. Kata dulang, paku serpih, kata orang dia yang lebih... Ada pula la fesyen dia buat tak apa, orang lain buat tak boleh... Baguslah kalau nak menegur cara yang tertib, tapi jangan ada double standard dan kita kena amalkan apa yang kita sendiri perkatakan.... يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا لِمَ تَقُوۡلُوۡنَ مَا لَا تَفۡعَلُوۡنَ ﴿۲﴾ كَبُرَ مَقۡتًا عِنۡدَ اللّٰهِ اَنۡ تَقُوۡلُوۡا مَا لَا تَفۡعَلُوۡنَ 2. Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Saff: 2-3 Tak percaya? Tanyala Ustaz Azhar Idrus, berapa kali dia kantoi ... @NajibRazak PENULISAN SANGKAKALA DIPERTIKAI Setelah menulis beberapa kali seolah olah menghentam kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, Sangkakala telah menerima teguran oleh seseorang yang meminta Sangkakala supaya tidak mengatakan yang Sangkakala adalah orang UMNO atau Barisan Nasional. Dan hari ini Sangkakala menerima satu lagi teguran hingga mengatakan bahawa beliau akan menghantar nama Sangkakala untuk dibawa ke lembaga disiplin untuk diambil tindakan. Persoalannya, adakah kerana Sangkakala orang UMNO maka tangan terikat kelangit dan kaki terpasung dibumi dalam menegur kepimpinan? Atau adakah kerana Sangkakala ini ahli UMNO maka Sangkakala tidak boleh atau dalam kata lainnya Sangkakala kena tutup mulut dalam memberikan pandangan? Jika itu yang dimaksudkan, Sangkakala rasa Sangkakala lebih rela keluar daripada UMNO daripada melihat UMNO itu hancur dengan golongan golongan yang mengampu pemimpin hingga membuatkan pemimpin tersebut dipandang serong dan menerima kritikan daripada pembangkang atau dibenci oleh rakyat. Dan Sangkakala yakin, dengan terkeluarnya Sangkakala daripada UMNO, Sangkakala akan terus mengkritik pemimpin sebab Sangkakala bukanlah lembu yang dicucuk hidungnya dan mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pemimpin. Perlu diingat satu perkara, yang mana Sangkakala menulis kerana itu yang Sangkakala rasa, dan kepada mereka yang merasa agak kurang selesa Sangkakala ingatkan juga bahawa penulis seperti Sangkakala akan terus menulis tak kira didalam atau diluar UMNO. Tapi bila dikatakan Sangkakala jangan sekali kali mengaku bahawa Sangkakala adalah orang UMNO atau pejuang UMNO adakah itu bermaksud Sangkakala perlu berhijrah ke mana mana parti yang bertentangan untuk memperbetulkan apa yang Sangkakala rasa tidak betul dan tidak tepat demi untuk memperjuangkan hak rakyat marhain seperti Sangkakala? Sangkakala tidak marah atau tidak berasa hati dengan teguran tersebut, kerana setiap orang ada pandangannya yang tersendiri dan begitu juga dengan Sangkakala, tapi jangan sampai gambar jadi terbalik nanti sudahlah, sebab bagi Sangkakala, apabila Sangkakala menghormati kritikan, jangan la sampai kata UMNO bukan kamu punya. Itu bagi Sangkakala adalah melampau kerana seolah olah mengatakan bahawa UMNO itu kepimpinan yang punya dan hak sebagai ahli dinafikan secara langsung. Sangkakala ulangi disini bahawa Sangkakala akan terus mengkritik segala perbuatan atau perlakuan yang Sangkakala rasa tidak wajar dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional kerana Sangkakala tidak mempunyai apa apa kepentingan peribadi untuk dipertahankan, cuma yang ada hanya sebuah parti yang semakin hari semakin lemah kedudukannya dimata masyarakat. Kepada pengkritik pula, Sangkakala harap jangan terlalu mempertahankan pemimpin hingga pemimpin berasa bahawa kedudukan mereka selamat padahal kedudukan mereka umpama telur di hujung tanduk kerana laporan laporan yang tidak tepat dan sikap "yes boss" mereka hingga pemimpin lalai. Ingat, sayangkan pemimpin perlu ditegur, bukannya diikut secara melulu, kepada mereka yang agak terasa dengan kenyataan Sangkakala ini, terpulang dan kepada yang mengugut untuk membawa nama Sangkakala ke lembaga disiplin atau apa juga lembaga sekali pun silakan, dan Sangkakala ingatkan juga sekali lagi, didalam atau diluar UMNO, Sangkakala TETAP akan menulis dan mengkritik kepimpinan sekiranya kepimpinan itu tidak menepati apa yang rakyat seperti Sangkakala mahukan. | ||
@ShenYeeAun - Anwar, komunis dan Red Bean Army #GilaKuasa Posted: 30 Jun 2013 02:30 AM PDT Modus operandi Red Bean Army - penyusupan, penipuan dan ugutan. Ada macam Parti komunis Malaya (PKM) tak bunyinya tu? Pengganas Red Bean Army ugut bunuh, rogol gadis ini! #PRU13 Gambar-gambar propaganda bodoh Red Bean Army, tetapi yang bodoh tetap tertipu Bean me up, Red Army Hati Anwar dan RBA yang "Blackout" Oleh Shen Yee Aun (SYA) adalah Penganalisis Politik, Presiden Pertubuhan Hak Belia Malaysia, Pengasas blog SYA For The Nation Blackout 505 Nama gerakan ini mula timbul apabila pada 5 Mei 2013, pukul 11 malam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan khidmat Red Bean Army (RBA) untuk menyebarkan gambar blackout dan mendakwa bahawa kawasan di Bentong, Lembah Pantai dan Gelang Patah telah berlaku penipuan daripada pihak SPR untuk mewujudkan blackout di kawasan mereka demi memanipulasi keputusan PRU-13. Sebuah video lakonan bertajuk magical blackout dilakonkan untuk menggambarkan berlakunya isu blackout pada pukul 11.30 malam. Persoalannya, bagaimana sebuah video boleh siap lengkap dengan skrip, lakonan, latar belakang dan di edit serta boleh dimuat turun hanya dalam jangka masa setengah jam? Adakah isu blackout ini telah dirancang lebih awal atau sebenarnya satu kebetulan kerana mampu disiapkan kurang daripada 30 minit ? Kalau benar sekalipun isu ini adalah magical blackout, maka sebenarnya Anwar dan RBA yang magical blackout. Mereka merupakan ahli magis yang mampu untuk menjadikan perkara yang palsu kelihatan seolah-olah benar. Sekiranya kita analisis ketiga-tiga kawasan yang dituduh berlakunya blackout maka Pakatan Rakyat sebenarnya menang di Lembah Pantai dan Gelang Patah dengan undi yang selesa. Di Bentong pula dua ahli calon DAP yang bertanding di kawasan tersebut iaitu Wong Tack dan Lee Chin Chen sudah tampil ke hadapan menjelaskan tidak berlakunya sebarang kejadian blackout di Bentong. Gambar yang disebarkan di Internet pula merupakan gambar yang memiliki logo Pas dan ketiga-tiga kawasan yang didakwa Red Bean Army, merupakan kawasan yang tidak ditandingi Pas. Oleh itu, dalam isu blackout apakah Anwar atau calon DAP bertanding di Bentong yang sebenarnya menipu? Dakwaan pukul tujuh malam Pakatan Rakyat Menang Seawal jam tujuh malam Anwar sudah menyebarkan kononnya Pakatan Rakyat sudah menang dan keadaan ini membuktikan Anwar sememangnya ahli magis yang hebat tetapi sebenarnya lebih daripada 50 peratus kerusi yang ditandingi masih belum lagi habis pengundian. Anwar boleh pula mengatakan Pakatan Rakyat sudah menang. Keputusan rasmi sekitar jam 12.30 malam iaitu hampir berbeza lima jam daripada dakwaan Anwar. Isu undi popular Sejak bila sistem pilihan raya dan demokrasi di Malaysia adalah berlandaskan kepada sistem undi popular? Sistem ini adalah yang sama digunakan Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dahulu. Sistem pemilihan DAP juga tidak mengamalkan undi popular. (Lim Guan Eng tidak pernah mendapat ranking tertinggi dalam DAP). Sekiranya benar isu undi popular adalah suara demokrasi sebenar maka DAP perlu terlebih dahulu merombak sistem demokrasi mereka terlebih dahulu. Kalau benar sekalipun hendak mengambil kira aspek sistem popular maka UMNO merupakan sebuah parti yang mendapat undi popular tertinggi dengan 29 peratus atau 3,241,286 dan memenangi 88 kerusi Parlimen berbanding dengan DAP di tempat kedua yang jauh ketinggalan dengan 15.7 peratus atau 1,736, 000 undi popular dan 38 kerusi Parlimen. BN juga memenangi undi popular di sembilan buah negeri di seluruh Malaysia . Jika Anwar mahu menimbulkan isu undi popular maka beliau seharusnya mempersoalkan sistem pemilihan DAP dahulu termasuk mempersoalkan status Guan Eng dan Karpal Singh sebagai Setiausaha Agung dan Pengerusi DAP yang tidak mendapat undi tertinggi dalam pemilihan DAP lepas. Isu campur tangan kotak undi Kita jangan lupa bahawa terdapat 222 ejen yang dilantik sendiri oleh Anwar dan Pakatan Rakyat di setiap kawasan yang ditandingi. Ejen Pakatan Rakyat sendiri yang menandatangani boring yang disediakan oleh SPR sebelum sebarang keputusan rasmi boleh diumumkan. Sekiranya benar terdapat penipuan dalam isu kotak undi, maka Anwar dicabar terlebih dahulu membuat laporan polis dan mendakwa ejen yang mereka lantik terlebih dahulu. Anwar sekali lagi seorang ahli magis yang hebat apabila 222 calon yang dilantik Pakatan Rakyat di setiap tempat dan lebih mengetahui proses pengundian di kawasan mereka, telah disangkal oleh Anwar sendiri yang seolah-olah mampu berada di 222 tempat pada masa yang sama. Isu pengundi Bangladesh Menurut Anwar terdapat 40,000 pengundi Bangladesh yang diterbangkan Air Asia selama seminggu dari Sarawak ke Kuala Lumpur untuk menjadi pengundi hantu Barisan Nasional (BN). Secara logiknya, sesebuah karpal terbang hanya mampu menampung 200 orang dalam sebuah kapal terbang. Demi menerbangkan 40,000 warga Bangladesh, kita memerlukan 2,000 karpal terbang dan bagaimana boleh berlaku 2,000 penerbangan dalam jangka masa seminggu? Syarikat penerbangan mana di dunia ini yang mampu melakukannya? Jet peribadi yang Anwar gunakan untuk terbang ke Sabah suatu ketika dahulu juga tidak akan sesekali mampu untuk melakukan sedemikian. Oleh itu, Anwar dan Ambiga pada hari ini masih gagal untuk menerima cabaran yang dilontarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandez untuk menunjukkan bukti wujudnya kebenaran dalam isu pengundi Bangladesh yang didakwa oleh mereka. Gambar palsu yang disebarkan di Internet juga memiliki kurang daripada 100 orang. Permainan politik Anwar dan RBA yang tidak berperikemanusiaan telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa. Tujuh rakyat Malaysia di Kuala Terengganu cedera parah dan tidak dibenarkan mengundi hanya kerana penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat merasakan mereka adalah warga Bangladesh hanya kerana mereka berkulit hitam. Chua Lai Fatt merupakan seorang bangsa India yang dibesarkan oleh keluarga Cina juga menjadi sasaran RBA untuk menuduh seolah-olah BN dan SPR menggunakan khidmatnya sebagai pengundi hantu. Menurut blogger Afiq KL Town dan dilaporkan oleh wartawan Free Malaysia Today, Lisa J. Ariffin beberapa bas yang dikatakan mengangkat pengundi Bangladesh di negeri Selangor adalah diupah oleh Pakatan Rakyat sendiri. Permainan politik tanpa batasan ini akhirnya menyebabkan ramai warga Bangladesh dan rakyat Malaysia cedera parah diserang oleh penyokong Pakatan Rakyat pada tarikh 5 Mei 2013 seolah-olah mereka yang didakwa dan dipukul itu bukan manusia. Isu ini juga telah disahkan oleh Kedutaan Bangladesh di Malaysia apabila dutanya tampil menyatakan bahawa Bangladesh tidak terlibat dapat proses pilihan raya di Malaysia. Isu ini dilihat terlalu bersifat perkauman kerana mempolitikkan mereka yang berkulit hitam. Strategis DAP, Ong Kian Ming akhirnya tampil memohon maaf terhadap Chua Lai Fatt dalam isu fitnah pengundi Bangladesh yang diwujudkan Anwar dan Red Bean Army. Sekiranya Kian Ming ikhlas meminta maaf maka beliau seharusnya mempersoalkan tindakan politik jijik yang disebarkan oleh RBA dan Anwar. Pengesahan kemenangan BN pada PRU-13 Azmin Ali suruh Anwar terima keputusan PRU-13. Timbalan Presiden PKR itu menyatakan panggilan reformasi perlu bermula dari diri sendiri. "Gagal ke Putrajaya, salah siapa. Tunggu penjelasan tidak lama lagi," kata dalam dalam Twitternya. Beliau turut menyatakan bahawa rakyat semakin bosan dengan politik yang keterlaluan. "Terima kekalahan dan fahami kelemahan diri. Perlu bergerak ke hadapan dan terima keputusan yang telah diberikan rakyat. Presiden DAP Karpal Singh iktiraf keputusan PRU ke-13 Karpal Singh telah menyatakan partinya telah berpuas hati dengan prestasi mereka dalam PRU-13 serta berjaya memenangi 38 kerusi Parlimen. "Prestasi DAP begitu baik dalam PRU-13 terutama di Gelang Patah yang kami tidak jangka akan menang". Mustaffa Ali hormat keputusan PRU-13 Setiausaha Agung Pas ini menyatakan parti itu menerima keputusan dan melihat kita menang di sesetengah kawasan dan kalah di sesetengah kawasan. "Realitinya kerajaan sekarang tertubuh kerana memenangi pilihan raya. Keputusan adalah adil dan kami menerima keputusan rakyat". AS iktiraf PRU-13 AS dalam satu kenyataan melaporkan mengiktiraf keputusan PRU-13 dan menyatakan pilihan raya tersebut sebagai paling kompetitif dalam sejarah negara-negara di Asia Tenggara walaupun pihak pembangkang mengatakan berlaku penipuan. Malah dalam satu kenyataan, pihak AS kini melihat untuk menjalin kerjasama erat dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Pemantau Antarabangsa iktiraf PRU-13 telus dan bersih Timbalan Pengerusi Pilihan Raya Kebangsaan Kemboja, Dr. Sin Chum Bo menyatakan pilihan raya kali ini berlaku dalam keadaan selamat, telus dan adil dan semua pemantau yang bertugas melihat ia berjalan tanpa sebarang masalah dan keraguan. Beliau merupakan antara 19 delegasi dari ASEAN yang terlibat dalam pemantauan ketika pilihan raya berlangsung. Malah Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Husni Kamil Manik menyatakan langkah SPR memberi lebih ruang kepada pemantau antarabangsa telah berjaya meningkatkan kualiti pilihan raya kali ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130630/re_08/Hati-Anwar-dan-RBA-yang-Blackout#ixzz2Xg2xKcXU © Utusan Melayu (M) Bhd | ||
#JonkerWalk - Hipokrasi DAP dan @LimKItSiang. Ipoh Timor pun tak jaga... #MPmalas Posted: 29 Jun 2013 10:49 PM PDT Kecoh pasal Jonker Walk. Sikap hipokrit DAP terbongkar. Sebelum ni mereka tak mahu, tapi bila nampak ada keuntungan politik dan boleh main isu perkauman, mula lah pusing 180 darjah.. Unker Lim Kit Siang, u Ipoh Timor pun tak jaga, lagi mau kecoh pasal negeri orang lain? Sekarang Gelang Patah u ada buat apa? AMAT MEMALUKAN ! JONKER WALK LONDEHKAN PEMBOHONGAN PARTI DAP!!http://novandri.blogspot.com/2013/06/amat-memalukan-jonker-walk-londehkan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29 Rupa-rupanya, 'kebangkitan parti DAP' untuk menjadi hero dalam isu Jonker Walk, Melaka menjadi satu lawak jenaka politik yang amat memalukan parti tersebut!
Sebenarnya, parti DAP menentang projek Jonker Walk ini apabila ia bermula pada tahun 2000! Pemimpin DAP Melaka ketika itu telah mengkritik penubuhan Jonker Walk dengan mengatakan bahawa ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di situ selain menjejaskan status sejarah negeri Melaka. Ironinya juga, pembangkang pernah mendakwa bahawa peniaga-peniaga di Jonker Walk berperangai sombong takbur kerana kawasan itu telah menjadi suatu kejayaan! Dan sekarang, parti DAP melompat mengambil kesempatan kononnya berlagak hero untuk 'menyelamatkan' Jonker Walk yang mereka tidak mahu dan tentang sebelum ini! Sungguh memalukan sekali! Dan selepas ini, MiM tidak pasti jika DAP tetap tebal muka mahu berlagak hero lagi di Jonker Walk. Sila baca laporan di bawah yang bukan sahaja memalukan tetapi telah menjatuhkan lagi imej parti DAP ! MALACCA : The Jonker Walk committee has pointed out the irony in DAP's bid to champion Jonker Walk, saying that the party had opposed the project when it started in 2000. In an interview, Gan said DAP had once alleged that the Jonker Walk committee had obtained permission to set up the night market due to its close rapport with then Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |