Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710

Cucu Tok Selampit

Cucu Tok Selampit


Apa Dah Jadi Ustaz? Ceramah Azhar Idrus Sudah Tidak Mendapat Sambutan!!!

Posted: 30 Jun 2013 09:03 AM PDT




Gambar-gambar ini diambil daripada laman sosial Facebook Ustaz Azhar Idris. Agak kelakar gambar ini diambil di bahagian depan pentas sahaja. Kenapa tidak ambil di belakang? Sebab tiada orang? Jelas kelihatan padang yang kosong di sebelah belakang. Forum Perdana malam ini diadakan di Dataran PJ, Petaling Jaya. CTS tidak berkesempatan untuk hadir kerana terpaksa berada di Republik Penang selama seminggu atas urusan rasmi. Agaknya oang-orang Selangor sudah tiak berminat atau muak dengan Ustaz ke? 

CTS pernah berkesempatan menghadiri majlis beliau di Dataran Shah Alam, setahun dulu. Puluhan ribu orang yang hadir. Hari ini, hari cuti umumpun gagal untuk menarik orang ramai hadir. Agaknya penganjur agak bercita-cita besar untuk mengadakan majlis ini di padang. Kan sudah memakan diri. Lain kali buat sajalah di masjid. Kerajaan PR Selangor pasti benarkan. Bukan macam Presiden Republik Penang yang menghalang Ustaz Kazim Elias untuk mengadakan Forum Perdana di Republik beliau.

Ini Jawapan Ustaz Kazim Elias Apabila Kerajaan @cmlimguaneng Halang Forum Perdana Beliau Di Pulau Pinang

Posted: 29 Jun 2013 11:32 PM PDT


CTS kesian dengan nasib seorang penceramah bebas, Ustaz Muhammad Kazim Elias Al-Hafiz, yang sedih apabila Forum Perdana yang sepatutnya dihadirinya pada 5 Julai ini, di satu lokasi di Pulau Pinang dibatalkan dengan alasan yang tidak munasabah. Beliau berkata, pembatalan forum berkenaan pada saat-saat akhir oleh pihak penganjur itu didakwa atas arahan seoarng EXCO Kerajaan Negeri dengan alasan bimbang ceramah itu akan menganggu gugat Kerajaan Negeri. 

Menurut Ustaz Kazim, perkara berkenaan hanya diketahui oleh beliau apabila dihubungi oleh pihak penganjur, pagi semalam. Kita nampak tidak yang pelik mengenai isu ini. Kerajaan DAP Pulau Pinang sudah mula menunjukkan belangnya terhadap oran-orang Melayu Islam. Belum reda isu Kerjaan Negeri Pulau Pinang merobohkan gerai orang-orang Melayu di negeri berkenaan, sekarang pula ceramah dan forum agama yang tidak menjilat dan Kerajaan DAP akan dihalang. Apa nak buat, ini kehendak pengundi-pengundi Pulau Pinang itu sendiri.

SPAD Gesa Pengusaha Bas Ekspres Jual Tiket Secara Online

Posted: 29 Jun 2013 03:00 AM PDT

Semalam tadi Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid  Albar telah melakukan lawatan mengejut di Stesen Bas Putra berhampiran PWTC. Tujuannya ialah meninjau penjualan tiket bas ekspres untuk hari raya nanti. TS Syed Hamid menyarankan agar semua pengusaha bas ekspres digesa menggunakan sistem penjualan tiket secara online. Beliau berkata ia bertujuan membanteras gejala ulat tiket lebih-lebih lagi ketika musim perayaan.

TS Syed Hamid berkata cara tersebut bukan sahaja memudahkan pengusaha bas ekspres malah mengelak pengguna daripada menjadi mangsa sindiket terbabit. Jelas beliau kebanyakan masalah berpunca daripada syarikat bas ekspres yang tidak mempunyai kaunter jualan. Ia menyebabkan pengusaha bas menggunakan ulat sebagai orang tengah. Tegasnya perkara berkenaan perlu diambil serius memandangkan isu ulat tiket dikesan semakin menjadi-jadi terutamanya di Pudu Sentral.

Malah katanya anggota penguat kuasa SPAD pernah cuba diancam ketika bertugas. Orang ramai kini boleh mula membeli tiket bas ekspres sempena hari raya. Caj tambahan sebanyak 10 peratus dikenakan. Tiket berkenaan adalah untuk perjalanan bermula 8 Julai hingga 8 September 2013.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 15710


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>